........................................................
Nota Eva Talya: [ Salam. Blog ini bukanlah blog syiah. Adapun sahaya mendokong Ahlul- Bayt dan kemuliaan para wali Allah dari dzuriat turunan Baginda Rasulullah SallaAllahu 'Alayhi Wassalam ]
There are another 11 related posts under key words Imam Ja'afar As-Sadiq in this blog. Feel Free to refer to the LABEL under tag "JA'AFAR AS-SADIQ" @ AHLUL BAYT. Thanks.
........................................................
+Credits to: HitamPutih Ahli Sufi
Dua orang tokoh ulama fiqh yang hidup sezaman dengan Imam al-Sadiq AS
ialah Abu Hanifah dan Malik bin Anas. Imam Ja’far al-Sadiq AS lebih
awal wafat dari kedua-duanya.
Abu Hanifah adalah pengasas madzhab
Hanafi. Abu Hanifah banyak menggunakan qias bi ra’y dalam hukum-hukum
fiqh. Imam Ja’far al-Sadiq AS tidak sependapat dalam hal ini kerana
beliau AS tidak menerima qias sebagai satu kaedah fiqh. Suatu ketika Abu
Hanifah datang menemui Abu Abdillah AS dan beliau AS mengemukakan
soalah kepada Abu Hanifah,” Wahai Abu Hanifah, telah sampai kepadaku
bahawa anda menggunakan qias? Abu Hanifah menjawab,” Benar, aku
melakukannya.”
Imam AS kemudian berkata,” Tidak boleh menggunakan qias
dalam soal hukum kerana yang paling awal menggunakan qias adalah iblis,
bila dia berkata,” (Wahai Allah) Engkau menjadikan daku daripada api dan
Engkau menjadikan Adam daripada tanah, oleh itu Iblis mengqiaskan api
dengan tanah. Jika iblis membandingkan nuriyyah (cahaya) Adam dengan
nuriyyah api dia akan mengetahui yang mana lebih afdal di antara
kedua-duanya, dia akan mengetahui yang pertama itu lebih jernih daripada
lainnya.”
Pada suatu kesempatan lain Imam Ja’far al-Sadiq AS menjelaskan:
” Barang siapa yang menegakkan qias ke atas dirinya, tidaklah ia
terlepas daripada menempuhi kekeliruan dan keraguan. Dan barang siapa
yang mengikut pendapatnya sendiri dalam agama Allah, tidaklah ia
terlepas daripada kekal sentiasa dalam keraguan-keraguan.”
” Abu Ja’far AS berkata,
” Barang siapa memberikan fatwa kepada
manusia dengan berdasarkan pendapatnya sendiri (bi ra’y) maka
sesungguhnya ia telah mengikut agama Allah dengan apa yang ia tidak
ketahui. Dan barang siapa mengikut agama Allah dengan tidak ada
pengetahuan ke atasnya, maka sesungguhnya ia telah bercanggah dengan
kehendak Allah SWT kerana ia telah mengisytiharkan itu halal dan yang
ini haram tanpa mengetahui kedudukan yang sebenarnya.”
Kaedah Abu Hanifah itu jelas bertentangan dengan pendapat Imam Ja’far
al-Sadiq AS. Imam berpendapat Kitabullah dan Sunnah Rasul S.A.W adalah
lengkap dan sempurna. Ijtihad hanya mengikut al-Qur’an dan Sunnah Rasul
S.A.W. Oleh itu ijtihad bi ra’y (ijtihad dengan pendapat sendiri) tidak
dibenarkan.
Imam al-Sadiq AS berkata:
” Tidak ada sesuatu perkara pun yang menjadi perbalahan di antara dua
orang tetapi penyelesaiannya pasti boleh didapati dalam Kitabullah Azza
Wa Jalla, walau bagaimanapun akal manusia tidak cukup tajam untuk
sampai kepadanya.”
Beliau berkata lagi:
” Tidak ada sesuatu perkarapun yang wujud tetapi semuanya telah dijelaskan dalam Kitabullah dan al-Sunnah.”
Dalil al-Qur’an:
“Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (Qur’an) untuk
menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira
bagi orang-orang yang berserah diri.” [al-Qu'ran: 16:89]
Dalam surah 6:38, Allah SWT berfirman, bermaksud:
” Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam al-Kitab (al-Qur’an).”
Kononnya dikatakan Abu Hanifah sudah menerima seluruh ajaran Imam
al-Sadiq AS kecuali tiga pendapatnya yang bertentangan dengan pendapat
Imam al-Sadiq AS.
1). Pertama, Imam al-Sadiq AS berpendapat bahawa kebaikan
itu berasal dari Tuhan, sedangkan kejahatan berasal dari perbuatan
manusia sendiri. Abu Hanifah berpendapat bahawa segala yang baik dan
jahat itu berasal dari Tuhan.
2). Kedua Imam Ja’far AS berpendapat bahawa
syaitan itu dibakar dalam api neraka pada Hari Qiamat. Abu Hanifah
berpendapat api tidak dapat membakar api dan syaitan itu dicipta dari
api.
3). Ketiga, Imam Ja’far AS mengatakan bahawa melihat Tuhan di dunia dan
akhirat mustahil. Abu Hanifah berpendapat setiap maujud mungkin melihat
Tuhan jikalau tidak di dunia ia akan melihat nanti di akhirat.
