Showing posts with label Tazkiyatun Nafs. Show all posts
Showing posts with label Tazkiyatun Nafs. Show all posts

Saturday, 2 March 2013

Tapisan Demi Tapisan dari Illahi : Menjadi Generasi al-Quran yang Unik


Duhai jiwa-jiwa, marilah merasa dekat dengan Islam dekat jua dengan Allah Ta’ala.

Ketahuilah duhai jiwa, natijah yang Nampak seolah-olah Islami, tetapI sebenarnya terputus hubungan denganAllah, ditolak oleh Allah swt dan pelaku-pelakunya diseksa oleh Allah swt. 


Satu hadis yang wajar kita renungkan:

Satu hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. iaitu perkara pertama yang akan diputuskan di hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat Allah kepadanya. Setelah diakui banyaknya nikmat Allah, maka ditanya : Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu? 
Jawabnya : Saya telah berjuang untuk-Mu sehinggalah mati syahid. 
Allah menjawab : Dusta engkau! Tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal. Kemudian, Allah memerintahkan supaya dirinya diseret ke dalam api Neraka.

Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai serta mengajar al-Quran. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menerima semua amalnya untuk terkenal sebagai qari. Kemudian diseret mukanya kedalam neraka.

Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya mungkin juga dicampak ke neraka. Ini kerana amalannya terputus hubungan dengan Allah dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan.

Duhai jiwa, tidakkah hadith ini cukup menggerunkanmu? Sedangkan orang yang mati syahid, qari, dan dermawan pun dicampak ke neraka. Biarpun hidupku dekat dengan Islam, namun bersihkah engkau duhai hatiku?



Persediaan hati perlukan proses tarbiah yang tersusun bermula dengan tazkiyah an-nafs dan mua’lajatul uyub (mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukan sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah! Hanya dorongan dari hati yang diproses untuk dekat dengan Allah akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah swt serta menjauhi larangan-Nya secara menyeluruh. Inilah hakikat penghambaan sebenarnya dan hakikat pengabdian ini akan hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan Allah.

Kita cintakan Islam kaafah!! Bukan sekadar system pentadbiran yang perlu Islamik tetapi sistem diri juga perlu Islami merangkumi hati, pemikiran dan amalan. Berkata Hassan al-Hudaibi: Tegakkan Islam dalam diri, nescaya tertegaklah Islam di muka bumi. Wahai diri, bagaimanakah praktikalnya?



Kekuatan hubungan dengan Allah sahajalah yang menjadi tenaga penggerak hati, rasa, pemikiran dan sahsiah diri sejajar dengan syariat keIslaman. Inilah rahsia kekuatan sebenar yang akan mencorak sesorang dengan corakan Allah swt (sibghatullah) walaupun ditempat sunyi ataupun dikhalayak ramai, gelap dan terang, susah atau senang, setiap ketika, dimana sahaja. Inilah proses didikan yang dilakukan oleh Rasulullah saw kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi al-Quran yang unik.

Iman mereka diiktiraf oleh Allah dan apa yang wajar dicontohi ialah keimanan mereka, cara mereka berhubung dengan Allah dan rasulNya, keyakinan mereka, cara berfikir dan tingkahlaku mereka. Hakikat ini perlu diyakini dan dirasi untuk mengikut jejak langkah mereka. Sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan Allah sebagai titik tolak dalam melaksanakan Ubudiyyah kepada Allah (menegakkan Islam dalam diri dan dimuka bumi), maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagai satu prinsip yang utama.

Hakikat ini perlu dirasai agar setiap rasa, pemikiran, tingkah laku kita selaras dengan kehendak Allah, jernih dengan fikrah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Itulah generasi al-Quran yang unik.

Sabda Rasulullah:

‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran’


Zaman berganti zaman, Islam gharib (asing) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuraba’ (orang-orang yang asing). Golongan ini sikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Illahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas kepadaNya.

Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan kita untuk termasuk dalam golongan ghuraba’? mungkinkah kelalaian kita yang berterusan akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah…

Ya Allah, bantulah kami untuk layak berada di atas jalanMu. Jangan sekali-kali Kau menapis kami dari jalanMu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubati hati dan mengubah sahsiah diri. 

Ameen..

Thursday, 13 December 2012

Artikel Pilihan : Akal, Hati, Nafsu (Nukilan Norain Ishak)

Akal Hati Nafsu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk menghadiri sebuah majlis ilmu "tazkiyatun nafs" oleh ustaz Muhaimin di vic lodge memandangkan pada cuti easter, saya hanya bercuti di dalam cork. Jadi harapnya, nota yang bakal saya coretkan ni, dapat mengolahkan apa saya dapat dalam majlis tersebut dan berkongsi dengan anda yang tidak berkesempatan hadir.

Kepentingan Menuntut Ilmu 


Rasulullah s.a.w bersabda;

 "sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga,"-riwayat Muslim

Hatta anjing yang ada experience dalam bau-bauan pun ditinggikan darjat menjadi anjing polis kerana ianya ada ilmu, apatah lagi manusia kalau manusia menjadi insan yang berilmu. Tuntutlah ilmu yang bermanfaat yakni; ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah, ilmu untuk melawan hawa nafsu serta tipu daya syaitan, ilmu untuk menambah amal dan meningkatkan kualiti amal, ilmu yang membuatkan kita mengenal hakikat kehidupan di muka bumi

Antara doa menuntut ilmu;

Doa nabi Musa : "rabbi zidni ilma" yang bererti Ya Allah, tambahkan kepadaku ilmu pengetahuan.

