Thursday, 11 October 2012

'SEMBAHYANG' TAQWA


Lain-Lain Entry Berkenaan Hakikat Solat @ Solah Hakiki Di Dalam Blog ini:
Feel free to surf the link ^.^



+Credits to Uncle Karamu
1. Setiap manusia yang melakukan sembahyang wajib mengaku sebagai manusia yang sempurna, iaitu Insan kamil. Kerana itu sesiapa yang tidak sembahyang maka ia bukanlah manusia yang sempurna, yang bererti ia bertaraf makhluk sebagaimana Azazil yang telah berkhidmat dengan Tuhan selama 12,000 tahun kepada Tuhan kemudian berakhir dengan menderhaka kepadaNya.
2. Derhakanya Azazil kepada Tuhan kerana tidak mengetahui rahsia perintah tunduk kepada Adam a.s oleh Allah swt, ertinya tidak mahu sembahyang dan akhirnya ia terus dilaknat oleh Allah dengan nama syaitan bertaraf iblis.
3. Sembahyang itu adalah untuk mempraktikkan ikrar dan janji kita semasa di Alam Roh. Ia bukanlah membawa kepada masuk ke syurga, hanya menunaikan ikrar dan janji rahsia tunduk di Alam Roh dan rahsia masuknya peristiwa Rohani kedalam jasad bayi kedalam perut ibu yakni tanda Ubudiah (pengabdian seorang hamba).
Firman Allah:

Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan
(An-Nahl 91)
4. Sembahyang seorang ahli taqwa tidak ada lafaz usalli, kerana usalli kepada orang taqwa adalah hal yang maklum, kerana usalli itu adalah kerja orang awam, dan sembahyang yang dilaksanakan itu mestilah keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan kamil. Selagi ada sifat makhluk, maka ia tetap masuk api neraka. Hanya Insan kamil sahaja selamat dari api neraka.

3 darjat manusia didalam 3 perkara pokok.
1. Insan kamil - Insan ketuhanan.
2. Insan kamil wa mukammil - Insan bertaraf Muhammad (Mahmudah).
3. Insan mukammil - Insan Abudiah (pengabdian) taraf Adam.

5.


Sembahyang mesti fana dalam Zat Allah, fana dalam Sifat Allah dan fana dalam Af’al Allah, maka fana itu ialah mempraktikkan kerja buat LA ILLAHA ILLALLAHatau LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH ertinya jasad dalam kalimah Alifertinya HU. Bagi perempuan HA ertinya HU.
6. Kita berkata didalam hati ‘Tiada Zat aku hanya Zat Allah, tiada Sifat aku hanya Sifat Allah, tiada Af’al aku hanya Af’al Allah, tiada ujud aku hanya ujud Allah’ dan jangan ingatkan batang tubuh kita, sebaik-baiknya ingatkan dia Zat dan dia Asmak ertinya menyerahkan diri kepadaNya.
Firman Allah:

Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya
(An-Nahl 89)

7. Sembahyang itu ialah untuk mempraktikkan kerja buat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMkepada golongan ahli taqwa. Kepada orang syariat dimaksudkan ‘tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’ tetapi kepada golongan ahli taqwa, BISMILLAH itu Zat kepada Allah tetapi kepada kita Nyawa (Insan) atau Ruhul Hayat (LA YAHLUQU). AR-RAHMAN itu Sifat kepada Allah, maksudnya hati kepada kita, yakni Ruhul Yaqazah, AR-RAHIM itu Af’al kepada Allah dan kepada kita tubuh (jasad), Jelasnya kita berasal daripadaBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, kerana itu kita tidak boleh membacaBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kerana kerja buat perkara 13 rukun sembahyang itu semua dilakukan oleh Tuhan pada keseluruhannya. Rujuk kefahaman pada ilmu IFTIQAR kerana itu tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada Al-Fatihah dan ayat lazim kerana belajar saufisma ini kepada fekah tasauf yang tiada berkait dengan fekah dan usuluddin hanya semata-mata tasauf yang dapat mengelakkan perkara syirik khafi dan mukhafi, asrar dan jali.
8. Sembahyang hendaklah fana dalam Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah dan jangan pula kita didalam Asmak Allah kerana kita hanya menyembah Zat dan memuji AsmakNya. Apakala kita sudah fana sebagai Insan kamil, mukammil dan wa mukammil, barulah angkat takbiratul ihram (ALLAHU AKBAR)

