Sunday, 24 March 2013

HAKIKAT TOMA'NINAH @ TERTIB (PENJANA KITARAN SOLAT DAIM /SOLAT WUSTHA)




INI MENERANGKAN KITAR SOLAT YANG BERTERUSAN, 
YAKNI SEMBAHYANG 24 JAM INGAT ALLAH, SETIAP DETIK INGAT ALLAH
istilah regular ; SOLAT DAIM, SOLAT WUSTHA




Penerangan+Credits kepada Hj  Shaari 


Rukun solat dari no 1, sehinggalah - no 12 (niat sehinggalah memberi salam)  , semuanya ada pergerakkan atau ada perbuatan. Sedangkan rukun yang ketiga belas (13) , tidak ada perbuatan atau pekerjaan.

Apakah itu toma'ninah (tertib). Apakah toma'ninah itu, hanya sekadar tertib (turutan)?. 
Jika sekiranya kita nak ikut tertib, di sinisoalnya,  semasa tuan-tuan mengerjakan sembahyang, tuan-tuan berdiri dahulu ataukah niat dahulu?

Kita selama ini, mengerjakan sembahyang  dengan 1) dahulu berdiri, 2) Selepas berdiri kita takbir dan barulah disusuli dengan 3) niat!.

Sesudah berdiri, baru kita takbir dan di dalam takbir itulah baru kita niat?. Apakah kita turut atau ikut tertib (toma'ninah). Apakah sebenar-benar maksud toma'ninah?

Dimanakah sebenarnya peranan toma'ninah (yang dikatakan tertib atau ikut turutan)?

Toma'ninah itu maksudnya “kekalkan ingatan kepada Allah”.

Walaupun solat fardhu sudah usai selesai. Kita continuosly mengekalkan ingatan kepada Allah di luar solat fardhu... antara 2 solat fardhu... berterusan ingatan kepada Allah setiap masa sehinggalah kita nak memulakan solat fardhu yang ke seterusnya.



* Nota Eva Talya: 

Ini dari sukatan pembelajaran Pendidikan Agama Islam Tahun 4:

Rukun solat ada 13 bahagian iaitu;

1.  Berdiri tegak (bagi yang mampu berdiri)
2.  Niat
3.  Takbiratulihram
4.  Membaca al-Fatihah
5.  Rukuk serta toma'ninah
6.  Iktidal serta toma'ninah
7.  Sujud serta toma'ninah
8.  Duduk antara dua sujud serta toma'ninah
9.  Duduk tahiyat akhir
10. Membaca tahiyat akhir
11. Selawat ke atas nabi
12. Memberi salam

13. Tertib (NILAH SEBENAR-BENAR TOMA'NINAH, MASA UMUR SAYA 13 TAHUN SAYA PUN HAIRAN KENAPA TERTIB LAST SEKALI, TAPI TAK ADA ORANG YANG BAGI SAYA JAWAPAN YANG MEMUASKAN HATI SAYA)
Dalam mazhab Syafie dan Hanbali, toma'ninah adalah rukun solat yang mana tanpanya, solat seseorang jadi tidak sah.


Orang yang solat dalam keadaan cepat atau laju tanpa menyempurnakan tomakninah termasuk dalam kategori orang yang mencuri dalam solatnya, bahkan Nabi Muhammad SAW menyatakan itulah sejahat-jahat pencuri.



Ada beberapa tempat dalam solat yang mesti disertakan tomakninah iaitu ketika rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Jika pengabaian terhadap tamakninah ini dilakukan berterusan tanpa diambil peduli, maka rugi dan sia-sialah solat.
Lalu lelaki itu berkata: Demi Dzat yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, aku tidak boleh mengerjakan yang lebih baik daripada ini, maka ajarlah aku. Baginda pun mengajarnya: Apabila engkau berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagimu, kemudian rukuklah sehingga engkau toma'ninah dalam keadaan engkau rukuk, kemudian bangkitlah sehingga engkau toma'ninah dalam keadaan engkau iktidal, kemudian sujudlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan sujud, kemudian bangkitlah sehingga engkau toma'ninah dalam keadaan duduk. Engkau buatlah yang demikian itu dalam semua solat engkau.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Toma'ninah dapat dianggap sebagai adab dalam solat. Bermakna dengan bertoma'ninah, seorang Mukmin itu beradab ketika solatnya kerana ketika solat, ia sedang berhadapan dengan Allah SWT yang Maha Esa.
Membuang toma'ninah bukti bahawa pelaku solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan adab dan penghormatan terhadap Allah.

nota Eva Talya: TOMA'NINAH DI TENGAH-TENGAH, WUSTHO DI TENGAH-TENGAH

a)

Solat WUSTO @ WUSTHO @ WUSTHA ini bermaksud solat hati.

Wusto itu boleh dimaksudkan sebagai 
pertengahan atau tengah.  

Maka oleh kerana hati itu terletak di tengah 
diri, 

maka itulah dikatakan solat wusto itu sebagai solat hati. 



Tujuan solat ini ialah:
  • untuk mendapatkan hati yang damai dan 
     
    tenteram @ TOMA'NINAH @ TOMAKNINAH

Hati itu terletak di tengah antara kiri dan kanan, antara depan dan 
 
belakang, antara atas dan bawah dan antara baik dan jahat. Hati itu 
 
titik tengah, point perimbangan, point neraca atau median.


b)
TOMA'NINAH ANTARA:

  • (fardu Subuh)<tengah: TOMA'NINAH @ SOLAT WUSTHA>(fardhu Zohor)
  • (fardhu Zohor)<tengah: TOMA'NINAH @ SOLAT WUSTHA>(fardhu 'Asar)
  • (fardhu 'Asar)<tengah: TOMA'NINAH @ SOLAT WUSTHA>(fardhu Maghrib)
  • (fardhu Maghrib)<tengah: TOMA'NINAH @ SOLAT WUSTHA>(fardhu 'Isyak)
  • (fardhu 'Isyak)<tengah: TOMA'NINAH @ SOLAT WUSTHA>(fardhu 'Subuh)





Kalau penerangan yg mudah ni tak berapa terang, boleh tengok kat menu bar 
(on left hand side... bawah payung SEMBAHYANG SOLAT)

No comments:

Post a Comment