Showing posts with label SOLAH. Show all posts
Showing posts with label SOLAH. Show all posts

Tuesday, 27 November 2012

Mengenal Ruh ( Takrif Rohani )


FEEL FREE TO CLICK ON RELATED POST





Takrif Rohani kepada Ahli Syariat
 :-
Rohani itu adalah berhimpun tujuh perkara :-
1.       Hati
2.       Niat
3.       Ikhlas
4.       Ilmu
5.       Cita-cita
6.       Tasdiq
7.       Mahgrifat

      Ahli Syariat berpendapat yang dinamakan Rohani itu adalah didalam tubuhnya berpandukan martabat Firman,”Tiap2 yang bernyawa itu mati”, maka yang bernama Rohani itu keluarlah daripada jasadnya.

Takrif Rohani kepada Ahli Tarikat:-
      Ahli Tarikat berpendapat yang bernama Rohani itu ialah nyawa yang keluar masuk melalui dua lubang hidungnya berpandukan martabat Firman,”Tiap2 yang bernyawa itu mati”, maka yang bernama Rohani itu keluarlah daripada jasadnya.

Takrif Rohani kepada Ahli Hakikat:-
      Ahli Hakikat berpendapat yang dinamakan Rohani itu ialah Sifat Fardhu, maka dinamakan Fardhu Ma’ani.  Fardhu Ma’ani itu:-
1.       Haiyun (hidup)
2.       Ilmu (tahu)
3.       Kudrat (kuasa)
4.       Iradat (berkehendak)
5.       Samaq (dengar)
6.       Basar (lihat)
7.       Kalam (berkata-kata)

Maka Rohani itulah nyawa pada orang2 yang Mukmin dan tubuh pada Rohani itulah dinamakan Jasmani. Diri kita diakhirat itulah Rohani dan Jasmani. Rohani itulah yang bernama Muhammad. Erti Rohani itu perbendaharaan dalam tempat kecintaan Tuhan. Jadilah Rohani itu dengan kajian ilmu yang bernama Ilmu Rohani. Barangsiapa mengenal Rohnya, maka bergembiralah ia diakhirat. Sebaliknya barangsiapa yang tiada mengenal Rohnya, maka dukacitalah ia diakhirat.

Takrif Rohani kepada Ahli Ma'arifat:-
Ahli Ma'arifat berpendapat bahawa Rohani itu adalah satu Mufrad Nurani. Rohani itu ialah Afa’al Muhammad, maka nyawa Rohani itu bernama Roh Idofi dan Rohani itu dikehendaki menjadi hati kepada orang2 Mukmin kerana segala pekerjaan dunia ini adalah dengan Rohani. Rohani itulah hati yang dinamakan Latifatul Kalb. Bayang2 Rohani itu dinamakan Jasmani.

Maka hendaklah seseorang itu mengingati Rohaninya setiap hari. Orang2 yang tidak berdamping dengan Rohaninya belumlah sempurna darjatnya dengan Insan Kamil Wa Kamil. Dalam al-Quran mengatakan:-
“Senanglah Roh2 yang telah beramal soleh masa hidupnya. Azablah Roh2 yang telah membuat maksiat dalam hidupnya”.
Rugilah mereka yang tidak mengenal  nyawanya (Rohani). Beruntunglah mereka yang mengenal nyawanya (Rohani). Maka untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan Rohani iaitu hati kita yang beriman kepada Allah dan diri kita diakhirat, pelajarilah ilmu Rohani untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Hadith mengatakan,” Barangsiapa derhaka kepada guru (Mursyid) adalah jadi kafir. Hanya Imam Abu Hassan Basri bila muridnya yang benar Wasil yang derhaka kepadanya hanya dinamakannya MUKTAZILLAH sahaja. 

Maka dari Wasil itulah pengasas mazhab MUKTAZILLAH sedunia. Memang peristiwa murid yang mempelajari ilmu ma'arifat ada yang derhaka kepada gurunya yang mursyid dalam tiap2 masa dan zaman. Oleh kerana demikian jarang2 Arifin Billah yang mahu mengajar pada semua orang tentang ilmu ma'arifat..

