Thursday, 16 February 2012

Duppp... Dappp... Duppp...


Assalamualayka!


Aku nak bebel kat sini.
Biarlah apa orang nak kata. Aku tak peduli.
Jangan pakaikan aku baju pasung & post aku ke wad gila Soul Asylum udah.

-------------------------------------------------

Aku sebenarnya in progress berjalan-jalan atas dataran tanah pamah Siberia..    
Tengah blur-blur kuda liar padang rumput steppe.
Lebih kurang sudah 1/2 purnama aku jadi bingung.. Aku belum pulih sepenuhnya, belum wake-up… masih mamai-mamai…

Nih sumer bermula aku bergelumang dalam dzulmah >30 tahun .
Sampai satu ketika aku sudah jatuh buhsan dan jatuh sakit dengan bacteria2 jahat & unsur2  najis-najis yg melumuri diriku itu.

Aku bermain-main dgn ombak tepi lautan belah utara Scotland pada musim sejuk tahun lepas.
Sampai satu ketika aku berasa ketakutan yg amat sangat dihempas gelombang.
Aku juga merasa amat takut kepada penguasa dzolim
yg mengenakan kekerasan dan kekangan ke atas urat dan sarafku.
(walaupun aku sendiri telah berlaku dzolim 33 lipat degree kesetanan ke atas diriku....
Aku sendiri tidak takut dgn azab Allah pada ketika itu)


Aku merasa keseganan sangat, ketakutan sangat, rasa bergantung harap sangat kepada manusia, 
Aku memikirkan apa yg manusia anggap padaku.
Aku mahu aku dipandang stringent and almost perfectionsm , di mata 'manusia'.
Aku mahu berbangga dgn achievement ku dan apa yg aku dapat atasi dan miliki dalam hidup.
Aku bertuhankan hawa-nafsu.



Reporting to Allah…on off on off on off
Tetapi lebih banyak offline dari online akunya
Doa kedua ibu bapaku seolah tidak memberi kesan positive kepadaku…
ANIAYA NYA AKU PADA DIRIKU ... NO MERCY AT ALL… kasihannya aku.
Semakin NOTORIOUS B.I.G. aku jadinya.


Alhamdulillah ,masih ada satu part tertanam dalam diri aku.
Aku percaya chip yang tertanam di dalam kelongsong jasadku yg ber-ruuh inilah yang menyelamatkan aku.
Yang kira menyelamatkan aku kerana chip itu still glowing in the dark… walaupun agak dim… dim light.

Tak kurang juga dgn bantuan implan. Seb bek aku ada implan neyh.
Implan ku terhasil dari rasa kecintaan aku pada Rasulullah.
Setiap hari, lidah ku auto-play melancarkan salawat dan memperbaharui bai'ah aku pada Rasulullah.
Tak kira betapa gunung kejahatan yang aku longgokkan saban hari…on daily basis.
Al-Munjiyat.


Engkau pernah tengok terminator tak?
Yang Arnold Schusyahnak-eja tu jadi hero dia.
Tk mati-mati 'undefeatable' sehinggalah sampai chip dlm kepala dia completely dissolve dalam lahar-leburan  cairan keluli panas. 6  purnama yang lepas aku betul-betul lost.
Tetiba aku terdampar kat satu fjord kat Norway. Selepas dihempas taufan menggila.


Then aku bangun … jalan-jalan-jalan  membawa ke dataran Siberia.
Maka merenunglah semasa aku menyendiri.
Aku ditimpa rasa malu dgn Allah. Aku malu.
Aku nanges, nanges… bergenang air mata setiap ketika… menyesali akan usia aku yg telah aku bazirkan. Kelak aku akan diberi priority, diletakkan ke Express Lane conveyor untuk dihumban ke neraka. Muka aku tak ada chop ahli syurga. Aku tak pernah usaha nak wat reservation untuk after-life placement.

