Tuesday, 18 December 2012

KESALAHFAHAMAN Yang Menghambat (Edisi III)


Related Series:





"Bismillah-is-Khallaq-il 'Aliim; 
al-Ladzi Laisa-ka Mithlih-i Wa Hu-wa-al-Fattah-ul 'Aliim"

I just returned home from my workplace.  Jalan raya pukul 8.00 malam agak lengang, tak seperti selalu. Urmmm..  Selasa barangkali hari yang paling pasif dalam diary mingguan manusia warganegara Malaysia. Pengalaman kerjaku dalam dunia retailing Selasa & Rabu adalah hari paling 'mandom' yakni tidak productive, customer count drop, where there lowest sales pattern recorded throught out the whole weeks. Justeru banyak departmental stores mengadakan promosi Super Wednesday mahupun Happy Hour bebanyak pada Tuesday. 

Hmmm... kay, so aku nak sambung balik edisi hambat-menghambat aku neyh...


Sekiranya tugas menggoda, menjerat, mengait, mencucuk itu tugas para syaitan dari golongan jin mahupun manusia... Syaitan majazi and syaitan hakiki ...

Adakah menyeru dan mengajak tu tugas para guru? Para Kiyai? Para Ustaz? Para faqih? Para ulama'? Ataukah hanya buat mereka yang bergelar da'ie sahaja? Ada di kalangan para kelompo yang tidak menganjurkan para murideen, para penuntut menyampaikan sesuatu kerena dinilai dari segi aspek - belum selesai belajarnya.


Menyampaikan...  menasihati, memperpanjangkan ilmu adalah tugas individu yang 'layak hakiki' seperti guru, da'ie, ulama? Selagi kita masih di level-level beginner, intermediate atau  level-level yang satu skala dengan nya, maka tidak perlulah sharing , menyampaikan, memperpanjangkan kepada orang-orang sekitar kita? Gittew?


Nyata untuk menyampaikan sesuatu, memperpanjangkan 'ilmu' tak haru menunggu detik kita berjumpa guru. Sesungguhnya mencari guru yang  mursyid dianjurkan, mencari ilmu adalah fardhu 'ain. Tak tahu hendaklah berguru secara berhadap-hadapan.  Sementara nak menunggu saatnya bersua itu tak kan lah sekadar membungkam,  tiada anjakan lansung... atau layan emo duduk di rumah menonton cinetron negara seberang,  atau layan online game Boomz ... atau nak best lagi join forum board Gossip Artis tempatan. 

Dunia maya, banyak peperangan antara kebaikan dan ketidak-baikan. Nak cari yang baik, insyaAllah dapat bahan yang baik, nak hanyut dengan bahan tak baik pun boleh dapat dengan mudah. All on your fingertips. Cyber citizen maaaa... 


Untuk mengimbangi percentage -ve @ negatif bahan-bahan beraura hitam mahupun kelabu asap secara online atau di dunia maya ini, setidak-tidaknya membina sesawang beraura putih mahupun perak mampu memgimbangi sistem ekosistem aliran bahan-bahan negative tadi. Kita menyediakan option, yakni wadah alternative kepada orang-orang yang dahaga nak minum air zam-zam, sementara nak jumpa air zam-zam tu, minumlah air mineral Sungai Gau dulu.... 1,000 kali lebih baik dari minum air berkarbonat atau minuman beralkohol. Patah sayap bertongkat paruh ... 


Kandungan pepejal terlarut (TDS) Air Minuman GAU adalah 294 mg/I. Ia telah melepasi tahap Piawaian Antabangsa (TDS) yang hanya sebanyak 250 mg/I.


Nasihat memerlukan saat dan tempat yang tepat untuk memberikannya jika menunggu detik  yang dinanti bersua guru, bersua pembimbing, bersua penunjuk jalan. Ada saat yang boleh tiba bila-bila masa sahaja. Kata orang : "tetiba".


Bila saatnya tiba, maka itu adalah kesempatan emas bagi seseorang untuk menerima hidayah Allah SWT. .. di saat itu diperlukan media untuk membantunya mendapatkan hidayah... yakni nasihat yang benar dari individu yang akrab barangkali?

Oleh yang demikian, sebagai seorang Muslim... <-- ni kira minimum requirement lah jika hendak dibandingkan dengan level Mukmin atau Muttaqqin ... Setiap Muslim semestinya membekali dirinya dengan secukupnya agar bisa bermanfaat bagi orang lain bila sewaktu-waktu diperlukan. 


Nasihat adalah sesuatu yang amat berharga yang tidak ternilai dengan harga dan teramat diperlukan oleh siapa sahaja kerana adalah terlampau sulit dan berat bagi seseorang untuk menasihati dirinya sendiri.

.

No comments:

Post a Comment