Sebagaimana yang difahamkan oleh ahli Rohaniah bahawa semua nyawa yang ada dalam alam ini adalah daripada terpancarnya Rohul Qudus, yang memakai Sifat Jalal dan Jamal yang tidak ada kepadanya ialah sifat2 Kamal dan Kahar. Daripada Rohul Qudus itula terbit amalan yang dinamakan oleh ahli Sufi:-

  1. SYUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH
  2. SYUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH

Hanya mereka yang tahu Syuhud yang dua itu sahaja yang beroleh sembahyang Daiem yang dikatakan sebenar-benar beramal soleh. Orang2 yang tidak mempelajari ilmu Tasauf dari guru yang mursyid walaupun ia pandai dalam ilmu Usulludin, tetapi pada hakikatnya tetap tidak akan kenal akan nyawanya yang sebenar dan tubuhnya tetap sebagai orang2 awam juga. Dengan itu maka jadilah:-

  1. Takkan sama ilmu seorang Nabi dengan Rasulullah SAW
  2. Takkan sama ilmu seorang Sufi dengan Nabi2
  3. Takkan sama ilmu orang2 Syariat dengan orang2 Sufi
  4. Takkan sama ilmu orang2 awam dengan orang2 Rohaniah
  5. Takkan sama ilmu orang2 yang membaca kitab2 tanpa guru dengan orang2 yang berguru. ( Orang2 yang membaca kitab2 tanpa guru adalah syaitan gurunya )

Oleh itu menjadi syarat pada orang2 yang ingin mempelajari ilmu yang delapan (salah satunya ialah ilmu Tasawwuf)  berhati-hati jangan berguru dengan guru yang derhaka kepada gurunya. Kesesatan yang banyak berlaku pada mereka yang mempelajari Ilmu Batin kerana berguru pada guru2 yang berasal gurunya derhaka kepada gurunya, maka faham yang demikian rupalah yang tidak mengambil berat akan perintah syariat dengan alasan mengetahui Daiem padahal Daiem yang tidak benar.

  • Tidak ada Nabi2 yang meninggalkan Syariat
  • Tidak ada Wali2 Allah yang meninggalkan Syariat kecuali apabila ia Majzub, Wujdan dan Fana Kamil
  • Tidak ada ugama yang tidak sembahyang

Maka sembahyang yang diredhai dan diterima Tuhan ialah sembahyang yang datangnya dari ajaran Rasulullah SAW tanpa tambah dan kurang dan tanpa alih bahasa, ia tetap dalam konteks bahasa Arab. 

Perbezaannya tak akan sama sembahyang seorang ahli taqwa dengan seorang awam walaupun bacaannya sama kerana sembahyang itu berkehendakan:-

  1. Tubuhnya sembahyang
  2. Hatinya sembahyang
  3. Jiwanya sembahyang
  4. Nyawanya sembahyang
  5. Rahsia (sirr) nya pun sembahyang

Maka semuanya diatas bersatu menyembah Tuhan yang Maha Esa. Jika satu sama lain tidak bersatu dalam satu gus maka jadilah pura2 namanya. Maka roh2 yang tersebut terpaksa sembahyang bersama-sama tubuhnya itu.

+Credits : ITC Batch 6

Thursday, 1 November 2012

Asal Usul Solat


Lain-Lain Entry Berkenaan Hakikat Solat @ Solah Hakiki Di Dalam Blog ini:
Feel free to surf the link ^.^



-As-Suhaini Al-Jelawi-
Asal Usul Solat

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

1. Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
2. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
3. Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
4. Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

1. Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
2. Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
3. Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
4. Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

1. Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
2. Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
3. Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

1. Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
2. Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
3. Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
4. Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
.

Saturday, 27 October 2012

Hakikat Solat (By Neo Highlander)

  • berdiri menyaksikan diri sendiri..
  • kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita.. 
  • Hanya diri batin (Allah) dan diri zahir kita (Muhammad) yang membawa dan menanggung rahsia Allah SWT. 
Hal ini terkandung dalam surah Al-Fatihah iatu :

Alhamdu (Alif, Lam, Ha, Mim, Dal)
Kalimah
al.ham.du. ini diterima ketika Rasulullah isra’ dan mi’raj. 
Mengambil pengertian akan hakikat manusia pertama yang diciptakan Allah SWT iatu : Adam AS. 


Tatkala Roh (diri batin) Adam AS. sampai ketahap dada, Adam AS pun bersin dan berkata
alhamdulillah artinya : "segala puji bagi Allah"
Apa yang dipuji adalah : 

Dzat (Allah), 

Sifat (Muhammad), 

Asma’(Adam) dan 
Afa'al (Manusia) 

   Jadi solat itu bukan bererti Menyembah tapi suatu 
  • istiadat penyaksian diri sendiri dan sesungguhnya tiada diri kita..
  • ianya adalah diri Allah semata.
  • Kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahasia Allah SWT.
  • Dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata serta..
  • tiada sesuatu yang kita punya kecuali Hak Allah semata. 
Sesuai dengan firman Allah dalam surat Al-Ahzab 72:
 "Inna ‘aradnal amanata ‘alas samawati wal ardi wal jibal. Fa abaina anyah milnaha wa’asfakna minha wahamalahal insanu".

Ertinya :
“sesungguhnya kami telah menawarkan
suatu amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung tapi mereka enggan menerimanya (memikulnya) kerana merasa tidak akan sanggup, lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya


Dan kerana firman Allah inilah kita mengucap : 
“Asyhad-u anllaa Ilaah-a Illallah                                                                                         Wa Asyahad-u Anna Muhammad-ar Rasulullah”
ertinya :
Kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita sendiri hanya Allah semata-mata dengan tubuh zahir kita sebagai tempat menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya sampai pada masa yang telah ditentukan.


Manusia akan berguna disisi Allah jika dapat menjaga amanah Rahsia Allah dan berusaha mengenal dirinya sendiri. Bila manusia dapat mengenal dirinya maka ianya dapat mengenal Allah.


Hadits Qudsi….
“MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU”
Artinya : Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Allah 



ALIF ITU ARTINYA : NIAT SEMBAHYANG
LAM ITU ARTINYA : BERDIRI
HA ITU ARTINYA : RUKU’
MIM ITU ARTINYA : DUDUK


Perkataan pertama dalam sembahyang itu adalah : Allahu Akbar (Allah Maha Besar) 
Perkataan ini diambil daripada peringatan ketika sempurnanya roh diri Rahasia Allah itu dimasukkan kedalam tubuh Adam AS. Berusaha berdiri sambil menyaksikan keindahan tubuhnya dan berkata : Allahu Akbar (Allah Maha Besar).
Dalam sembahyang harus memenuhi 3 syarat :
a. Fiqli (perbuatan) 
b. Qauli (bacaan)
c. Qalbi (Hati atau roh atau qalbu)


MENGAPA KITA SEMBAHYANG SEHARI SEMALAM 17 RAKAAT ?
Adalah mengambil pengertian sebagai berikut :
Hawa, Adam, Muhammad, Allah dan Ah ( )
1. AH ( ) itu menandakan sembahyang Subuh.......”2”rakaat iatu: Zat dan Sifat
2. ALLAH itu menandakan sembahyang Zohor “4” rakaat: Wujud, Alam, Nur dan Syahadah.
3. MUHAMMAD itu menandakan sembahyang Asar “4” rakaat: Tanah, Air, Api dan Angin.
4. Adam itu menandakan sembahyang Maghrib “3” rakaat: Ahda, Wahda, dan Wahdia.
5. HAWA itu menandakan sembahyang Isya' “4” rakaat: Mani, Manikam, Madi, dan DI.

  
MENGAPA KITA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT 9 KALI DALAM 5 WAKTU SEMBAHYANG? 
Sebab diri batiin manusia mempunyai 9 wajah.
Dua kalimah syahadat pada :
1). Sembahyang SUBUH 1 kali itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIRU SIRR (Rahsia di dalam Rahasia)2). Sembahyang ZOHOR 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIR dan AHDAH3). Sembahyang ASAR 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat WAHDA dan WAHDIA4). Sembahyang MAGHRIB 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat AHAD dan MUHAMMAD5). Sembahyang ISYA' 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat MUSTAFA dan MUHAMMAD


