Lain-Lain Entry Berkenaan Hakikat Solat @ Solah Hakiki Di Dalam Blog ini:
Feel free to surf the link ^.^
1. Sembahyang Taqwa [+credits to Uncle Karamu]
5. Hakikat Solat [By Neo Highlander]
6. Asal Usul Solat [As Suhaini Al- Jelawi]
7. HAKIKAT TOMA'NINAH @ TERTIB (PENJANA KITAR SOLAT DAIM/ SOLAT WUSTHO)
6. Asal Usul Solat [As Suhaini Al- Jelawi]
7. HAKIKAT TOMA'NINAH @ TERTIB (PENJANA KITAR SOLAT DAIM/ SOLAT WUSTHO)
Sewaktu di Gua Rahim, semua umat manusia pernah melakukan sholat. Dan sholatnya adalah Dha’im Mul Haq. Oleh sebab itu tidak benar bahwa masih ada orang kafir hidup dialam Fana ini. Karena ketika lahir kita ini kehilangan HAQ, maka lalu LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL’ADHIM (Tiada daya apa-apa kecuali ALLAH yang punya kuasa ), tidak bias lagi KUNFAYAKUN. Maka selama hidup ini kita ikhtiar untuk mandapatkan HAQ yang hilang itu. Agar kita dapat berbuat amal dengan sempurna. HAQ ini adanya di Alam Akbar/LAUHUL MAHFUZ. Sarananya sudah ada dan dalam diri kita.
* * * * * * *
segeralah mendirikan shalat daim, shalat kekal, shalat wustha.
Mensucikan diri tanpa air melainkan dengan bacaan istighfar yang senilai suci.
Caranya tanpa rukuk dan sujud, melainkan dengan serba merasa diri menghadap, mengabdi kepada Tuhan yang maha suci dikala engkau sedang diam, bergerak dan bekerja apa saja.
Syaratnya hanya satu: niat menghambakan diri secara sempurna kepada Allah,
dengan memberikan kebajikan kepada orang lain.
Itulah wahai sahabatku, jalan mencapai saat kematian sejati,
memperoleh akhir hidup yang sempurna dikaruniai rahmat Allah.
* * * * * * *
Jadi shalat daim tidak terbatas oleh waktu, keadaan atau batasan-batasan yang lain.
Dalam sulik linglung sunan kalijaga menegaskan bahwa shalat daim dilaksanakan
tanpa menggunakan air wudhu untuk menghilangkan najis dan hadas,
shalat daim merupakan shalat batin yang sebenarnya.
Shalat yang seseorang di dalamnya boleh dengan makan, tidur,
bersenggama, maupun buang kotoran
Sunan Bonang pun memiliki ajaran shalat daim sebagai berikut:
“” Unggulnya diri itu mengetahui hakikat shalat, sembah dan pujian.
Shalat yang sebenarnya bukan mengerjakan shalat isya' atau maghrib.
Itu namanya sembahyang.
Apabila di sebut shalat, maka itu hanyalah hiasan dari shalat daim.
Hanyalah tata krama.””
Sementara shalat daim merupakan shalat yang sebenarnya,
yakni kesadaran total akan kehadiran dan keberadaan Yang Maha Agung di dalam diri-nya, dan dia merasakan dirinya sirna.
Sehingga semua tingkah lakunya merupakan shalat.
Wudhu, membuang air besar, makan dan sebagainya adalah tindakan sembahnya.
Inilah hakikat dari niat sejati dan pujian yang tiada putus.
Ya, shalat yang mampu membawa pelakunya
untuk tidak menebar kekejian
dan kemungkaran.
Mampu menghadirkan ramatan lil ‘alamin.
* * * * * * *
* * * * * * *
Quote Guru ku: Haji Wan Al-Kubra:
Di sini, kita tahu bahwa salat sejati adalah tidak hanya mengerjakan sembah raga atau tataran syariat mengerjakan sholat lima waktu. Solat sejati adalah SOLAT DAIM, yaitu bersatunya semua indera dan tubuh kita untuk selalu memuji-Nya dengan kalimat penyaksian bahwa yang suci di dunia ini hanya Tuhan: HU-ALLAH, DIA ALLAH. Hu saat menarik nafas dan Allah saat mengeluarkan nafas.
Berbakti yang utama tidak mengenal waktu. Semua tingkah lakunya itulah menyembah. Diam, bicara, dan semua gerakan tubuh merupakan kegiatan menyembah. Wudhu, berak dan kencing pun juga kegiatan menyembah. Itulah niat sejati. Pujian yang tidak pernah berakhir
Jadi hakikat yang disebut Sholat Daim nafas kehidupan yang telah manunggaling kawulo lan gusti, yang manifestasinya adalah semua tingkah laku dan perilaku manusia yang diniatkan untuk menyembah-Nya. Selalu awas, eling dan waspada bahwa apapun yang kita pikirkan, apapun yang kita kehendaki, apapun yang kita lakukan ini adalah bentuk yang dintuntun oleh AKU SEJATI, GURU SEJATI YANG SELALU MENYUARAKAN KESADARAN HOLISTIK BAHWA DIRI KITA INI ADALAH DIRI-NYA, ADA KITA INI ADALAH ADA-NYA, KITA TIDAK ADA, HANYA DIA YANG ADA.