Surah Taha ayat 25-28 : O my Lord, open my chest for me and make my task easy for me and make loose the knot from my tongue so that they understand my speech.

Harus kita sedari, bahawa yang memberi kita kefahaman ilmu itu adalah Allah s.w.t. Kalau Allah bagi keberkatan, maka Allah permudahkan proses kita menuntut ilmu. Kita hendaklah merasakan menuntut ilmu itu sebagai satu ibadah. Contohnya, before kita start study, masa kita buka buku, baca bismillah dan anggaplah kononnya macam kita sedang membuka kitab-kitab agama. Tambahan pula, kebanyakan kita mempelajari ilmu sains di mana lebih mudah untuk kita kaitkan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Ustaz Muhaimin ada bercerita lagi ...


.... tentang pendrive dan sebiji rambutan. Seperti mana yang kita tahu, pendrive tu boleh simpan macam-macam maklumat tentang rambutan. Kalau kita cucuk pendrive dekat pc kita, keluar lah gambar rambutan and etc. Kalau biji rambutan yang Allah cipta tu, kita cucuk biji tu dalam tanah, maka tumbuh pokok rambutan. Biji rambutan tu sendiri contain maklumat yang sama macam dalam pendrive. Di sini nak tunjukkan hebatnya ciptaan Allah. Pendrive yang manusia cipta tu, yang contain pelbagai info tentang rambutan tu, boleh ke tumbuh sebuah pokok rambutan bila cucuk kat pc?

 


Sesungguhnya ciptaan Allah super canggih kalau nak compare dengan barang yang dicipta manusia. Jadi, sahabat sekalian, ayuh ikhlaskan niat menuntut ilmu dan always remind ourselves, tuntut ilmu kerana Allah.


Kepentingan Melawan Hawa Nafsu



Surah Saad 38:26 

"Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan JANGANLAH ENGKAU MENURUT HAWA NAFSU, kerana yang demikian itu akan MENYESATKANMU DARI JALAN ALLAH. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu." 

Kalau terlebih ikut hawa nafsu, maka sesatlah kita. Kita mahu berada di jalan sesat atau jalan yang benar?


Surah An-Naaziat 79:37-41 

"Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia MENAHAN DIRINYA DARI MENGIKUT HAWA NAFSU, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya." 

Oleh itu, salah satu sifat penting ahli syurga ialah dapat menahan hawa nafsu. Sejauh mana kita berjaya melawan hawa nafsu kita? Fikir-fikirkan. 


Surah Al-Jaathiyah 45:23 

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?" 

Perghh, takut tak takut dengan amaran Allah dalam ketiga-tiga ayat ni? Ingat, kalau ikut hawa nafsu, Allah sesatkan kita, tak bagi hidayah kat kita, thus to neraka lah jawabnya. Allahu. Azab neraka itu sangat mengerikan. 

.

Ilmu Ada, Nafsu Ada 


Kita dah cakap soal ilmu, dah cakap soal nafsu, now kita combine kan. Kalau ada ilmu, but still ikut hawa nafsu, maka seseorang insan tu jadi insan kurang berguna. Contoh ada pemimpin yang main rasuah, dia ada ilmu, tapi sebab ikut hawa nafsu, kena humban dalam penjara. 

Rasanya semua orang mesti pernah rasa macam ni. Bila sesuatu perkara dosa itu macam something yang menyeronokkan, maka akal susah nak buat decision. Tapi kalau dosa tu takde sense of keseronokan, akal senang nak buat decision. So, untuk memastikan akal kita mudah membuat keputusan, kita kena jadi bermaklumat, kita kena tahu keburukan akibat melakukan sesuatu dosa itu and hence lebih mudah untuk kita tinggalkan perbuatan yang mengundang murka Allah s.w.t. 


Surah Al-Mukminuun 23:71  

"Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;" 

Dalam ayat ni, menunjukkan, dah jelaskan akibat kalau ada ilmu(kebenaran), tapi still ikut nafsu. Lawan kepada mengikut hawa nafsu ni, adalah mengikut wahyu maknanya wahyu yang Allah turunkan kepada Rasulullah s.a.w dan disampaikan kepada umat Islam. 


Kebenaran 


Semua manusia sukakan kebenaran. Kita akan marah kalau orang panggil kita sesat. Hatta orang yang sesat pun tak suka dipanggil sesat. Isunya, bagaimana Allah menyampaikan kebenaran kepada kita. Oleh itu, diutuskan seorang Rasul yang menerima wahyu dari Allah. Sesungguhnya, bukan perkara mustahil bagi Allah untuk mengurniakan kurniaan yang lebih kepada seorang manusia yakni para Rasul. 