MEMAHAMI FAEDAH SEMBAHYANG
1. Faedah sembahyang ahli taqwa ini adalah untuk mencuci nafsu, kerana daripada nafsulah perbuatan fasik dan mungkar itu terjadi. Kerana itu
1. Sembahyang Subuh untuk mencuci nafsu Ammarah
2. Sembahyang Zohor untuk mencuci nafsu Lawamah
3. Sembahyang Asar untuk mencuci nafsu Sawiah
4. Sembahyang Maghrib untuk mencuci nafsu Muthmainah
5. Sembahyang Isya’ untuk menyempurnakan nafsu Takmaninah (syurga)
2. Sembahyang itu adalah fardhu lagi wajib, fardhu kerana sampai waktu hendaklah dilaksanakan tanpa qadha, sampai masanya hendaklah dilaksanakan, melaksanakan sembahyang dengan segala rukunnya adalah wajib kecuali uzur syarie.
3. Setiap orang bertaqwa hendaklah juga bersembahyang daiem kerana sesiapa yang tidak sembahyang daiem ia lebih hina daripada anjing dan babi dan pahala sembahyang daiem 150,000 setiap hari.
Adapun rahsia rukun 13 sembahyang itu ialah:
1. Niat itu tubuh didalam dunia dan akhirat
2. Qiam itu pelita didalam kubur
3. Takbiratul Ihram itu meluaskan tempat didalam kubur
4. Al-Fatihah itu pakaian didalam kubur
5. Ruku’ itu permaidani didalam kubur
6. Iktidal itu memberatkan timbangan dari kesalahan ketika menghadap Tuhan
7. Sujud itu mempercepatkan apabila melalui titi Siratulmustaqim.
8. Duduk diantara dua sujud itu payung di Padang Mahsyar
9. Tahyat awal itu kenderaan di Padang Mahsyar
10. Tahyat akhir itu menjawab pertanyaan Mungkar Nangkir
11. Selawat itu bertemu dengan Nabi Muhammad saw
12. Salam itu membuka pintu syurga
13. Tertib itu menemukan Khalikul Alam di syurga
Bererti setiap perbuatan kita didalam sembahyang itu adalah dinilai oleh Allah swt dan ditentukan ganjarannya didunia dan akhirat, InsyaAllah.
4. Rahsia niat itu menjamin seseorang itu berlaku ikhlas terhadap Tuhan dan membolehkannya mendapat ganjaran kepada 13 rukun sembahyang tanpa niat ia tiada mendapat apa-apa faedah dan niat itu menunjukkan kesedaran seseorang itu sebagai hamba kepada Tuhan kerana itu semasa menjelmanya niat tidak boleh:
1. Hajis - ertinya tergerak hati kerana sesuatu faedah
2. Khatir - terlintas hati kepada tujuan yang berganda
3. Waham - ertinya was-was lemah ilmu dan iman
(tiga perkara diatas adalah kerja syaitan)
Berniat wajib:
1. Huzur - ertinya tetap Roh ertinya sebagai menunai janji (Alam Roh)
2. ‘Azam - cita-cita yang putus. Sedar tanggungjawab
3. Duhul - ertinya sedia tiada halangan
4. Kasad - ertinya hajat (menunaikan amanah)
Adapun niat itu tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara. Ia merupakan kerja hati (Ruhul Yaqazah) dan niat itu meliputi kepada mesra seluruh badan diluar dan dalam.
Didalam niat itu:
1. Takbiratul ihram
2. Munajat empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang
3. Tabdal kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma’arifat.
4. Meeraj
Empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma'arifat.
Ini bererti tatkala Takbiratul ihram itu nyawa mesrakan dengan jasad dan hancurkan jadi demikian, ertinya hapuskan dan lengkapkan perbuatan hamba itu didalam Af’al Allah, didalam Sifat Allah, karamkan Zat hamba kepada Zat Allah, maka yang tinggal ialah Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah.
Kerana itu tiada Zat kita (Insan), sifat kita (Ruhul Yaqazah) dan Af’al kita (jasad), hapuskan niat itu kepadanya, pulangkan kepada Adam yang sedia, barulah angkat takbirAllahu Akbar maksudnya yang maujud hanya kerja Allah tidak ada kita.
Pada Allahu Akbar itu berlakulah tawakal, iaitu serahkan kelakuan diri kepada kelakuan Allah (Af’al Allah).
Berlaku Tabdal serah diri dan hapuskan kelakuan hamba kedalam keadaan hak Allah. Berlaku Meeraj yakni berpindah naik ketempat yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang punya amanah.
Berlaku munajat serahkan kepada hanya kerja Dia dinamakan Khas ul Khas dan kalam itu menjadi Mutakallimun.
5. Adapun kunci sembahyang itu Takbiratul ihram, dan anak kunci sembahyang itu noktah ghaib La ta’ayun dan noktah Insan Ta’ayun awal.
6. Sembahyang itu Salam Zaman. Semasa melakukan solat itu tidak boleh bid’ah, ‘Apat, syirik.
7. Didalam masa melakukan Takbiratul ihram itu hendaklah ma’alom, iaitu masuk pintu Tauhid dan niat didalam musyahadah Zat Allah, ertinya segala tubuh, anggota perasaan, fikirkan bulat menjadi satu menghadap Tuhan.(kerja buat Zat dan Asmak)
8. Maka usalli itu adalah Zat wajibul wujud yang menggerakkan amal daripada niat sampai tertib mengikut susunan daripada awal dan akhir, daripada asal dan usulnya.
1. Asal Allah daripada Zat
2. Usul Allah daripada Sifat
3. Asal kita daripada Nyawa
4. Usul kita adalah hati
9. Adapun maksud fardhu itu ialah menentukan istana nyawa kita yang bernama Qolbun mukminin, tempat tilik Allah akan perbuatan hambaNya yang berasaskan niat.
10. Adapun maksud raka’at itu ialah gerak, qiam, sujud, duduk diantara dua sujud dan Iktidal.
11. Adapun usalli itu dinamakan kebangkitan hati yang disebut inbi’atul qolbi dan bukan hadiksunnafsi atau cerita hati.


