Tuesday, 14 February 2012

Suami Isteri 65 Tahun Tidak Bersentuhan

Ibrahim Al-Khawwas menceritakan bahawa pada suatu hari dia telah pergi ke sebuah kampung untuk menjumpai seorang solleh di sana. Kedatangan Ibrahim telah disambut dengan gembira oleh orang solleh tersebut di rumahnya yang kelihatan bersih dan menenangkan hati yang memandangnya.

Di dalam rumah itu ada 2 mihrab yang terletak di dua penjurunya. Satu mihrab ditempati oleh si solleh yang sudah tua dan mihrab yang lain ditempati oleh seorang perempuan yang mukanya berseri dan bersinar walaupun sudah tua.

Kedua-dua orang itu sudah lemah kerana terlalu banyak melakukan ibadah sepanjang hayatnya. Ibrahim Al-Khawwas tinggal di rumah orang tua itu selama tiga hari tiga malam dan telah menyaksikan sendiri bagaimana hebat ibadah kedua-duanya. Ketika akan minta izin untuk beredar, Ibrahim masih sempat berbual-bual sedikit.

"Wahai Syeikh, apakah hubungan wanita suci ini dengan engkau?", tanya Ibrahim
"Dia sepupu dan juga isteriku", jawabnya
"Isterimu? Selama tiga hari tiga malam aku di sini, tapi aku lihat hubunganmu dengan dia seperti orang tidak saling mengenal sahaja.", kata Ibrahim hairan.
"Ya memang, begitulah keadaannya. ianya telah berjalan selama enam puluh lima tahun", kata Syeikh.
"Subhanallah, mengapa sampai begitu?", tanya Ibrahim
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lelaki sufi itu menerangkan bahawa ktika masih muda belia, meraka saling jatuh cinta dan saling kasih mengasihi satu sama lain. Akan tetapi ayah si wanita itu tidak membolehkannya berkahwin dengannya kerana ayah wanita itu telah mengetahui kesukaan mereka satu sama lain. Terpaksalah lelaki itu menanggung kesedihan hatinya dalam masa yang lama. Apabila ayah kepada sepupunya telah meninggal dunia, ayahnya sendiri telah menikahkannya dengan sepupu yang menjadi idaman hatinya itu.

Pada malam perkahwinan, tiba-tiba isterinya berkata:
"Wahai kekanda! Engkau telah merasakan kebahagiaan yang telah Allah limpahkan kepada kita sehingga kita dapat hidup bersama dan mencabut rasa takut dari hati kita. Oleh kerana itu, marilah pada malam ini kita berpantang dari nafsu berahi dan menundukkan keinginan-keinginan kita dengan beribadah kepada Allah sebagai tanda syukur kepada-Nya atas kebahagiaan ini."

"Baiklah.", kata si suami.

Maka pada malam pengantin yang menjadi impian semua pasangan untuk menikmati syurga dunia, kedua-dua pasangan itu malah menahan nafsunya dengan mengerjakan ibadah yang lain seperti solat, dzikir, membaca Al-Qur'an dan lain-lain sehingga Subuh. Mereka bahagia, kerana merasa berhasil. Pada malam kedua, si isteri mengajak suaminya agar berbuat seperti pada malam pertama.

"Baiklah.", kata suaminya.

Berhasillah mereka mengisi dua malam pengantinnya dengan bertaqarrub kepada Allah sehingga si suami merasa nikmatnya malam pengantin dengan cara demikian berkat rayuan isterinya. Maka pada malam ketiga, giliran si suami pula berkata kepada isterinya:
"Wahai adinda! Kita telah bersyukur kepada Allah selama dua malam demi dirimu. Pada malam ini, marilah kita beribadah kepada Allah demi diriku pula".

"Baiklah kekanda.", jawab si isteri.

Maka pada malam-malam berikutnya, merekapun terus berbuat demikian sehingga enam puluh lima tahun tidak pernah mengadakan hubungan suami isteri, bahkan tidak bersentuhan satu sama lain. Walau bagaimanapun mereka tetap setia tinggal sebumbung dengan menghabiskan masanya beribadah kepada Allah.




.

No comments:

Post a Comment