Saturday, 24 November 2012

BISMILLAH 6 (ENAM)




.
Ini hanyalah rayuan gombal pengharapan-pengharapan bersandarkan puji-pujian kebesaran Asma' Allah.

Ayat-ayat ini tiada memberi sebarang kuasa mutlaq. Syirik bergantung kepada ayat. Dan perlulah difahami bahawa Allah SWT itu tidak perlu di suruh itu ini dalam memenuhi hasrat makhluq.  Segala-galanya terserah kepada Allah Tuhan Rabb-ul-Jalil untuk mentadbir dan mengkehendaki segala sesuatu. Segala-galanaya dalam genggaman Allah. Makhluq lah  yang senantiasa  tidak putus-putus bergantung dan berharap dan memerlukan Allah. Sesungguhnya AllahMaha Kaya darimu (tidak memerlukanmu) 

Al-Karîm adalah yang mulia dalam segala hal, yang amat banyak pemberian dan kebaikannya, baik ketika diminta maupun tidak. Nama Allah al-Karîm menunjukkan kesempurnaan kemuliaan Allah Azza wa Jalla dalam zat dan segala sifat serta perbuatan-Nya.

Allah-u Shomad
BISMILLAH 6 ENAM BISMILLAH 6 ENAM  BISMILLAH 6 ENAM 
KHASIAT BISMILLAH 6 ENAM KHASIAT BISMILLAH 6 ENAM 

1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Halus-Teliti/(Detail).

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa Menentukan.

5. Dengan nama Allah Yang Maha Gagah Perkasa Lagi Maha Kedermawan  Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Gagah Perkasa Lagi Maha Kedermawan

6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu "sebaik baik Tuhan yg Memelihara" dan Dia-lah Maha Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang ''



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

YAQEEN: IKHTIAR & TAWAKKAL ~ BIIZNILLAH


"LAHAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH-I 'ALIYY-UL 'ADZHIIM"

•Makbul segala hajat dan cita-cita. •Luas rezkinya. •Jika ditiup kpd suami/isteri nescaya kasih ia kepada kita. •Menang dalam peperangan. •Penerang hati. •Dijauhkan dari segala penyakit. •Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya. •Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan. •Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur. •Aman daripada binatang2 buas. •Air laut menjadi tawar. •Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan. •Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung. •Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru. •Terselamat dari karam dilaut.  •Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya. •Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar (BIIZNILLAH) . •Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali INSHAALLAH lari iblisnya.  •Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.  •Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak dan sebagainya. •Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh. •Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan. 

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.


.

2 comments: