........................................................
Nota Eva Talya: [ Salam. Blog ini bukanlah blog syiah. Adapun sahaya mendokong Ahlul- Bayt dan kemuliaan para wali Allah dari dzuriat turunan Baginda Rasulullah SallaAllahu 'Alayhi Wassalam ]
There's another 11 related posts under key words Imam Ja'afar As-Sadiq in this blog. Feel Free to refer to the LABEL under tag "JA'AFAR AS-SADIQ" @ AHLUL BAYT. Thanks.
+Credits to: HitamPutih Ahli Sufi
Nota Eva Talya: [ Salam. Blog ini bukanlah blog syiah. Adapun sahaya mendokong Ahlul- Bayt dan kemuliaan para wali Allah dari dzuriat turunan Baginda Rasulullah SallaAllahu 'Alayhi Wassalam ]
There's another 11 related posts under key words Imam Ja'afar As-Sadiq in this blog. Feel Free to refer to the LABEL under tag "JA'AFAR AS-SADIQ" @ AHLUL BAYT. Thanks.
........................................................
+Credits to: HitamPutih Ahli Sufi
Tentang Akal
Madzhab Ahlul Bayt AS memandang tinggi kepada penggunaan akal dalam
kehidupan manusia khususnya dalam memahami hal ehwal agama Allah
terutamanya dalam usuluddin. Al-Kulaini meriwayatkan sebuah hadith dari
Imam al-Sadiq AS seperti berikut:
” Sekumpulan sahabat-sahabat kami meriwayatkan dari Ahmad bin
Muhammad dari ali ibn Hadid dari Samaah ib Mihran berkata: Aku sedang
berada bersama-sama Imam Aba Abdillah AS. Beliau berada bersama-sama
dengan jamaah pengikut-pengikutnya. Imam Aba Abdillah berkata:”
Kenalilah akal dan tentera-tenteranya dan kenalilah kejahilan dan
tentera-tenteranya. Seandainya kamu mengenalinya kamu akan mendapat
petunjuk.”
Berkata Sama’ah:” Semoga diriku menjadi tebusanmu, kami tidak
mengetahui kecuali apa-apa yang anda ajarkan kepada kami.”
Berkata Aba
Abdillah AS:
” Sesungguhnya Allah Azza Wa-Jalla telah menjadikan akal dari
cahayaNya di sisi kanan ArasyNya dan ia (akal) itu adalah makhluk yang
awal di antara ruh-ruh. Selepas kejadiannya Allah Tabaraka Wa-Ta’ala
memerintahkannya pergi, akal menurut perintahNya. Kemudian Allah
memerintahkan datang kepadaNya, akal menurut perintahNya. Kemudian Allah
Tabaraka Wal-Ta’ala berfirman:”
Telah Aku jadikan engkau makhluk yang
agung dan Aku anugerahkan ke atas engkau karamah (kemuliaan) ke atas
sekalian makhluk-makhlukKu.”
Kemudian Allah menjadikan al-Jahlu
(kejahilan) daripada lautan masin dan gelap dan memerintahkannya pergi.
Al-Jahlu menurut perintahNya. Maka Allah memerintahkannya menemuiNya.
Al-Jahlu enggan menurut perintahNya. Maka Allah berfirman:
” Engkau
angkuh,” maka Allah melaknatnya. Selepas itu Allah mengurniakan tujuh
puluh lima bala tentera kepada akal. Apabila al-Jahlu menyaksikan Allah
memuliakan akal dan bagaimana Allah mengurniakan pembantu-pembantu
kepada akal maka rasa permusuhan lahir dalam dadanya dan al-jahlu
berkata kepada Allah,” Wahai Tuhanku! Akal adalah suatu kejadian yang
sama sepertiku, maka Engkau memuliakannya dan juga menguatkannya dengan
bala tentera dan aku adalah kebalikan darinya. Aku tidak diberi kekuatan
untuk menandinginya, maka kurniakanlah kepada ku bala tentera seperti
mana yang Engkau berikan kepada akal.
Maka Allah menerima permintaannya
itu dan berfirman:” Sekiranya kamu mengengkari perintahku sekali lagi
Aku akan putuskan engkau dan tentera-tenteramu dari rahmatKu.” Al-Jahlu
berkata,” Aku redha dengan perintahMu.” Maka Allah mengurniakan 75
tentera pembantu kepada al-Jahlu.