MENGAPA KITA HARUS BERNIAT DALAM SEMBAHYANG
Kerana: niat itu merupakan
kepala sembahyang.
Hakikat niat letaknya pada
martabat aliff dan ataupun kalbu manusia di dalam sembahyang itu kita lafazkan di dalam hati :
Niat sbb :“aku hendak sembahyang menyaksikan diriku kerana Allah semata-mata.”
Dalilnya :
LA SHALATAN ILLA BI HUDURIL QALBI  Ertinya : Tidak Sah Solat Nya Kalau Tidak Hadir Hatinya (Qalbunya) LAYASUL SHALAT ILLA BIN MA’RIFATULLAH  Ertinya : Tidak sah Solat Tanpa Mengenal Allah
WAKALBUL MU’MININ BAITULLAH Ertinya : Jiwa Orang Mu’min Itu Rumahnya Allah WANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ Ertinya : Aku (Allah) Lebih Dekat Dari Urat Nadi Lehermu
IN NAMAS SHALATU TAMAS KUNU TAWADU’U Ertinya : Hubungan Antara Manusia Dengan Tuhannya Adalah Cinta. Cintailah Allah Yang Karena Allah Engkau Hidup Dan Kepada Allah Engkau Kembali. (H.R. Tarmizi)
AKII MIS SHALATA LI ZIKRI Ertinya : Dirikan Solat Untuk Mengingat Allah (QS. Taha : 145)
Sedangkan :
Al-Fatihah ialah merupakan tubuh sembahyang
Tahayat ialah merupakan
hati sembahyang
Salam ialah merupakan
kaki tangan sembahyang


HAKIKAT AL-FATIHAH DALAM SOLAT
Membersihkan hati daripada syirik kepada Allah SWT
Mengingat kita bahawa
tubuh manusia itu mempunyai 7 lapis susunan jasad iatu :
a. Bulu
b. Kulit
c. Daging
d. Darah
e. Tulang
f. Lemak
g. Lendir 

7 ayat dalam Al-Fatihah merupakan tawaf 7 kali keliling ka'abah.

HAKIKAT ALLAHU AKBAR DALAM SOLAT IALAH :
Mengambil makna ucapan Nabi Adam AS. 
Ketika berdiri menyaksikan dirinya sendiri dan 
Nabi Adam A.S mengucap kalimah Allahu Akhbar. 

Perkataan pertama dalam sembahyang itu adalah : Allahu Akbar (Allah Maha Besar) 
Perkataan ini diambil daripada peringatan ketika sempurnanya roh diri Rahasia Allah itu dimasukkan kedalam tubuh Adam AS. Berusaha berdiri sambil menyaksikan keindahan tubuhnya dan berkata : Allahu Akbar (Allah Maha Besar).


Peristiwa ini merupakan tajjali (perpindahan) diri rahsia Allah sehingga dapat di tanggung oleh manusia dengan 4 perkara iaitu :

1. Wujud 
2. Ilmu 
3. Nur 
4. Syahadah

Perkataan
Allah pada Allahu Akhbar mengandungi makna atau martabat dzat sedangkan perkataan “Akhbarpada Allahu Akhbar mengandungi makna atau martabat sifat.
Jadi dzat dan sifat itu tidak boleh berpisah. Dzat dan sifat sama-sama saling puji memuji.


DALAM SOLAT ITU JUGA MENGANDUNGI HAKIKAT ZAKAT:
Hakikat zakat dalam solat ialah :
Mengandungi makna“
Pembersih hati“ daripada syirik kepada Allah SWT. 
“Iyya Kana'q Budu Wa Iyya Kanas-ta’ 'ein”
Hanya kepada Allah lah aku menyembah dan hanya kepada Allah lah aku mohon pertolongan


HAKIKAT PUASA DALAM SHALAT :
a. Tidak Boleh Makan Dan Minum
b. Mata Berpuasa
c. Telinga Berpuasa
d. Kulit Berpuasa
e. Hati Berpuasa


.

