Showing posts with label Wali Allah. Show all posts
Showing posts with label Wali Allah. Show all posts

Sunday, 25 November 2012

'Uwais Al-Qarni (5th Edition)


FEEL FREE TO CLICK ON RELATED entries :




Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni pun meninggal dunia. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafannya.

Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, orang berebut-rebut mengangkat jenazah dan mengiringinya.


Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi peristiwa yang menghairankan. Ramai orang yang tidak dikenali datang untuk menguruskan jenazahnya sehingga ke liang lahad sedangkan selama ini Uwais hanyalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Bermula saat dia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni?

Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal.

Mereka datang dalam jumlah yang begitu ramai. Mungkin mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu.”

Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku ketika hari beliau wafat telah tersebar ke serata tanah Yaman. Baru hari itu mereka sedar siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni.

Di hari wafatnya, mereka mengakui bahawa memang benar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi SAW, sesungguhnya Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit.

.
*Notes from Eva Talya: 
To check back the location. Maqam 'Uwais Al-Qarni bukan di Yaman.

.

Saturday, 24 November 2012

'Uwais Al-Qarni (4th Edition)


FEEL FREE TO CLICK ON RELATED ENTRIES :


Tak Terkenal Di Bhumi : 'Uwais Al-Qarni - Anak Soleh Taat Pada Ibu



Beliau mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.



Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.



Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata: “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.





Uwais mendapat satu ilham... Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).


Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu itu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu lagi turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang ramai mengatakan dia gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20 kilogram, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100 kilogram. Otot-otot tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya.

Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50 kilogram. 

Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.




Pulang sahaja ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”.

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah (SWT) mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi: “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah (SWT) hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.

Uwais kata" “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah (SWT) yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah (SWT), seperti saya tidak bersyukur dengan Allah (SWT) Ta’ala”.

Ibunya menambah: “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.


Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah (SWT) sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:

“Tolonglah Ya Allah (SWT) kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.

Maka, Allah (SWT) memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian lehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.

Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.

Apabila bertemu dengan Uwais al-Qarni, mereka berdua pun meminta Uwais mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka Uwais pun mendoakan mereka berdua.


.

'Uwais Al-Qarni (3rd Edition)


FEEL FREE TO CLICK ON RELATED ENTRIES :




Tak Terkenal Di Bhumi : 'Uwais Al-Qarni - Penghuni Langit

Kisah selanjutnya...

Uwais hanyalah seorang pengembala kambing biasa. Sekali pandang, tiada apa yang istimewa tentang pemuda ini. Namun, dia mencatat sejarah hebat di kalangan manusia. Malah, baktinya yang tersembunyi mengangkat dirinya ke martabat yang amat tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf bahawa memang benar 'Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit, bukan manusia di bumi!




Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Uwais Al-Qarni tinggal di negeri Yaman. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Dia cuma tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua dan lumpuh.

Malahan, ibu tua itu telah buta dan hanya bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi bahasa dan amanah.

Justeru, dia menjadi kepercayaan orang untuk menjaga ternakan mereka pada waktu siang. Upah yang diterima hanya cukup untuk menampung makan pakai mereka sehari-hari. Jika ada terlebih, Uwais akan membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dirinya.

Selain itu, Uwais terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga taat beribadah. Dia seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada Allah. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.





Sebenarnya, Uwais ada menyimpan satu keinginan. Dia ingin sekali berjumpa sendiri dengan Rasulullah SAW. Malah, hatinya merasa sedih setiap kali mendengar cerita jirannya yang dapat bertemu dengan Rasulullah SAW. Apakan daya, dia tidak boleh meninggalkan ibunya yang uzur dan Uwais redha dengan keadaan itu. Kecintaannya kepada Rasulullah juga bukan calang-calang.


Ketika mendengar Rasulullah SAW tercedera dan gigi Baginda patah di dalam perang Uhud, Uwais lantas mengetuk giginya dengan batu sehingga patah. Ini sebagai ungkapan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW sekalipun dia tidak pernah bertemu dengan Baginda. Kerinduan dan kecintaan kepada Nabi SAW menyebabkan dia bertanya sendiri, bilakah dia akan bersua muka dengan kekasih Allah yang agung itu.

Tetapi seketika kemudian, Uwais kembali sedar bukankah tanggungjawab utamanya adalah berbakti kepada ibunya yang sudah uzur. Mana mungkin dia tegar meninggalkan wanita itu keseorangan. Lagipun, ibu itu amat dikasihi dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh saban hari.

Sekian waktu berlalu, kerinduan kepada Nabi SAW yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, memberitahu keinginannya dan memohon izin serta restu agar dapat pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah.

Ibunya merasa terharu mendengar permintaan Uwais dan berkata, “Pergilah wahai Uwais, Temuilah Nabi di rumahnya. Kelak, selesai berjumpa dengan Baginda, segeralah engkau pulang ke pangkuanku.”



