........................................................
Nota Eva Talya: [ Salam. Blog
ini bukanlah blog syiah. Adapun
sahaya mendokong Ahlul- Bayt dan kemuliaan para wali Allah dari dzuriat
turunan Baginda Rasulullah SallaAllahu 'Alayhi Wassalam ]
There's another 11 related posts under key words Imam Ja'afar As-Sadiq in this blog. Feel Free to refer to the LABEL under tag "JA'AFAR AS-SADIQ" @ AHLUL BAYT. Thanks.
There's another 11 related posts under key words Imam Ja'afar As-Sadiq in this blog. Feel Free to refer to the LABEL under tag "JA'AFAR AS-SADIQ" @ AHLUL BAYT. Thanks.
........................................................
+Credits to: HitamPutih Ahli Sufi
Hisham ibn Salim meriwayatkan dari Jabir ibn Yazid al-Jufi: “Abu
Ja’far Muhammad AS ketika ditanya tentang orang yang akan menjadi
al-Qaim selepas beliau. Beliau menepuk-nepuk Aba Abdillah Ja’far AS
dengan tangannya dan berkata:” Demi Allah, inilah lelaki dari keluarga
Muhammad AS yang akan menjadi al-Qaim Imamah.” [Syaikh al-Mufid, Kitabul
Irshad, Bab Imam Ja'far b. Muhammad al-Sadiq AS]
Yunus ibn Abd Rahman meriwayatkan dari Abd al-A’la dari kekuarga Sam, dari Abu Abdillah Ja’far AS (beliau) berkata:
“Ayahku (Muhammad ibn Ali AS) mewasiatkan (kepada yang hadir). Ketika
beliau hampir wafat, beliau berkata: “Panggil saksi-saksi untukku.” Aku
(Abu Abdillah Ja’far AS) memerintahkan empat orang lelaki dari Bani
Quraysh, di antara mereka ialah Nafi’. (Ayahku berkata):” Tulis wasiat
ini, aku wasiatkan seperti Yakub mewasiatkan kepada anak-anaknya:”
Anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka
janganlah kamu mati kecuali dalam agama Islam (Q2:132).”
Muhammad ibn
Ali AS menyediakan wasiat terakhir ini kepada Ja’far ibn Muhammad AS.
Beliau memerintahkan Ja’far mengapankannya dengan jubah yang beliau
sering gunakan untuk solat Jumaat, memakaikan beliau serban, membentuk
kuburnya empat persegi, meninggikan kuburnya empat jengkal daripada bumi
dan mengambil pakaian kotornya jauh daripadanya ketika pengkebumiannya.
Kemudian beliau berkata kepada saksi-saksi:” Pergilah kamu semua semoga
Allah mengasihi kamu semua.” Ayah, aku berkata kepadanya (selepas
mereka semua beredar).” Mengapakah mereka menyaksikan semua ini?”
“Anakku,” Beliau menjawab,” Aku tidak mahu nanti kamu diatasi kerana
dikatakan kamu tidak diwasiatkan. Aku mahu kamu mempunyai hujah dan
bukti.”[Syaikh al-Mufid, Kitabul Irshad, Bab Imam Ja'far b. Muhammad
al-Sadiq AS]
Malahan hal tersebut telah dinyatakan dalam hadith Rasulullah S.A.W.
Shaykh Sulaiman Balkhi Hanafi meriwayatkan dalam Yanabi al-Mawaddah,
meriwayatkan dari kitab Fara’ed al-Simtain oleh Humaini dari Mujahid,
dari Ibn Abbas, bahawa seorang Yahudi bernama Na’tsal datang kepada
Rasulullah S.A.W dan berkata:
” Wahai Muhammad! Aku akan bertanya anda beberapa perkara yang tidak
menyenangkan hatiku seketika. Sekiranya anda dapat memberi jawapan
kepadaku, nescaya aku akan memeluk Islam di tangan anda. Beliau S.A.W
bersabda:” Tanyalah wahai Abu ‘Ammarah’ Dia bertanya beberapa perkara
sehingga dia berkata: Beritahukan kepadaku tentang wasi anda siapa dia?
Tidak ada seorang nabi melainkan ada baginya seorang wasi. Dan
sesungguhnya nabi kami Musa bin Imran telah berwasiatkan kepada Yusyu’
bin Nun.