1/2 purnama yg lalu aku gagahi juga memperpanjangkan salawat ,memperbaiki bai'ah
Memperbaharui kalimah tauhid saban hari… walau tanpa kehadiran hati.
Aku tahu solatku, bacaan ku...sumer dilemparkan kembali ke muka ku, tak leh naik ke pintu langit... kosong. Tapi aku gagahi jua... tanpa putus-asa dr rahmat Allah.
Aku berbaik sangka dgn Allah. Mengharapkan rahmat-Nya dan agar aku sentiasa dalam pandangan kasih sayang Allah. Aku ingin kembali. Aku ingin kembali berada dekat dgn Rabb.


>7 hari aku blur.
Aku tak fokus. Hati aku bergetaran. Berdebar-debar seram sejuk.
Sampai aku hilangkan cincin pusaka nenda aku.
Tapi aku wat donno jah, perasaan aku tak ralat lansung... walau value dia agak tinggi. 
>7 hari aku hilang nikmat dunia. Aku tak rasa lapar. Aku tak boleh makan. Perutku rasa kenyang sentiasa. > 7 hari aku tak berjaya makan dengan jayanya. Aku hairan,maka merayap-rayaplah aku di restaurant2 terkemuka mencari delicacies yg exotic mahupun yg superb…
Namun semuanya gagal membuka selera.


>7 hari aku jadi tak kenal rasa ngantuk.
Isyarat ngantuk otak aku tak trigger.
Deria ku terjaga. Aku bukan insomnia. Cuma aku tak ngantuk. Aku tak menguap. Otak aku berjaga.
Tapi kalo aku letakkan kepala ke bantal, aku bisa lena sahaja. Lena yg berquality tanpa terjaga2.
Seandainya aku tak letakkan kepala ku ke bantal , aku rasa aku boleh sahaja tahan non-stop 36 jam tanpa tidur tapi masih dapat mengekalkan energy & fokus.
Aku kira2.. Purata aku lena/tidur Cuma 3-4jam sehari. Tiada tanda2 tak cukup tidur atau keletihan terpancar pada mataku. Biasa2 sahaja.

>7 hari aku tak rasa penat.
Dalam keadaan itu… keadaan hari ke-4, aku tak bersarapan 4 hari, tak lunch 4 hari.. tak dinner, tak supper. Hanya minum air kosong & susu... minuman fitrah. Pun, aku masih gagah membuat hiking ke bukit-bukau dan mengembara ke woods. Namun aku tidak penat. Aku tidak faham. Energy aku statik.
Aku nak rasa nikmat istirahat… tapi tiasa rasa penat,maka macammana lah aku nak nikmati kelegaan dr lelah ?


So, ni lagi satu petanda yg aku tidak faham.

Sudah 2 hari berturut-turut aku rasa berdengung dalam kepala. 
Apa yg aku cakap sumer dipantul balik masuk, absorb dlm otakku.
Dah lebih 36 jam rasanya.

Sumer nikmat makan, tidur, rehat aku dah tak ada buat masa neyh.
Cuma aku lega, sebab sekarang aku dah tak takut kat sapa-sapa... aku tak takut kat apa-apa.
Aku dah merdekakan fikiran & lapangkan hatiku.
Inilah ketenteraman & kedamaian yg aku cari.


Engkau tahu tak ? Aku tak macam kaum lelaki, dimana bebas pergi ke sana ke mari.
Aku tak ada pilihan. Aku terpaksa mencari ilmu melalui alam cyber. Percaya Allah gerakkan hati aku mendapat saluran yg benar.
Aku tak mahu tergelincir lagi.
Aku panjatkan doa "Ke mana sahaja aku hadapkan wajah, mudah-mudahan aku akan dibantu"

Juga aku dahagakan ilmu yg bukan sekadar mengajar cara-cara mengerjakan solat, mengambil wudhuk atau bersuci. Telah disebutkan kepada aku betapa kefahaman Islam itu ada tiga peringkat; yang pertama, faham, kedua, faqih dan ketiga nubuwwah.

The world around me up-side down macam dalam front load washing machine.
But alhamdulillah berkat pandangan Rahmat & Kasih Sayang Allah.. 
Aku selamat macam duk dalam bubble jah. Un-touchable by surrounding.

Alhamdulillah.
I never feel such thing in my entire life.
So, Fabi aiiyi alaaa irabbikuma tukazdibaan…


.

No comments:

Post a Comment