Dalam hadith yang sahih dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahih beliau, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya): “Akan dibentangkan kepada hati pelbagai F.I.T.N.A.H. seperti mana tikar (dibentangkan kepada penganyamnya) satu persatu”.
.................................................................................
Rasulullah s.a.w juga bersabda: “Akan berlaku F.I.T.N.A.H.- F.I.T.N.A.H. (ujian-ujian dan bencana) di mana orang yang duduk daripadanya lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri pula lebih baik daripada berjalan dan yang berjalan pula lebih baik daripada yang bergegas di dalamnya, barangsiapa yang cuba menjenguknya akan terjebak ke dalamnya dan barangsiapa yang mempunyai tempat berlindung maka hendaklah dia berlindung dengannya”. [Al-Bukhari dan Muslim].
.................................................................................
Rasulullah s.a.w selaku penyampai wahyu yang semua ucapan Baginda adalah diselia kawal oleh wahyu tidak berdusta sama sekali, sekarang apa yang Baginda s.a.w nyatakan dalam hadis-hadis baginda lama dahulu, kini kita sedang menyaksikannya.
.................................................................................
Dunia Umat Islam dilanda dengan F.I.T.N.A.H. yang bertali arus, pemberontakan dan demonstrasi, rusuhan dan tunjuk perasaan, pembunuhan dan penjajahan, kemunculan kaum Ruwaibidoh yang petah berucap tetapi penuh putar belit dan pendustaan, dan pelbagai lagi ujian yang menggoncang hati dan menggugat Iman yang hanya mampu diselamatkan dengan perisai wahyu, al-Quran dan al-Sunnah.
Benar lah kata para Ulama Salaf ridwanullahi ‘alaihim: “SUNNAH itu seumpama BAHTERA NUH, barangsiapa yang menaikinya selamat dan barangsiapa yang ingkar akan tenggelam”.
.................................................................................
Di tengah-tengah TAUFAN F.I.T.N.A.H. melanda Umat, hanya mereka yang menaiki Bahtera Nuh yang merupakan SUNNAH Muhammadiah s.a.w sahaja yang akan terselamat insya-ALLAH.
.................................................................................
Dalam Hadith yang popular dan sahih yang dikeluarkan oleh Imam Abu Daud dan lainnya, direkodkan Rasulullah s.a.w bersabda:
.................................................................................
“Barangsiapa yang hidup selepas aku akan melihat perselisihan yang banyak maka hendaklah kamu berpegang tegug dengan SUNNAH ku dan SUNNAH para Khalifah yang mendapat petunjuk yang membawa kepada kebenaran, gigitlah ia dengan gigi geraham kamu”.
.................................................................................
Kata Saiyidina Mu’az bin Jabal r.a:
.
“Sesungguhnya di belakang kamu (zaman selepas Sahabat) akan berlaku F.I.T.N.A.H.- F.I.T.N.A.H. di mana harta akan bertimbun-timbun, al-Quran akan tersebar sehingga diambil (ilmunya) oleh orang Mukmin, Munafiq, lelaki, wanita, kanak-kanak, orang-orang tua, hamba, dan merdeheka. Maka hampir sahaja mereka berkata: “KENAPAKAH ORG TIDAK MAHU MENGIKUTI AKU SEDANGKAN AKU TELAH MEMBACAKAN KEPADA MEREKA AL-QUR'AN? Mereka tidak akan mengikut aku sehinggalah aku merekacipta kepada mereka SESUATU YANG BAHARU”.
<>
Maka jauhilah kamu akan PERKARA BAHARU yang mereka cipta kerana ianya adalah KESESATAN”. [Abu Daud].
.................................................................................
Nah, kata-kata seorang Sahabat yang bertutur dengan cahaya Wahyu ini tepat sekali berlaku di zaman kita, semua orang mendakwa ‘alim dan mampu mendedangkan al-Quran dengan baik, namun sejauh manakah mereka benar-benar Ahli Al-Quran? Hanya ALLAH jua yang mengetahui perkara yang tersembunyi.
.................................................................................
Oleh itu, ketahuilah wahai kaum Muslimin, keselamatan kamu hanya berada dengan al-Kitab dan al-SUNNAH walaupun kamu melihat apa yang disuruh al-Kitab dan al-SUNNAH itu berlawanan dengan realiti yang berlaku di sekeliling kamu.
.................................................................................
JANGAN SAMA SEKALI KAMU BANTAH Wahyu yang Maksum DENGAN AKAL mahupun realiti yang diwar-warkan sekarang sebagai “Fiqhul Waqi’”, kerana Waqi’ bisa sahaja menipu kamu dan melakukan silap mata terhadap kamu.
.................................................................................
.
No comments:
Post a Comment