Nabi S.A.W menjawab:” Sesungguhnya wasiku ialah Ali ibn Abi
Talib AS; selepas beliau ialah Hasan dan Husayn AS dan selepasnya ada
sembilan orang yang kesemuanya adalah dari keturunan Husayn AS. Namakan
mereka kepadaku. Beliau S.A.W menjawab: Apabila wafatnya Husayn AS ialah
anaknya Ali AS akan menjadi Imam; apabila wafatnya Ali ialah anaknya
Muhammad; apabila wafatnya Muhammad ialah anaknya Ja’far; apabila
wafatnya Ja’far ialah anaknya Musa; apabila wafatnya Musa ialah anaknya
Ali; apabila wafatnya Ali ialah anaknya Muhammad; apabila wafatnya
Muhammad ialah anaknya Ali; apabila wafatnya Ali ialah anaknya Hasan;
apabila wafatnya Hasan ialah anaknya al-Hujjah Muhammad al-Mahdi.
Bilangan mereka adalah dua belas orang…” [Yanabi al-Mawaddah,
hlm.446-447]
Akhirnya lelaki Yahudi itu memeluk Islam dan menceritakan bahawa
nama-nama para Imam Dua Belas telah tertulis di dalam buku-buku para
nabi yang terdahulu, dan ia termasuk di antara apa yang telah dijanjikan
oleh Musa AS.
Allamah al-Hilli dsalam al-Babu l-Hadi ‘Ashar juga meriwayatkan
sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari:
” Apabila Allah Yang Maha Tinggi berfirman:” Wahai orang-orang yang
beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amri di antara kamu
(Q4:58), aku berkata: Wahai Rasulullah kami mengetahui dan mengenal
Allah dan kami mentaatiNya dan kami mengetahui dan mengenal anda dan
mentaati anda tetapi siapakah yang dimaksudkan dengan Ulil Amri itu,
yang Allah perintahkan kami mentaati mereka?
Beliau bersabda,” Wahai
Jabir, mereka adalah pengganti-penggantiku dan memiliki autoriti
selepasku. Yang pertama ialah Ali, kemudian anaknya Hasan, kemudian
Husayn, kemudian Ali ibn Husayn, kemudian Muhammad ibn Ali dan kamu akan
nanti menemuinya, Wahai Jabir, apabila kamu bertemu dengannya
sampaikanlah salamku kepadanya, kemudian Ja’far ibn Muhammad, kemudian
Musa ibn Ja’far, kemudian Ali ibn Musa, kemudian Muhammad ibn Ali
al-Jawad, kemudian Ali ibn Muhammad, kemudian Hasan ibn Ali, kemudian
Muhammad ibn al-Hasan yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan
sebagaimana ketika itu ia dipenuhi dengan kezaliman.”
Dalam hal ini al-Kulaini dalam al-Kafi meriwayatkan satu hadith yang
panjang dari Imam Ja’far al-Sadiq AS daripda Abu Basir (beliau berkata):
” Aku bertanya kepada Aba Abdillah AS tentang firman Allah Azawajalla
‘Taatilah Allah, taatilah Rasul dan Ulil Amri di antara kamu’. Beliau
menjawab,” Ia (ayat ini) diwahyukan berkenaan Ali ibn Talib, al-Hasan
dan al-Husayn AS.” Aku berkata kepadanya,” Mereka berkata,” Maka mengapa
Allah Azawajalla tidak menamakan Ali dan Ahlul Bayt di dalam KitabNya?”
Beliau AS menjawab,” Jelaskan kepada mereka: Perintah berkenaan solat
diturunkan kepada Rasulullah S.A.W tetapi Allah tidak menjelaskan
perinciannya tiga atau empat rakaat, oleh itu Rasulullah S.A.W lah yang
akan menjelaskannya. Dan Dia menurunkan perintah berkenaan zakat dan
tidak menjelaskan perinciannya bahawa bagi setiap empat puluh dirham
(zakatnya) satu dirham sehingga Rasulullah S.A.W menjelaskan hal itu
kepada mereka. Dan Dia menurunkan perintah Haji tetapi Dia tidak
berfirman,” Tawaf keliling Ka’abah tujuh kali,” sehingga Rasulullah
S.A.W menjelaskan perkara itu kepada mereka.
