Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam adalah seorang yang sederhana, berlapang dada, optimis, semangatnya tinggi, perasaannya hidup, dan mudah dalam semua urusan.
Baginda selalu dekat di hati masyarakat, sederhana dengan keagungannya, dekat dengan semua orang lagi berwibawa. Baginda murah dengan senyuman, dicintai kerana ketinggian budi pekertinya, akrab dengan sesiapa pun sama ada yang jauh mahupun dekat.
Baginda berakhlaq mulia, cerah penampilannya, penuh rasa malu, suka berjenaka dan ramah penerimaannya. Baginda selalu gembira dengan pemberian Allah, sehingga tidak mengenal putus asa, dan tidak pernah tertekan jiwanya.
Baginda sering memandang jauh ke hadapan. Baginda tidak suka kepada perkara yang berbelit-belit, tidak banyak berbicara, dan tidak pernah memungkiri janji, tidak memaksa diri atau angkuh.
Sesungguhnya Baginda adalah pemegang risalah, pembawa prinsip-prinsip hidup, teladan dan guru bagi umat manusia apa jua generasinya, dan ketua bagi keluarga dan masyarakat. Baginda adalah perbendaharaan, gudang keutamaan, lautan anugerah dan sumber cahaya.
"Rahmatan 'lil'aalameen"
... rahmat bagi sekalian alam (Al-Anbiya':107)
Ingatkan aku kepada: La'ilaha illa anta, Subhanaka Inni Kunctu Minadzolimeen
Ingatkan aku kepada: Ikhlas... ikhlas... Ikhlas
Iya..Muhammad 'Abdullah "Al-Haqqu" yang disalawatkan itu adalah Rahmat Yang Besar terhadap Sekalian 'Alam Serta isi-isinya. Pasti sudah Ruh Muqaddasnya akan sentiasa menerangi 'alam. Salaawatu 'alaa an-Nabiyina Muhammadu Rasulillahi Salaawatullahi 'alayhi wa assalam.
ReplyDelete