Sunday, 14 October 2012

SOLAT DAIM : SOLAT WUSTHA : SOLAT KEKAL BERPANJANGAN


Lain-Lain Entry Berkenaan Hakikat Solat @ Solah Hakiki Di Dalam Blog ini:
Feel free to surf the link ^.^
1. Sembahyang Taqwa [+credits to Uncle Karamu] 


(lagi   - e  n t  r  y    -s  o l a t )

Sewaktu di Gua Rahim, semua umat manusia pernah melakukan sholat. Dan sholatnya adalah Dha’im Mul Haq. Oleh sebab itu tidak benar bahwa masih ada orang kafir hidup dialam Fana ini. Karena ketika lahir kita ini kehilangan HAQ, maka lalu LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL’ADHIM (Tiada daya apa-apa kecuali ALLAH yang punya kuasa ), tidak bias lagi KUNFAYAKUN. Maka selama hidup ini kita ikhtiar untuk mandapatkan HAQ yang hilang itu. Agar kita dapat berbuat amal dengan sempurna. HAQ ini adanya di Alam Akbar/LAUHUL MAHFUZ. Sarananya sudah ada dan dalam diri kita. 


*   *   *   *   *   *   *
segeralah mendirikan shalat daim, shalat kekal, shalat wustha. 
Mensucikan diri tanpa air melainkan dengan bacaan istighfar yang senilai suci. 
Caranya tanpa rukuk dan sujud, melainkan dengan serba merasa diri menghadap, mengabdi kepada Tuhan yang maha suci dikala engkau sedang diam, bergerak dan bekerja apa saja. 

Syaratnya hanya satu: niat menghambakan diri secara sempurna kepada Allah, 
dengan memberikan kebajikan kepada orang lain. 
Itulah wahai sahabatku, jalan mencapai saat kematian sejati, 
memperoleh akhir hidup yang sempurna dikaruniai rahmat Allah.

*   *   *   *   *   *   *

Jadi shalat daim tidak terbatas oleh waktu, keadaan atau batasan-batasan yang lain. 
Dalam sulik linglung sunan kalijaga menegaskan bahwa shalat daim dilaksanakan 
tanpa menggunakan air wudhu untuk menghilangkan najis dan hadas, 
shalat daim merupakan shalat batin yang sebenarnya. 
Shalat yang seseorang di dalamnya boleh dengan makan, tidur, 
bersenggama, maupun buang kotoran

*   *   *   *   *   *   *

Sunan Bonang pun memiliki ajaran shalat daim sebagai berikut: 
“” Unggulnya diri itu mengetahui hakikat shalat, sembah dan pujian.
Shalat yang sebenarnya bukan mengerjakan shalat isya' atau maghrib.
 Itu namanya sembahyang. 
Apabila di sebut shalat, maka itu hanyalah hiasan dari shalat daim. 
Hanyalah tata krama.””

*   *   *   *   *   *   *
Sementara shalat daim merupakan shalat yang sebenarnya, 
yakni kesadaran total akan kehadiran dan keberadaan Yang Maha Agung di dalam diri-nya, dan dia merasakan dirinya sirna. 
Sehingga semua tingkah lakunya merupakan shalat. 
Wudhu, membuang air besar, makan dan sebagainya adalah tindakan sembahnya. 
Inilah hakikat dari niat sejati dan pujian yang tiada putus. 
Ya, shalat yang mampu membawa pelakunya 
untuk tidak menebar kekejian 
dan kemungkaran. 
Mampu menghadirkan ramatan lil ‘alamin.

*   *   *   *   *   *   *

Quote Guru ku: Haji Wan Al-Kubra:

Di sini, kita tahu bahwa salat sejati adalah tidak hanya mengerjakan sembah raga atau tataran syariat mengerjakan sholat lima waktu. Solat sejati adalah SOLAT DAIM, yaitu bersatunya semua indera dan tubuh kita untuk selalu memuji-Nya dengan kalimat penyaksian bahwa yang suci di dunia ini hanya Tuhan: HU-ALLAH, DIA ALLAH. Hu saat menarik nafas dan Allah saat mengeluarkan nafas.