1] Al-Khair (kebaikan) adalah (wazir) pembantu kepada akal dan
bertentangan dengan al-syar (kejahatan) dan itu adalah wazir kepada
al-jahlu;
2] Al-iman adalah berlawanan kepada al-kufr;
3] Al-tasdiq (kepatuhan
dalam hati adalah bertentangan kepada al-juhud (penolakan);
4] Al-raja’
(harapan) adalah lawan kepada al-qanut (putus harap);
5] Al-adl (adil)
adalah lawan kepada al-jawru (aniaya);
6] Al-redha lawan kepada al-suhtu
(marah dan tidak suka);
7] Al-syukr (syukur) lawan kepada al-kafirun
(menolak);
8] Al-tama’ (optimisme) lawan kepada al-ya’su (pesimisme);
9] Al-tawakal lawan kepada al-qaswah (angkuh);
10] Al-rahmah lawan kepada
al-ghadhib (marah);
11] Al-ilm berlawanan kepada al-jahlu;
12] Al-fahm
(faham) lawan kepada al-hamaq (dungu);
13] Al-affah (menjauhkan diri
daripada yang haram) lawan kepada haaltahtika (sifat tidak malu –
mengerjakan yang haram);
14] Al-zahid lawan kepada al-raghbah (sifat suka
dunia);
15] Al-rafiq (lemah-lembut) lawan kepada al-hariq (kebodohan dan
kejanggalan);
16] Al-rahbah (takutkan Allah) lawan kepada al-juratu
(berani menentang Allah);
17] Al-somtu (diam) lawan kepada al-hazir
(sombong);
18] Al-istaslam (menyerah diri kepada Allah) lawan kepada
al-istakbar (bongkak dan angkuh);
19] Al-taslim (menyerah) lawan kepada
al-syakk (ragu-ragu);
20] Al-sobr lawan kepada al-jaza’u (tergesa-gesa);
21] Al-sofhu (ampun) lawan kepada al-intaqam (dendam);
22] Al-ghina (sifat
memadai-puas hati) lawan kepada al-faqir (meminta-minta);
23] Al-tazakkir (mengingati Allah) lawan kepada alsahwa (lupa);
24] Al-hifzu
(pemelihara) lawan kepada al-nisyan (pelupa dan tidak peduli);
25] Al-ta’attapa (cenderung dan simpati) lawan kepaa al-qati’ah
(menyekat-mendinding);
26] Al-qanau’ (puas dan rela) lawan kepada al-hirsu
(tamak);
27] Al-mawaddah (kasih sayang) lawan kepada al-adawah
(permusuhan);
28] Al-mauasah (konsolasi) lawan kepada al-mana’ (menghalang);
29] Al-wafa’ (kesetiaan) lawan kepada al-ghadar (belot);
30] Al-ta’ah
(taat) lawan kepada al-ma’siyah (maksiat);
31] Al-khudu’ (tunduk) lawan
kepada al-tatawil (dominasi);
32] Al-salamah (keselamatan) lawan kepada
al-bala’;
33] Al-habba (kasih sayang) lawan kepada al-bughdu
(kebencian);
34] Al-sidqu (yang benar) lawan kepada al-kazab
(pembohong);
35] Al-haq lawan kepada al-batil;
36] Al-amanah lawan
kepada al-khianat;
37] Al-ikhlas lawan kepada al-syaubu (bercampur
matlamat);
38] Al-syahamah (bijaksana dan berani) lawan kepada al-baladah
(bodoh dan penakut);
39] Al-fahm (faham) lawan kepada al-ghabawah (bebal);
40] Al-ma’rifah lawan kepada al-ankar (engkar);
41] Al-mudarah (menjaga
rahsia) lawan kepada al-mukasyafah (pembuka rahsia-belot);
42] Al-salamah
(sejahtera) lawan kepada al-makarah (tipudaya);
43] Al-kitman (menutup
rahsia) lawan kepada al-fasya’ (berhamburan);
44] Al-solah lawan kepada
al-adha’ah (mengabaikan solat);
45] Al-saum (berpuasa) lawan kepada al-iftar
(gemar makan);
46] Al-jihad lawan kepada al-naklu (terbelenggu dari jihad);
47] Al-Hajj (mengikat perjanjian kepada Allah iaitu tidak menyembah kecuali Allah) lawan kepada al-misaq (memungkiri perjanjian tersebut);
48] Al-saun (menjaga dan memelihara cerita-cerita orang lain) lawan kepada
al-namimah (membuat cerita);
49] Al-biru al-walidani (berbuat baik
kepada ibubapa) lawan kepada al-uquq (derhaka kepada ibubapa);
50] Al-haqiqah (realiti) lawan kepada al-riya” (pamer);
51] Al-ma’ruf lawan
kepada mungkar;
52] Al-sitru (menutup diri) lawan kepada al-tabaraj
(menunjuk);
53] Al-taqiyah (memelihara rahsia kepentingaan agama daripada
musuh) lawan kepada al-iza’ah (penzahiran yang mengakibatkan kehilangan
kerosakan);
54] Al-insaf (sedar akan kebenaran dan keadilan) lawan
kepada al-hamiyyah (berat sebelah);
55] Al-tahiah (bercampur dalam
masyarakat seperti mesra dalam hubungan sosial) lawan kepada al-baghyu
(menentang);
56] Al-nuzafah (bersih) lawan kepada al-qazir (kotor);
57] Al-haya-u (bersopan) lawan kepada al-jala’ (tidak sopan);
58] Al-qasdu
(sederhana) lawan kepada al-udwan (melampau);
59] Al-raha (kesegaran
hati) lawan kepada al-ta’abu (depresi – murung);
60] Al-sahalah
(memudahkan) lawan kepada al-su’ubbah (menyukarkan);
61] Al-barakah (berkat –
bertambah-tambah) lawan kepada al-mahku (hilang berkat dan binasa);
62] Al-afiat (keselamatan) lawan kepada al-bala’ (malapetaka);
63] Al-qawam
(keteguhan) lawan kepada al-mukathirah (banyak cakap);
64] Al-hikmah
(bijaksana) lawan al-hawa’ (mengikut hawa nafsu – cinta dunia);
65] Al-waqar
(kehormatan) lawan kepada al-hiffah (sifat rendah akal budi);
66] Al-istighfar (memohon ampun) lawan kepada al-ightirar (tidak jujur
dengan taubat);
67] Al-muhafizu (memelihara) lawan kepada ahaaltahawun (cuai
dan abai);
68] Ad-du’a (berdoa kepada Allah SWT) lawan kepada al-istankafa
(memandang rendah – mudah dan tidak mahu berdo’a);
69] Al-nasyyat
(cergas) lawan kepada al-kasal (malas);
70] Al-farah (sukacita) lawan
al-hazan (dukacita);
71] Al-ulafah (mesra- berkawan, dan bersatu) lawan
kepada al-furqah (berpecah-belah);
72] Al-saha’a (murah hati) lawan
kepada al-bakhil (kedekut).”
” Maka semua sifat-sifat yang dikatakan itu akan menjadi pasukan
tentera yang kuat dan bertenaga kepada akal dan semua sifat-sifat ini
tidak akan berpadu ke dalam diri seseorang jua kecuali Nabi S.A.W,
wasinya AS, dan mu’min yang imannya telah diuji oleh Allah SWT.
Dan
tidak ada sahabat kepada kami (para Imam) yang tidak memiliki
sifat-sifat tersebut tetapi memiliki sifat-sifat yang diperuntukkan
kepada kejahilan sehingga dia membina akalnya ke arah kesempurnaan dan
mengikis segala kelemahan yang lahir daripada kejahilan. Maka para
peringkat ini dia dikurniakan darjat kemuliaan bersama dengan Nabi S.A.W
dan wasi-wasinya.
Dan sesungguhnya dia mencapai kedudukan tersebut
dengan makrifat al-akal dan tentera-tenteranya dan setelah menjauhkan
dirinya daripada al-jahlu dan tentera-tenteranya. Dan semoga Allah
mengurniakan kita kemampuan untuk taat kepadaNya dan mendapat redhaNya.”
[Al-Kafi, Kitab aqal wal-jahlu, hadith nombor ke-14].
