+Credits To: Hj Shaari
Cara Untuk Menghidupkan Iman Itu, Payah?
Beriman itu, adalah berasyik-asyikkan atau berasyik-maksyuk dengan yang dicintai. Beriman itu, ertinya cinta-cintaan dan rindu-merindui dengan yang dikasihi. Iman itu, adalah pendalaman dan mendasar kaedah “rasa”. Rasa kasih, rasa cinta dan rasa dendam kepada hanya Allah!.
Iman Yang Hidup
Iman yang hidup itu, adalah iman yang hanya ingat kepada Allah!.
Ingat tidak mahu melupai Allah dan tidak mahu berpisah dengan Allah.
Iman yang hidup itu, adalah Ingat hanya mahu bersama dengan Allah, walau dimana dan kemana. Mahu berjalan bersama Alah, mahu melangkah bersama Allah, mahu duduk, bangun dan baring bersama Allah.
Orang yang hidup imannya itu, adalah orang yang hanya mahu yang dilihat itu hanya Allah, malahan kiranya boleh, biarlah yang melihat itupun jua Allah!. Biarlah Allah sahaja yang melihat. Untuk sampai kepada tahap “biar Allah sahaja yang mellihat” itu, hendaklah kitabutakan mata kita dari melihat selain dari Allah.
Cara Mudah Untuk Menghidupkan Iman!.
Sekarang saya mahu tuan-tuan para pembaca sekalian, tutupkan mata tuan-tuan dengan tapak tangan. Jangan tutup mata dengan jari tetapi saya mahu tuan tutup mata tuan-tuan dengan telapak tangan, biar sampai tidak terlihat apa-apa. Tutup mata dan biarkan sekejap, baru boleh buka semula!.
Sekarang tutup………………………
Semasa tuan-tuan tutup mata, bukankah tuan-tuan tidak boleh melihat dan bukankah tuan-tuan tidak boleh nampak apa-apa. Yang tidak nampak itu, itulah sifat kita dan yang tidak dapat melihat itu, itulah sifat kita!.
Setelah kedua-dua belah mata dibuka, saya mahu bertanya kepada tuan-tuan, apakah sekarang tuan-tuan dapat melihat?. Jika jawapan tuan-tuan memihak kepada melihat, yakinlah bahawa yang melihat itu, bukan mata tuan-tuan, yang bersifat melihat itu, adalah Allah.
Allah sahaja yang bersifat melihat!. Kita bersifat buta, yang bersifat melihat itu, itulah Allah. Sekarang saya mahu bertanya lagi kepada tuan-tuan, sekarang disaat ini, di masa ini dan di ketika ini, dapatkah tuan-tuan melihat?.
Jika jawapan tuan-uan memihak kepada ia, sesungguhnya itulah penglihatan Allah dan bukan penglihatan tuan-tuan. Penglihatan kita, adalah seumpama semasa kita tutup mata dengan telapak tangan!. Setelah kita anggkat tangan dari menutup mata, maka mata kitapun dapat melihat, sesungguhnya yang melihat itu, itulah penglihatan Allah………………..
Inilah cara untuk kita hidupkan iman dan inilah cara untuk kita terus hidup dalam keadaan beriman kepada Allah.Inilah tanda kasih sayang, cinta berahi, rindu dendam dan damba mendamba dengan Allah Taala.
Untuk menghidupkan iman itu, caranya adalah dengan “berkekalan menggunakan” sifat Allah!.
Hanya Dari Air Tangan Kekasih
Erti atau makna “berkekalan mengguna” sifat Allah itu, adalah bermaksud, seumpama kita ada seorang kekasih atau seorang buah hati yang sangat dicintai.'
Dalam keadaan kita bercinta atau berkasih sayang itu, sudah tentu kita mahu tangan kekasih yang membelai rambut kita, tangan kekasih yang menyuap nasi kemulut kita, tangan kekasih meyikat rambut, tangan kekasih mengosok pipi kita dan kita mahu tangan kekasih memegang tangan kita.
