Tuesday, 27 November 2012

Mengenal Ruh ( Takrif Rohani )


FEEL FREE TO CLICK ON RELATED POST





Takrif Rohani kepada Ahli Syariat
 :-
Rohani itu adalah berhimpun tujuh perkara :-
1.       Hati
2.       Niat
3.       Ikhlas
4.       Ilmu
5.       Cita-cita
6.       Tasdiq
7.       Mahgrifat

      Ahli Syariat berpendapat yang dinamakan Rohani itu adalah didalam tubuhnya berpandukan martabat Firman,”Tiap2 yang bernyawa itu mati”, maka yang bernama Rohani itu keluarlah daripada jasadnya.

Takrif Rohani kepada Ahli Tarikat:-
      Ahli Tarikat berpendapat yang bernama Rohani itu ialah nyawa yang keluar masuk melalui dua lubang hidungnya berpandukan martabat Firman,”Tiap2 yang bernyawa itu mati”, maka yang bernama Rohani itu keluarlah daripada jasadnya.

Takrif Rohani kepada Ahli Hakikat:-
      Ahli Hakikat berpendapat yang dinamakan Rohani itu ialah Sifat Fardhu, maka dinamakan Fardhu Ma’ani.  Fardhu Ma’ani itu:-
1.       Haiyun (hidup)
2.       Ilmu (tahu)
3.       Kudrat (kuasa)
4.       Iradat (berkehendak)
5.       Samaq (dengar)
6.       Basar (lihat)
7.       Kalam (berkata-kata)

Maka Rohani itulah nyawa pada orang2 yang Mukmin dan tubuh pada Rohani itulah dinamakan Jasmani. Diri kita diakhirat itulah Rohani dan Jasmani. Rohani itulah yang bernama Muhammad. Erti Rohani itu perbendaharaan dalam tempat kecintaan Tuhan. Jadilah Rohani itu dengan kajian ilmu yang bernama Ilmu Rohani. Barangsiapa mengenal Rohnya, maka bergembiralah ia diakhirat. Sebaliknya barangsiapa yang tiada mengenal Rohnya, maka dukacitalah ia diakhirat.

Takrif Rohani kepada Ahli Ma'arifat:-
Ahli Ma'arifat berpendapat bahawa Rohani itu adalah satu Mufrad Nurani. Rohani itu ialah Afa’al Muhammad, maka nyawa Rohani itu bernama Roh Idofi dan Rohani itu dikehendaki menjadi hati kepada orang2 Mukmin kerana segala pekerjaan dunia ini adalah dengan Rohani. Rohani itulah hati yang dinamakan Latifatul Kalb. Bayang2 Rohani itu dinamakan Jasmani.

Maka hendaklah seseorang itu mengingati Rohaninya setiap hari. Orang2 yang tidak berdamping dengan Rohaninya belumlah sempurna darjatnya dengan Insan Kamil Wa Kamil. Dalam al-Quran mengatakan:-
“Senanglah Roh2 yang telah beramal soleh masa hidupnya. Azablah Roh2 yang telah membuat maksiat dalam hidupnya”.
Rugilah mereka yang tidak mengenal  nyawanya (Rohani). Beruntunglah mereka yang mengenal nyawanya (Rohani). Maka untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan Rohani iaitu hati kita yang beriman kepada Allah dan diri kita diakhirat, pelajarilah ilmu Rohani untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Hadith mengatakan,” Barangsiapa derhaka kepada guru (Mursyid) adalah jadi kafir. Hanya Imam Abu Hassan Basri bila muridnya yang benar Wasil yang derhaka kepadanya hanya dinamakannya MUKTAZILLAH sahaja. 

Maka dari Wasil itulah pengasas mazhab MUKTAZILLAH sedunia. Memang peristiwa murid yang mempelajari ilmu ma'arifat ada yang derhaka kepada gurunya yang mursyid dalam tiap2 masa dan zaman. Oleh kerana demikian jarang2 Arifin Billah yang mahu mengajar pada semua orang tentang ilmu ma'arifat..

Sebagaimana yang difahamkan oleh ahli Rohaniah bahawa semua nyawa yang ada dalam alam ini adalah daripada terpancarnya Rohul Qudus, yang memakai Sifat Jalal dan Jamal yang tidak ada kepadanya ialah sifat2 Kamal dan Kahar. Daripada Rohul Qudus itula terbit amalan yang dinamakan oleh ahli Sufi:-

  1. SYUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH
  2. SYUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH

Hanya mereka yang tahu Syuhud yang dua itu sahaja yang beroleh sembahyang Daiem yang dikatakan sebenar-benar beramal soleh. Orang2 yang tidak mempelajari ilmu Tasauf dari guru yang mursyid walaupun ia pandai dalam ilmu Usulludin, tetapi pada hakikatnya tetap tidak akan kenal akan nyawanya yang sebenar dan tubuhnya tetap sebagai orang2 awam juga. Dengan itu maka jadilah:-

  1. Takkan sama ilmu seorang Nabi dengan Rasulullah SAW
  2. Takkan sama ilmu seorang Sufi dengan Nabi2
  3. Takkan sama ilmu orang2 Syariat dengan orang2 Sufi
  4. Takkan sama ilmu orang2 awam dengan orang2 Rohaniah
  5. Takkan sama ilmu orang2 yang membaca kitab2 tanpa guru dengan orang2 yang berguru. ( Orang2 yang membaca kitab2 tanpa guru adalah syaitan gurunya )

Oleh itu menjadi syarat pada orang2 yang ingin mempelajari ilmu yang delapan (salah satunya ialah ilmu Tasawwuf)  berhati-hati jangan berguru dengan guru yang derhaka kepada gurunya. Kesesatan yang banyak berlaku pada mereka yang mempelajari Ilmu Batin kerana berguru pada guru2 yang berasal gurunya derhaka kepada gurunya, maka faham yang demikian rupalah yang tidak mengambil berat akan perintah syariat dengan alasan mengetahui Daiem padahal Daiem yang tidak benar.

  • Tidak ada Nabi2 yang meninggalkan Syariat
  • Tidak ada Wali2 Allah yang meninggalkan Syariat kecuali apabila ia Majzub, Wujdan dan Fana Kamil
  • Tidak ada ugama yang tidak sembahyang

Maka sembahyang yang diredhai dan diterima Tuhan ialah sembahyang yang datangnya dari ajaran Rasulullah SAW tanpa tambah dan kurang dan tanpa alih bahasa, ia tetap dalam konteks bahasa Arab. 

Perbezaannya tak akan sama sembahyang seorang ahli taqwa dengan seorang awam walaupun bacaannya sama kerana sembahyang itu berkehendakan:-

  1. Tubuhnya sembahyang
  2. Hatinya sembahyang
  3. Jiwanya sembahyang
  4. Nyawanya sembahyang
  5. Rahsia (sirr) nya pun sembahyang

Maka semuanya diatas bersatu menyembah Tuhan yang Maha Esa. Jika satu sama lain tidak bersatu dalam satu gus maka jadilah pura2 namanya. Maka roh2 yang tersebut terpaksa sembahyang bersama-sama tubuhnya itu.

+Credits : ITC Batch 6

1 comment: