Friday, 23 November 2012

Kisah Taubat Para Wali (i) : 'ATABAH AL GHULAM

DO'A 'ATABAH AL GHULAM
-----------------------------------


إِلَهِيْ إِنْ كُنْتَ قَبِلْتَ تَوْبَتِيْ وَغَفَرْتَ حُوْبَتِيْ فَأَكْرِمْنِيْ بِالفَهْمِ وَالحِفْظِ حَتَّى أَحْفَظُ كُلَّ مَا سَمِعْتُ مِنَ العِلْمِ وَالقُرْءَانِ
إِلَهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِحُسْنِ الصَّوْتِ وَالنَّغَمَةِ حَتَّى أَنَّهُ مَنْ سَمِعَ قِرَآءَتِيْ يَزْدَادُ رِقَّةً فِيْ قَلْبِهِ إِنْ كَانَ قَاسِيَ القَلْبِ.
إِلَهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِِالرِّزْقِ الحَلاَلِ وَارْزُقْنِيْ مِنْ حَيْثُ لاَ أَحْتَسِبُ


*Ya Allah, bila Engkau terima taubatku dan Engkau ampunkan dosaku , maka berilah aku kemuliaan dengan mudah faham dan mudah hafal sehingga aku dapat menghafal semua ilmu yang ku dengar dan juga ayat-ayat al-Quran .

*Ya Allah berilah aku kemuliaan dengan suara yang merdu , sehingga sesiapa yang mendengar bacaanku , hatinya akan menjadi lembut meskipun ia seorang yang keras hati .
*Ya Allah kurniakanlah kepadaku rezeki yang halal dan juga kunjungan rezeki yang tidak kusangka-sangka "


Doa ini merupakan amalan Syaikh Atabatul Ghulam seorang kekasih Allah yang pada awalnya merupakan seorang yang fasik. Beliau sering melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. 

Maka pada suatu hari timbul niat padanya untuk menghadiri majlis Ilmu seorang Wali Allah iaitu Imam Hassan Al-Basri. Dalam majlis tersebut, ada orang yang bertanya pada Imam Hassan Al-Basri tentang orang yang melakukan dosa besar lalu bertaubat, apakah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT. Lalu Imam Hassan Al-Basri menjawab :

“Ya, jika ia bersungguh-sungguh bertaubat dengan sebenarnya, maka Allah akan mengampuninya, walaupun seperti Atabatul Ghulam.”

Imam Hasan Al-Bashri membacakan ayat ke-16 dari surat Al-Hadid:
“Apakah belum datang bagi orang yang beriman untuk tunduk hatinya mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka)….

Beliau melanjutkan perkataannya,

“Wahai pemuda yang bermaksiat kepada Rabbul ‘arsy, apakah engkau tahu balasan orang yang bermaksiat adalah neraka sa’ir yang bergejolak apinya?. Malaikat Zabaniyah menarik ubun-ubun mereka dan menarik kaki-kakinya, lalu melemparkannya ke dalam neraka. Apakah engkau dapat sabar menghadapinya, sedangkan api dunia saja engkau tidak kuat menahannya?”


Cuba bayangkan Imam Hassan al-Basri tidak pernah berjumpa atau melihat apatahlagi tidak mengenali Atabatul Ghulam, beliau hanya mengetahui namanya sahaja. 

Pada ketika disebut nama Atabatul Ghulam, Atabatul Ghulam tersentak lalu bertaubat, menyesali dosa-dosanya. Dalam doanya, ia bermunajat,

“Ya Tuhanku, jika Engkau menerima taubatku dan Engkau ampuni dosaku, maka berilah aku kemuliaan mudah faham dan hafal, sehingga aku dapat menghafal semua yang kudengar dari ilmu dan Al-Qur’an. Ya Tuhanku, muliakanlah aku dengan suara yang merdu dan indah, sehingga siapa saja yang mendengar bacaanku, maka menjadi lembutlah hatinya meskipun ia seorang yang keras hati. Ya Tuhanku, berikanlah aku rezjeki yang halal dan tak terhitung.”


Allah pun menerima taubatnya dan mengabulkan permohonannya.


.

No comments:

Post a Comment