Cinta dan kasih kepada orang yag dicintai itu, boleh ditafsirkan sebegini, seumpama kita beli rumah, belilah rumah atas nama kekasih. Beli kereta, belilah atas nama kekasih, beli tanah, belilah atas nama kekasih, beli baju, belilah baju yang warnanya disukai kekasih. Segalanya atas kehendak dan atas nama kekasih. Barulah cinta dan kasih serta rindu dendam kita itu, terlihat, terpandang dan tertilik hanya kekasih.
Kita mahu pakau baju yang digosok kekasih, nasi yang dimasak oleh kekasih dan mahu tiduir sama bantal dengan bantal kekasih, jika boleh kita mahu satukan badan dan jasad kita dengan jasad kekasih!. Segala-galanya kita nak guna hasil tangan kekasih.
Berkekalan Menggunakan Sifat Allah (Baqa’)
Lihat-terlihat, tilik-tertilik dan pandang–memandang itu, adalah hanya kepada kekasih. Akhir sekali “berkekalanlah menggunakan” kekasih. Diri dan jasad kekasih sahaja yang kita menafaatkan, sekalipun membakar diri sendiri, asal sahaja dapat menggunakan mulut kekasih, hidung kekasih, mata kekasih, tangan kekasih dan seluruh jasad dan badan kekasih dapat kita gunakan sepenuhnya!.
Begitu juga dengan Allah. Sekiranya kita dapat “berkekalan menggunakan” sifat Allah, alangkah hidupnya iman kita!. Seumpama biarlah kaki yan berjalan itu, Allah. Tangan yang mengengam itu, Allah. Hidung yang menghirup udara itu, Allah. Mulut yang berkata-kata itu, Allah. Telinga yang mendengar itu, Allah. Malahan seluruh hidup dan mati kita itu, Allah. Itulah ertinya kita menggunakan sepenuhnya secara berkekalan sifat Allah!. Jangan ada sedikitpun memakai sifat kita.
Setelah kita gunakan sepenuhnya sifat Allah, maka yang dilihat itu adalah juga yang melihat dan yang ditilik itu, adalah juga diri yangmenilik. Ituklah tanda iman yang hidup.
Pandang Kehadiran Kekasih (Allah) Itu, Sehingga Tidak Lagi
Terlihat Kehadiran Diri Sendiri!.
Manakala yang bersifat melihat dan yang bersifat memandang itu, itulah Allah. Untuk terus duduk bersama Allah (kekasih awal dan akhir) itu, hendaklah jangan sampai terlihat adanya diri kita sendiri!.
Untuk sampai kepada tahap iman yang hidup itu, hendaklah kita mempergunakan sepenuhnya sifat Allah. Biar Allah sahaja yang melihat, biar sifat Allah sahaja yang mendengar dan biar sifat Allah sahaja yang berkata-kata!. Setelah terlihat segala-galanya Allah, maka terkuburlah adanya diri. Setelah terkuburnya sifat adanya diri, maka terzahirlah sifat Allah Taala dengan nyata lagi terang!.
Pandang memandang lihat dan melihat itu, serah kepada kekasih (Allah). Itulah orang yang cinta, kasih, rindu dan dendang kepada Allah. Itulah iman yang hidup dengan hanya Allah. Sehingga diri kita itu tidak melihat, yang melihat itu Allah. Diri kita tidak memandang, yang memandang itu Allah. Orang yang hidup imannya kepada Allah itu, adalah orang gunakan mata kekasih untuk melihat, guna tangan kekasih untuk memegang, menggunakan telinga kekasih untuk mendengar dan menggunakan nyawa kekasih untuk bernafas. Itulah kasih yang hidup dan itulah iman yang hidup!. Biar kita hidup dengan sifat kekasih. Untuk hidup dengan sifat kekasih itu, hendaklah jangan sampai terlihat lagi kehadiran diri sendiri!.
Barulah boleh dikatakan hidup dalam keadaan beriaman kepada Allah. Beriman kepada Allah itu, adalah setelah segalanya itu adalah Allah, Allah, Allah ……………………………
Beriman Itu, Bukan Sahaja Hanya Di Bibir!
