........................................................
Nota Eva Talya: [ Salam. Blog ini bukanlah blog syiah. Adapun sahaya mendokong Ahlul- Bayt dan kemuliaan para wali Allah dari dzuriat turunan Baginda Rasulullah SallaAllahu 'Alayhi Wassalam ]
There's another 11 related posts under key words Imam Ja'afar As-Sadiq in this blog. Feel Free to refer to the LABEL under tag "JA'AFAR AS-SADIQ" @ AHLUL BAYT. Thanks.
+Credits to: HitamPutih Ahli Sufi
Nota Eva Talya: [ Salam. Blog ini bukanlah blog syiah. Adapun sahaya mendokong Ahlul- Bayt dan kemuliaan para wali Allah dari dzuriat turunan Baginda Rasulullah SallaAllahu 'Alayhi Wassalam ]
There's another 11 related posts under key words Imam Ja'afar As-Sadiq in this blog. Feel Free to refer to the LABEL under tag "JA'AFAR AS-SADIQ" @ AHLUL BAYT. Thanks.
........................................................
+Credits to: HitamPutih Ahli Sufi
Rujukan sumber sejarah menampilkan bahawa Imam Ja’far al-Sadiq AS
sebagai seorang tokoh yang sangat dihormati dan dimuliakan pada
zamannya.
Menurut Yakubi bahawa sudah menjadi kelaziman bagi ulama yang menyampaikan sesuatu dari beliau mengatakan:
” Si alim (Imam Ja’far al-Sadiq AS) memberitahu kita.”
Bahkan para pakar hukum Madinah iaitu Imam Malik bin Anas (95-179H)
diriwayatkan pernah berkata apabila ia mengutip hadith dari Imam Ja’far
AS, beliau berkata:
” Si Tsiqah Ja’far ibn Muhammad sendiri mengatakan kepadaku bahawa….”
Imam Malik menceritakan peribadi Imam Ja’far al-Sadiq AS dalam kitab Tahdhib al-Tahdhib, Jilid 2, hlm. 104:
” Aku sering mengunjungi al-Sadiq. Aku tidak pernah menemui beliau
kecuali dalam salah satu daripada keadaan-keadaan ini: 1) beliau sedang
solat, 2) beliau sedang berpuasa, 3) beliau sedang membaca kitab suci
al-Qur’an. Aku tidak pernah melihat beliau meriwayatkan sebuah hadith
daripada Nabi S.A.W tanpa taharah. Beliau seorang yang paling bertaqwa,
warak, dan amat terpelajar selepas zaman Nabi Muhammad S.A.W. Tidak ada
mata yang pernah, tidak ada telinga yang pernah mendengar dan hati ini
tidak pernah terlintas akan seseorang yang lebih utama (afdhal) melebihi
Ja’far bin Muhammad dalam ibadah, kewarakan dan ilmu pengetahuannya.”
Pada suatu ketika khalifah al-Mansur Abbasiyyah ingin mengadakan
perbahasan di antara Abu Hanifah dengan Imam Ja’far al-Sadiq AS.
Khalifah bertujuan untuk menunjukkan kepada Abu Hanifah bahawa orang
ramai sangat tertarik kepada Imam Ja’far ibn Muhammad kerana ilmu
pengetahuannya yan gluas itu. Khalifah al-Mansur meminta Abu Hanifah
menyediakan soalan-soalan yang sukar untuk diajukan kepada Imam Ja’afar
ibn Muhammad AS di dalam perbahasan itu nanti. Sebenarnya al-Mansur
telah merancang untuk menewaskan Imam Ja’far ibn Muhammad AS dengan cara
itu dan membuktikan kepada orang ramai bahawa Ja’far ibn Muhammad
tidaklah luas ilmunya.
Menurut Abu Hanifah,” Al-Mansur meminta aku
datang ke istananya ketika aku tidak berada di Hirah. Ketika aku masuk
ke istananya, aku melihat Ja’far ibn Muhammad duduk di sisi al-Mansur.
Apabila aku memandang Ja’far ibn Muhammad, jantungku bergoncang kuat,
jasad gementar dan takut menyelubungi diriku terhadap Ja’far ibn
Muhammad lebih daripada al-Mansur.
Selepas memberikan salam, Mansur
memintaku duduk dan beliau memperkenalkanku kepada Ja’far ibn Muhammad.
Kemudian al-Mansur memintaku mengemukakan soalan-soalan kepada Ja’far
ibn Muhammad. Aku pun mengemukakan soalan demi soalan dan beliau
menjawab soalan-soalan tersebut satu persatu, mengeluarkan bukan sahaja
pendapat ahli-ahli feqah Iraq dan Madinah tetapi juga mengemukakan
pandangannya sendiri sama ada beliau menerima atau menolak
pendapat-pendapat orang lain itu sehingga beliau selesai menjawab semua
empat puluh soalan yang sukar yang telah aku sediakan untuknya.
Abu Hanifah berkata,” Tidakkah telah aku katakan bahawa dalam soal
ahkam, orang yang paling alim dan mengetahui adalah orang yang
mengetahui pendapat-pendapat orang lain?” Lantaran selepas pengalaman
itu, Abu Hanifah berkata,” Aku tidak pernah melihat seorang ahli fiqah
yang paling alim selain Ja’far ibn Muhammad.”[Muwaffaq, Manaqib Abu
Hanifah, Jilid I, hlm. 173; Dzahabi, Tadhkiratul Huffadz, Jilid I, hlm.
157]
Zaid bin Ali pernah berkata,” Sepanjang masa Allah melalui seorang
lelaki daripada kami Ahlul Bayt tidak akan mengizinkan manusia
memberikan alasan yang mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui
hukum-hukumNya. Di zaman kami orang itu ialah anak saudaraku, Ja’far;
sesiapa yang menentangnya tidak akan mendapat petunjuk.” [Manaqib Shar
Ashub, Jilid 3, hlm. 147]
Yakubi meriwayatkan Mansur al-Dawaniqi berkata,” Ja’far adalah dari
golongan yang Allah firmankan: ” Kemudian Kami wariskan Kitab al-Quran
itu kepada orang-orang dari hamba Kami yang telah Kami pilih (Surah
al-Fathir:32)” Ja’far adalah dari kalangan orang-orang yang telah Allah
pilih dan dari kalangan yang melebihi orang lain dalam kebaikannnya.
Dari keluarga Nabi SAWA sentiasa ada seorang ulama yang mengetahui
hadith-hadith Nabi secara keseluruhan dan mengajarnya kepada orang lain.
Pada zaman kami orang itu ialah Ja’far ibn Muhammad.” [Tarikh Ya'qubi,
Jilid 3, hlm. 117]
Al-Syahrastani mengungkapkan tentang Imam Ja’far al-Sadiq AS:
” Ilmunya sangat luas menyangkut agama dan adab. Ia sangat menguasai
falsafah, memperolehi kesolehan besar di dunia dan sepenuhnya menjauhi
hawa nafsu. Ia hidup di Madinah cukup lama untuk memberi manfaat yang
besara pada aliran yang mengikutinya dan memberikan kepada
sahabat-sahabatnya kelebihannya dalam hal ilmu pengetahuan yang
tersembunyi…” [Milal, Jilid I, hlm. 166]
Syaikh al-Mufid mencatatkan:
” Al-Sadiq Ja’far ibn Muhammad ibn Ali ibn al-Husayn AS adalah
khalifah selepas bapanya Muhammad ibn Ali AS, wasinya, al-qaim
bi-al-imammah selepas Muhammad ibn Ali AS. Beliau seorang yang fadl di
kalangan mereka, seorang yang paling dimuliakan, tinggi kedudukannya
sama ada di kalangan syiah dan bukan syiah. Orang meriwayatkan
daripadanya tentang hal ehwal agama. Ulama terpelajar meriwayatkan
daripadanya hal ehwal agama dan di kalangan Ahlul Bayt beliaulah orang
yang paling banyak meriwayatkan hadith-hadith. Malahan dari kalangan
keluarga Nabi S.A.W banyak meriwayatkan hadith-hadith dripada beliau.
Ahli-ahli hadith banyak meriwayatkan hadith-hadith yang disandarkan
kepadanya.”
Imam Ja’far al-Sadiq AS sering berkata:
” Hadith-hadith yang aku keluarkan adalah hadith-hadith dari bapaku.
Hadith-hadith dri bapaku adalah dari datukku. Hadith-hadith dari datukku
adalah dari Ali ibn Abi Talib, Amirul Mu’minin. Hadith-hadith dari
Amirul Mu’minin Ali bin Abi Talib adalah hadith-hadith dari Rasulullah
S.A.W dan hadith-hadith dari Rasulullah S.A.W adalah wahyu Allah Azza Wa
Jalla.”[Al-Kulaini,al-Kafi, Juzuk I, hadith 154-14]
.
No comments:
Post a Comment