Thursday, 27 June 2013

KUNTUM KUNTUM PERADABAN

+cREDITS TO SAHABAT FB SAYA: HARUMAN BUNGA PERADABAN.



BUNGA diri telah hilang dari insan hingga setiap orang sudah tidak miliki keindahan.
Pautan hati tidak ada pada insan. Kaki manusia tergelincir di tengah terang kerana jalan Tuhan sudah tidak ditempuh orang. Mereka berjalan di atas batu-batu licin yang disangka menyelamatkan.

Hampir setiap orang jatuh tersungkur di dalam gaung kehidupan. Setidak-tidaknya jatuh terduduk menyakitkan. Namun manusia tidak cuba mencari jalan menyelamatkan diri, mereka masih lagi mencuba menempuh jalan yang telah memudaratkan, bilakah manusia akan mencari jalan Tuhan? 

Hati insan telah gersang ,ia telah lama kemarau. Sejak kecil, hujan iman dan Islam tidak pernah menyiram ia tidak lagi menumbuhkan sifat-sifat mahmudah yang diwajibkan, yang tumbuh ialah sifat-sifat mazmumah yang tidak diperlukan. Hati laksana bendang yang kering kontang akibat kemarau yang berlarutan. Tidak ada sebarang tanaman yang dapat ditanam. Ladang tidak lagi berkhidmat kepada insan bilakah kemarau akan tamat?

Dengan kebenaran yang kita perjuangkan itu, 
tidak semestinya kita tidak bersalah, kerana kesalahan itu bila-bila boleh berlaku,
walaupun di dalam masa memperjuangkan kebenaran, perjuangan yang salah itu tetap salah, sekalipun yakin menegakkan kebenaran, di dalam kita berjuang jangan anggap kita benar, 
tetapi katakanlah: moga-moga kita di dalam kebenaran, kerana kesalahan itu amat halus, ada yang tersurat dan ada yang tersirat..

.

No comments:

Post a Comment