Monday 20 May 2013

LAUK DAH CUKUP MASIN



Salam...
Adapun entry kali ini khas saya tujukan buat diri sahaya sendiri.
Dari observation from surrounding.

Jawapan telah ada di depan mata.
Tapi manusia memang tak mahu berlapang dada, masih mahu memperpanjangkan perkara & cerita

Lauk yg sudah cukup masin, lagi dia mahu tambah garam.
Bila di beri jawapan yg memang sudah tersedia. Tak berpuas hati.

Adat sifat Yahudi 
Jawapan sejengkal, mau penerangan sehasta, tak cukup sehasta mau sedepa... last -last skali penerangan berjela-jela apa pun tak tarak.



Al-Baqarah 67-71

Firman Allah SWT

"Dan ingatlah ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina . Mereka berkata : Adakah engkau hendak mempersenda-sendakan kami ? Nabi Musa menjawab : Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang daripada golongan yang jahil (melakukan sesuatu yang tidak patut.(67) 
Mereka berkata pula : "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu ? Nabi Musa menjawab : Bahawasanya (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; Maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya"(68) 
Mereka berkata : Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan kepada kami apakah warnanya ? Nabi Musa menjawab : Sesungguhnya Allah SWT memberitahu lembu itu ialah lembu betina bewarna kuning (bersangatan kuningnya) – menggirangkan hati orang yang melihatnya (69)
Mereka berkata : Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami supaya diterangkan kepada kami lembu apakah itu ? Kerana kami ragu-ragu tentang lembu itu dan insya Allah tentu kami dapat pertunjuk (untuk mencarinya) (70)

Nabi Musa berkata : Sesungguhnya Allah memberitahu bahawa lembu itu ialah lembu yang tidak pernah digunakan bekerja seperti membajak bumi dan tidak pernah digunakan mengangkut air untuk menyiram tanaman, sihat, tiada berbelang sedikit pun. Mereka berkata : Sekarang barulah jelas engkau terangkan kepada kami dengan sebenarnya. Maka mereka menyembelih lembu tersebut dan hampir sahaja mereka tidak mampu melaksanakannya". (71)
.


No comments:

Post a Comment