Wednesday, 15 February 2012

Tanya



Salamun ‘alayk,

Apa beza Mukhliseen dgn Mukhsineen?
Aku masih tak faham antara Ikhlas dgn Ikhsan.

February 14,  2012   12:18PM


Ihsan

February 14,  2012   12:19PM
------------------------------------------------------------------------

‘Alayka AsSalamu wa’alaa Qalbika wa Qalbuka,

Saya pun ‘umaiyi gak bahasa ‘Arab Moden ni, tapi bleh la sikit2 Arabiya Klasikal.

Mu-ukhlis-iin : Ukhlis dari perkataan Akhlas sama juga dgn Ikhlas Cuma berbeza pada baris tetapi Abjadnya sama serta maksud pun sama  iaitu Jujur. Mu- di depan menunjukkan Mim dhommah iaitu M-uslim manakala iin- di blakang menunjukkan jamak atau jamaah atau segolongan yg serupa. Jadi Mu-ukhlis-iin merujuk kepada Jamaah Orang-Orang M-uslim Yang Jujur dalam amalan kehidupan duniawi mereka. M-uslim pula Manusia Yang Islam yang mengikut ajaran Tawhid Nabi Ibrahim yang berserah diri kepada Allah.

Mu-hsin-iin : Mu- di depan serupa dgn yg diterang di atas. Hsin dari perkataan Hsan dari perkataan Hassan dan Husin yg bermaksud “Yang Baik-Baik” seperti juga makna Asma ‘ul-Husna., “Nama Yang Baik-Baik”.  iin- di belakang serupalah seperti penerangan di atas iaitu Jamak bg segolongan manusia. Ringkasnya Muhsiniin bermaksud Jamaah Muslim Yang baik-Baik ‘amal perbuatan mereka di hayat dunia.

Sekian, terima kasih kerna bertanya.

February 14,  2012   11:58PM


Ihsan pula nabi dah terangkan spt diriwayat pada Hadith, iaitu dalam bahasa Melayunya ialah Berhadap Hati pada Allah. Maksudnya dalam mengerjakan sesuatu ibadah samada berbentuk peribadatan kepada Allah mau pun perbuatan seharian yang lain mestilah dilakukan seolah-olah Allah Melihat Kita dan Kita Melihat Allah… bukan secara fizikal tetapi pada pandangan mata hati (Berhadap Hati) berhadapan dengan Allah. Apabila kita berhadap hati dgn Allah (Ihsan) maka dirasakan kita fana’, khusyu’ dan tidak sedar akan hadirnya jasad serta perkara yang berlaku di keliling jasad, yang ada cumalah Ruh/Ruhani kita yang kita boleh nampak seperti sekujur tubuh kecil berselimut putih bersih letaknya di Qalbu. Hal berkenaan Ihsan ini berkaitan juga dengan Ikhlas dan Ahsan dalam mengerjakan perbuatan baik secara jujur.  Praktisnya dalam Solat, Zikir, Ilmu Ibu Gerak (telah saya padam), Ilmu Ibu Gayong (telah saya padam), Ilmu Lipat Bumi (telah saya padam) dan doa bertemu Khaidhr (telah saya padam) dan AlHikmah yg lain kesemuanya menekankan Hakikat dan Haqiqat Ihsan. Memang sukar nak mencapai Ihsan, kena betul fokus pada Allah dan tiada lain melainkan Allah Satu-satunya Dia.

Sekian, terima kasih kerna bertanya.

February 15,  2012   12:25AM






.

No comments:

Post a Comment