Jadi sholat daim itu tanpa menggunakan syariat wudhu untuk menghilangkan hadats atau kotoran. Sebab kotoran yang sebenarnya tidak hanya kotoran badan melainkan kotoran batin. Salat daim boleh dilakukan saat apapun, misalnya makan, tidur, bersenggama maupun saat membuang kotoran
ulama' tasawwuf mentafsirkan solat wusta, adalah solat hati, kerana 'wusta' diertikan sebagai pertengahan atau tengah-tengah - kerana hati terletak di tengah diri. Maka, bila hati lalai dan tidak kusyuk, maka solat jasmaniah akan kucar kacir.
* * * * * * *
PANDANGAN
SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI
TENTANG SOLAT ZAHIR DAN BATIN.
Solat difardhukan kepada setiap orang Islam yang waras akal dan cukup
umur pada waktu-waktu yang khusus, lima kali sehari semalam. Inilah
perintah Allah s.w.t.
Firman Allah:
"Peliharalah segala solatmu dan solat wusto. Berdirilah untuk Allah
(dalam solatmu) dengan khusyuk." (al-Baqarah:238).
Solat zahir ini ialah berdiri, membaca al-fatihah, rukuk, sujud,
duduk antara dua sujud dan seterusnya dan sebagainya. Pergerakan dan
lakuan solat ini melibatkan anggota-anggota badan. Inilahsolat diri
jasmani atau diri fizikal. Oleh kerana pergerakan atau lakuan badan
dalam solat ini banyak dan diulang-ulangi banyak kali dalam solat
lima waktu itu, maka itulah sebabnya ayat tadi menyebut solawati
(segala solat) iaitu disebut plural atai lebih dari satu. Bukan solat
tetapi solawaati (solat-solat). Itulah bahagian pertama tentang solat
dalam ayat tersebut.
Bahagian kedua pula dalam ayat tersebut ialah tentang solat wusto.
Solat ini bermaksud solat hati. Wusto itu boleh dimaksudkan sebagai
pertengahan atau tengah. Maka oleh kerana hati itu terletak di tengah
diri, maka itulah dikatakan solat wusto itu sebagai solat hati.
Tujuan solat ini ialah untuk mendapatkan hati yang damai dan
tenteram.
Hati itu terletak di tengah antara kiri dan kanan, antara depan dan
belakang, antara atas dan bawah dan antara baik dan jahat. Hati itu
titik tengah, point perimbangan, point neraca atau median. Pernah
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Hati anak Adam itu antara dua jari al-Rahman (iaitu Allah). Ia
dibolak-balikkan kemana sahaja yang Allah kehendaki."
Maksud dua jari al-Rahman itu ialah sifat Allah yang bernama `Yang
Menghukum dan Mengazab' dan sifat yang bernama `Yang Indah Yang Kasih
Sayang, Yang Lemah Lembut'.
Solat dan ibadat yang sebenar ialah solat dan ibadat hati. Kalau hati
lalai dan tidak khusyuk atau tidak konsentrasi dalam solat, maka
solat zahir iaitu solat badaniah akan berantakan dan kucar-kacir.
Apabila ini berlaku kedamaian diri jasmani atau badaniah yang
diharapkan itu melalui solat zahir tidak akan tercapai. It ulah
sebabnya Nabi s.a.w bersabda:
"Ibadat (solat) zahir itu hanya mampu di lakukan dengan hati yang
khusyuk."
Solat ialah doa si hamba kepada Tuhannya. Solat juga ialah pertemuan
antara hamba dengan Tuhan. Tempat pertemuan itu di dalam hati. Jika
hati itu tertutup, tidak endah dan tidak peduli ataupun mati, maka
solatnya tidak memberi sebarang manfaat kepadanya. Solat yang tidak
khusyuk itu tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri jasmani,
kerana hati itu adalah zat bagi badan. Yang lain itu bergantung
kepadanya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Ada sekeping daging dalam badan manusia, apabila keadaannya baik,
seluruh diri jadi baik. Dan apabila ia tidak baik, seluruh diri jadi
tidak baik. Sedarlah, daging itu ialah hati."
Solat zahir itu dilakukan pada waktu-waktu tertentu, lima kali sehari
semalam. Tempat paling baik melakukan solat ialah di masjid,
berjemaah dan menghadap kiblat. Dalam solat berjemaah, makmum
mestilah menurut imam.
Solat batin tidak ada hujungnya dan tidak berwaktu-waktu. Solat ini
tidak tertakluk kepada tempat dan masa. Solat ini sentiasa dari dunia
hingga ke akhirat. Masjid solat ini terletak di hati. Jemaahnya ialah
anggota-anggota batin atau daya-daya ruhaniah yang berzikir dan
membaca Asma-ul-Lah (nama-nama Allah) dalam bahasa alam ruhaniah
(alam batin). Imam dalam solat ini ialah kemahuan atau keinginan
(niat) yang kuat.
