Friday, 23 November 2012

Kisah Taubat Para Wali (ii) : FUDHAIL BIN ‘IYADH



Dari Ibrahim bin al-Asy’ats, dia berkata, “Aku telah mendengar al-Fudhail bin Iyadh berkata:
“Manusia paling berdusta adalah manusia yang mengulangi perbuatan dosa yang pernah dilakukannya. Manusia paling bodoh adalah manusia yang menunjukkan amal kebajikannya.
Manusia paling mengetahui Allah adalah manusia yang paling takut kepadaNya.
Manusia tidak akan sempurna sehingga agamanya mampu mengalahkan nafsunya, dan manusia tidak akan binasa sehingga nafsunya mengalahkan agamanya.”
[Siyar A’lam an-Nubala (8/426)]





Kitab Munyatul Musolli karya Syeikh Daud Fatani
Bahagian 2 - FUDHAIL BIN ‘IYADH: Ketua Perompak Jadi Wali Allah
-----------------------------------------------------------------------------

+Credits to: Space.Of.Ilmu.

[Kitab ini ditulis dalam tulisan jawi lama dialek Patani. Pening sikit kita hendak membacanya. Namanya “Munyatul Musolli”. Boleh juga disebut Minyatul Musolli. Maksudnya – Yang Diperlukan oleh Orang yang Bersembahyang (Yang Dikehendaki oleh Orang yang Bersembahyang/ Yang Dicita-citakan oleh Orang yang Bersembahyang).]

“Bismillahirrahmanirrahim. 
Kumulai risalah ini dengan nama Allah yang Amat Murah lagi Amat Mengasihani 
akan hamba-Nya yang mukmin dalam negeri akhirat.”

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. 
Tuhan yang menjadikan sembahyang yakni sembahyang lima waktu 
ini jalan segala orang yang muttaqin.”
---------------------------------------------------
Kisah seorang wali Allah (Fudhail bin Iyadh). Asalnya seorang ketua perompak. Ketua perompak ini sebenarnya seorang yang baik. Dia dan orang-orangnya merompak satu rombongan. Selepas merompak, salah seorang yang kena rompak itu bertanya, “Ketua kamu yang mana satu?”

“Ketua kami berada di seberang sungai.” 
“Buat apa dia di sana?”
“Dia sedang sembahyang.”
“Dia tak makan dengan kamu semua sekalikah?” tanya orang yang kena rompak
“Tidak.”
 “Mengapa dia tidak makan bersama?” 
“Dia sedang berpuasa.” 
“Eh, sekarang bukan bulan puasa!”

Ketua perompak ini bersembahyang sunat dan berpuasa, sekalipun dia seorang ketua perompak. Disebabkan perangainya seperti itu, lama-kelamaan dia bertaubat dan jadi wali Allah (atas pilihan Tuhan). Asalnya dia seorang penjahat, tetapi oleh kerana dia menjaga sembahyang, akhirnya dia jadi wali Allah.

Ada pula kisah, sewaktu perompak ini merompak, orang yang dirompak tidak tahu orang yang berada di depannya ialah ketua perompak. Orang yang kena rompak menyerahkan barangnya kepada ketua perompak untuk disimpan.

“Encik, tolong simpan barang saya.” 

“Tak mengapalah, biar saya tolong simpan.”

Habis saja anak-anak buahnya merompak, dia beri balik barang tadi. Anak-anak buahnya terkejut.

“Kenapa beri balik barang itu?”

“Orang ini sudah amanahkan barangnya kepada aku. Jadi aku berpegang dengan amanah. Aku berharap amal ibadah aku nanti akan jadi amanah oleh Tuhan, Tuhan akan terima.”

Lama-kelamaan dia pun jadi wali Allah (atas pilihan Tuhan), atas rahmat & kasih sayang Allah...

=====================
KISAH FUDHAIL BIN ‘IYADH DARI PENCURI MENJADI WALI (Mengenai Fudhail Bin Iyadh) 
- re-blog dari Pusat Kefahaman Islam


Lokasi kegemarannya ialah antara Abyurd dan Sarkhas. Dia melaksanakan tugasannya merompak harta orang ramai yang melintasi jalan itu. Di sebalik kerjayanya sebagai perompak, si lelaki menyintai seorang gadis.
Pada suatu hari, si perompak ini memanjat dinding rumah si gadis untuk menemuinya. Tiba-tiba dia terdengar suara membaca ayat al-Quran yang berbunyi:

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.”Al-Hadid : 16

Tatkala mendengarnya beliau berkata, “Benar ya Rabb, inilah saatnya.” 
Lalu dia kembali dan mencari tempat untuk menginap di celah runtuhan bangunan. 

Semasa berada di sana, dia mendapati serombongan orang melewati jalan itu. Sebahagian dari mereka berkata, “Mari terus berjalan.” 

Sebahagian yang lain pula berkata, “Tunggulah hingga pagi kerana Fudhail berada di sekitar sini dan dia akan merompak kita.”

Si perompak itu berkata,
“Maka aku pun berfikir dan berkata, ‘Aku menghabiskan malam dengan berbuat maksiat sehingga ada sekelompok kaum muslimin di sini takut kepadaku. Aku berfikir bahawa tidaklah Allah membawaku ke sini kecuali untuk mengambil pelajaran (agar menghentikan perbuatan tersebut). Ya Allah, sungguh aku telah bertaubat kepada-Mu. Dan menjadikan taubatku dengan berdiam (tinggal) di Baitul Haram (Makkah).”

Si Perompak yang bertaubat itu akhirnya menjadi ulama salafus soleh terkemuka di zamannya.
 Dialah Imam Fudhail bin ‘Iyadh


.

No comments:

Post a Comment