Showing posts with label Qiyamullail. Show all posts
Showing posts with label Qiyamullail. Show all posts

Friday, 14 December 2012

Artikel Pilihan : Self Audit : Why? Why? Why? Mana Manisnya?

Apakah kita pernah mengalami malas beribadah?
Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al-Quran atau solat? Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail?


Sedangkan jam sudah diset untuk mengejutkan kita, alarm handphone juga sudah disetting tetapi ketika berdering kita tetap terlelap dalam tidur, hanya kedengaran seperti dalam mimpi dan akhirnya mati-mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar, setelah itu menarik selimut untuk meneruskan tidur. Sedangkan biasanya dengan mudah boleh bangun.


Apa yang terjadi dengan diri kita?


Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat Al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memperlambatkan waktu menunaikan solat, terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal-hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan sebagai hari malang atau tiada mood. Dan makin malang lagi kita dengan sengaja melanggar titah perintah Allah swt.


Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya penyakit, kalau sudah ada simptom-simptom segera berjumpa doktor dan memakan ubat agar segera sembuh. Begitu pula dengan ruhiyah kita, kalau sudah ada gejala ‘bermalasan’ dan penurunan anjakan ruhiyah maka segera kita muhasabah diri kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?


Jangan-jangan kita banyak maksiat yang kita kerjakan hingga menghalangi amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga dari hal-hal yang makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya.


Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama/filem yang melalaikan meski cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak dijaga dari melihat hal-hal yang tidak berguna bahkan mengandung maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah padaNya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam, mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku-buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat email-email yang memberi nasihat.


Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah swt kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita digunakan untuk mendengar gosip atau muzik-muzik melalaikan bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik-muzik itu, dangdutlah, bollywoodlah, lagu cintanlah, lagu sayulah dan semacam lagi. Akhirnya malamnya telinga kita tidak mampu kedengaran dering jam bahkan suara adzan, telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga rasa bosan mendengar nasihat. Na’udzubillah.


Selain itu mulut tak kalah pentingnya untuk dijaga. Kerana mulut itu pula yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam neraka, Na’udzubillah. Kerana mulut boleh menjadi sarana gibah, fitnah, caci-maki, dan sebagainya. Mulut kita jika tidak dapat dikawal, ia seumpama air mengata-ngata perilaku orang lain. Kita kenal pun tidak dengan si pulan tu, tetapi mulut kita syoknya mengatakan mereka. Mulut kita juga rasa berat nak berzikir, tak terkeluar dari mulut. Mengapa ya?


Selanjutnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu kita jaga.
Hati ibaratnya pemimpin bagi organ tubuh yang lain, yang menjadi komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin banyak noda titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin tidak lagi titik-titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan dan tidak boleh dipakai untuk bercermin lagi kerana sudah diselaputi. Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat maka kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.


Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Dibolehkan jika kita bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah. Tapi tetap memperhatikan adab-adabnya, perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan di dalam satu majlis, hati-hati!


Mari kita tengok diri kita, evaluasi diri kita, jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain dari kemaksiatan maka segeralah kita bertaubat dan istighfar diri, tidak ada kata terlambat untuk sebuah kebaikan. Seharusnya kita merasa sayang kalau tidak boleh tadarus Al-Quran meski hanya terlepas satu hari. Merasa sayang pula jika tidak boleh merasakan nikmatnya beribadah. Jika masih merasa sayang, maka jagalah diri kita, dan Insya Allah, Allah akan menjaga kita agar senantiasa boleh dekat dengan-Nya.


.

Friday, 23 November 2012

QIYAMULLAIL

Another related entry berkenaan 
Qiyamullail / Qiamullail/ Bangun Malam / Tahajjud:
1. Sukar Bangun Qiamullail? 
2.Tips Bangun Malam (Surah Al-Kahfi Ayat 107 - 110) 
3. Qiyamullail (An Overview)


PENJANA JATIDIRI MU’MIN


“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
                (Surah al-Muzammil ayat 1-4)

MUKADDIMAH

   Fizikal, intelek, emosi, dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan.
   Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah. Rohani pula dapat dibina dengan menperbanyakkan ibadah ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.
   Oleh itu qiyamullail merupakan salah cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jatidiri setiap mu’min. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan, dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.

