........................................................
Nota Eva Talya: [ Salam. Blog ini bukanlah blog syiah. Adapun sahaya mendokong Ahlul- Bayt dan kemuliaan para wali Allah dari dzuriat turunan Baginda Rasulullah SallaAllahu 'Alayhi Wassalam ]
There's another 11 related posts under key words Imam Ja'afar As-Sadiq in this blog. Feel Free to refer to the LABEL under tag "JA'AFAR AS-SADIQ" @ AHLUL BAYT. Thanks.
........................................................
+Credits to: HitamPutih Ahli Sufi
Imam Ja’far al-Sadiq AS adalah putera kepada Imam Muhammad ibn Ali AS.
Imam Ja’far al-Sadiq AS lahir pada 17 Rabiul Awwal tahun 83 Hijrah iaitu
pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan. Ibu kepada Imam Ja’far
al-Sadiq AS ialah Fatimah puteri kepada al-Qasim ibn Muhammad ibn Abu
Bakar. Beliau AS merupakan anak sulung kepada Imam Muhammad al-Baqir AS.
Saudara seibunya ialah Abdullah ibn Muhammad AS.
Saudara-saudara-saudaranya yang berlainan ibu ialah Ibrahim dan
Ubaydullah beribukan Umm Hakim puteri Asid ibn al-Mughirah al-Thaqafi,
Ali dan Zainab beribukan wanita hamba, dan juga Ummu Salamah dari ibu
wanita hamba. Beliau dibesarkan dengan asuhan ayahandanya Imam Muhammad
al-Baqir AS dan perhatian datuknya Imam Ali Zainal Abidin AS. Imam
Muhammad ibn Ali AS dikenali dengan panggilan Imam Muhammad “al-Baqir”
yang membawa maksud pembelah ilmu. Gelaran ini telah diberikan oleh
Rasulullah S.A.W kepada beliau. Sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh
Jabir bin Abdillah al-Ansari, bermaksud:
“Rasulullah S.A.W bersabda kepadaku:”Akan berlaku nanti kamu hidup
sehingga kamu bertemu dengan seorang daripada keturunanku dari al-Husayn
AS bernama Muhammad, beliau akan memecahkan kebuntuan ilmu agama. Bila
kamu menemuinya, sampaikan salamku kepadanya. [Syaikh al-Mufid,
Al-Irshad, Bab fi Dzikir al-Imam Muhammad al-Baqir, hlm. 294]”
Imam Ja’far al-Sadiq AS adalah cucu kepada Imam Ali Zainal Abidin
iaitu ayahanda kepada Imam Muhammad al-Baqir AS. Imam Ali Zainal Abidin
AS dikenali dengan panggilan “al-Sajjad” yang bermaksud yang banyak
bersujud. Imam Ali Zainal Abidin AS dan puteranya Imam Muhammad al-Baqir
AS hadir dalam peristiwa karbala yang menyayat hati itu. Imam Ali
Zainal Abidin AS wafat pada tahun 95 Hijrah akibat diracun oleh khalifah
al-Walid bin Abdul Malik.
Pada zaman remajanya, Imam J’afar AS, turut menyaksikan kejahatan
dinasti Bani Umayyah seperi al-Walid bin Abdul Malik (86-89H) dan
Sulaiman bin Abdul Malik (96-99H). Kedua-dua bersaudara inilah yang
terlibat dalam pakatan meracun Imam Ali Zainal Abidin AS pada tahun 95
Hijrah. Pada ketika itu Imam Ja’far al-Sadiq AS baru berusia kira-kira
12 tahun. Beliau juga dapat menyaksikan keadilan Umar bin Abdul Aziz
996-101H). Pada zaman remajanya Imam Ja’far AS menyaksikan puncak
kekuasaan dan kejatuhan Bani Umayyah. Tatkala al-Baqir AS kembali ke
rahmatullah pada 7 Zul Hijjah 114 Hijrah, Imam Ja’far al-Sadiq AS
berusia 31 tahun. Dengan kewafatan ayahandanya, Imam Ja’far al-Sadiq AS,
menjawat jawatan Imam kaum Muslimin berdasarkan nas yang terang dari
ayahandanya Imam Muhammad al-Baqir AS. Muhammad ibn Abi Umayr
meriwayatkan dari Hisham ibn Salim dari Aba Abdillah Ja’far ibn Muhammad
AS (beliau) berkata yang bermaksud:
“Ketika ayahandaku menghampiri saat-saat kewafatannya, beliau
berkata: “Ja’far aku memberikan kepadamu wasiat perintah kepadamu sypaya
memperlakukan dan mengasuh pengikut-pengikutku dengan baik.” “Semoga
saya menjadi tebusanmu,” Aku menjawab,” Demi Allah, saya akan mendidik
mereka supaya mereka memahami agama mereka, dengan itu mereka tidak
perlu meminta nasihat dari sesiapa pun dari kalangan orang lain.”
[Syaikh al-Mufid, Kitabul Irshad, Bab Imam Ja'far b. Muhammad al-Sadiq
AS]
Terdapat lagi riwayat-riwayat lain yang menunjukkan hak Imamah Imam
Ja’far al-Sadiq AS yang termasuk dalam 12 Imam dari Ahlul Bayt AS. Aban
ibn Uthman meriwayatkan dari Abu al-Sabbah al-Kinani (beliau) berkata:
“Abu Ja’far Muhammad AS ketika memandang anaknya Abu Abdillah Ja’far
AS dan (beliau) berkata kepada kami: “Lihatlah lelaki itu? Dia adalah
seorang yang Allah Yang Maha Tinggi dan Berkuasa firmankan:” Dan Kami
hendak memberikan kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan
hendak menjadikan mereka Imam dan orang-orang yang mewarisi (Q28:5).”
[Syaikh al-Mufid, Kitabul Irshad, Bab Imam Ja'far b. Muhammad al-Sadiq
AS]
.
KENAPA DI GUNA ALAIHISSALAM... MCM UNSUR SYIAH JE
ReplyDeletepatut digugurkan penggunaan Alaihissalam utk Imam Jaafar Sadiq ini