Saturday, 18 February 2012

Mencari Logam Di Dalam Diri


“عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: تجدون الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهوا، وتجدون خير الناس في هذا الشأن أشدهم له كراهية، وتجدون شر الناس ذا الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه ويأتي هؤلاء بوجه

Dari Abi Hurairah dari Rasulullah S.A.W. bersabda, "Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis-jenis bahan galian dari Bumi, e.g. besi, arang batu, permata). Baiknya mereka di zaman Jahiliyyah , baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (konotasi kefahaman yang sangat mendalam, sangat tinggi yang mengerti asal kedatangan hukum dan dalilnya, serta bukan sembarangan orang telah diberikan hidayah & rahmat dari Allah untuk menjadi seorang yang benar-benar faqih) .

Dan kamu akan dapati sebaik-baik manusia dalam urusan ini adalah yang paling kuat kebencian mereka (terhadap Islam dahulu seperti ; 'Umar Al-Khattab, Ikrimah Abu Jahal, Khalid Al-Walid). Dan kamu dapat seburuk-buruk manusia berwajah dua - di mana mereka apabila datang kepada kamu dengan satu wajah, dan kepada satu kaum lagi dengan wajah lain. (Ada syarah mengatakan mereka itu dianggap buruk kerana berperangai seperti orang munafik) [Muttafaq 'Alaih]


          ---------------------------------------------------------------------------------------------------

(1) Manusia itu ibarat logam. Dan logam itu kekal keaslian dan quality nya bila mereka kembali kepada Islam  sekiranya mereka faquh.
(2) Rasulullah S.A.W. sebenarnya mahu menerangkan kepada para Sahabat R.A.yag merujuk kepada part (1) tadi , iaitu individu yang berquality tinggi itu tadi referring to para Sahabat Nabi yang pada zaman jahiliyyah mereka adalah individu yang paling 'assyadd'  (sangat dahsyat), 'qarohiyyah' (kebencian yahamat) mereka pada Islam. Previously meraka amat bencikan Islam.
Ditafsirkan individu seperti 'Umar Al-Khattab, Ikrimah Abu Jahal, Suhail Bin Amru, Amru Bin Al'Ash - mungkin anasir thaghyir , yang tidak menerima da'kwah Rasulullah S.A.W. dengan mudah. namun apabila mereka masuk Islam, merekalah manusia yang paling berquality, paling mempertahankan Islam, paling out-standing and distinguished untuk Islam.
(3) Rasullullah S.A.W. menerangkan antara logam-logam itu ada kelompok yang berquality rendah. Dzul-Wajhaiyyn (mempunyai dua wajah). Referring to part (1), these kind of individuals addressed to orang-orang yang sangat senang menerima da'kwah pada zaman Rasulullah S.A.W. terutama apabila ada faktor-faktor external yang memberikan keuntungan (advantages) apabila meraka memeluk Islam.
Mereka menerima da'kwah tanpa meyelam dalam-dalam. Berquality buruk kerana bermuka-muka.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Pencarian logam ruuhiyy.
The factor = Solleh and Imaan.
Inilah elements universal yang boleh wujud merentasi segala halangan usia, bangsa, pengalaman mahupun personaliti. Maka dengan ini wujudnya golongan 3% Rock The World.

Sahabat Rasulullah Abu Bakar As-Siddiq, 'Umar Al-Khattab, Bilal Bin Rabbah, Mus'ab 'Umair and the rest of  3% others  with this kind of elements.... di katakan golongan 3% "As-Saabiquun Al-Awwal-uun" yang mana mereka inilah bersama Islam

Through Thick and Thin
Through Tortures and Insults
Through Hunger and Depriviation
... and the list goes on

Namun mereka tetap teguh memegang bara api Islam itu.
Logam-logam yang dicari oleh Rasulullah S.A.W. untuk bersama dalam perjuanga menegakkan Islam, adalah mereka yang thiqah dan berhati suci sehingga sanggup menolak ego dan kepentingan diri sendiri demi menegakkan syiar Islam.

Ternyata nilaian logam Sahabat R.A.bukanlah berbentuk materi. Tetapi logamnya mereka itu berbentuk amal solleh dan keimanan. Maka carilah dan genggamilah erat-erat logam ruuhiyy. Ianya mampu menyentuh hati-hati agar bertaut erat kepada Islam yang kita yakini.

"Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut kepada Allah serta bertaqwa kepada-Nya, maka meraka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan"  [An-Nuur : 52]

"Wahai orang-orang yang beriman..! Ru'qu' -lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhan mu, dan perbuatlah kebajikan., supaya kamu mendpat kemenangan" [Al-Haaj : 77]

Musa menjawab:
"Tuhan ku lebih mengetahui orang yang (patut) membawa petunjuk dari sisi-Nya dan siapa yang akan mendapat kesudahan (yang baik) di negeri akhirat . Sesungguhnya tidaklah akan mendapat kemenangan orang-orang yang zalim" [Al-Qasaas : 37]


.

No comments:

Post a Comment