PENGERTIAN

   Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

SEJARAH QIAMULLAIL

   Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10)
   Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W.        (Lihat surah al-Muzammil 20)

SEBAB NUZUL AYAT

   Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ibrahim al- Nakhi  di mana Nabi sedang berselimut dengan lihaf maka Jibril datang menemui baginda dan menyampaikan wahyu.

HIKMAH QIYAMULLAIL

·  Meningkatkan keimanan individu
·  Meninggikan darjat disisi Allah
·  Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
·  Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
·  Melatih diri menjadi insan bertakwa
·  Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
·  Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
·  Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
·  Melatih diri mengharap keredhaan Allah
·  Memberi ketenangan jiwa (emosi)
·  Memberi kesihatan (fizikal)
·  Menajamkan akal fikiran
·  Meneguhkan kekuatan rohani
·  Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
·  Melatih diri bersikap khauf(takut) dan  roja’(berharap) kepada Allah .
·  Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

KELEBIHAN QIAMULLAIL

·  Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
·  Tenang hati dan fikirannya
·  Dimurahkan rezeki
·  Dihormati masyarakat
·  Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
·  Jika dia pemimpin ,dia akan disegani
·  Dan banyak lagi  (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL

   Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
   Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.

            “Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”
                 H.R. Jamaah selain At-Tarmizi

PANDUAN BANGUN AWAL

·  Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’
·  Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang.
·  Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat
·  Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
·  Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
·  Mematuhi adab-adab tidur

ADAB-ADAB QIYAMULLAIL

·  Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail

“Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya”
H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A.
·  Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
·  Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur
·  Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran
·  Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai
·  Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail

“Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah”
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A.

·  Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk
·  Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
·  Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL

·  Solat sunat tahajjud

“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79

“Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim

·  Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.
·  Solat witir
·  Berzikir, bertasbih dan bertahmid
·  Membaca al-Quran
·  Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah

PENUTUP

  Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang –orang soleh,dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik –baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.
  Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah ? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ‘abid yang bermujahadah  dengan ibadah malam mereka?Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu ?...........
   Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya menghayati  dan merealisasikan wawasan
khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul.
   Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita…dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita…
Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan,kemungkaran ,kemaksiatan dan kelemahan  yang diwariskan kepada generasi akan datang      
Yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar  nilainya ini ?
  Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi 

RUJUKAN

·  Al-Quran terjemahan Ar-Rahman
·  Abdul Salam Mohd Zain.1999.Ingin tahu? Solat.Kuala Lumpur.UPD Sdn. Bhd.
·  Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali.1997.Ulum Syariah Ting. 4.Ilham Abati Enterprise
·  Imam Al-Ghazali(terj.).1998.Rahsia Hakikat Solat Mengikut Tauhid, Fekah dan Tasauf.Darul Nu ‘man
·  Jainal Sakiban Johari.2003.Qiyamullail Amalan orang-orang soleh. Jabatan agama Johor.
·  Khutbah jumaat.2003.Jabatan Agama Johor :Qiamullail .
·  Jabatan Agama Johor . Himpunan    solat –solat sunat .

+CREDITS TO: mykhilafah1924


Friday, 2 November 2012

Sukar Bangun Qiamullail [Bangun Malam] ?


Another related entry berkenaan 
Qiyamullail / Qiamullail/ Bangun Malam / Tahajjud:
1. Sukar Bangun Qiamullail? 
2.Tips Bangun Malam (Surah Al-Kahfi Ayat 107 - 110) 
3. Qiyamullail (An Overview)



Ada sesuatu yang menakutkan dan mengerikan ,
sehingga menyebabkan kita sukar untuk bangun 
daripada buaian lena yang panjang.






---------------------------------------------------------
With reference to: "Tazkiyah" hasil tulisan Ustaz Cahyadi Takariawan dan Ghazali Mukri. Buku yang penuh dengan taujih untuk jiwa. Buku yang mereka rumuskan daripada sebuah kitab “ Al Bahrur Ra’iq fiz Zuhdi war Raqa’iq” karya Dr Ahmad Farid.
----------------------------------------------------------
Pernah suatu ketika, ada orang bertanya kepada Ibnu Mas’ud RA :

“ Kami tidak mampu dan boleh bangun malam.”

Jawab Ibnu Mas’ud :

“ Ini kerana, dirimu dijauhkan oleh dosa-dosamu.”

Kisah lainnya, ada orang berkata kepada tabiin yang soleh lagi warak iaitu Hassan al-Basri :

“ Saya tidak boleh bangun malam. Berikanlah aku penawarnya!,”

Kata Hassan al-Basri dengan tenang :

“ Janganlah kalian bermaksiat kepada Allah SWT di siang hari, nescaya Dia akan membangunkan kalian di hadapan-Nya di malam hari.”