Kita ini umpama orang yang buta sebab kita tak nampak wahyu yang Allah turunkan, and kita pun tak pernah melihat Allah, jadi macamana mahu memastikan apa yang disampaikan Nabi s.a.w itu benar? Sebab itu ada 4 sifat wajib bagi Rasul. Apakah dia? Siddiq (benar), amanah(jujur), tabligh(menyampaikan) dan fatanah(bijaksana). 


Sekiranya ada di antara kita yang tertimbul dalam hatinya rasa ragu akan risalah yang dibawa Rasulullah s.a.w, elok benar kita muhasabah diri masing-masing. Sebagai contoh, ketika di lebuhraya, kereta di bahagian lawan arus memberi lampu klip-klip untuk bagi signal pada kita. And tindakan kita, kita cepat-cepat perlahankan kenderaan sebab kita percaya pada pemandu arus berlawanan itu bahawa di hadapan sana ada roadblock polis. 

Berdasarkan situasi itu, kita boleh percaya pada pemandu yang kita tak kenal tu, yang kita tak tahu pun sama ada dia memiliki 4 sifat yang dimiliki para Rasul atau tak. Jadi, kenapa perlu ragu pada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang melalui sirahnya terbukti memiliki 4 sifat wajib ini. Allah dan Rasulullah banyak memberi amaran kepada kita, tapi kadang kita lebih concern amaran kecil hamba Allah yang kurang kefahaman agamanya. So, patutkah begitu? 

Sebagai contoh, adik kita bagitahu kita ada kumbang dekat belakang baju kita, reaksi kita, kita cepat-cepat cuba untuk buang eventho kita tak nampak pun kumbang tu ada ke takde kat belakang baju. Dalam Al-Quran, Allah memberi amaran, kalau kita langgar apa yang yang diperintahkan-Nya, maka kita masuk neraka. Tapi sejauh mana kita take serious amaran Allah ni compare dengan amaran adik kita? Fikir-fikirkan. Saya pun rasa ouch ouch jugak masa ni. 


Akal, Hati, Nafsu 


Manusia terdiri daripada jasad dan roh. Mulianya nabi Adam kerana spiritualnya, kerana ada rohnya. Tapi iblis ini ingkar untuk sujud kepada Adam, sebab Adam dijadikan dari tanah. Iblis sekadar memandang fizikal Adam. Dia sombong kerana merasakan dia yang dijadikan dari api lagi hebat dari tanah. Err so, kalau kita suka judge orang berdasarkan fizikalnya, agaknya sama je lah kita dengan iblis, ye tak? 


Surah Al-Ahzaab 33:72 

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." 

Oleh kerana manusia ini dikurniakan akal, itu yang membezakan kita dengan flora fauna atas muka bumi ni. Persoalannya, apakah itu akal? Secara ringkas yang saya faham berdasarkan pengisian ustaz Muhaimin, akal itu adalah apabila roh kita berfikir. Eh bagaimana pula dengan hati? Hati itu macam satu perasaan seperti ikhlas, redha, mencintai and etc. Dan nafsu itu adalah apabila roh terlibat dalam pengurusan fizikal kita. 

Beza antara "nafsu" dengan "hawa nafsu"? Hawa nafsu itu adalah apabila nafsu kita tidak ikut wahyu, maka kalau kita turutkan kehendak hawa nafsu datanglah keburukan. Contohnya macam hubungan lelaki perempuan, kalau ikut hawa nafsu, jadi zina, tapi kalau disalurkan nafsu ke jalan yang benar yakni melalui pernikahan, ianya bukan kesalahan, malahan mendapat ganjaran. 


Surah Asy-Syams 91:9 "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),"
Hati yang membuat keputusan, akal pula menjadi penasihat kepada hati manakala nafsu untu buat kerja menguruskan fizikal manusia seperti nafsu makan, nafsu tidur dan sebagainya. 

Tindakan kita mulai saat ini : Untuk hati, kita kena bersihkan hati dari sifat seperti ujub, riak dan sifat-sifat mazmumah dan masukkan sifat mahmudah ke dalam hati. Untuk akal, perlu baca bahan-bahan berfaedah dan grab ilmu bermanfaat. Untuk nafsu, kita kena didik nafsu menjadi baik, patuh serta boleh dikawal. Yang menjadi punca kerosakan diri, apabila kita tidak dapat menggunakan akal sebaiknya untuk menilai yang mana baik, yang mana buruk serta menjadikan nafsu sebagai raja di dalam hati. 

Sekian sahaja. Moga bermanfaat, insyaAllah.
.

Artikel Pilihan : Sami’na Wa Ato’na (Nukilan Pena Abid Miss Huda)

+CREDITS TO:  miss eushahidaraffar

Rebellious. Itu norma biasa hari ini.
Kerana hari ini, semua orang belajar tinggi, semua orang kumpul bahan bacaan, semua orang berfikir, semua orang mampu utarakan hujah.