Kononnya
perdebatan ini didengar oleh penganut-penganut ajaran Imam Ja’far AS
bersemangat, lalu melempar kepala Abu Hanifah dengan sebiji bongkah
tanah dari tembok. Tatkala orang itu ditanya mengapa, ia menjawab,
bahawa ia tidak berbuat kejahatan itu, dan kejahatan itu datangnya dari
Tuhan dan bukannya dari manusia dan bukan dari ikhtiyar, bahawa ia tidak
dapat menyakitkan Abu Hanifah dengan bongkah itu kerana Abu Hanifah
dicipta dari tanah, dan ia meminta Abu Hanifah memperlihatkan kesakitan,
pada kepala, kalau benar ia dapat melihat Tuhan di dunia dan di
akhirat.”
Malik bin Anas berasal dari Yaman. Beliau dilahirkan pada tahun 93
Hijrah di Madinah dan wafat pada tahun 173 Hijrah. Ada pendapat beliau
dilahirkan pada tahun 95 Hijrah dan wafat pada tahun 179 Hijrah. Beliau
tidak pernah meninggalkan kota Madinah. Beliau dianggap ahli ilmu Hadith
dn ilmu fiqh. Beliau lebih banyak berjumpa dengan Imam Ja’far al-Sadiq
AS dan beliau salah seorang daripada perawi-perawi hadith daripada Imam
Ja’far al-Sadiq AS. Dalam Bihar al-Anwar, Imam Malik diriwayatkan pernah
berkata mengenai Imam al-Sadiq AS:
” Beliau termasuk di antara orang-orang ahli ibadah dan zahid yang
agung, yang betul-betul takut akan Tuhannya serta terlalu banyak
mengetahui tentang Hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Beliau adalah teman
yang menyenangkan dalam majlis dan pergaulan. Majlisnya penuh dengan
ilmu dan keberkatan. Bila beliau mendengar nama Rasulullah S.A.W
disebut, maka air mukanya cepat sekali berubah.” Malik bin Anas juga
pernah pergi menunaikan Haji bersama-sama Imam al-Sadiq AS.
Murid-murid Imam Ja’far al-Sadiq AS
Terdapat ramai murid-murid yang pernah belajar dari Imam al-Sadiq AS.
Di antaranya ialah seperti Malik bin Anas dan Abu Hanifah. Di antara
tokoh sufi pula ialah al-Fudayl bin Iyad. Beliau dikatakan menulis
sebuah kitab yang bernama Misbah al-Syari’ah dan dikatakan mengandungi
satu siri pelajaran yang diterimanya dari Imam al-Sadiq AS. Fudayl
meninggal dunia pada tahun 187 Hijrah.
Salah seorang tokoh Hadith yang
mendapat pelajaran dari Imam al-Sadiq AS ialah Sufyan bin Uyaynah (wafat
198 Hijrah). Seterusnya Syu’bah bin Hajjaj (wafat 160 Hijrah) yang
disebut oleh al-Syafie sebagai seorang yang amat ahli tentang Hadith di
Baghdad, Hatim bin Ismail (wafat 180 Hijrah), Hafas bin Ghiyas yang
pernah menghafal tiga atau empat ribu Hadith, Ibrahim bin Muhammad yang
digelar oleh Abu Ishak al-Madani, pernah mengumpulkan hadith dari Imam
al-Sadiq AS menjadi sebuah kitab yang dinamakan “Halal dan Haram”, Abdul
Aziz bin Umar al-Zuhri (wafat 197H), Ayyub al-Sajastani, Abdul Malik
bin Juraih al-Quraisyi (wafat 149 Hijrah), Zuhair bin Muhammad al-Tamimi
(wafat 162 Hijrah) dan lain-lain lagi.
Dari kalangan syiah ialah Aban bin Tughlab yang banyak meriwayatkan
hadith dari Imam al-Sadiq AS, Aban bin Uthman bin Ahmar al-Bajari yang
berasal dari Kufah yang telah menghasilkan karya “al-Mubtadi”,
“al-Ba’as”, “al-Maghazi” dan “al-Wala”. Ibn Hibban memasukkannya dalam
senarai tsiqah iaitu orang-orang yang dipercayai dalam meriwayatkan
hadith. Kemudian Bukhair bin A’yun al-Syaibani, Jamil bin Darraj bin
Abdullah al-Nakhai, Hummad bin Usman in Ziyadar al-Rawasi, al-Harith bin
Mughirah al-Nashri, merupakan tokoh periwayat hadith Imam al-Sadiq AS.
Hisyam bin Hakam al-Kindi merupakan tokoh ulama syiah yang alim dalam
ilmu agama dan falsafah. Ia juga seorang sahabat Imam al-Sadiq AS. Imam
al-Sadiq AS pernah berkata tentang diri tokoh ini:
” Engkau selalu diilhamkan oleh Tuhan dalam membantu golongan kami dengan lidahmu.”
Imam AS pernah juga berkata:
” Orang ini pembantu kita dengan hatinya, lidahnya dan tangannya,
mempertahankan hak-hak kita dan membela golongan (syiah) kita daripada
musuh kita.”
Al-Kulaini memuji Hisyam ibn al-Hakam tentang ilmunya mengenai
dirayah dan rawayah hadith-hadith Rasulullah S.A.W yang sahih dan
tentang kuat serta teguh pegangannya kepada al-Qur’an dan Sunnah.
.
No comments:
Post a Comment