Showing posts with label HARUMAN BUNGA PERADABAN. Show all posts
Showing posts with label HARUMAN BUNGA PERADABAN. Show all posts

Thursday, 27 June 2013

KUNTUM KUNTUM PERADABAN

+cREDITS TO SAHABAT FB SAYA: HARUMAN BUNGA PERADABAN.



BUNGA diri telah hilang dari insan hingga setiap orang sudah tidak miliki keindahan.
Pautan hati tidak ada pada insan. Kaki manusia tergelincir di tengah terang kerana jalan Tuhan sudah tidak ditempuh orang. Mereka berjalan di atas batu-batu licin yang disangka menyelamatkan.

Hampir setiap orang jatuh tersungkur di dalam gaung kehidupan. Setidak-tidaknya jatuh terduduk menyakitkan. Namun manusia tidak cuba mencari jalan menyelamatkan diri, mereka masih lagi mencuba menempuh jalan yang telah memudaratkan, bilakah manusia akan mencari jalan Tuhan? 

Hati insan telah gersang ,ia telah lama kemarau. Sejak kecil, hujan iman dan Islam tidak pernah menyiram ia tidak lagi menumbuhkan sifat-sifat mahmudah yang diwajibkan, yang tumbuh ialah sifat-sifat mazmumah yang tidak diperlukan. Hati laksana bendang yang kering kontang akibat kemarau yang berlarutan. Tidak ada sebarang tanaman yang dapat ditanam. Ladang tidak lagi berkhidmat kepada insan bilakah kemarau akan tamat?

Dengan kebenaran yang kita perjuangkan itu, 
tidak semestinya kita tidak bersalah, kerana kesalahan itu bila-bila boleh berlaku,
walaupun di dalam masa memperjuangkan kebenaran, perjuangan yang salah itu tetap salah, sekalipun yakin menegakkan kebenaran, di dalam kita berjuang jangan anggap kita benar, 
tetapi katakanlah: moga-moga kita di dalam kebenaran, kerana kesalahan itu amat halus, ada yang tersurat dan ada yang tersirat..

.

Tuesday, 7 May 2013

AKHLAQ ITU LAHIR DARI AQIDAH


 +cREDITS tO: HARUMAN BUNGA PERADABAN.

Pelajaran malam ini :


Akhlak Itu Lahir Dari Aqidah.

Seorang prof. di bidang aqidah bertanya kepada Syaikh Umar Al Asyqor guru dalam ilmu Aqidah :

”Wahai Syaikh, saya sudah mencapai gelaran akademik tertinggi dalam ilmu aqidah, namun saya belum merasakan dalamnya aqidah ini tertanam di hati dan jiwa.”

Maka Syaikh Umar Al Asyqor menjawab :

“Pertanyaan itu sudah pernah ditanyakan oleh Ibnu Qoyyim Al Jauziyyah kepada gurunya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menjawab :

“Apa yang engkau pelajari hanyalah kaedah-kaedah (rumusan-rumusan) dalam masalah aqidah, sedangkan jika engkau ingin merasakan dalamnya aqidah tertanam didalam hati dan jiwamu, maka hayati dan resapilah kandungan Al-Qur’an.”

Saudaraku, ilmu tauhid yang kita pelajari selama ini, ternyata baru sekadar kaedah atau rumusan seperti rumus Matematik dan Kimia atau rumus lainnya. Tanpa praktik yg nyata, maka rumusan tinggal rumusan tanpa erti walaupun sebanyak manapun kita menghafalnya. 

Syeikh Taqiuddin an-Nabhani berkata :"Akhlak merupakan hasil dari pelaksanaan perintah-perintah ALLAH, yg dapat dibentuk dengan cara mengajak masyarakat kepada aqidah & melaksanakan hukum Islam secara sempurna."



Ramai orang menyangka bahwa akhlak yg mulia tidak ada sangkut pautnya dengan aqidah, sehingga seseorang yang sudah belajar tauhid tidak sedikit pun merasa bersalah & berdosa untuk mengeluarkan sumpah seranah atau kata-kata kotor kepada saudaranya sesama muslim sedangkan tauhid adalah inti iman dan dalam banyak hadits selalu mengaitkannya dengan adab dan akhlak. Antaranya :

“Janganlah engkau meremehkan amal kebajikan meskipun kecil, walaupun itu hanya berupa wajah yang manis ketika engkau bertemu saudaramu.” [HR. Muslim]

“Mencaci seorang muslim adalah tindakan yang melampaui batas sedangkan membunuhnya adalah kekafiran.” [Muttafaq Alaih]

Jika seorang Muslim menunjukkan akhlak yg buruk, memaki hamun sesama Muslim & melakukan perbuatan yg keji & dosa, ini bermakna dia ada masalah dalam aqidah...

.