Entah mengapa entry yang masih lagi baru di post oleh seorang yang bernama Haji Shaari @ Maarifat Tok Kenali , dipost pada November 23, 2012 telah saya jumpai ketika saya baharu sahaja selesai menelefon saudara lelaki saya Firdaus Rohim di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah @ 5.31 pagi sebentar tadi berkenaan wasiat & amanat pakcik yang telah pergi. Secara tak sengaja telah saya click & baca.
Berikut adalah entry dari saudara Shaari yang agak menarik perhatian saya.
Saya amat bersetuju dan selari dengan pembentangan beliau. Sama-samalah kita membaca article di bawah untuk renungan... semoga beroleh manfaatnya.
------------------------------------------------------------------
Tuan Fadhil dan para-para sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Apa yang berlaku kepada tuan itu, adalah suatu “kelebihan” “kebolehan” “kepandaian” atau “kepakaran” yang dikurniakan Allah kepada seseorang. Kelebihan atau kebolehan itu, bukan merujuk kepada khasyaf. Itu adalah merujuk kepada kepakaran, kebolehan atau kepandaian seseorang, mengikut amalan yang diamal. Itu adalah hasil daripada amalan kita atau hasil melalui tuntutan ilmu yang kita tuntut!. Sedangkan khasyaf itu, adalah satu anugerah Allah, kepada sesiapa yang dikehendakiNya!.
Contohnya;
Seumpama berlaku kepada seseorang bomoh, bilamana pesakit hendak menceritakan penyakit atau masalah, bomoh itu berkata bahawa beliau sudah tahu apa masalah atau apa sakit kamu. Satu cerita lagi, bilamana kita kehilangan barang, kita pergi berjumpa dengan seseorang bomoh, beliau berkata bahawa, barang kita itu, ada disana dan ada disini!. Ternyata dakwaan atau sangkaan bomoh itu betul dan benar!. Apakah itu yang dikatakan kasyaf?. Menurut suluhan serta pandangan ilmu Tok Kenali atau mengikut sudut tilikan melalui kaca mata ilmu makrifat, Erti atau makna khasyaf itu adalah,
Khasyaf itu, adalah bilamana seseorang itu dapat melihat Allah melalui apa yang mereka pandang, melalui apa yang mereka lihat dan dapat melihat Allah melalui apa yang mereka tilik!.
Pandangan ini, adalah dipanggil pandangan makrifat. Pandangan makrifat itu, adalah penglihatan yang boleh menembus tujuh bukit, menyeberangi tujuh lautan dan merentasi tujuh benua. Barang siapa yang mengenal Allah (makrifatullah), tidak mustahil akan dapat melihat Allah pada sesuatu!. Inilah baru boleh dikatakan khasyaf!.
Allah bukan sesuatu tetapi zahir pada tiap-tiap sesuatu!
Sungguhpun Allah itu bukan sesuatu, tetapi Allah itu, tetap terzahir pada tiap-tiap sesuatu!. Bagi yang tidak terlihat Allah pada sebelum sesuatu dan tidak terpandang Allag pada sesudah sesuatu, maka itulah orang yang benar-benar dikatakan buta mata zahir dan bertambah buta mata hatinya!. Kasyaf itu, adalah mereka-mereka yang dapat melihat Allah pada sebelum dan pada sesudah sesuatu!.
Kasyaf itu, bukan bererti dapat melihat orang pakai baju warna apa, sebelum berjumpa, bukan merujuk kepada dapat melihat barang yang hilang atau bukan merujuk kepada orang yang mengetahi penyakit, sebelum kita bercerita!.
Kasyaf itu, hanya berlaku kepada orang makrifat sahaja!.
Kasyaf mengikut pandangan ilmu makrifat itu, hanya boleh terjadi dan hanya boleh berlaku kepada mereka-mereka yang mengenal Allah sahaja!. Bilamana mengenal Allah, mereka-mereka itu, adalah mereka-mereka yang dengan sendirinya dapat melihat, memandang serta dapat menilik apa sahaja, biarpun sesuatu itu berada disebarang tujuh lautan, disebalik tujuh benua atau biarpun ianya terlindung diseberang tujuh gunung!.
Apakah perkara yang dapat dilihat oleh orang makrifat biarpun disebalik tujuh gunung, tujuh lautan atau tujuh benua?. Yang dapat dilihat,dipandang dan ditilik oleh orang makrifat itu, biarpun dibatasi oleh tujuh gunung, dilindungi oleh tujuh benua atau dijahui oleh tujuh lautan itu, adalah Allah, adalah Allah dan adalah Allah!. Mereka-mereka itu, adalah mereka-mereka yang hanya ternampak Allah, terlihat Allah dan terpandang Allah, disebelum gunung dan disesudah gunung!. Disebelum benua dan disesudah benua dan di sebelum lautan dan disesudah lautan!.
Hanya Allah cahaya langit dan bumi!.
Hanya Allah yang dapat terlihat oleh pandangannya di tujuh petala langit dan di tujuh petala bumi!. Tidak ada selain Allah. Tidak ada yang wujud, yang ujud dan yang maujud pada langit dan bumi, selain wajah Allah!.