Izin itu diterima Uwais dengan gembira. Segera dia berkemas untuk berangkat. Dia menyiapkan segala keperluan ibunya dan berpesan kepada jiran agar menemani ibunya selama dia pergi. Sesudah bersalaman dan mencium ibunya, Uwais pun berangkat ke Madinah.

Setelah melalui perjalanan yang jauh, akhirnya Uwais sampai di kota Madinah. Dia terus menuju ke rumah Rasulullah SAW dan mengetuknya. Salamnya dijawab seorang wanita. Itulah Siti Aisyah r.a. Dikhabarkan Rasulullah tidak ada di rumah kerana sedang berada di medan pertempuran. Kecewalah Uwais. Dari jauh dia datang namun Nabi tidak dapat ditemuinya.

Kerana teringatkan ibunya yang sudah tua, hati Uwais serba salah. Perlukah dia menunggu Rasulullah? Di telinganya terngiang-ngiang kata-kata ibunya yang menyuruh dia lekas pulang. Apa khabar ibunya kini? Akhirnya kerana ketaatan kepada ibunya, Uwais berangkat pulang dengan segera.

Kepada Aisyah, dititipkan pesanan dan salam untuk Rasulullah. Tidak lama kemudian, Rasululullah SAW pulang dari medan peperangan. Kedatangan Uwais disampaikan oleh Aisyah.


“Itulah Uwais Al-Qarni, anak yang taat pada ibunya. Dialah penghuni langit,” ujar Baginda SAW. Siti Aisyah dan sahabat tertegun. Nabi berkata lagi: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah dia mempunyai tanda putih di tengah telapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi SAW memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata: “Suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

***    ***    ***    ***    ***    ***    ***


Waktu terus berganti, dan Nabi SAW kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW mengenai Uwais Al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi SAW itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra.

Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan mengenai Uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan kambing dan unta setiap hari. Mengapa khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali r.a, selalu menanyakan dia?

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang baru datang dari Yaman, segera Khalifah Umar ra dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni turut bersama mereka.


Rombongan kafilah itu mengatakan bahawa Uwais Al-Qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi menjumpai Uwais Al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tetapi ketika itu Uwais sedang solat.

Usai solat, Uwais menjawab salam Khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi SAW ini dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi SAW.

Memang benar! Kelihatan tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni. Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi SAW bahawa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya? Uwais kemudian berkata: “Nama saya Wajah Uwais Al-Qarni”.

Dalam perbualan mereka, dinyatakan ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa pada kalian.”

Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya.

Segera sahaja Uwais marah dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”


***    ***    ***    ***    ***    ***    ***

       

'Uwais Al-Qarni (2nd Edition)


FEEL FREE TO CLICK ON RELATED ENTRIES :




Tak Terkenal Di Bhumi : 'Uwais Al-Qarni



Uwais al-Qarni adalah di kalangan tabi’in (hidup selepas kewafatan Rasulullah SAW, dan bertemu dengan para sahabat). Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa.


Uwais al Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut di dalam wasiat Baginda SAW yang disampaikan kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda SAW berpesan:



“Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”



Lalu Saidina Umar dan Saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? 


Nabi SAW menjawab: “Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah (SWT) agar Allah (SWT) ampunkan dosa-dosa kalian”.

Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu dengan Uwais al-Qarni. 

Jika dilihat dari pandangan orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak ketahui...

***   ***   ***   ***   ***   ***   ***



Doa paling utama



Ibrah dari kisah Uwais al-Qarni dan pertemuannya bersama Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali menggambarkan kepada kita tentang kepentingan doa untuk kita meminta dosa kita diampunkan.

Jika dilihat secara logik, Aisyah dan Umar serta Ali merupakan orang yang sudah dijamin akan masuk syurga, tapi mengapa Baginda SAW menyuruh mereka berdoa untuk diampunkan dosa.

Justeru nak menunjukkan kepada kita tentang pentingnya doa ini. Selalu kita meminta hal-hal dunia, tetapi jarang kita menitikberatkan doa supaya dosa kita diampunkan. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang doa amat mudah dimakbulkan, Rasulullah SAW selalu berkata kepada isteri-isteri Baginda SAW dan para sahabat:

فيعجبا لمن أدرك رمضان فلا يغفر الله
“Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan dosa-dosanya tidak diampunkan”

Aisyah RA teringin sangat bertemu malam al-Qadr,lalu dia bertanya kepada Nabi SAW: "Bilakah berlaku malam Qadar?”

Nabi SAW bertanya kepada Aisyah RA semula: “Apa yang kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”.

Aisyah RA menjawab: “Saya tak tahu”

Kemudian Aisyah bertanya lagi: “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”.

Nabi SAW berkata kepada Aisyah: “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal di malamnya dan amat mudah dimakbul Allah (SWT) doanya”.

Aisyah bertanya lagi: “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?”

Nabi SAW menjawab: “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
(Allahumma innaka ‘afuwwun karimun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni)
“Ya Allah (SWT), Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, Engkau sangat suka mengampun maka ampunkanlah dosa-dosa ku”


Oleh itu, doa yang paling utama dan dikesempatan Ramadhan ini, mohonlah keampunan sebanyaknya kepada Allah SWT dengan doa yang telah Nabi SAW ajarkan kepada Saidatina Aisyah RA.

Semoga amalan kita diterima dan tidak tergolong dalam golongan yang Nabi SAW katakan tentang kehairanannya apabila sudah masuk Ramadhan dosa-dosa golongan ini tidak diampunkan.

تقبل الله منا ومنكم.. آمين يا رب العالمين
Wallahu a’lam.
.

***   ***   ***   ***   ***   ***   ***

.

'Uwais Al-Qarni (1st Edition)



FEEL FREE TO CLICK ON RELATED ENTRIES :






Siapakah Uwais Al-Qarni? 

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah saw (mafhumnya kira-kira)
 “Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla menyintai akan makhluuqNya yang bersifat : 


(i) al-asfiyaa` (iaitu orang-orang yang mempunyai hati dan rohani yang bersih, suci, jernih dan tulus dan benar-benar mendampingi Allaah swt) lagi bersifat 

(ii) al-akhfiyaa`(iaitu orang-orang yang mengasingkan diri mereka daripada orang ramai atau orang-orang yang ber'uzlah, yang diam-diam, yang sembunyi-sembunyi, kerana Allah swt) lagi bersifat 
(iii) al-abriyaa` (iaitu orang-orang yang terkena debu/berdebu, iaitu orang-orang yang kehidupannya adalah tersangat miskin, penuh pengorbanan dan kesabaran di atas kesusahan dan keperitan hidup yang mereka lalui kerana Allah swt) lagi bersifat 
(iv) asy-sya'ithah ruusuhum (iaitu orang-orang yang mana adalah rambut mereka kusut gemusut, tidak teratur, mungkin kerana sibuk dengan urusan-urusan ukhrowi dan juga menghadapi liku-liku kemiskinan hidup dan juga pengorbanan atas agama Allah swt) lagi bersifat 
(v) al-mughobbaroh wujuuhuhum (iaitu orang-orang yang mana wajah-wajah mereka penuh berlumuran debu, lantaran liku-liku kesusahan yang dihadapi dalam hidup mereka yang serba sederhana dan kekurangan dan kerana Allaah swt) lagi bersifat 

(vi) al-khomsoh butuunuhum (iaitu orang-orang yang tersangat kempis perut-perut mereka kerana kelaparan dan kurang makan, sama ada kerana sememangnya tiada makanan/miskin, atau pun kerana banyak berpuasa dsbnya), dan lagi bersifat 

(vii) iaitu orang-orang yang bila memohon keizinan (kebenaran/perkenan) daripada pemimpin-pemimpin maka tidak diizinkan atau tidak diperkenankan bagi mereka, dan lagi bersifat 

(viii) kiranya mereka meminang wanita-wanita yang berharta atau berkedudukan duniawi sedikit maka pinangan mereka ditolak (lam yunkahuu, iaitu mereka tidak akan dinikahkan dengan wanita-wanita tersebut) dan lagi bersifat 
(ix) kiranya mereka ghoib atau menghilangkan diri (daripada sesuatu majlis atau tempat mithalnya), maka mereka tidak akan dicari oleh orang lain (iaitu orang ramai tidak ambil kisah dengan kehilangan atau pemergian mereka) dan lagi bersifat 

(x) kiranya mereka muncul atau hadhir (dalam sesuatu majlis atau sesuatu tempat mithalnya), maka orang ramai tidak gembira dengan kemunculan atau kehadhiran mereka itu, dan lagi bersifat 
(xi) kiranya mereka jatuh sakit, maka mereka tidak diziarahi (iaitu orang ramai tidak melawat/ mengunjungi mereka), dan lagi bersifat 
(xii) kiranya mereka mati, maka mereka tidak didatangi atau dikunjungi (iaitu orang ramai tidak menziarahi mayat-mayat mereka). 



(Setelah mendengar sabdaan Baginda saw itu), maka mereka (ya'nii para sahabat r.a.) telah bertanya :
" Wahai Rasuulallaah, bagaimanakah bagi kami (untuk mendapatkan) seorang lelaki daripada mereka itu (iaitu orang-orang yang dicintai Allah swt yang mempunyai sifat-sifat di atas)? " 

Sabda Baginda saw : Itulah Uwais Al-Qoroniyy. 
Mereka (iaitu para sahabat r.a.) bertanya lagi : Dan bagaimanakah (sifat-sifat) Uwais Al-Qarniyy itu ? 