Berbakti yang utama tidak mengenal waktu. Semua tingkah lakunya itulah menyembah. Diam, bicara, dan semua gerakan tubuh merupakan kegiatan menyembah. Wudhu, berak dan kencing pun juga kegiatan menyembah. Itulah niat sejati. Pujian yang tidak pernah berakhir

Jadi hakikat yang disebut Sholat Daim nafas kehidupan yang telah manunggaling kawulo lan gusti, yang manifestasinya adalah semua tingkah laku dan perilaku manusia yang diniatkan untuk menyembah-Nya. Selalu awas, eling dan waspada bahwa apapun yang kita pikirkan, apapun yang kita kehendaki, apapun yang kita lakukan ini adalah bentuk yang dintuntun oleh AKU SEJATI, GURU SEJATI YANG SELALU MENYUARAKAN KESADARAN HOLISTIK BAHWA DIRI KITA INI ADALAH DIRI-NYA, ADA KITA INI ADALAH ADA-NYA, KITA TIDAK ADA, HANYA DIA YANG ADA.

Jadi sholat daim itu tanpa menggunakan syariat wudhu untuk menghilangkan hadats atau kotoran. Sebab kotoran yang sebenarnya tidak hanya kotoran badan melainkan kotoran batin. Salat daim boleh dilakukan saat apapun, misalnya makan, tidur, bersenggama maupun saat membuang kotoran


ulama' tasawwuf mentafsirkan solat wusta, adalah solat hati, kerana 'wusta' diertikan sebagai pertengahan atau tengah-tengah - kerana hati terletak di tengah diri. Maka, bila hati lalai dan tidak kusyuk, maka solat jasmaniah akan kucar kacir.

*   *   *   *   *   *   *


PANDANGAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI 
TENTANG SOLAT ZAHIR DAN BATIN.



Solat difardhukan kepada setiap orang Islam yang waras akal dan cukup 
umur pada waktu-waktu yang khusus, lima kali sehari semalam. Inilah 

perintah Allah s.w.t.


Firman Allah:

"Peliharalah segala solatmu dan solat wusto. Berdirilah untuk Allah 
(dalam solatmu) dengan khusyuk." (al-Baqarah:238).

Solat zahir ini ialah berdiri, membaca al-fatihah, rukuk, sujud,
duduk antara dua sujud dan seterusnya dan sebagainya. Pergerakan dan 

lakuan solat ini melibatkan anggota-anggota badan. Inilahsolat diri 

jasmani atau diri fizikal. Oleh kerana pergerakan atau lakuan badan 
dalam solat ini banyak dan diulang-ulangi banyak kali dalam solat 
lima waktu itu, maka itulah sebabnya ayat tadi menyebut solawati 
(segala solat) iaitu disebut plural atai lebih dari satu. Bukan solat 
tetapi solawaati (solat-solat). Itulah bahagian pertama tentang solat 
dalam ayat tersebut.

Bahagian kedua pula dalam ayat tersebut ialah tentang solat wusto. 
Solat ini bermaksud solat hati. Wusto itu boleh dimaksudkan sebagai 

pertengahan atau tengah. Maka oleh kerana hati itu terletak di tengah 

diri, maka itulah dikatakan solat wusto itu sebagai solat hati. 





Tujuan solat ini ialah untuk mendapatkan hati yang damai dan 

tenteram. 

Hati itu terletak di tengah antara kiri dan kanan, antara depan dan 
belakang, antara atas dan bawah dan antara baik dan jahat. Hati itu 
titik tengah, point perimbangan, point neraca atau median. Pernah 
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Hati anak Adam itu antara dua jari al-Rahman (iaitu Allah). Ia 
dibolak-balikkan kemana sahaja yang Allah kehendaki."

Maksud dua jari al-Rahman itu ialah sifat Allah yang bernama `Yang 
Menghukum dan Mengazab' dan sifat yang bernama `Yang Indah Yang Kasih 

Sayang, Yang Lemah Lembut'.

Solat dan ibadat yang sebenar ialah solat dan ibadat hati. Kalau hati 
lalai dan tidak khusyuk atau tidak konsentrasi dalam solat, maka 

solat zahir iaitu solat badaniah akan berantakan dan kucar-kacir. 

Apabila ini berlaku kedamaian diri jasmani atau badaniah yang 
diharapkan itu melalui solat zahir tidak akan tercapai. It ulah 
sebabnya Nabi s.a.w bersabda:
"Ibadat (solat) zahir itu hanya mampu di lakukan dengan hati yang 
khusyuk."