SEMBAHYANG DAN SOAL JAWAB
1. Apakah maksud Solat?
Maksud solat menyembah Zat, memuji Asmak dan mengakui Af’al Allah.
2. Apakah kesempurnaan solat?
Kesempurnaan solat apabila kerja-kerja yang mengandungi
1. Kerja-kerja hati (Qalbi)
2. Kerja-kerja lidah (Qouli)
3. Kerja-kerja pergerakan anggota (Fe’li)
3. Apakah kandungan rukun Qalbi, Qouli dan Fe’li?
Adapun kandungan rukun Qalbi itu dua perkara
1. Niat
2. Tertib
Rukun Qouli itu lima perkara
1. Takbiratul Ihram
2. Membaca Al-Fatihah
3. Membaca Tahiyat Akhir
4. Selawat Nabi pada tahiyat Akhir
5. Mengucap salam yang pertama
Rukun Fe’li itu enam perkara
1. Berdiri betul
2. Ruku’
3. ‘Iktidal
4. Sujud
5. Duduk diantara dua sujud
6. Duduk membaca Tahiyat Akhir
4. Apakah kandungan niat (hakikat niat)?
Kandungan niat itu adalah perkara yang berkait dengan ilmu qashad, taaradh dan ta’ayien
1. Qasad – menyehajakan kerja solat
2. Taaradh – menyatakan fardhu (kefardhuan)
3. Ta’ayien – menentukan waktu (nama sembahyang)
5. Mengapa wujud Solat?
Ujud solat kerana ujud hamba dan ujud Tuhan.
6. Mengapa ada yang belajar agama tetapi tiada solat?
Kerana tiada sampai kepada kefahaman ma’arifah hakikat.
7. Apa rahsia rukuk dan sujud?
Rahsia rukuk kerana tunduk kepada kebesaran Allah dan rahsia sujud bermaksud mempraktikkan pengabdian diri seorang hamba zahir dan batin.
8. Berapa jenis takbir didalam sembahyang dan diluar sembahyang?
Didalam sembahyang ada dua takbir dan diluar sembahyang pun ada dua takbir.
- Dalam sembahyang Takbiratul Ihram dan Takbiratul Intiqal
- Diluar sembahyang Takbir Mursal dan Takbir Muqid.
9. Apa maksud sebenar Usalli?
Usalli itu maksudnya mahu melaksanakan sembahyang akan tetapi ia bukan Mahiyyah atau Hakikat sembahyang dan Hakikat sembahyang itu dari takbir hingga salam.
10. Bila hendak memakrifatkan La hawla wala quwwata illa billah?
Ketika qiam dan sebelum takbir.
11. Mengapa rukun sembahyang itu 13 perkara?
Rukun sembahyang 13 perkara kerana mengikut fitrah kejadian manusia yang terdiri daripada 13 bahagian.
Daripada Allah satu iaitu - Nyawa 1
Daripada Rasul empat iaitu - Pendengaran 2 - Penglihatan 3
- Penciuman 4 - Perasaan 5
Daripada Ibu empat iaitu - Darah 6 - Roma 7
- Daging 8 - Otak 9
Daripada Bapa empat iaitu - Kulit 10 - Urat kecil 11 
- Urat besar 12 - Tulang 13
12. Apakah rahsia ujud solat?
Rahsia solat adalah kerana menunaikan janji semasa dialam Roh (semasa manusia belum ujud). Firman Allah:


Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan
(An-Nahl 91)

13. Mengapa apabila solat terpaksa keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan Kamil?
Kerana mengelakkan dari perbuatan syirik dan untuk menepati penyerahan diri kepada Allah.
Firman Allah:

Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya
(An-Nahl 89)
14. Membaca Al-Fatihah tanpa Bismillah didalam solat?
Al-fatihah semasa solat seperti firman Allah didalam hadis Qudsi. Firman Allah:
Sabda Rasullullah saw

Maksudnya: Telah berfirman Allah ‘Azza Wajalla “Aku bagi shalat (Al-Fatihah) diantara Aku dan hambaKu menjadi dua bahagian, setengah untuk Aku dan setengah untuk hambaKu. Bagi hambaKu apa yang mereka minta, apabila hambaKu berkata: Al-Hamdulillahirobbil ‘alamiin! Allah menjawab: hambaKu telah memujikan Aku dan apabila hambaKu berkata: Arrahmaanirrahiim! Allah menjawab: hambaKu telah menyanjung Aku, apabila hambaKu berkata: Maaliki yaumiddiin! Allah menjawab: hambaKu telah memuliakan Aku, dan apabila hambaku berkata: Iyyakana’ budu wa iyyakanasta’iin! Allah menjawab: Ini setengah untukKu dan setengah lagi untukmu, bagi hambaKu apa yang mereka minta dan apabila hambaKu berkata: Ihdinas shirothol mustaqim, shirothollazina an’amta ‘alaihim, ghoiril maghduubi ‘alaihim, waladdhooliin! Allah menjawab: Ini semua untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang mereka pinta
(H.R Imam Muslim dari Abu Hurairah)

Firman Allah:
Maksudnya: “Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat. Tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau. Sementara yang satu lagi Antara Aku dan engkau. Adapun tiga untuk Aku, iaitu: Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin (segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam). Ar-Rahmaanir-Rahiim (Yang Maha Pengasih Maha Penyayang). Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai hari kiamat). Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaaka Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan). Daripadamulah penyembahan, dan atas Aku pula pertolongan. Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-shiraathal Mustaqiim (tunjukilah kami jalan yang lurus!) Shiraathal ladziina An’amta alaihim (jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil Maghduubi alaihim Waladh-Dhaalliin (bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.)”
(Riwayat Thabarani)
15. Apakah maksud menyerahkan diri kepada Tuhan didalam sembahyang?
Maksudnya Rohani dikuasai oleh Allah (ertinya ikut kata Allah) sementara Jasmani fana dalam Af’al Allah ertinya dibawah pentadbiranBismillahirrahmanirrahim.
16. Jika sembahyang fana dan dikuasai oleh Allah, siapa yang membaca setiap pujian dan pujaan?
Yang melaksanakan ialah Mutakallimun, iaitu Zat yang bersifat Kalam inilah yang mesti di’iktikadkan bukan sifat Kalam atau mentakwil kaunuhu Mutakallimun.
17. Adakah sembahyang itu wajib?
Sembahyang itu Fardhu lagi wajib.
18. Apakah maksud solat dalam solat?
Ada yang menyebut solat daiem.
19. Sembahyang dikatakan tidak boleh syirik. Apakah syirik itu?
Syirik bermaksud menyekutukan Allah pada ZatNya, pada SifatNya dan pada Af’alNya.

1 comment:

  1. ALHAMDULILLAH. ALLAH KETEMUKAN APA YG KU CARI. SAYA KENAL SAPA DIA KARAMU. UMARAK. ABN.

    ReplyDelete