Dia ayat, ” Taatilah Allah
dan taatilah Rasul dan Ulil Amri di antara kamu, ” diturunkan dan ia
diwahyukan berkenaan dengan Ali, al-Hasan, al-Husayn dan Rasulullah
S.A.W menjelaskannya tentang Ali, “Maka barang siapa yang mengakui aku
mawlanya maka Ali adalah mawlanya juga.” Dan dia S.A.W bersabda,” Aku
perintahkan kamu mentaati Allah Azawajalla supaya tidak memisahkan
kedua-duanya sehingga kedua-duanya menemuiku di al-Hawd ( telaga di
syurga), dan Dia memperkenankan permintaanku itu.
Dan dia S.A.W
bersabda,” Mereka tidak akan memesungkan kamu dari jalan petunjuk dan
tidak akan membawa kamu ke jalan kesesatan.” Sekiranya Rasulullah S.A.W
mendiamkan diri tentang hal itu dan tidak menjelaskan siapa Ahlul Bayt,
sudah tentu ahli rumah sipolan dan sipolan akan menuntut hak tersebut.
Walau bagaimanapun Allah azawajalla telah menurunkan perkara itu dalam
KitabNya, mengesahkan sabda NabiNya:” Ahlul Bayt, sesungguhnya Allah
bermaksud hendak menghilangkan kamu dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan
membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya (Q33:33),” dan mereka adalah
Ali, al-Hasan, al-Huseinn dan Fatimah AS. Rasulullah S.A.W memasukkan
mereka dalam selimut di rumah Umm Salamah, kemudian berkata: Allahumma,
sesungguhnya bagi setiap nabi ada Ahlinya dan Thaqlnya dan mereka ini
adalah Ahli dan Thaqlku.”
Apabila Rasulullah S.A.W wafat, Ali adalah
awla kepada mereka kerana Rasulullah S.A.W telah menjelaskan hal itu
dengan menyuruhnya berdiri dan mengangkat tangannya. Dan apabila Ali
wafat, beliau tidak akan dan tidak mungkin memasukkan anaknya Muhammad
ibn Ali atau al-Abbas ibn Ali atau anak-anaknya yang lain ke dalam
(maksud) Ahlul Bayt. Jika beliau berbuat demikian tentulah al-Hasan dan
al-Husayn akan berkata: Allah Tabaraka Wa Ta’ala menurunkan hal itu
tentang kamu sebagaimana Dia menurunkan hal itu tentang kami. Dia
memerintahkan ketaatan kepada kami sebagaimana Dia perintahkan ketaatan
kepada kamu.
Apabila Ali wafat, al-Hasan adalah orang yang paling awla
kerana umur beliau lebih tua. Di saat kewafatannya beliau tidak akan dan
tidak mungkin memasukkan anak-anaknya atau beliau berdalilkan ayat
Allah AZWJ,” Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama
lain lebih berhak di dalam Kitab Allah. (Q:33;6)”, menetapkan hak Imamah
untuk anak-anaknya. Jika beliau berbuat demikian al-Husayn akan
berkata,” Allah telah memerintahkan ketaatan kepadaku sepertimana Dia
telah memerintahkan ketaatan kepada kamu dan bapa kami dan Rasulullah
SAW menjelaskan kepada orang ramai tentang diri kami seperti juga dia
mejelaskan kepada mereka tentang diri kamu dan bapa kami dan Dia
menghilangkan kekotoran dari kami seperti juga Dia menghilangkan segala
kekotoran dari diri kamu dan bapa kami.”
Oleh itu apabila hal itu sampai
kepada al-Husayn, tidak ada seorangpun dari keluarganya yang menuntut
hak Imamah sebagaimana dia boleh menuntut hak tersebut daripada
saudaranya atau bapanya, jika mereka hendak memisahkan hak Imamah
daripada dirinya tetapi tidak berbuat demikian. Apabila saatnya sampai
kepada al-Husein dan hak Imamah terus berjalan menurut tafsiran ayat:”
Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih
berhak di dalam Kitab Allah.” Kemudian ia dipegang oleh Ali ibn Husein
selepas al-Husein, dan selepas Ali ibn al-Husein dipegang pula oleh
Muhammad ibn Ali. Dan dia (Ja’far al-Sadiq AS) berkata,” Kekotoran
(al-rijsa) dalam ayat ini membawa maksud ragu-ragu (shakk) dan demi
Allah kami tidak pernah ragu-ragu tentang Rabb kami.”[Al-Kafi, Kitabul
Hujjah, IV, Bab 64, hadith 757-1]
.
No comments:
Post a Comment