Sabda Baginda saw : 



  • (Dia) mempunyai mata yang agak kebiru-biruan dan juga berwarna kemerah-merahan/perang, di antara kedua bahunya agak jauh (ya'nii bidang dadanya), badannya lurus tegak seimbang bila berdiri, mempunyai warna kulit sawo matang (atau hitam manis), sentiasa cenderung dengan dagunya/janggutnya ke dadanya (ya'nii menundukkan kepalanya kerana tawadhu' dan banyak berzikrullah),
  • pandangan matanya sentiasa berada ditempat sujudnya, sentiasa meletakkan yang kanan di atas yang kirinya, sentiasa mentilawahkan Al-Quraan, sentiasa menangis atas dirinya, mempunyai dua helai kain usang/lusuh, tidak diendahkan oleh orang ramai (iaitu tidak diperhatikan dan tidak dipedulikan oleh orang ramai), sentiasa memakai kain sarung/izaar yang diperbuat daripada suuf (bulu) dan sentiasa memakai selendang yang juga diperbuat daripada suuf (bulu), 
  • tidak dikenali (majhuul) pada kalangan ahli bumi, dikenali (ma'ruuf) pada pandangan ahli langit, seandainya dia bersungguh-sungguh memohon kepada Allah swt pastilah Allah swt akan memberikan bahagian-bahagiannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya di bawah bahunya yang kiri terdapat bintik putih, 
  • ketahuilah bahawa bila datang hari qiyamat nanti dikatakan kepada hamba-hamba: Masuklah kalian ke dalam syurga!, dan dikatakan kepada Uwais : Berhenti, dan mintalah syafaa'at ! Maka Allah 'Azza wa Jalla pun menerima syafaa'atnya seperti mana Robii'ah dan Mudhor. 

Wahai 'Umar! Wahai 'Ali, apabila kalian berdua telah berjumpa dengannya maka mohonlah kalian berdua kepadanya supaya dia memohon istighfaar (kepada Allaah swt) untuk kalian berdua, nescaya Allah akan mengampun kalian berdua (menerusi istighfarnya itu).

(Perawi) meneruskan cerita (mafhumnya): Maka mereka berdua (iaitu 'Umar dan 'Ali r.huma) terus menanti dan mencari akan Uwais rah.a. selama sepuluh tahun, tetapi mereka berdua tidak mampu (tidak berpeluang) untuk bertemu dengannya. 

Tetapi pada akhir tahun itu (iaitu tahun kewafatan 'Umar r.a.), maka 'Umar .r.a. terus naik ke Bukit Abu Qubais (iaitu sebuah bukit yang berhampiran dengan Masjidil Haram) lalu menyeru dengan suaranya yang kuat: 

"Wahai ahli-ahli haji (iaitu jemaah-jemaah haji) daripada Yaman ! Adakah Uwais di kalangan kalian ?"

Maka lalu berdirilah seorang tua yang berjanggut panjang dan menjawab: 


"Sesungguhnya kami tidak tahu akan siapakah itu Uwais. Akan tetapi, saya ada seorang anak saudara yang dipanggil Uwais, sebutannya/namanya tidaklah gah pada pandangan orang ramai (iaitu dia adalah amat tidak masyhur), lagi pula dialah yang paling tidak memiliki harta, dan segala urusannya sangat mudah, malah jauh lebih mudah daripada apa yang dapat saya terangkan kepada tuan, dan sesungguhnya dia adalah yang menjaga/mengembala unta kami, dan pada pandangan kami dia adalah seorang yang tidak berharga (iaitu dipandang rendah olehorang ramai).:

(Daripada penerangan itu), 'Umar r.a. masih merasa samar-samar lagi, seolah2 beliau tidak mahu akan dia (ya'nii tidak menduga akan dia). Lalu 'Umar r.a. pun bertanya lagi: Anak saudara kamu tu, adakah dia berada di Haram kita ini ? 

Jawab orang tua yang berjanggut panjang itu : Na'am (Ya). 

Tanya 'Umar lagi: Di manakah ianya boleh didapati? 

Jawab orang tua itu: Nescaya dia memperlihatkan dirinya kepada tuan di 'Arafah. 

(Perawi) melanjutkan ceritanya lagi (mafhumnya): Maka 'Umar dan 'Ali r.huma pun dengan segera menunggang menuju ke 'Arofah, maka disana mereka berdua mendapati seorang yang sedang berdiri solat, ke arah sebatang pokok, dan ada unta di sekelilingnya yang sedang merumput. 


Maka mereka berdua r.a. pun menambat kedua ekor himar mereka kemudian menghadapi lelaki itu sambil berkatalah mereka berdua: Assalaamu'alaikum wa rahmatullaah! 

Uwais rah.a. meringankan (memendekkan) solatnya kemudian menjawab : 

Assalaamu'alaikumaa warohmatullaah! 

Mereka berdua r.a. bertanya: Siapakah lelaki ini (siapa saudara?) 

Jawab Uwais rah.a.: (Saya) adalah seorang pengembala atau penjaga unta dan juga seorang pelayan kepada suatu kaum.

Mereka berdua r.huma membalas: Bukanlah kami bertanya tentang penjagaan /pengembalaan itu, dan bukan juga tentang pelayanan. "Siapa nama saudara ?"

Jawab Uwais rah.a: 'Abdullaah (hamba Allaah). 

Balas mereka berdua r.huma. lagi: 

"Sesungguhnya kami sudah mengetahui bahawa semua ahli langit dan ahli bumi adalah 'Abiidullah (hamba-hamba Allah). Siapakah nama saudara yang mana ibu saudara telah menamakan saudara?"