Imam Ja’far al-Sadiq AS juga berkata:
” Barang siapa mempunyai akal, baginya mempunyai Din, dan barang siapa
mempunyai Din, baginya tempat di syurga.” [Al-Kafi, Kitab al-aqal
wal-jahlu, hadith nombor 6]
Imam al-Sadiq AS mentakrifkan akal seperti berikut:
” (seseorang bertanya kepada Imam al-Sadiq AS) Apakah itu akal?” Imam menjawab:
” Akal adalah dengannya al-Rahman (Allah SWT) disembah dan dengannya memperolehi al-jinan (syurga
Dalam dialog seterusnya, Imam al-Sadiq AS ditanya:” Apa pula yang
dilakukan oleh Muawiyah?” Imam menjawab:” Itu adalah al-nukarak
(pengengkaran – penipuan) Ia adalah sifat syaitan, walaupun kelihatannya
macam akal tetapi ia bukan sifat akal yang sebenarnya.” [Al-Kafi, Kitab
al-aqal wal-jahlu, hadith nombor 3]
Imam al-Sadiq juga menjelaskan peranan akal seterusnya:
” Melalui akal manusia mengenal KhaliqNya dan melalui akal mereka
mengenal diri mereka itu tidak tercipta dengan sendirinya tetapi Dialah
(Allah SWT) yang mengaturkan (al-mudabbir) mereka dan mereka adalah yang
ditadbir (al-mudabbar) olehNya.
Melalui akal mereka memahami
objek-objek ciptaanNya, langit, bumi, matahari, dan bulan dan malam dan
siang. Melalui akal mereka menyedari bahawa ada Pencipta (al-Khaliq) dan
Pengatur (al-Mudabbir) ke atas diri mereka dan bagi seisi alam ini itu
sudah sewajarnya ada dan akan sentiasa ada.
Melalui akal mereka dapat
mengenalpasti (arif) kebaikan daripada keburukan. Dan melalui akal
mereka dapat mengenal dan memahami kegelapan (zulumah) yang terkandung
dalam kejahilan dan cahaya (nur) yang terkandung dalam ilmu pengetahuan
(ilm). Semua ini ditunjukkan kepada manusia melalui akal.”[Al-Kafi,
Kitab al-aqal wal-jahlu, hadith nombor 35]
Kepentingan Ilmu
Diriwayatkan dari beliau AS:” Telah bersabda Rasulullah S.A.W:”
Mencari ilmu wajib bagi setiap Muslim. Ketahuilah bahawa Allah mencintai
orang-orang yang sentiasa ingin menuntut ilmu.” [Al-Kafi, Jilid 1,
hadith nombor 41-5.]
Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata:” Ulama adalah pewaris Nabi-nabi dan
sesungguhnya Nabi-nabi tidak mewariskan dirham atau dinar, tetapi mereka
meninggalkan hadith-hadith. Barang siapa mengambil sebahagian
daripadanya maka dia telah mengambil satu bahagian yang berguna. Oleh
itu lihatlah sumber daripada mana hadith-hadith itu diperolehi.
Sesungguhnya sumbernya adalah daripada kami (Ahlul Bayt AS). Setiap
seorang daripada kami akan menjelaskan penyelewengan yang dilakukan oleh
golongan yang melampau, memadamkan segala kebatilan, dan takwil
golongan yang jahil.” [Al-Kafi, Jilid 1, hadith nombor 47-2]
Tentang Tauhid
Dari Aba Abdillah AS, berkata:” Ketika Amirul Mu’minin sedang memberi
khutbah di mimbar di masjid Kufah, seorang lelaki bernama Dhi’lib,
seorang yang terkenal pandai berucap, bangun dan bertanya,” Wahai Amirul
Mu’minin!” Adakah anda melihat Tuhan anda?”
Amirul Mu’minin menjawab,”
Celakalah kamu, wahai Dhi’lib, Aku tidak menyembah Tuhan yang tidak aku
melihatNya.
Lelaki itu bertanya lagi: ” Bagaimana anda melihatNya?”
Beliau menjawab: ” Celaka engkau. Mata manusia tidak boleh melihatNya
dengan penglihatan mata, tetapi mata hatilah yang melihatNya dengan
hakikat iman.” [Al-Kafi, Jilid 1, hlm. 69.]
Imam al-Sadiq AS meriwayatkan tentang tauhid yang sebenarnya:
” (Allah itu) Maha Suci dari apa yang disifatkan oleh orang-orang
yang menyifatkanNya, yang menyerupakanNya dengan makhlukNya, yang
mengatakan sesuatu yang dusta tentang Allah. Maka ketahuilah, semoga
Allah merahmatimu bahawa madzhab yang sahih dalam tauhid adalah yang
diturunkan oleh al-Qur’an mengenai sifat-sifat Allah Azza Wal-Jalla.