Beriman itu senang tetapi cara untuk menghidupkan iman itu, adalah teramat payah. Semua orang bercakap tentang iman, tetapi teramat susah untuk beriman!. Iman itu, bibir tetapi beriman itu qalbu!. Bibir dengan qalbu dan iman dengan beriman itu, adalah suatu perkara yang jauh berbeza.
Istilah iman adalah isyarat tafsiran syariaat manakala beriman itu, adalah isyarat tafsiran makrifat!. Contohnya seumpama rukun iman yang pertama iaitu, percaya kepada Allah. Perkara percaya kepada Allah itu, semua orang boleh mengaku percaya! Tetapi untuk mempercayainya adalah suatu perkara yang teramat payah.
Perkara percaya dan perkara mempercayai itu, adalah suatu yang berbeza. Begitujuga seumpama perkataan selam dengan perkataan menyelam, perkataan baca dan perkataan membaca itu, adalah juga suatu perkataan atau perkara yang berbeza. Dalam permasalahan iman dengan perkara beriaman itu, adalah suatu yang berbeza!. Mari kita belajar cara-cara beriman.
Beriman itu, ada tiga tahap;
1) Beriman pada tahap taklid (tanpa dalil)
2) Beriman pada tahap mutakalimin (dengan dalil)
3) Beriman pada tahap nurul yakin (dengan rasa)
Kebimbangan atau permasalahan besar yang dihadapi oleh masyarakat anak muda-mudi kita sekarang ini, adalah dalam permasalahan kegoncangan kepercayaan. Permasalah anak muda mudi zaman sekarang ini, adalah dalam soal kepercayaan hati, iaitu hati yang dalam berkeadaan tidak basah dengan keyakinan (iaitu hati yang berkeadaan kering dari beriman Allah). Kering dari beriman (percaya) kepada Allah Taala.
Kegoncangan hati itu, adalah warisan yang diwarisi oleh turun temurun sedari datuk nenek kita lagi, yang membawa kepada zaman kita sekarang ini. Kegoncangan percaya atau beriman kepada Allah itu, suatu perkara yang bukan baru!. Ianya bermula dari zaman para Nabi-Nabi terdahulu.
Punca Kegoncangan Iman.
Punca timbulnya kegoncangan Iman itu, adalah kerana kita menggunkan istilah akal!. Ramai masyarakat dan anak muda-mudi zaman ini, menggunakan istilah akal untuk mempercayai Allah. Sedangkan untuk mempercayai Allah itu, tidak boleh dengan akal, ianya hendaklah dengan menggunkan perkara qalbu (ruh atau rasa). Sayangnya maysrakat sekarang jarang menggunakan anggota qalbu!.
1) Apakah itu beriman pada tahap taklid (tanpa dalil)
Beriman pada tahap taklid itu, adalah orang-orang beriman secara menggunakan sangkaan. Sangkaan bahawa “aku sudah alim, aku sudah cukup beriman”. Dalam bahasa sekarang bolehlah dikatakan dengan perkataan “shok sendiri”.
Beriman pada tahap taklid itu, adalah beriman secara bersandarkan dengan banyaknya mengerjakan ibadah, banyak berpuasa, banyak zikir, banyak baca Quraan, banyaknya hadir kemasjid, bersandarkan telah mengaji pondok, bersandarkan sudah belajar sehingga ke Universitu Al-Azhar. Bersandarkan kepada jawatan yang disandang, seumpama gelaran ustaz, ulamak atau penceramah agama, sudah memadai untuk menjadi tanda atau mengambarkan seseorang itu sudah beriman kepada Allah.
Tahap beriman secara bertaklid itu, adalah beriman orang-orang yang bergantung harap kepada amalan yang dikerjakan secara membabi buta!. Semata-mata bergantung kepada amal ibadah, tanpa menggunakan lojik akal apa lagi logik qalbu!.
Beriman pada tahap taklid itu, adalah beriman orang yang masih berharap kepada balasan syurga dan tahap yang masih menghitung-hitung pahala dari amal yang dikerjakan.
Mengerjakan amal mengikut apa yang orang terdahulu buat (amalan ikut-ikutan). Iman pada tahap taklid itu, adalah amalan yang tidak berkehendak kepada Allah, hanya berkehendak kepada banyak atau sakannya perbuatan amal.