Solat ialah doa si hamba kepada Tuhannya. Solat juga ialah pertemuan 
antara hamba dengan Tuhan. Tempat pertemuan itu di dalam hati. Jika 

hati itu tertutup, tidak endah dan tidak peduli ataupun mati, maka 

solatnya tidak memberi sebarang manfaat kepadanya. Solat yang tidak 
khusyuk itu tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri jasmani, 
kerana hati itu adalah zat bagi badan. Yang lain itu bergantung 

kepadanya. 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"Ada sekeping daging dalam badan manusia, apabila keadaannya baik, 
seluruh diri jadi baik. Dan apabila ia tidak baik, seluruh diri jadi 

tidak baik. Sedarlah, daging itu ialah hati."

Solat zahir itu dilakukan pada waktu-waktu tertentu, lima kali sehari 
semalam. Tempat paling baik melakukan solat ialah di masjid,

berjemaah dan menghadap kiblat. Dalam solat berjemaah, makmum 

mestilah menurut imam.

Solat batin tidak ada hujungnya dan tidak berwaktu-waktu. Solat ini 
tidak tertakluk kepada tempat dan masa. Solat ini sentiasa dari dunia 

hingga ke akhirat. Masjid solat ini terletak di hati. Jemaahnya ialah 

anggota-anggota batin atau daya-daya ruhaniah yang berzikir dan 
membaca Asma-ul-Lah (nama-nama Allah) dalam bahasa alam ruhaniah 
(alam batin). Imam dalam solat ini ialah kemahuan atau keinginan 
(niat) yang kuat. 



Kiblatnya ialah kehadirat Allah – Keesaan Allah – 


iaitu menurut al-Quran di mana sahaja memandang di situ wajah-Nya – 
Yang Maha Kekal dan Maha Indah. 



Pendeknya kiblatnya ialah Allah.

Solat demikian boleh dilakukan oleh hati yang ikhlas, hati yang tidak 
tidur dan tidak mati. Hati dan jiwa seumpama ini kekal dan sentiasa 

beribadat atau bersolat sama ada dalam tidur atau dalam jaga. Ibadat 

hati ini ialah seluruh hayat dan seluruh hayat ini adalah ibadat 
baginya. Di situ tidak ada lagi bacaan di mulut, tidak ada lagi 
berdiri, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan sebagainya. 
Mursyid disini ialah Nabi Muhammad s.a.w. Ia berkata-kata dengan 
Allah:

"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami 
mohon pertolongan." (al-Fatihah: 5).

Firman Allah ini ditafsirkan sebagai tanda ketinggian kesedaran Insan 
Kamil (Manusia Sempurna) iaitu mereka yang beberapa tingkat alam 

rasa dan pengalaman ruhaniah dan tenggelam dalam tauhid atau keesaan 

Allah dan bersatu dengan Allah.

Hati sebegini mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Satu daripada 
kelebihan hati yang sempurna ini ialah sebagaimana yang disabdakan 

oleh Nabi Muhammad s.a.w:

"Para Nabi dan kekasih-kekasih (para wali) Allah terus solat dalam 
kubur mereka sebagaimana mereka bersolat di rumah mereka di dunia 

ini."

Dengan kata lain, hayat hati kekal terus bersolat kepada Allah. 
Setelah ibadat (solat) zahir dengan solat batin berpadu, berharmoni 

dan bersatu, maka sempurnalah solat seseorang itu dan ganjarannya 

amat besar. Hati atau ruh yang demikian membawa seseorang itu hampir 
dan masuk ke hadirat Ilahi. Hatinya bersatu dengan Allah dan badannya 
atau keduniaannya mencapai tingkat yang tertinggi mungkin. Dalam alam 
nyata ini, ia jadi manusia atau hamba Allah yang warak dan alim. 



Dalam alam batin atau keruhanian, ia jadi ahli makrifat yang telah 

sampai ke peringkat kesempurnaan mengenal Allah s.w.t. 

Sekiranya ibadat zahir tidak bersatu dengan ibadat batin maka itu 
belum sempurna dan belum permai. Ganjarannya ialah hanya maju dalam  
peringkat dari segi pandangan manusia sahaja. Ianya tidak membawa 
seseorang itu hampir kepada Allah dan berpadu dengan-Nya.

.