Kiblatnya ialah kehadirat Allah – Keesaan Allah –
iaitu menurut al-Quran di mana sahaja memandang di situ wajah-Nya –
Yang Maha Kekal dan Maha Indah.
Pendeknya kiblatnya ialah Allah.
Solat demikian boleh dilakukan oleh hati yang ikhlas, hati yang tidak
tidur dan tidak mati. Hati dan jiwa seumpama ini kekal dan sentiasa
beribadat atau bersolat sama ada dalam tidur atau dalam jaga. Ibadat
hati ini ialah seluruh hayat dan seluruh hayat ini adalah ibadat
baginya. Di situ tidak ada lagi bacaan di mulut, tidak ada lagi
berdiri, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan sebagainya.
Mursyid disini ialah Nabi Muhammad s.a.w. Ia berkata-kata dengan
Allah:
"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami
mohon pertolongan." (al-Fatihah: 5).
Firman Allah ini ditafsirkan sebagai tanda ketinggian kesedaran Insan
Kamil (Manusia Sempurna) iaitu mereka yang beberapa tingkat alam
rasa dan pengalaman ruhaniah dan tenggelam dalam tauhid atau keesaan
Allah dan bersatu dengan Allah.
Hati sebegini mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Satu daripada
kelebihan hati yang sempurna ini ialah sebagaimana yang disabdakan
oleh Nabi Muhammad s.a.w:
"Para Nabi dan kekasih-kekasih (para wali) Allah terus solat dalam
kubur mereka sebagaimana mereka bersolat di rumah mereka di dunia
ini."
Dengan kata lain, hayat hati kekal terus bersolat kepada Allah.
Setelah ibadat (solat) zahir dengan solat batin berpadu, berharmoni
dan bersatu, maka sempurnalah solat seseorang itu dan ganjarannya
amat besar. Hati atau ruh yang demikian membawa seseorang itu hampir
dan masuk ke hadirat Ilahi. Hatinya bersatu dengan Allah dan badannya
atau keduniaannya mencapai tingkat yang tertinggi mungkin. Dalam alam
nyata ini, ia jadi manusia atau hamba Allah yang warak dan alim.
Dalam alam batin atau keruhanian, ia jadi ahli makrifat yang telah
sampai ke peringkat kesempurnaan mengenal Allah s.w.t.
Sekiranya ibadat zahir tidak bersatu dengan ibadat batin maka itu
belum sempurna dan belum permai. Ganjarannya ialah hanya maju dalam
peringkat dari segi pandangan manusia sahaja. Ianya tidak membawa
seseorang itu hampir kepada Allah dan berpadu dengan-Nya.
.
Seandainya Keluarga Asmoro Bertemu dgn Keluarga Rasullullah maka kiamatlah dunia ini.
ReplyDeleteApakah maksudnya perkataan tuan..
DeleteKembalilah kepada Panduan Al-Quran dan Sunnah - bukan hanya sekadar mengalunkan bacaan atau berpakaian seperti orang-orang Arab. Tidak akan Bertemu kita dengan Allah seandainya kita hanya Menterjemahkan Bahasa Alquran ke dalam Bahasa Melayu semata-mata hanya untuk mengetauhi akan ertinya. Tidak juga dgn Bahasa Kamus atau pun Hadith , mahupun profersor atau ulamak. Seandainya dikumpulkan Ulama2 di dalam Generasi Rasullulullah Hingga Sekarang , Belum tentu Akan dapat Memahami Bahasa Al-quran / Bahasa Allah atau Kod-Kod Rahsia akan Terhurai. Kerana Di kalangan Sahabat2 Rasullullah .
DeleteHanya 4 sahabat SAHAJA yg dapat memahami isi Kandungan kod Rahsia Bahasa Al-Quran
. Kerana Para Musyrik Mekah atau Madinah gagal menterjemahkan, seperti mana apa yang Allah kehendaki. Hanya Mereka Yg ALLAH kurniakan NUR semata-mata yg dapat memahami KOD-KOD RAHSIA YG .Sebenar .
siapa Keluarga Asmoro dan Mana keturunan Rasullullah.?
DeleteApa Untungny Menjadi Hamba Allah , Bukankah solat Daim itu , Solat Yang Sentiasa Kekal di dalamnya .
ReplyDeleteSebenarnya shalat daim adalah refleksi Dari shalat yg Lima waktu
ReplyDeleteKosong itu berisi,dan berisi itu kosong...Laa Ilaaha Illallah..
ReplyDeleteMenarik jugak nie.. Shalat daim nie mcm mn.. Kene berguru yer.. 🤝
ReplyDeleteSubhanallah Alhamdulillah lailahaillallah Allahu Akbar
ReplyDelete