Friday, 10 May 2013

Kalau dia seorang yang ADIL, maka manusia akan mendapat manfaat dengan KEADILANnya... dan sekiranya dia seorang yang JAHAT lagi ZALIM, MAKA RAKYATLAH YANG ZALIM.



Ucapan ini telah disampaikan oleh IMAM SYA'RAWI Rahimahullah pada tahun 1998 ~ Bersebelahan dengan Presiden Mesir ketika itu; Hosni Mubarak. Hayatilah olehmu akan ucapan ini.
..........................................................................................
"Dan sesungguhnya aku Tuan Presiden, Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku Ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.
..........................................................................................
Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.
Aku ingin semuanya tahu bahawa KEKUASAAN ITU DI TANGAN ALLAH.
Allah memberi KEKUASAAN kepada sesiapa yang Dia suka.
Maka janganlah ada KOMPLOT untuk mendapatkan KEKUASAAN itu.
Dan janganlah ada TIPU HELAH (PENIPUAN) untuk sampai kepadanya (KEKUASAAN).
..........................................................................................
Allah S.W.T telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah S.W.T kata?
<>
“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan(Namrud)."
(surah al-Baqarah :258)
..........................................................................................
Maka KEKUASAAN itu Allah beri kepada sesiapa yang Dia mahu..
Maka jangan kamu melakukan TIPU HELAH terhadap Allah. Dan jangan kamu Membuat KOMPLOT (PENIPUAN) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat KEKUASAAN di dalam KERAJAAN ALLAH kecuali dengan KEHENDAK ALLAH.
..........................................................................................
Kalau dia seorang yang ADIL, maka manusia akan mendapat manfaat dengan KEADILANnya... dan sekiranya dia seorang yang JAHAT lagi ZALIM, MAKA RAKYATLAH YANG ZALIM.
.


Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi HODOH dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya BURUK di dada-dada manusia.

Maka disebabkan Allah menjadikan dia BURUK di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.
.
Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.
..........................................................................................
Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Wayamkuruuna wayamkurullah.”
(dan mereka merancang (perkara yang JAHAT) dan Allah juga merancang.
<>
Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.”
(Sesungguhnya mereka membuat TIPU DAYA dan Allah membuat TIPU DAYA juga)
..........................................................................................
Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia JANGAN MEMINTA-MINTA. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.
<>
Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang MEMINTA-MINTA sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi BEBAN kepadanya."
..........................................................................................
Wahai Tuan Presiden, Aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!
.
“Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar).
.
Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung BEBAN (untuk menghadapi kami)."
.
"Apabila kamu melihat pertarungan antara kebenaran dengan kebenaran, tidak mungkin akan kamu dapati.. SESUNGGUHNYA KEBENARAN HANYALAH SATU..!! 

Kamu tidak akan dapati dan tidak akan berterusan pertarungan antara kebenaran dan kebathilan, kerana kebathilan selalunya akan HANCUR..."
..........................................................................................
SAYYID AL-HABIB 'UMAR HAFIZULLAH PULA BERPESAN :
“Tinggalkan kancah panasnya pilihanraya di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah-belah dan gundah, biarkan muslimin memihak pada pilihannya masing-masing, jangan mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam kedudukan yang menghargai semua kelompok...
.
Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeza pendapat..

TENANGLAH DGN KEPUTUSAN ALLAH Subhanahu wa Ta’ala, teguhlah dalam niat agung dalam PENJERNIHAN UMMAT. Selalulah dalam TUNTUTAN KEDAMAIAN bagi masyarakatmu...”
..........................................................................................

No comments:

Post a Comment