+CREDITS TO: miss eushahidaraffar
Rebellious. Itu norma biasa hari ini.
Kerana hari ini, semua orang belajar tinggi, semua orang kumpul bahan bacaan, semua orang berfikir, semua orang mampu utarakan hujah.
Kalau masa kecil mak suruh basuh kaki sebelum tidur sebab takut mengigau, kita ikut.Lepas belajar matapelajaran sains, mak suruh basuh kaki sebelum tidur sebab takut mengigau kita dah boleh explain, “alorr mak ni tak ada kena mengena pun basuh kaki dengan mimpi ngeri sebab mimpi tu melibatkan cognitive dan emotion. Bukan nya kaki dah bilas atau tak. So tak basuh pun tak apa lah, hehe..”
Kalau masa kecik nenek pesan anak dara jangan menyanyi sambil masak dekat dapur nanti dapat suami tua. “Hah. Lagilah. Entah fakta mana pulak yang mengaitkan gelombang bunyi yang keluar dari anak tekak semasa memasak di dapur akan menarik perhatian lelaki berusia 40 ke atas lantas datang meminang untuk dijadikan isteri, dan anak dara tersebut akan automatik terdorong untuk terima dan mereka hidup bahagia ke anak cucu.”
Haa itu kalau berkaitan pantang larang orang terdahulu yang saya kira masih boleh di-toleransi jika ada individu yang memilih untuk rebel.
Yang hairan nya, bila ada segelintir manusia yang tanpa segan silu rebel atau dalam kata lain ingkar tidak sependapat dengan pantang larang ALLAH.
Lagi ironinya, semasa kecil mereka patuh. Bila besar sikit, akal mula berkembang lebih sikit, ilmu mula bertambah sikit, mulut dah pandai bercakap sikit, maka mulalah memutarbelit mencari alasan melepaskan diri dari menunaikan kewajipan kepada Allah.
Tidak perlulah kita melihat jauh kepada golongan yang mengutarakan hujah akal untuk menidakkan hukum Allah seperti isu perlaksanaan hukum hudud itu lagi. Kita slow-slow dulu. Di sini, saya lebih berminat untuk mengajak diri saya dan sesiapa yang terbaca blog saya ini untuk mengintai ketidakpatuhan yang wujud dalam diri kita sendiri dan mungkin tanpa sedar kita mencipta alasan menggunakan akal yang semakin ‘berkembang’ ini untuk melepaskan diri dari menunaikan hak allah.
Sms si lelaki dan si perempuan yang berlarutan setiap hari – Tak apa, sms hantar tazkirah dan saling menasihati. Bukan borak benda kosong pun.Tudung – belum ikhlas lagi nak pakai tudung kerana allah, jadi tak apa lah, nanti sudah sedia baru lah pakai.Duit yang tidak halal – ala jangan la buat beli makanan, tak la jadi darah daging.Menipu – tipu sunat, jaga hati orang.Mengambil hak orang lain – dah terdesak nak pakai duit.Mengumpat – bukanlah nak mengumpat, Cuma, dah benda betul. (apeni?)
Itu baru dilihat benda-benda kecil yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Belum dikira benda-benda besar seperti minum arak, berzina, kurafat, dan sebagainya, lagi hebat alasan dan hujah yang dikeluarkan. manusia kan bijak.
Hakikatnya manusia itu akan sentiasa mencari-cari alasan untuk setiap ketidakpatuhan yang dia lakukan. Dengan alasan, “Allah tahu situasi sebenar..”
Sedangkan, dia belum berusaha sepenuhnya untuk mengelak ketidakpatuhan itu. Bahkan lebih berusaha mencari alasan.
Semua ni tidak lain kerja si syaitannirrajiim itulah. Kepala segala pencari alasan. Buktinya, semasa Allah memerintahkan sekalian malaikat sujud kepada Adam, si iblis dengan bijaknya menggunakan akal nya mencari alasan bahawa dia diciptakan dari api yang sifatnya menjulang ke atas, manakala adam diciptakan dari tanah yang sifatnya di bawah, kerana itu si iblis tidak mahu sujud kepada Adam dan Allah menggolongkan dia (iblis) dalam golongan kafir. Ha lepastu si iblis ni pun giat lah mengajarkan kepada anak-anak adam ini pula ‘taktik beralasan’ itu. Kalau kita ikut pula, maknanya kita ini sama sahaja lah dengan,, hmm tak nak la sebut. Sebab terkena pada saya sendiri juga sebenarnya. Hmm...
"ALA KALAU TAK TAHU TAK APA"
Hah, ini satu lagi, paling famous dalam kalangan kita. Melepaskan diri setelah melakukan kemungkaran, atau melepaskan diri dari menunaikan kewajipan dengan alasan “kalau tak tahu tak apa..”
Ramai yang salah faham. Benda ni hanya apply kepada golongan yang sudah berusaha sebaiknya untuk belajar ilmu-ilmu agama. Kalau tidak pernah peduli pun untuk mengambil tahu dan belajar, mana boleh pakai alasan ini. Bukankah menuntut ilmu itu satu KEWAJIPAN. Fardhu ayn, fardhu kifayah. Ha kali ini bolehlah guna, “Allah tahu situasi sebenar..”
“apakah manusia mengira dia akan dibiar begitu sahaja tanpa dipertanggungjawabkan?” al qiyaamah:36
Mari kita lihat satu analogi ini. Kita belajar di sekolah, atau universiti mahupun kolej. Dan semasa exam, kita tak dapat jawab soalan. Boleh ke kita fikir “oh tak tahu tak apa lah..skip je soalan ni.”
Lepastu nanti bila cikgu tanya, kita jawab, “saya tak tahu cikgu..”
Rasanya kalau kita ni pelajar yang proaktif dalam kelas, selalu consult cikgu tanya itu tanya ini, rajin buat soalan past year dan ulangkaji, cikgu tu boleh tolerate la kan..tapi kalau sepanjang tahun tu dalam kelas tidur, tutorial tak datang, past year tak buat, bila cikgu tanya ada apa-apa soalan tak, kita dengan nada penuh tak berminat menjawab “tak ada cikgu..”, berani ke nak bagi alasan ‘tak tahu’?
Hmm siapa kata ‘tak tahu tak apa’.
Cukup la beralasan. Itu semua skill si iblis yang diturunkan kepada kita. Nak ke gunapakai?
Mari menjadi generasi Sami’na wa ato’na.
Kami dengar, dan kami patuh.
- Yang jelas wajib itu tetap wajib, usah diperdebat atau di alasankan.
- Yang jelas salah itu tetap salah, usah diperdebat atau di alasankan.
Yang banyak khilaf itu lain cerita lah. sebab itu kita ada ulama’. Lagipun Al-Qur'an dan Sunnah depan mata. Kalau malas sangat nak belek mukasurat, google saja. Ilmu agama itu merata-rata sekarang. Mahu cari atau tidak saja. Ingat, “Allah tahu situasi sebenar..”
Jadi, marilah. Lestarikan. Kita dah dengar, sekarang kita patuh. Jangan nanti ‘dapat suami tua’ pula :p
Wallahualam bisshawab
-huda
0
No comments:
Post a Comment