2) Apakah Itu Beriman Pada Tahap Mutakalimin (dengan dalil)
Beriman pada tahap mutakalimin itu, adalah beriman diatas dasar mendalilkan Allah dengan sesuatu.
Terkadang kala, iman pada tahap mutakalimin itu, adalah iman yang bercampur dengan taklid. Pegangan iman mereka-mereka yang duduk pada tahap mutakalimin itu, ada kalanya bercampur, sekejap berpegang kepada dasar taklid dan sekejap berpegang atas dasat mutakalimin. Pegangan orang yang berada pada tahap ini, adalah pegangan iman yang tidak tetap. Sekejap dudk pada tahap bertaklid dan sekejab lagi duduk pada mutakalimin, iaitu golongan yang tidak tetap pendirian.
Contoh;
Seumpama kebanyakkan kita yang pergi menunaikan haji di Tanah Sici Mekkah. Bilamana berada ditanah Malaysia, mereka megamalkan pegangan fahaman Ahli Sunah Waljamah manakala setelah sampai ke Tanah Mekkah, ada sesetengah amalan, mereka berpegang kepada fahaman Wahbi. Fahaman yang tidak tetap.Mereka yang berpegang atau mereka yang duduk kepada dasar mutakalimin itu, adalah mereka yang berpegang kepada dua kepercayaan.
A) Beriman golongan mutakalimin itu, adalah beriman yang tertaklok diatas kuasa memilih dan ada kuasa menentu itu, ada pada kita makhluk!.Seumpama kita berhak dan berkuasa untuk memilih antara baik dan buruk. Kita berkuasa dan berhak memilih untuk beribadah. Seumpama dalam perkara mendirikan sembahyang. Dalam perkara mendirikan sembahyang itu, golongan mutakalimin itu, beranggapan bahawa akal kita berhak dan berkuasa untuk memilih samaada mahu sembahyang atau tidak. Manakala kehendak dan kemahuan untuk tidak bersembahyang itu, adalah pekerjaan syaitan atau kehendak atau kemahuan iblis, bukannya kemahuan kita!.
Iman mereka yang berada pada tahap mutakalimin itu, adalah golongan mereka-mereka yang tidak melihat kuasa atas ketetapan Allah!. Mereka hanya pandang pada diri mereka sendiri sahaja. Mereka tidak lagi memandang bahawasanya gerak iblis atau syaitan itu, adalah diatas dasar kehendak Allah. Mereka mengira gerak syaitan atau gerak iblis itu, adalah kerana kehendak dari diri iblis itu sendiri. Mereka tidak dapat melihat bahawasanya gerak syaitan atau gerak iblis untuk mengoda kita itu, adalah sesungguhnya dari perintah, takdir atau dari ketetapan Allah sedari azali!. Iblis atau syaitan itu, tidak berkuasa bergerak jika tidak dengan izin atau jika tidak diatas kehendak Allah!.
B) Kepercayaan atau beriman golongan mutakalin itu, adalah iman yang sekejap menggunakan kuasa akal, manakala sekejap lagi mereka akan menggunakan kuasa Allah.
Contoh;
Seumpama dalam perkara beribadah, dalam perkara ibadah, golongan mutakalimin itu, mereka mendakwa bahawa diri mereka berkuasa dan berhak memilih untuk mengerjakan atau tidak mengerjakan ibadah. Manakala dalam hal nikah kawin, rezeki atau tanah kubur, mereka akan mengaku yang diri mereka tidak ada hak memilih!. Golongan ini adalah golongan yang tidak tetap pendirian, sekejap kuasa diri dan sekejap kuasa Allah!.
Orang yang berada pada tahap golongan mutakalimin itu, adalah golongan orang yang ada dua kuasa. Pertama kuasa pada diri makhluk manusia dan kedua kuasa pada Allah. Sekejap duduk pada kuasa kita dan sekejap lagi duduk pada Allah.