Kalau masa kecil mak suruh basuh kaki sebelum tidur sebab takut mengigau, kita ikut.
Lepas belajar matapelajaran sains, mak suruh basuh kaki sebelum tidur sebab takut mengigau kita dah boleh explain, “alorr mak ni tak ada kena mengena pun basuh kaki dengan mimpi ngeri sebab mimpi tu melibatkan cognitive dan emotion. Bukan nya kaki dah bilas atau tak. So tak basuh pun tak apa lah, hehe..”
Kalau masa kecik nenek pesan anak dara jangan menyanyi sambil masak dekat dapur nanti dapat suami tua. “Hah. Lagilah. Entah fakta mana pulak yang mengaitkan gelombang bunyi yang keluar dari anak tekak semasa memasak di dapur akan menarik perhatian lelaki berusia 40 ke atas lantas datang meminang untuk dijadikan isteri, dan anak dara tersebut akan automatik terdorong untuk terima dan mereka hidup bahagia ke anak cucu.”
Haa itu kalau berkaitan pantang larang orang terdahulu yang saya kira masih boleh di-toleransi jika ada individu yang memilih untuk rebel.
Yang hairan nya, bila ada segelintir manusia yang tanpa segan silu rebel atau dalam kata lain ingkar tidak sependapat dengan pantang larang ALLAH.

Lagi ironinya, semasa kecil mereka patuh. Bila besar sikit, akal mula berkembang lebih sikit, ilmu mula bertambah sikit, mulut dah pandai bercakap sikit, maka mulalah memutarbelit mencari alasan melepaskan diri dari menunaikan kewajipan kepada Allah.
 
Tidak perlulah kita melihat jauh kepada golongan yang mengutarakan hujah akal untuk menidakkan hukum Allah seperti isu perlaksanaan hukum hudud itu lagi. Kita slow-slow dulu. Di sini, saya lebih berminat untuk mengajak  diri saya dan sesiapa yang terbaca blog saya ini untuk mengintai ketidakpatuhan yang wujud dalam diri kita sendiri dan mungkin tanpa sedar kita mencipta alasan menggunakan akal yang semakin ‘berkembang’  ini untuk melepaskan diri dari menunaikan hak allah.

Sms si lelaki dan si perempuan yang berlarutan setiap hari – Tak apa, sms hantar tazkirah dan saling menasihati. Bukan borak benda kosong pun.
Tudung – belum ikhlas lagi nak pakai tudung kerana allah, jadi tak apa lah, nanti sudah sedia baru lah pakai.
Duit yang tidak halal – ala jangan la buat beli makanan, tak la jadi darah daging.
Menipu – tipu sunat, jaga hati orang.
Mengambil hak orang lain – dah terdesak nak pakai duit.
Mengumpat – bukanlah nak mengumpat, Cuma, dah benda betul. (apeni?)
Itu baru dilihat benda-benda kecil yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Belum dikira benda-benda besar seperti minum arak, berzina, kurafat, dan sebagainya, lagi hebat alasan dan hujah yang dikeluarkan. manusia kan bijak.


Hakikatnya manusia itu akan sentiasa mencari-cari alasan untuk setiap ketidakpatuhan yang dia lakukan. Dengan alasan, “Allah tahu situasi sebenar..”
 
Sedangkan, dia belum berusaha sepenuhnya untuk mengelak ketidakpatuhan itu. Bahkan lebih  berusaha mencari alasan.
Semua ni tidak lain kerja si syaitannirrajiim itulah. Kepala segala pencari alasan. Buktinya, semasa Allah memerintahkan sekalian malaikat sujud kepada Adam, si iblis dengan bijaknya menggunakan akal nya mencari alasan bahawa dia diciptakan dari api yang sifatnya menjulang ke atas, manakala adam diciptakan dari tanah yang sifatnya di bawah, kerana itu si iblis tidak mahu sujud kepada Adam dan Allah menggolongkan dia (iblis) dalam golongan kafir. Ha lepastu si iblis ni pun giat lah mengajarkan kepada anak-anak adam ini pula ‘taktik beralasan’ itu. Kalau kita ikut pula, maknanya kita ini sama sahaja lah dengan,, hmm tak nak la sebut. Sebab terkena pada saya sendiri juga sebenarnya. Hmm...


"ALA KALAU TAK TAHU TAK APA"


Hah, ini satu lagi, paling famous dalam kalangan kita. Melepaskan diri setelah melakukan kemungkaran, atau melepaskan diri dari menunaikan kewajipan dengan alasan “kalau tak tahu tak apa..”
Ramai yang salah faham. Benda ni hanya apply kepada golongan yang sudah berusaha sebaiknya untuk belajar ilmu-ilmu agama. Kalau tidak pernah peduli pun untuk mengambil tahu dan belajar, mana boleh pakai alasan ini. Bukankah menuntut ilmu itu satu KEWAJIPAN. Fardhu ayn, fardhu kifayah. Ha  kali ini bolehlah guna, “Allah tahu situasi sebenar..”

