Friday 2 November 2012

Sukar Bangun Qiamullail [Bangun Malam] ?


Another related entry berkenaan 
Qiyamullail / Qiamullail/ Bangun Malam / Tahajjud:
1. Sukar Bangun Qiamullail? 
2.Tips Bangun Malam (Surah Al-Kahfi Ayat 107 - 110) 
3. Qiyamullail (An Overview)



Ada sesuatu yang menakutkan dan mengerikan ,
sehingga menyebabkan kita sukar untuk bangun 
daripada buaian lena yang panjang.






---------------------------------------------------------
With reference to: "Tazkiyah" hasil tulisan Ustaz Cahyadi Takariawan dan Ghazali Mukri. Buku yang penuh dengan taujih untuk jiwa. Buku yang mereka rumuskan daripada sebuah kitab “ Al Bahrur Ra’iq fiz Zuhdi war Raqa’iq” karya Dr Ahmad Farid.
----------------------------------------------------------
Pernah suatu ketika, ada orang bertanya kepada Ibnu Mas’ud RA :

“ Kami tidak mampu dan boleh bangun malam.”

Jawab Ibnu Mas’ud :

“ Ini kerana, dirimu dijauhkan oleh dosa-dosamu.”

Kisah lainnya, ada orang berkata kepada tabiin yang soleh lagi warak iaitu Hassan al-Basri :

“ Saya tidak boleh bangun malam. Berikanlah aku penawarnya!,”

Kata Hassan al-Basri dengan tenang :

“ Janganlah kalian bermaksiat kepada Allah SWT di siang hari, nescaya Dia akan membangunkan kalian di hadapan-Nya di malam hari.”

At-Tsauri pernah berkata :

“ Saya terhalangi untuk melakukan qiamullail selama lima bulan kerana suatu dosa yang telah saya kerjakan.”

Apa yang boleh kita simpulkan? Apakah yang sebenarnya yang menjadi penghalang kita dalam usaha menghidupkan sunnah mengimarahkan malam bersama Allah SWT?

Jelas. Jawapannya ialah kerana hati kita kotor, hitam, jijik dan rosak. Ini semua lantaran dan asbabnya ialah dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda yang kita buat berulang kali kepada Allah SWT!

Lantaran itu, antara nasihat yang berbekas dan menyentuh hati saya ialah :

“ Janganlah memperbanyakan dosa di siang hari, sebab perbuatan dosa akan menyebabkan hati keras dan terhalang untuk mendapat rahmat daripada Allah SWT.”


+CREDITS TO : ATHIRAH ARIFFIN



Ada orang bertanya kepada Imam Hasan al-Basri :

"Wahai Abu Sa'id, aku berasa sudah memaksakan diri untuk melakukan solat malam, namun mengapa aku tetap tidak mampu melakukannya?"

Beliau menjawab :"Wahai saudaraku, mohon ampunlah kepada ALLAH & bertaubatlah kerana itu adalah tanda-tanda keburukan. Sesungguhnya, jika seseorang telah tenggelam dalam perbuatan dosa, maka dia akan berasa susah untuk melakukan solat malam."

[Umar Ibnu Aziz, Ma'alim At-Tajdid wa Al-Islah Ar-Rasyidi 'Ala Minhaj An-Nubuwwah, Oleh Dr Ali Shalabi, hal 320]


.
.

No comments:

Post a Comment