Apa penamaan tersebut bisa memalukan? Barangkali bukan seorang yg demikian-demikian...disimpulkan sebagai seorang pengikut jalan.
Menjalani denai, yang penting jalan terus . Usah di hirau pandangan orang. Jalan perlahan tak kena, jalan laju-laju tak kena. Buka langkah kecil tak kena, buka langkah besar tak kena. Pakai cross training shoes tak kena, pakai running shoes tak kena, pakai selipar Jepun tak kena. Jalan berseorangan tak kena, jalan berdua-duaan tak kena. Berjalan berkumpulan tak kena. Berjalan dalam hujan tak kena. Berjalan bawah terik panas mentari tak kena.
Lebih konfius, jalan sambil tolak trolley tak kena. Jalan sambil galas beg bekalan makanan tak kena. Berjalan sambil kepit buku tak kena. Berjalan sambil memcatat tak kena. Berjalan sambil bercakap tak kena.
Serba tak kena. Asalkan berjalan. Banyak juru auditnya. Jurinya.
Bosan. Serupa macam kisah kombinasi seorang tua, seorang budak , seekor keldai.
Tak penting bagaimana pada kaca mata dan sistem penilaian orang.
Juga ... tak penting menafikan mahupun nak mengiyakan. Untuk apa?
Untuk manusia? Untuk Tuhan?
Untuk memuaskan hati sendiri? Nafsu untuk membuktikan?
Bersifat neutral, biasa-biasa. Biarkan sahaja.
Ragam masuk Bandaraya Kuala Lumpur:
Bukan semua orang naik kereta Myvi auto., ada GPS.
Ada juga orang yang masih pakai Wira manual. Dah biasa jalan kaki keliling K.L. Naik bas mini suatu ketika dulu.
Baca Bismillah. Maka teruskan susun langkah. Yakin. Ikut papan tanda & Google Map jangan segan silu.
.
No comments:
Post a Comment