“apakah manusia mengira dia akan dibiar begitu sahaja tanpa dipertanggungjawabkan?” al qiyaamah:36
 
Mari kita lihat satu analogi ini. Kita belajar di sekolah, atau universiti mahupun kolej. Dan semasa exam, kita tak dapat jawab soalan. Boleh ke kita fikir “oh tak tahu tak apa lah..skip je soalan ni.”
Lepastu nanti bila cikgu tanya, kita jawab, “saya tak tahu cikgu..”
Rasanya kalau kita ni pelajar yang proaktif dalam kelas, selalu consult cikgu tanya itu tanya ini, rajin buat soalan past year dan ulangkaji, cikgu tu boleh tolerate la kan..tapi kalau sepanjang tahun tu dalam kelas tidur, tutorial tak datang, past year tak buat, bila cikgu tanya ada apa-apa soalan tak, kita dengan nada penuh tak berminat menjawab “tak ada cikgu..”, berani ke nak bagi alasan ‘tak tahu’?
Hmm siapa kata ‘tak tahu tak apa’.
Cukup la beralasan. Itu semua skill si iblis yang diturunkan kepada kita. Nak ke gunapakai?

Mari menjadi generasi Sami’na wa ato’na.
Kami dengar, dan kami patuh.

  • Yang jelas wajib itu tetap wajib, usah diperdebat atau di alasankan.
  • Yang jelas salah itu tetap salah, usah diperdebat atau di alasankan.

Yang banyak khilaf itu lain cerita lah. sebab itu kita ada ulama’. Lagipun Al-Qur'an dan Sunnah depan mata. Kalau malas sangat nak belek mukasurat, google saja. Ilmu agama itu merata-rata sekarang. Mahu cari atau tidak saja. Ingat, “Allah tahu situasi sebenar..”
Jadi, marilah. Lestarikan. Kita dah dengar, sekarang kita patuh. Jangan nanti  ‘dapat suami tua’  pula :p
Wallahualam bisshawab
-huda
0

Tuesday, 11 December 2012

Hawa Nafsu (Itba’ al-Hawa) dan Penjelasannya


Sesungguhnya bagi manusia di dunia ini hanya ada dua jalan; Jalan Kebenaran dan Jalan Hawa Nafsu. Jalan kebenaran adalah petunjuk yang diturunkan oleh Allah SWT, Sedang hawa nafsu merupakan jalan yang diprakarsai oleh setan sebagai musuh manusia guna menimbun bahan bakar api neraka pada hari kiamat nanti, melawan hawa nafsu berarti mengikuti jalan Allah dengan penuh kesabaran[1], sebagaimana Allah SWT berfirman[2]:

يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا قُوْا اَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيْكُمْ نَارًا وَّقُوْدُهَا النَّاسُ وَاْلحِجَارَةُ

عَلَيْهَا مَلَئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ لاَّ يَعْصُوْنَ اللهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ

“ Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.
Hawa nafsu berarti kecenderungan manusia kepada perkara yang di sukai oleh jiwanya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan bahwa para salaf menggelari sebagian orang yang menisbatkan diri kepada ilmu atau ibadah sebagai pengikut hawa nafsu, karena mereka menyelisihi petunjuk Allah SWT, yaitu ilmu agama yang diwahyukan kepada para khalifah-Nya, seperti yang telah difirmankan kepada Nabi Dawud AS[3]:

يَادَاوُ دُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيْفَةً قِى الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى

فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ , إِنَّ الَّذِيْنَ يَضِلُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيْدٌ بِّمَا نَسُوْا يَوْمَ الْحِسَابِ .

“Hai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, Maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan”.
Secara bahasa Itba’ al-Hawa berarti mengikut hawa nafsu, sedang secara istilah yaitu orang yang lebih mengikuti jeleknya hati yang telah diharamkan oleh hukum syariat, itulah orang yang selalu mengikut hawa nafsu.[4]
Dari definisi diatas dapat kita fahami bahwa itba’ al-hawa berarti mengikuti hawa nafsu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang hukum syara’, berbuat hal-hal yang dilarang agama. Dengan demikian, itba’ al-hawa merupakan pangkal perbuatan maksiat, sumber malapetaka dan kemungkaran. Orang yang bersikap demikian akan tersesat dari jalan Allah dan dikenai siksa di akhirat kelak. Oleh karena itu, hawa nafsu harus dikekang dan dikendalikan agar manusia dapat meninggalkan perbuatan-perbuatan yang dilarang Allah SWT.[5]
Hawa nafsu menjalar pada diri seseorang laksana sebuah penyakit yang sangat ganas, bahkan lebih berbahaya dari virus (rabies)nya seekor anjing. Hawa nafsu lebih berbahaya karena tidak disadari oleh pengidapnya, tetapi ia lebih mematikan. Jika rabies dapat membinasakan jasad manusia(jasmani), maka hawa nafsu bisa menghancurkan jiwanya(rohani). Sehingga hatinya pun mati dan gelap gulita, dan pada akhirnya dia tidak lagi mampu menerima petunjuk dari Allah SWT.
Dalam menghadapi hawa nafsu sangat dibutuhkan kesabaran. Seorang yang ingin bertahan di atas jalan Allah harus memiliki nyali yang besar untuk melawan hawa nafsu. Allah menegaskan di dalam Al-Qur’an[6]:

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ رَبََّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيْدُوْنَ وَجْهَهُ

وَلاَ تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيْدُ زِيْنَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

وَلاَ تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطاً.

“ Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas”.
Amirul Mukminin Ali Karramallahu Wajhahu dalam Nahjul Balaghahnya berkata: “Sesungguhnya yang paling aku kuatirkan pada kalian adalah dua hal, yaitu taat pada hawa nafsu dan mempunyai angan-angan yang panjang.”
Diriwayatkan melalui Imam Shadiq bahwa Rasulullah saw bersabda: “Waspadalah terhadap hawa nafsu kalian sebagaimana kamu sekalian waspada terhadap musuh. Tiada yang lebih pantang bagi manusia daripada mengikuti hawa nafsu dan ketergelinciran lidah yang tak bertulang.”
Dalam ayat lain Allah berfirman[7]:

قُلْ يَاأَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُوْا فِىْ دِيْنِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ

وَلاَ تَتَّبِعُوْا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوْا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوْا كَثِيْرًا وَّضَلُّوْا عَنْ سَوَاءَ السَّبِيْلِ

“Katakanlah: “Hai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus”.
Dalam Al-Qur’an, Allah SWT juga telah menegaskan bahwa hawa nafsu merupakan bahaya laten bagi orang-orang yang berilmu, karena mereka bisa saja menjadi sesat walaupun berilmu. Sebabnya tak lain adalah karena mengikuti hawa nafsu. Sehingga ilmu yang turun dari Allah tak mampu membuatnya teguh di atas jalan Allah, seperti dalam Surah Al-Jatsiyah ayat 23 Allah berfirman:

أَفَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللهُ عَلَى عِلْمٍ وَّخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ

وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَوَةً فَمَنْ يَهْدِيْهِ مِنْ بَعْدِ اللهِ أَفَلاَ تَذَكَّرُوْنَ .

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[8], dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”.
Rasulullah SAW telah menyebutkan dalam hadits bahwa termasuk yang dikhawatirkan atas umatnya adalah hawa nafsu yang bisa menyesatkan. Hawa nafsu itu bisa berupa pemahaman atau syahwat.
Sebagaimana dalam surah al-Qasash ayat 50 Allah juga berfirman:

فَإِنْ لَّمْ يَسْتَجِيْبُوْا لَكَ فَاعْلَمْ أَنَّمَا يَتَّبِعُوْنَ أَهْوَاءَ هُمْ ,

وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوَاهُ بِغَيْرِ هُدًى مِّنَ اللهِ , إِنَّ اللهَ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظَّالِمِيْنَ.

“Maka jika mereka tidak Menjawab (tantanganmu) ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”.

Imam Al-Ghazali membagi nafsu kepada empat bagian, yaitu:


1. Keserakahan nafsu terhadap harta benda.

Seseorang yang telah mendapat anugerah Allah maka kewajiban baginya untuk selalu mensyukuri segala nikmat-Nya. Jika engkau menjadi orang kaya, maka syukurilah. Jika dirimu berkedudukan, manfaatkanlah kekuasaan dan kedudukanmu untuk memakmurkan rakyat, bukan memanfaatkan kuasa untuk mengumpul harta benda sampai tidak habis dimakan tujuh keturunan.

2. Nafsu amarah akan membakar dan membutakan hati.

Cara terbaik untuk bisa mengendalikan nafsu amarah yang ada dalam diri sendiri dengan berusaha selalu bersabar dalam menghadapi kemarahan dan kezaliman orang lain, bersikap lapang dada, suka memaafkan dan bermurah hati. Sesungguhnya akhlak yang terpuji adalah bagi mereka yang mampu memaafkan kesalahan (kezaliman) orang lain terhadap diri kita.

Sebagaimana pesan rasul SAW: Ingat 2 perkara dan lupakan 2 perkara, yaitu:
Ingat kebaikan orang lain pada kita, dan ingat kezaliman kita pada orang lain, serta lupakan kebaikan kita pada orang, dan lupakan kezaliman orang lain pada kita, insya allah kita menjadi pribadi muslim yang sejati.

3. Kesenangan duniawi mendorong nafsu.

Kesenangan duniawi merupakan racun pembunuh yang mengalir dalam urat. Manusia selalu diingatkan agar tidak terjerumus akan kesenangan duniawi, karena hal itu akan mendorong nafsu menjadi liar. Orang berlumba mengejar kuasa, tanpa memeperdulikan kaedah yang di ajarkan agama, apalagi norma-norma pekerjaan yang sebenarnya, yang terpenting ia dapat memperoleh kekuasaan walau dengan cara apapun.

4. Nafsu syahwat.

Imam Al-Gazhali mengingatkan bahwa syaitan menggoda manusia di dunia ini melalui berbagai cara. Dan yang paling berbahaya ialah harta, wanita dan takhta (kekuasaan). Setan telah memasang perangkap godaannya, tidak sedikit manusia yang hancur dan rusak kehidupannya karena mencari kesenangan dunia semata.

