Sunday, 19 May 2013

IMAM JA'AFAR AL-SADIQ ALAIHISSALAM (Part 3)



........................................................ 
Nota Eva Talya: [ Salam. Blog ini bukanlah blog syiah.Adapun sahaya mendokong Ahlul- Bayt dan kemuliaan para wali Allah dari dzuriat turunan Baginda Rasulullah SallaAllahu 'Alayhi Wassalam ]

There's another 11 related posts under key words Imam Ja'afar As-Sadiq in this blog. Feel Free to refer to the LABEL under tag "JA'AFAR AS-SADIQ" @ AHLUL BAYT. Thanks.
........................................................ 


+Credits to: HitamPutih Ahli Sufi

Kasysyi [Rijal, hlm.418] meriwayatkan ucapan Amr ibn Huraits di hadapan Imam Ja’far al-Sadiq AS, berbunyi:

” Saya hendak melukiskan Din (agama) saya dan apa yang saya percaya, supaya anda dapat mengukuhkan iman saya. Dia saya adalah bahawa saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasul dan hambaNya. Saya percaya bahawa kedatangan Hari Pengadilan itu adalah pasti, dan bahawa Allah akan membangkitkan orang-orang yang ada di dalam kubur. Saya percaya ada kewajipan solat, membayar zakat, puasa dalam bulan Ramadhan, dan kewajipan menunaikan ibadah Haji ke Ka’abah bagi yang mampu. Saya bersaksi pada wilayah (kepimpinan) Ali ibn Abi Talib, pemimpin kaum beriman (Amirul Mu’minin) setelah Rasul Allah, semoga Allah melimpahkan rahmat atas keduanya dan wilayah al-Hasan an al-Husayn, wilayah Ali ibn al-Husayn, dan wilayah Muhammad al-Baqir AS, dan sesudahnya wilayah anda (Imam Ja’far al-Sadiq AS). Saya bersaksi bahawa kalian adalah para Imam. Dalam Din ini saya hidup dan dalam Din ini saya mati, serta inilah Din yang dengannya saya menyembah Allah.”


Mendengar ini, Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata:

” Demi Allah, ini sesungguhnya adalah Dinku dan Din ayah-datukku, yang menyembah Allah secara terbuka dan rahsia, maka takutlah kepada Allah dan jagalah lidahmu dari berkata yang bukan-bukan kecuali hal yang baik-baik.”
Nas-nas yang sahih dari Rasulullah S.A.W tentang hak Imamah khusus bagi 12 Imam Ahlul Bayt AS adalah banyak.


Al-Qunduzi al-Hanafi juga telah meriwayatkan hadith daripada Jabir, dia berkata:

” Rasulullah S.A.W bersabda:” Akulah penghulu para Nabi dan Ali adalah penghulu para wasi. Dan sesungguhnya para wasi selepasku ialah dua belas orang, pertamanya Ali dan yang terakhir Qaim al-Mahdi. [Yanabi al-Mawaddah, hlm.445]”


Muslim juga meriwayatkan dalam di dalam hadithnya daripada Nabi S.A.W beliau bersabda:

” Agama sentiasa teguh sehingga hari Qiamat dan dua belas khalifah memimpin mereka, semuanya daripada Quraisy.” [Sahih Muslim, hlm.79]


Al-Tirmidzi di dalam Sunannya [Al-Sunan, II, hlm.110] mencatatkan hadith tersebut dengan lafaz amir bukan khalifah. Al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkannya daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi S.A.W bersabda:

“Selepasku ialah dua belas amir. Maka beliau berucap dengan perkataan yang aku tidak mendengarnya. Bapaku memberitahuku bahawa beliau bersabda: “Semuanya daripada Quraisy.” [Sahih, IV, hlm.120]

Sayyid Hasyim al-Bahrani di dalam Ghayah al-Maram telah menjelaskan hadith dua belas imam sebanyak enam puluh enam riwayat dengan sanad-sanadnya menurut metodologi Ahlul Sunnah wal-Jamaah [Ghayah al-Maram, I, hlm.309].
Di antara kitab-kitab yang menyebut hadith-hadith dua belas khalifah ialah Manaqib Ahmad bin Hanbal, Musnad Ahmad bin Hanbal, Syarh Nahj al-Balaghah karangan Ibn Abil Hadid, Musnad Abi Ya’la al-Mansuli, al-Isabah Ibn Hajar al-Asqalani, Dhakha’ir al-Uqba karangan Muhibuddin al-Tabari, Fusul al-Muhimmah Ibn al-Sibagh al-Maliki dan lain-lain lagi.
 .

No comments:

Post a Comment