Iman orang yang sebegini, adalah orang yang telah “menduakan sifat kudrat (kuasa) Allah Taala”. Allah bekuasa dan diri manusia juga berkuasa. Golongan mutakalimin itu, adalah golongan yang memiliki dua kuasa memilih, dua kuasa menentu, dua kuasa menetap, dua kuasa mengerjakan atau dua kuasa penguruskan pentadbiran alam!.
Golongan Yang Menggunakan Dalil Akal!
Golongan mutakalimin itu, adalah golongan yang beriman dengan menggunakan dalil akal, dalil syurga, dalail pahala. Iaitu golongan yang menggunakan kuasa dalil!.
Golongan pertama, iaitu golongan yang beriman dengan cara menggunakan taklid. Iaitu golongan yang beriman kepada pegangan ikut-ikutan. Manakala golongan mutakalimin pula, adalah golongan yang menggunakan “dalil atau bukti balasan”.
Seumpama dalam perkara berzikir. Berzikir orang mutakalimin itu, adalah dengan sebutan tertentu, bilangan tertentu dan tempat tertentu. Mereka berdalil dengan bunyi, mereka berdalil dengan suara, berdalil dengan jumlah bilangan buah tasbeh.
Golongan mutakalimin itu, adalah iman golongan yang berdalilkan dengan pakaian. Seumpama bilamana berpakaian jubbah, baru dikatakan ulamak, ustaz atau alim. Bilamana lelaki memakai celak kening, pakai baju ala Afghanistan atau menggunakan kayu sugi, barulah dikatakan Islam sejati. Dengan berdalilkan kerap pergi ketanah suci Mekkah, barulah dikatakan haji yang sebenar-benar haji. Orang yang duduk pada tahap muatakalimin itu, adalah orang yang melihat dengan akal dan berpandukan dengan lojik akal.
Mari kita imbas kembali iman golongan taklid. Iman golongan taklid itu, adalah golongan ikit-ikutan. Manakala golongan mutakalimin itu, adalah golongan yang menggunakan dalil. Jika dibandingkan antara golongan mutakalimin dengan golongan taklid itu, pada pendapat saya yang jahil ini, golongan taklid itu, adalah terlebih baik dari golongan mutakalimin, biarpun golongan mutakalimin itu berada para rengking atau berada pada anak tanggka kedua!.
Golongan mutakalimin itu, menggunakan zikir bukan untuk ingat kepada Allah. Tetapi untuk ingat kepada bilangan buah tasbeh atau untuk ingat kepada bilangan zikir dalam kiraan alat kaunter number.
Golongan mutakalimin itu, adalah golongan yang beriman kepada dalil atau beriman kepada sandaran.
Contoh,seumpama dalam pekerjaan ibadah. Golongan ini, adalah golongan yang bersandar kepada syurga atau pahala dalam beribadah. Mereka bukan beribadah untuk bersandar kepada Allah tetapi bersandar mereka itu kepada dosa atau pahala. Bersandar mereka itu kepada balasan syurga atau neraka. Jika tidak ada dalil syurga, neraka atau pahala, saya pasti, golongan ini tidak akan mengerjakan amal ibadat.
Sembahyang golongan mutakalimin itu, adalah sembahyang diatas dasar bersandar atau berdalil, iaitu bersandar atau berdalil kepada syurga dan berdalil atau bersandar kepada berapa banyak pahala. Buat ibadah itu, sekian pahalanya dan buat ibadah ini, sekian banyak pahalanya.
Hidup golongan mutakalimin itu, hanya hidup dalam sandaran. Orang mutakaliin itu, hidupnya dalam mengira-gira syurga dan mengira-gira pahala!. Mereka hidup bukan untuk Allah tetapi hidup untuk berkira-kira! (berdalil-dalil).
3) Tingkatan ketiga adalah golongan yang beriman dalam dasar “rasa”.
..to be continued...
.
Yang ketiga kok gak ada dibahas disini tante
ReplyDeletewalaupun belum diijinkan duduk dikesadaran hakiki, paling asyik baca syarahan yang mulia Tn Hj Shaari, sayangnya disini sangat minim post beliau.
ReplyDeleteKepada pemilik blok, ditunggu syarahan beliau yg lebih dalam & vulgar tt kenal diri kanal Allah dll
salam
LN
senterled@gmail.com