Dalam ajaran Islam, nafsu itu bukan untuk dibunuh, melainkan untuk dijaga dan di kawal. Tetapi Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? ” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi).
Rasulullah mengajak kita untuk meninggalkan satu peperangan, satu perjuangan atau satu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar yaitu jihad melawan hawa nafsu. Orang yang berperang melawan nafsu ini nampak seperti duduk-duduk saja, tidak seperti orang lain mungkin bisa dengan bebas berekspresi, akan tetapi sebenarnya sedang membuat kerja yang besar iaitu berjihad melawan hawa nafsu.
Melawan hawa nafsu atau mujahadah al- nafs sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad maka bisa kita pegang, mudah kita akan menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu terletak ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Karena itu tanpa kesedaran dan kemauan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sesukanya. Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia.
Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar sering disebut dengan istilah sifat madzmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu seperti cinta dunia, tamak, sum’ah, riya’, ujub, gila pangkat dan harta, hasud, iri hati, dendam, sombong dan lain-lain. Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.
Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah highway(jalan tol) atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan akan membesar, maka semakin luaslah highway syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh Allah sangat jahat[9].

إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوْءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّىْ

“……., Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, …….”.

Dan ini dikuatkan dengan sabda baginda Nabi SAW: “Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu “. Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama, kemudian barulah syaitan dan golongan-golongan yang lain. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir. Sebab berperang dengan orang kafir cuma sekali-sekali. Nafsulah penghalang yang paling jahat. Mengapa? Kalaulah musuh dalam selimut, itu mudah dan dapat kita hadapi. Tetapi nafsu adalah sebahagian dari badan kita. Tidak sempurna diri kita jika tidak ada nafsu. Ini yang disebut musuh dalam diri. Sebagian diri kita memusuhi kita. Ia adalah jizm al-latif tubuh yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala, hanya dapat dirasa oleh mata otak (akal) atau mata hati. Oleh itu tidak dapat kita buang. Sekiranya dibuang kita pasti mati.
Siapa sanggup melawan hawa nafsu, maka Allah akan tunjukkan satu jalan hingga diberi kemenangan, diberi bantuan dan tertuju ke jalan yang benar. Inilah rahasia untuk mendapat pembelaan dari Allah. Hidup ini adalah perjuangan melawan hawa nafsu (syaitan). Kadangkala kita menang dan kadangkala kita kalah melawan hawa nafsu syetan kita.

Abu Hamid Imam al- Ghazali menyebut ada tiga bentuk perlawanan manusia terhadap hawa nafsu, yaitu:

  1. Nafs al-Muthmainnah (nafsu yang tenang), yaitu: Ketika iman menang melawan hawa nafsu, sehingga perbuatan manusia tersebut lebih banyak yang baik daripada yang buruk. Dengan kata lain mereka yang mampu menguasai terhadap hawa nafsunya.
  2. Nafs al-Lawwamah (nafsu yang gelisah dan menyesali dirinya sendiri), yaitu: Ketika iman kadangkala menang dan kadangkala kalah melawan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut perbuatan baiknya relatif seimbang dengan perbuatan buruknya. Mereka yang sentiasa dalam bertarik tali melawan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah).Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.”
  3. Nafs al-Ammaarah al-Suu’ (nafsu yang mengajak kepada keburukan), yaitu: Ketika iman kalah dibandingkan dengan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut lebih banyak berbuat yang buruk daripada yang baik. Mereka inilah yang hawa nafsu sepenuhnya telah dikuasai dan tidak dapat melawannya sama sekali.

Enam Sumber dalam Jiwa Manusia

Untuk mengenal posisi hawa nafsu dalam jiwa dan perannya dalam kehidupan manusia, Allah SWT telah meletakkan beberapa sumber gerak dan kesadaran manusia. Semua gerak-aktif ataupun reaktif, kesadaran manusia bermuara dari sumber-sumber ini, ada enam sumber penting yang terutamanya adalah hawa nafsu, yaitu:
  1. Fithrah, yang telah dilengkapi oleh Allah dengan kecenderungan, keinginan (hasrat) dan gaya tarik menuju dan mengenal-Nya dalam rangka meraih keutamaan-keutamaan seperti akhlak, kesetiaan, ‘iffah (harga diri), belas kasih sayang dan kebaikan.
  2. ‘Aql, adalah titik pembeda manusia.
  3. Iradah, adalah pusat keputusan yang menjamin kebebasan manusia (dalam mengambil keputusan) dan memerdekakannya.
  4. Dhamir, berfungsi sebagai hakim dalam jiwa yang bertugas mengadili, mengecam dan melakukan penekanan terhadap manusia demi menyeimbangkan segala perilakunya(baik dan buruk).
  5. Qalb-Fuad-Shodr (Hati) Merupakan jendela lain bagi kesadaran dan pengetahuan, sebagaimana kita pahami melalui ayat-ayat Al-Quran sehingga dapat menerima atau menampung pencerahan Ilahi.
  6. Al-Hawa, merupakan kumpulan berbagai nafsu dan keinginan dalam jiwa manuisia yang menuntut pemenuhan secara intensif. Bila tuntutannya dipenuhi, ia dapat memberi manusia kenikmatan tersendiri.

HAWA NAFSU: MENGUASAI ATAU DIKUASAI?