Jawab Uwais rah.a:" Eh tuan berdua ni ! Sebenarnya apakah yang tuan berdua hendakkan daripada saya ? "

Jawab mereka berdua: 

"Telah menjelaskan kepada kami Muhammmad saw akan sifat-sifat Uwais Al-Qarni, maka sesungguhnya kami telah kenal akan kemerah-merahan dan kebiru-biruan (matanya), dan baginda saw telah mengkhabarkan kepada kami bahawa di bawah bahunya yang kiri ada bintik putih maka jelaskanlah/terangkanlah akan perkara itu kepada kami berdua, maka sekiranya tanda-tanda itu ada pada saudara maka saudaralah dia (iaitu Uwais) yang sebenarnya."
Maka Uwais rah.a. pun menjelaskan (menunjukkan) tanda di bawah bahunya, maka memang benarlah terdapat bintik yang tersebut, maka mereka berdua r.huma pun saling berebut-rebut untuk mengucup akan dia. 


Dan mereka berdua r.huma berkata: 

"Kami naik saksi bahawa saudaralah Uwais Al-Qoroniyy! 
Maka beristighfarlah (ya'nii mohonlah maghfiroh/keampunan kepada Allah) untuk kami berdua, 
semoga Allah swt memberikan maghfiroh untuk saudara!"

.

Friday, 23 November 2012

Kisah Taubat Para Wali (iii) : KISAH ABID & PELACUR BERNAMA AL-MALIKAH YANG BERTAUBAT [Bani Israel]

KISAH ABID & PELACUR YANG BERTAUBAT:
-------------------------------------------------


Diceritakan pada suatu masa dahulu terdapat seorang wanita yang sangat cantik rupa parasnya. Dia berketurunan Bani Israel yang kerjanya menjadi primadona
 dan pelacur kelas atas. Namanya Al-Malikah berketurunan bangsawan. Bayaran yang ia peroleh juga cukup tinggi. Kemewahan dan kekayaan yang dimilikinya adalah hasil daripada pekerjaan terkutuk itu. Pintu rumahnya akan sentiasa terbuka bagi memberi ruang kepada kaum lelaki melihat keseksian dirinya, apa sahaja akan dilakukan bagi menarik perhatian orang yang melalui rumahnya. Dengan memiliki rupa paras yang cantik sudah cukup untuk menambat hati kaum lelaki. Apatah lagi jika dia berpakaian seksi dan menjolok mata.
------------------------
Justeru itu, sesiapa yang bertuhankan nafsu, maka wanita inilah dijadikan tempat untuk melepaskan hajatnya. Segala yang dilakukan oleh wanita ini adalah dengan kerelaan dan kehendak dirinya sendiri. Dia memiliki beberapa orang pembantu bagi menguruskan pelanggannya yang datang silih berganti. Dia sedikit pun tidak merasa berdosa dengan apa yang dilakukannya pada ketika itu. Hatinya cukup senang dan puas bila mendapat pendapatan lumayan. Kecantikannya sangat terkenal sehingga banyak pemuda yang menyukainya. 
------------------------
Pada suatu hari seorang pemuda abid beriman melalui rumah wanita tersebut. Walaupun dia seorang lelaki beriman, akan tetapi dia juga manusia biasa yang memiliki hawa nafsu dan keinginan syahwatnya seperti manusia lain juga. Pemuda abid itu sungguh terpesona dengan kecantikan dan tingkah laku mengghairahkan yang ditunjukkan wanita tersebut. Hatinya mula memberontak dan terpedaya dengan pujuk rayu syaitan serta hawa nafsunya. Lantas Keimanan yang dipeliharanya selama ini mula tergugat dan hancur berkecai. Namun demikian, pemikirannya masih waras lalu dia berdoa kepada Allah agar dia dapat mengawal perasaannya yang bergelora hebat ketika itu. "Ya Allah, Ya Tuhanku. Tenangkanlah perasaanku ini. Jauhilah aku daripada maksiat dan dosa. Tunjukkanlah aku ke jalan yang benar.”
------------------------
Nafsu dan imannya berperang hebat di dalam dirinya. Imannya menasihati supaya menjauhkan diri daripada wanita tersebut, tetapi nafsu dan syaitan memujuk rayu supaya mendekatinya. Sebelum ini dia tidak pernah diuji dengan ujian sehebat ini. Akhirnya nafsu berahi memuncak. Dia tidak dapat lagi mengawal perasaan dan kemahuan nafsunya. 
------------------------
Abid sebenarnya pemuda miskin yang taat ibadah. Namun kepopuleran paras cantik Al-Malikah di seantero negeri rupanya telah menggoda keimanan sang pemuda untuk mencoba menikmati kecantikan Al-Malikah. Fikirannya melayang-layang memikirkan keseronokan dan kenikmatan bersama wanita itu. 
Sayangnya, Abid seorang yang miskin dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan khidmat Al-Malikah. Untuk bisa bertemu Al-Malikah, Abid harus mengeluarkan biaya sebesar 100 dinar.
------------------------
Lalu dia mendekatinya untuk berbincang mengenai bayarannya. Sedangkan pada waktu itu dia tidak memiliki wang walau sedirham untuk diberikan kepada pelacur itu. Setelah perbincangan selesai, dia pun berusaha mendapatkan kos bayaran.Oleh kerana besarnya wang bayaran itu jadi abid terpaksa menjual bekerja sekuat tenaga untuk mengumpulkan uang.