Maka hilangkan dari Allah segala nafi (negatif) ataupun penyerupaan pada
DiriNya. Dia adalah Allah yang pasti wujudNya, Maha Tinggi dari apa
yang disifatkan oleh para pemyifat. Dan janganlah kamu semua melampaui
al-Qur’an, sebab jika demikian kamu akan sesat setelah memperolehi
penjelasan.” [Al-Kafi, Jilid 1, hlm.100]
Persaudaraan Islam
Imam al-Sadiq AS berkata:” Dekatkanlah dirimu kepada Allah melalui kasih sayang terhadap saudara-saudaramu.”
Imam al-Sadiq AS berkata:
” Ingatlah bahawa jika kamu menolong saudara seagamamu, kamu akan
memperolehi penghargaan yang lebih tinggi oleh saya daripada kamu
menyelesaikan tawaf mengelilingi Ka’bah seminggu lamanya. Dan Imam AS
menambah:”
Seseorang datang kepada Imam Hasan AS dan memohon bantuan
dalam kesulitannya. Imam Hasan dengan segera memakai kasutnya dan pergi
bersamanya. Dalam perjalanan, mereka tiba di suatu tempat di mana Imam
Husein AS sedang solat. Imam AS bertanya kepada orang itu:” Mengapa kamu
tidak berhubung kepada Husein untuk menolongmu dalam kesulitan yang
sedang kau hadapi?”
Orang itu menjawab:” Wahai cucu Rasulullah! Maksud
saya sebenarnya demikian, tetapi beliau sedang dalam khusyuk, maka saya
tidak jadi pergi kepadanya.”
Berkata Imam Hasan AS:” Tetapi seandainya
ia telah menerima kesempatan itu untuk menolongmu maka hal itu akan
lebih baik daripada khalwat (beribadat sendirian) selama satu
bulan.”[Al-Kafi, Jilid 2, hlm.158]
Sifat Orang Beriman
Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi dari Ali bin Ibrahim dari
ayahnya dari Ibn Abi Umayr dari al-Qasim ibn Urwah dari Abul al-Abbas,
dia berkata: Abu Abdillah AS berkata:
” Barang siapa yang menyukai amalan baiknya dan tidak menyukai amalan buruknya maka dia adalah Mukmin.”
Di dalam riwayat yang lain Abu Abdillah AS berkata:
” Orang Mukmin menyumbangkan banyak kebaikan dan mengambil darinya
sedikit, dia sangat bijak dalam menguruskan dirinya dan tidaklah
terjatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
Di dalam riwayat yang lain, Abu Abdillah AS berkata:
” Orang beriman tidak akan melalui empat puluh malam tanpa menilai
urusan yang (telah dilaluinya) yang menyusahkan hatinya dan membuat ia
mengingati (Allah SWT).”
Al-Qur’an Dan al-Sunnah
Dari Abu Abdillah AS berkata:
” Setiap sesuatu yang kamu terima, maka kembalikanlah ia kepada Kitab
Allah dan al-Sunnah. Setiap hadith yang tidak sesuai dengan Kitab
Allah, (sebenarnya) ia adalah palsu.” [Al-Kafi Jilid 1, Kitab Fadl
al-Ilm, hadith 203-3]
Dari Abu Abdillah AS berkata:
” Sesungguhnya fuqaha yang sebenarnya ialah yang zuhud terhadap
dunia, cenderung kepada akhirat dan berpegang kepada sunnah Nabi S.A.W.”
[Al-Kafi, Jilid 1, Kitab Fadl al-Ilm, hadith 208-8]
.
cik puan,
ReplyDeleteapabila cik puan menggunakan kitab al-kafi sebagai rujukan, saya dah tahu jawapannya.
saya kata saya cinta bapak saya. tapi bapa saya suruh bagi tau mak saya minta lima ringgit, saya cakap minta lima puluh ringgit. begitulah perbuatan sesetengah golongan terhadap jaafar as-sadiq. jaafar as-sadiq tak cakap macam tu, tp al-kulaini kata jaafar as-sadiq yg ckp.
kisah dua. kita semua tahu kisah budak menjerit musang. 2 kali tipu org pergi tengok lagi, kali ketiga orang boh layan. dlm al-kafi kata bohong (taqiyyah) 1/10 dari agama. jadi nak percaya ke kata2 al-kulaini (penulis al-kafi) dan golongan2 dia.
abu bakar dan umar adalah bapa mertua nabi, jadi mereka juga ahlul bait. abu bakar dan umar mempunyai nenek moyang yg sama dengan nabi.
p.s. orang mazhab shafie, hanafi, hambali, maliki, juga cinta ahlul bayt.