“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata-kata para ilmuwan.
Dalam Shahihain disebutkan, bahwasanya Rasul SAW bersabda “Surga itu dikelilingi dengan hal-hal yg dibenci, adapun neraka dikelilingi dengan berbagai syahwat.”
Imam Shâdiq radiyallahu ‘anhu juga berkata: “Janganlah kalian biarkan jiwa bersanding bersama hawa nafsu. Karena, hawa nafsu pasti (membawa) kehinaan bagi jiwamu.” Tetapi masalahnya adalah bagaimana jika kita gagal menguasai nafsu kita sendiri? Sudah pastilah kita pula yang akan dikuasainya. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran nafsu itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat. Sesungguhnya orang yang sukses adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Seperti dalam surah Al-An’am ayat 32 Allah berfirman:

وَمَاالْحَيَوةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَّلَهْوٌ وََلَدَّارُ اْلأَخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِيْنَ يَتَّقُوْنَ أَفَلاَ تَعْقِلُوْنَ

“Dan Tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka[10],dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”.
Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhu, dalam ucapannya yang popular: “Dulunya kita adalah kaum yang paling hina, kemudian Allah SWT memuliakan kita dengan agama Islam, maka kalau kita mencari kemuliaan dengan selain agama Islam ini, pasti Allah SWT akan menjadikan kita lebih hina dan rendah tidak ada nilai. (Riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak).
Dalam surah Yunus ayat 58 Allah berfirman:

قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَالِكَ فَلْيَفْرَحُوْا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُوْنَ

Katakanlah: “Dengan karunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira(karunia Allah dan rahmat itu), adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”.
Karunia Allah dalam ayat ini mayoritas para ulama menafsirkan dengan keimanan kepada-Nya, adapun rahmat Allah ditafsirkan dengan Alquran[11]. Ibnu al-Qayyim dalam soal keutamaan melawan hawa nafsu mengatakan “Sesungguhnya melawan hawa nafsu bagi seorang hamba melahirkan suatu kekuatan di badan hati dan lisannya.”
Sementara sebagian ulama salaf berkata “Orang yg bisa mengalahkan nafsunya lebih kuat daripada orang yg menaklukkan sebuah kota dengan seorang diri.”
Dalam hadits yang shahih rasul bernah bersabda :“Tidaklah orang yang kuat itu yang menang dalam beradu fisik (seperti berkelahi/bergaduh), tetapi orang yang kuat adalah mereka yang dapat menguasai hawa nafsunya ketika ia marah”.
Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah berkata: “Seorang Mujahid (orang yang berperang)adalah orang yang memerangi dirinya sendiri”, Peperangan dengan diri yang dimaksudkan adalah peperangan menentang hawa nafsu. Berkata Said Hawa di dalam Al-Asas Fi at-Tafsir, bahwa pada dasarnya melawan nafsu bermaksud menundukkan nafsu supaya mengikut kehendak Allah dalam setiap perbuatan. Jalan terbaik melawannya dengan bermujahadah, adapun cara paling mudah untuk bermujahadah dengan menitik-beratkan ibadah-ibadah wajib setiap hari, karena mujahadah adalah jembatan takwa.

Prinsip asas melawan hawa nafsu

  1. Menahan atau menyekat sumber kekuatannya
  2. Membebankan nafsu itu dengan ibadah, berbuat ibadah semata-mata mengharapkan ridho-Nya, dengan memperbanyak amalan sholih untuk mensucikan diri kita.
  3. Berdoa meminta bantuan Allah untuk mengalahkannya.

Semoga Allah menjauhkan diri kita dari kesalahan, kealpaan dan cinta kepada hawa nafsu. Semoga Ia menjadikan kita di antara orang-orang yang takut dan bertakwa kepada-Nya.
Ingatlah, bahwa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus. Terserah kepada kita untuk mengawalnya atau dikawal olehnya. Sama-sama kita bermujahadah dalam mengawal nafsu. Insya Allah.

Wallahu A’lam
Sholli ‘Alaa Muhammad Wa Aalihi
Ibnu Dahlan El-Madary
Seri Kembangan, Sg.Besi, Kuala Lumpur
12 Jumadil Ula 1431 H/16-04-2011 M; 01:25AM


[1] Imam Asy-Syafi’I RA
[2] Surah At-Tahriim Ayat 6
[3] Surah Shaad Ayat 26
[4] Syeh Ahmad Rifa’I, Riayah Akhir, Bab Ilmu Tasawuf, Korasan 21, halaman 13, baris 8, bisa juga lihat dalam kitab karangan beliau lainnya seperti dalam Abyan al-Hawaaij, Asn Al-Miqashad beliau memberikan pengertian serupa dengan redaksi yang sama.
[5] Shodiq Abdullah, Islam Tarjumah: Komunitas, Doktrin dan tradisi, RaSAIL: Semarang, Desember 2006, halaman 135
[6] Surah Al-Kahfi Ayat 28
[7] Surah Al-Maidah Ayat 77
[8] Maksudnya Tuhan membiarkan orang itu sesat, karena Allah telah mengetahui bahwa Dia tidak menerima petunjuk-petunjuk yang diberikan kepadanya.
[9] Surah Yusuf Ayat 53
[10] Maksudnya: kesenangan-kesenangan duniawi itu hanya sebentar dan tidak kekal. janganlah orang terperdaya dengan kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat.
[11] Lihat keterangan Imam Ibnu al-Qayyim dalam kitab Miftahu Daaris Sa’aadah

+CREDITS: TANBIHUN.COM
 .