Disebabkan nafsu Abid yang meluap-luap itu membuatkan hati Abid tergila-gila, dikerah tenaganya untuk mengumpul wang sebanyak yang diperlukan. “Primadona itu harus berada dalam dakapannya,” bisik hati kecilnya.
Dia ingin bertemu dengan 'pujaan' hatinya. Setelah uang terkumpul, datanglah Abid menemui Al-Malikah. 
------------------------
Apabila telah mencukupi wang, dengan berbekalkan 100 dinar, pergi ke rumah pelacur tersebut dan mereka berbincang untuk menentukan bilakah masa yang sesuai untuk bersama wanita tersebut. Apabila tiba masa dan waktu yang dijanjikan, dia sekali lagi datang dengan hati yang sangat gembira. Abid datang menemui Al-Malikah pujaannya. “Silakan masuk,” pelawa Al-Malikah dengan manisnya. Mendengar sapaan pujaannya itu, Abid melangkahkan
------------------------
Dia mendapati wanita tersebut sudah bersedia menunggu kedatangannya dengan senyuman manis terukir diwajahnya. Wangi-wangian yang dipakai semerbak harumnya sehingga menusuk masuk ke dalam hidung menyebabkan dia tidak sabar lagi untuk duduk bersama dengan wanita tersebut. Apabila semuanya telah sedia, lelaki beriman itu duduklah berdekatan dengannya. Lalu dia menghulurkan tangannya untuk bersalam-salaman sebelum bersama wanita itu. 
------------------------
Namun sesuatu yang mengejutkan terjadi. Pada waktu itu, dia teringatkan pembalasan dari Tuhannya dan bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui perbuatan hamba-hambaNya sama ada di tempat sunyi atau terang sama ada perkara yang dilakukan itu baik atau maksiat. Di kala itu dia tidak dapat menahan perasaan takutnya kepada Allah.
------------------------
Gementarlah seluruh anggota badannya. Fikirannya menjadi berkecamuk dan tidak menentu. Wajahnya serta merta menjadi pucat lesi kerana menyesal dengan perbuatan dosa yang igin dilakukannya. Dia merasa azab seksa menimpa dirinya. Keinsafan dan kesedaran yang teramat sangat menyebabkan hatinya begitu resah dan kecewa kerana terpedaya dengan godaan syaitan dan nafsu. Walau apapun yang difikirkannya, namun keadaan tidak akan dapat mengubah segala-galanya yang telah berlaku.
------------------------
Akan tetapi, apa yang terjadi tiada siapa yang dapat menduganya. Ketika Abid telah berada di hadapan Al-Malikah, tiba-tiba tubuhnya menjadi gemetar. Keringat bercucuran keluar dari sekujur tubuhnya. Yang terjadi, sang pemuda justru ingin lari dari tempat itu. Al-Malikah malah menjadi heran dengan tingkah Abid yang mendadak berubah. 
Malah ketika pelacur itu memeluknya, Abid berusaha melepaskan diri sambil berteriak.. Ketika Al-Malikah sudah berada di depannya, Abid justru teringat akan Rabb-nya.
------------------------
"Apakah yang menyebabkan tiba-tiba sahaja muka tuan berubah seperti orang dalam ketakutan? Adakah hamba tidak melayan tuan hamba dengan baik? Atau apakah yang menggangu fikiran tuan di waktu ini?" Tanya pelacur tersebut kehairanan apabila lelaki beriman itu menjauhkan diri daripadanya secara tiba-tiba. 
------------------------
“Mengapa tuan tiba-tiba menjadi begini?” tanya Al-Malikah.
"Aku takut kepada Allah, bagaimana aku mempertanggungjawabkan perbuatan maksiat ku nanti," kata Abid.
------------------------
Pemuda abid itu berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada azab dan balasan Allah, sebab itulah seluruh anggota ku gementar dan muka ku pucat. Oleh itu izinkan ku keluar dari tempat ini. Aku tidak mahu menurut hawa nafsu dan syaitan. Aku menyesal di atas kelalaian ini dan ingin bertaubat seta memohon ampun kepada Allah."
------------------------
"Apakah tuan belum pernah melakukan perkara seperti ini sebelum ini?" tanya wanita itu. 
------------------------
"Sesungguhnya ini pertama kali aku terpedaya dengan pujukan hawa nafsu dan syaitan. Sebelum ini aku tidak pernah terfikir untuk terjebak dengan perbuatan yang berdosa dan haram ini. Aku adalah seorang manusia yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNya. Jadi aku telah dilalaikan oleh pujukan hawa nafsu dan syaitan." Jawab lelaki beriman dengan perasaan sebak dan menyesal.
------------------------