At-Tsauri pernah berkata :

“ Saya terhalangi untuk melakukan qiamullail selama lima bulan kerana suatu dosa yang telah saya kerjakan.”

Apa yang boleh kita simpulkan? Apakah yang sebenarnya yang menjadi penghalang kita dalam usaha menghidupkan sunnah mengimarahkan malam bersama Allah SWT?

Jelas. Jawapannya ialah kerana hati kita kotor, hitam, jijik dan rosak. Ini semua lantaran dan asbabnya ialah dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda yang kita buat berulang kali kepada Allah SWT!

Lantaran itu, antara nasihat yang berbekas dan menyentuh hati saya ialah :

“ Janganlah memperbanyakan dosa di siang hari, sebab perbuatan dosa akan menyebabkan hati keras dan terhalang untuk mendapat rahmat daripada Allah SWT.”


+CREDITS TO : ATHIRAH ARIFFIN



Ada orang bertanya kepada Imam Hasan al-Basri :

"Wahai Abu Sa'id, aku berasa sudah memaksakan diri untuk melakukan solat malam, namun mengapa aku tetap tidak mampu melakukannya?"

Beliau menjawab :"Wahai saudaraku, mohon ampunlah kepada ALLAH & bertaubatlah kerana itu adalah tanda-tanda keburukan. Sesungguhnya, jika seseorang telah tenggelam dalam perbuatan dosa, maka dia akan berasa susah untuk melakukan solat malam."

[Umar Ibnu Aziz, Ma'alim At-Tajdid wa Al-Islah Ar-Rasyidi 'Ala Minhaj An-Nubuwwah, Oleh Dr Ali Shalabi, hal 320]


.
.

Friday, 13 April 2012

Al Kahfi 107 : 108 : 109 : 110

Another related entry berkenaan 
Qiyamullail / Qiamullail/ Bangun Malam / Tahajjud:
1. Sukar Bangun Qiamullail? 
2.Tips Bangun Malam (Surah Al-Kahfi Ayat 107 - 110) 
3. Qiyamullail (An Overview)





Hadith riwayat Imam Muslim dari Jabir bin Abdullah R.A., berkata ia:

" Bahawa pada tiap-tiap malam ada saat yang saat mustajab do'a, sesiapa yang berdo'a tepat pada saat itu memohon kebajikan dunia semasa hendak tidur hendaklah membaca Surah Al-Kahfi ayat 107-110. Maka apabila ia terjaga dari tidur maka itulah saat yang mustajab."


---------------------------------------------------


Cubalah tidur dengan penuh adab dan niat tahajjud. Dan sebelum tidur bacalah kelebihannya lagi dan lagi.

Ada satu lagi amalan yang diajarkan oleh orang-orang alim, untuk bangun tahajjud di waktu yang mustajab, bacalah ayat Quran dari surah Al-Kahfi iaitu 4 ayat terakhir yang bermula dari ayat innal-lazi-na-amanu atau selepas membaca ayat tersebut, niatkan pukul berapa hendak bangun. InsyaAllah ianya terbukti mujarab (Sila refer ayat yang di nyatakan di atas)


Solat di tengah malam amatlah dihargai tetapi amatlah sedikit bilangan orang yang mengerjakannya

Kata Jibril a.s : Tidak syak lagi kebesaran seorang mukmin adalah didalam tahajjudnya. Kemuliaannya adalah dalam keredhaannya dan kesabarannya.

2 rakaat solat ditengah malam adalah lebih berharga dari dunia dan seisinya kekayaan. Andai kalau tidak aku takut menyusahkan ummatku nescaya aku mewajibkannya.

Teruskanlah solat tahajjud kerana ia adalah perjalanan orang-orang yang soleh dan cara mendekati Allah SWT. Solat Tahajjud menjauhkan dosa, menyebabkan dosa terampun, meyihatkan kesihatan badan.

Seseorang yang solat 2 rakaat bersendirian dengan tidak sesiapapun kecuali Allah dan para malaikat~Nya sahaja yang melihat dia, api neraka tidak akan menyentuhnya.

Allah SWT mendekati para hambanya di akhir malam

Kehormatan dan kemuliaan seorang mukmin adalah didalam solat tahajjudnya.

.