(Allah Hu Nurussama Watiwalard)
“Allah itu, adalah cahaya langit dan bumi”.
Siapa yang tidak nampak Allah pada diantara kedua-duanya, maka itulah orang yang buta!. Inilah yang dikatakan orang yang benar-benar khasyaf!.
Inilah ilmu yang ada pada dada saya Hj. Shaari tentang khasyaf yang dapat kita kongsi bersama pada pagi ini, jam 9.26 pagi, 23hb Nov.
Sambungan Kasyaf jam 12.33 tengah hari!
Setelah mendapat talipon dari sahabat saya dari Sungai Bakap, timbul rasa nak sambung sedikit lagi bab Kasyaf. Kasyaf itu, sehingga terlihat segala-galanya Allah, barulah benar-benar dikatakan kasyaf. nak rasa benar-benar khasyaf, sila ikuti lagi karangan di bawah.
Saya ingin berkongsi pendapat dengan tuan-tuan sekalian, bahawa pegangan serta iktikad, salah seorang dari pembaca blog dari Sungai Bakap Perak talian fon no. 04 3809020, merupakan pegangan serta iktikad yang sangat baik untuk dikongsi dengan tuan-tuan semua. Setelah membaca blog saya, beliau terus menalifon saya, Pada jam 10.15 pagi, tanggal sama. Katanya setelah mengikuti blog saya yang lepas-lepas, beliau dengan berani dan tegas mengatakan bahawa, “Setelah sifat diri kita binasa, sifat diri kita telah semuanya dikembalikan kepada Allah, disitulah penglihatan kita itu, boleh menjangkau tujuh lautan dan tujuh benua”.
Saya kira beliau telah berhasil menyelami dari apa yang telah saya perkatakan selama ini!. Dari kata-kata beliau, saya sungguh teramat kagum dan bangga.
Sekiranya kita sudah karam di lautan wajah Allah, diamanakah lagi timbulnya diri?. Bilamana diri dan segala isinya sudah tertelan oleh lautan wajah Allah yang maha luas, mana lagi boleh terlihat adanya diri?. Diri kita sekarang, sudah dihanyutkan ombak dan sudahpun ditelan lautan wajah Allah yang deras. Ombak deras dan lautan dalam telah menghayut dan telah menenggelamkan sifat diri kita kedasar laut yang dalam lagi luas!.
Bilamana diri kita sudah berada ditengah-tengah dasar lautan yang teramat dalam, apa lagi yang kelihatan dipermukaan lautan?. Cuba jawab?……………………., Yang kelihatan hanyalah masin, hanyalah masin dan hanyalah masin…………………………………..
Cara-cara latihan amali (praktikal)
Bila-bila masa terluang, saya minta tuan-tuan pergi ke sungai atau ketepi pantai, cuba ambil seketul batu, dan cuba tuan-tuan campakkan kedalam sungai atau ke dalam pantai!. Apakah lagi keliahatan batu?. Cuba jawab?………………..
Jika tak cukup dengan batu, dan masih tidak faham lagi dengan kiasan yang saya gambarkan, saya minta cuba tuan-tuan pinjam perahu orang dan saya mahu tuan-tuan ikat batu besar pada badan tuan-tuan sendiri dan sesampainya tuan-tuan ditengah lautan atau ditengah sungai, saya minta tuan-tuan terjun atau campakkan diri tuan-tuan kedalam lautan atau sungai!. Tengelamkan betul-betul diri tuan-tuan kedalam lautan. Setelah betul-betul tengelam, apakah lagi boleh dilihat orang?. Cuba jawab?
………………………… Tapi jangan betul-betul dibuat ya….., itu sekadar kiasan sahaja, tidak tertakluk kepada orang hidup atau orang yang sudah mati. Jika betul-betul dibuat, susah saya nak menjawab dibalai polis nanti!.
Tapi, jika tuan betul-betul nak rasa, cubalah…………………………….Bagi saya, saya tak berani, saya takut betul-betul mati!. Bila saya mati, siapa nak tanggung anak isteri saya. Jika tuan-tuan berani, buatlah sorang-sorang!. Saya tak nak ikut tuan-tuan, nanti betul-betul mati, tak sempat nak berbuat ibadah!. (Maaf saya bergurau, tapi jika benar sekalipun, apa salahnya)!…………………….
Bilamana diri kita sudah tengelam di dasar lautan, barulah kita tahu yang bahawasa yang di tepi itu lautan, di tengah itu lautan, di hujung itu lautan dan barulah kita sedar bahawa lautan itulah sebenar-benarnya lautan. Biar kemana kita hadapkan muka kita, itulah lautan wajah Allah………………..
Terima kasih kepada pemanggil dari Sungai Bakap Perak (penganjur ceramah kita di Hotel Jawi Sungai Bakap). T.kasih Hambami……………………………..T.kasih dan T.kasih atas kefahaman itu, walau yang saya bagi itu hanya sedikit. Amin drp hj Shaari
.
No comments:
Post a Comment