Mendengarkan jawapan itu, terpegun Al-Malikah di katilnya. Nuraninya tersentuh oleh sikap lelaki yang berdiri dekatnya. Suatu peristiwa aneh yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipi. Terbayang olehnya sejuta dosa yang menyelubunginya sebagai perempuan murahan lagi hina.
------------------------
Ucapan Abid yang spontan malah membuat Al-Malikah terkejut. Entah bagaimana, ucapan Abid seakan menjadi wasilah yang memberi kesadaran kepada Al-Malikah. Di luar dugaan, hati Al-Malikah tersentuh oleh ucapan Abid yang polos itu. 
------------------------
"Sungguh mulia hati orang beriman ini. Imannya sangat kuat dan tebal. Belum sempat dia melakukan apa-apa, dia sudah merasa bersalah dan berdosa.." Bisik hati kecil pelacur itu. "Sesungguhnya orang ini baru pertama kali ingin melakukan dosa, tetapi sudah merasa takut kepada Allah, sedangkan aku ini telah berbuat dosa bertahun-tahun lamanya, tidak pernah merasa berdosa dan takut kepada Allah. Padahal Tuhannya adalah Tuhan aku juga. Sepatutnya akulah yang lebih takutkan Allah di atas segala yang telah aku lakukan selama ini." Bisik hati kecilnya.
------------------------
Abid pun lantas pergi menjauh meninggalkan Al-Malikah. Kakinya langsung berjalan seribu langkah. Namun tanpa diduga, belum jauh Abid meninggalkan tempat itu, Al-Malikah mengejar dan menghentikan langkah Abid. Al-Malikah mencegah Abid. Tapi bukan untuk memaksa Abid untuk berzina. Yang dilakukan Al-Malikah justru meminta Abid menikahinya.
------------------------
Perempuan itu tiba-tiba menangis di depan Abid, sambil memohon-mohon. Tentu saja kini giliran tingkah Al-Malikah yang membuat heran Abid. Bahkan dengan nada mengancam, Al-Malikah tidak akan melepaskan langkah Abid sebelum pemuda itu benar-benar berjanji menikahinya. Keteguhan iman sang pemuda rupanya telah menawan hati Al-Malikah.
------------------------
“Aku tertarik kepadamu. Jadikanlah aku isterimu” kata Al-Malikah tersedu-sedu. “Tidak! Aku akan meninggalkan tempat ini” jawab Abid. “Jangan pergi! kecuali engkau berjanji akan mengahwiniku.” “Baiklah,” ujar Abid singkat sambil meninggalkan bilik maksiat itu.
------------------------
“Lepaskan aku, ambillah wang 100 dinar ini,” sambil dia bangkit dari katil pelacur itu
------------------------
Kata-kata keimanan yang keluar dari mulut Abid benar-benar telah membuka hati, mata dan pikiran sang wanita. Sebaik sahaja Abid meninggalkan bilik, pelacur bernama Al-Malikah ini sudah bertekad akan meninggalkan maksiat itu untuk selama-lamanya. Dia sudah menyesal dan ingin bertaubat. 
------------------------
Semenjak dari peristiwa itu, timbul keinsafan dan penyesalan. Dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan meninggalkan perbuatan terkutuk itu buat selama-lamanya. Mulai daripada hari itu, dia menutup pintu rumahnya. Dengan tekad dan azam, dia berjanji akan menjauhkan dirinya daripada melakukan maksiat. Dia merasa terhutang budi kepada lelaki beriman tersebut kerana mengajarnya erti iman dan takwa kepada Allah. Mulai daripada hari itu, perangai dan perilakunya serta merta berubah. Dia telah mulakan satu cara hidup baru yang lebih baik. 
------------------------
Usai pertemuan yang awalnya untuk bertransaksi maksiat kepada Allah itu, Al-Malikah bertekad untuk memperbaiki diri dan segera keluar 'lembah hitam' pekerjaannya. Tujuannya tak lain, menyempurnakan benih iman yang mulai tumbuh karena disiram ucapan sang pemuda. Setelah sekian lama mengasingkan diri dan hanya beribadat kepada Allah, pada suatu hari timbul perasaan ingin berjumpa lelaki beriman yang telah menyedarkannya.
------------------------
Al-Malikah akhirnya melangkah keluar untuk mencari Abid, lelaki yang telah menyedarkan dirinya dari lumuran dosa dan maksiat. 
------------------------
Dia berkata dalam hatinya: "Alangkah baik jika aku dapat berjumpa dengan lelaki itu, manalah tahu dia ingin berkahwin dengan aku. Jika dia ingin menjadikan aku isterinya, dapatlah aku mempelajari dan mendalami agama dengan lebih mendalam lagi."
------------------------
Dia pun mencari sang pemuda hingga ke pelosok. Bertahun-tahun Al-Malikah berjalan keluar masuk kampung hanya untuk mencari sosok pemuda teguh iman yang pernah ditemuinya itu. Al-Malikah menuju ke negeri tempat tinggal Abid dengan penuh debaran. Apabila dia sampai di rumah lelaki beriman itu, keluarlah lelaki itu untuk mendapatkan tetamu yang datang. 
------------------------
Apabila dia melihat lelaki beriman di adapannya, dia pun membuka tudung yang menutupi wajahnya supaya dapat dikenali oleh lelaki itu. Tetapi alangkah malang nasib wanita itu apabila lelaki itu terpandang wajahnya, lelaki itu teringat perbuatan jahatnya dahulu. Sebaliknya setelah bertemu, Abid kelihatan ketakutan. Lantaran Belum sempat wanita itu menerangkan tujuan kedatangannya, ketakutan yang mendadak dan keterlaluan telah menyebabkan pemuda abid itu menjerit sekuat hati sehingga pengsan lalu meninggal dunia.. Kejadian itu membuatkan wanita itu sedih. Menangislah Al-Malikah menyaksikan lelaki pujaannya meninggal dunia sebelum sempat berkahwin dengannya. 
------------------------
"Aku ke sini semata-mata untuk berjumpa dan menerangkan keadaan diriku yang telah berubah, tapi belum sempat aku menceritakannya dia mati kerana melihatku. Mungkin kerana dia terlalu takut kepada Allah. Mungkin juga dia menyangka aku masih lagi seorang pelacur dan mungkin dia teringatkan dosanya yang telah lalu. Jadi alangkah berdosanya aku kerana telah menyebabkan kematiaannya." 
------------------------
Wanita itu merasa amat bersalah. Justeru dia bertanya dan mencari sama ada lelaki beriman yang telah meninggal dunia itu mempunyai saudara, adik beradik atau keluarga terdekat. Dia ingin menjadi isteri kepada saudara lelaki beriman itu. Dia mendapat tahu lelaki beriman itu mempunyai saudara yang soleh dan taat. Akan tetapi dia sangat miskin. 
------------------------
“Gagal berkahwin dengan Abid, dapat saudaranya pun tidak mengapa!” Pinta Al-Malikah dengan dorongan ingin menebus dosanya selama ini.
------------------------
Seorang teman Abid memberitahu bahawa saudara Abid adalah seorang lelaki yang miskin. Dia khuatir Al-Malikah akan menyesal nanti. “Biarlah dia miskin. Aku tetap ingin berkahwin dengannya sebagai memenuhi rasa cintaku terhadap saudaranya,” kata Al-Malikah. 
------------------------
Tekadnya sudah bulat, memperbaiki diri dan keimanannya. Karena tekadnya itu, Al-Malikah lalu berniat menikahi saudara Abid. Dalam pandangannya, jika ucapan dan perilaku Abid dapat mempengaruhi dirinya, apalagi terhadap saudaranya yang lebih dekat itu. Pastilah, menurut Al-Malikah, saudara Abid juga memiliki keteguhan iman yang tak kalah kokohnya dengan Abid.
------------------------
Wanita itu merasa sangat sedih dan berkata, “Aku datang ke mari semata-mata kerananya. Sekarang dia sudah mati. Adakah kaum keluarganya yang sanggup berkahwin denganku?”
------------------------
Jawab orang yang ada di situ, “Ada, dia ada seorang saudara yang soleh tetapi tidak mempunyai apa-apa dan sangat miskin.”
------------------------
Wanita itu mengatakan. "Sesungguhnya aku mempunyai harta yang mencukupi untuk keperluan hidup berumah tangga. Harta dan kekayaan bukanlah menjadi pilihanku."
------------------------
Ternyata saudara Abid menerima permintaan dari sang wanita paras cantik ini. Keduanya pun menikah, meskipun sebenarnya Al-Malikah tahu jika baik Abid maupun saudaranya adalah pemuda miskin. Bagi Al-Malikah yang sudah bertekad kuat, hal itu bukan penghalang. Iman di hati yang telah disiram Abid kini menjadi kekayaannya yang baru.
------------------------
Karena kekayan iman baginya lebih besar dari sekadar kekayaan duniawi. . Jadilah Al-Malikah bekas pelacur yang insaf. Setelah diadakan perbincangan, akhirnya dia berkahwin dengan saudara lelaki beriman. Dia berkahwin dengan lelaki miskin. Allah telah membuka hati wanita itu dengan taufiq dan hidayahNya. Maka, berbahagialah Al-Malikah seorang bekas Primadona bersama suaminya yang tercinta.
------------------------
Al-Malikah lalu hidup berbahagia dengan lelaki saleh, saudara Abid. 
------------------------
.Setelah beberapa tahun Allah mengurniakan mereka tujuh orang anak. Hasil perkahwinan dengan saudara si abid yang soleh lagi alim itu mereka dikurniakan mendapat tujuh orang anak laki-laki yang mana kesemuanya menjadi nabi-nabi kepada kaum Bani Israil.
------------------------
Dikhabarkan, Al-Malikah menjadi salah seorang perempuan bani Israil calon penghuni syurga.

.