Showing posts with label Ayuh Perhatikan. Show all posts
Showing posts with label Ayuh Perhatikan. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

Artikel Pilihan: Mana Sempadan Hak Kita Dan Mana Sempadan Hak Allah? (By Haji Shaari)



+Credits To: Hj Shaari (Makrifat Tok Kenali)

Mana Hak Jajahan Takluk Allah dan Mana Hak Jajahan Takluk Kita?.

Jajahan takluk Allah itu, adalah “ada”, tanah jajahan takluk Allah itu, adalah hidup, melihat, mendengar, berkata-kata, berilmu, bernyawa, bernafas, bergerak, kaya, kuat, gagah, kuasa, pandai, cerdik, tinggi, besar dan sebagainya.

Manakala tanah wilayah atau tanah jajahan takluk kita itu, adalah “tidak ada” mati, tidak bernyawa, tidak bernafas, buta, pekak, tuli, bisu, lemah, tidak berdaya upaya, bodoh, dunggu, gila, tolol, rendah, kecil, miskin, fakir dan tidak siuman.

Inilah yang dikatakan wilayah atau jajahan takluk Allah dan itulah yang dikatakan tanah jajahan takluk kita!. Saya paparkan tajuk ini, adalah bertujuan untuk menyedarkan diri para pembaca yang budiman sekalian, bahawa sesungguhnya kita ini, adalah bersifat tidak ada!.

Jajahan Takluk Allah Itu, Ada Pada Dua Perkara
1) Ada pada wilayah sifat “Wujud”
2) Dan ada pada wilayah kalimah “la tataharuku zaratun illa biiznih” (Tiada gerak biar sezarah, jika tidak izin Allah).

1) Wilayah Yang Bersifat Wujud (ada)
Bilamana kita tersebut sahaja perkara ada (wujud), dengan sendirinya membawa faham kepada kita bahawasanya yang bersifat “ada atau yang bersifat wujud” itu, adalah hanya bagi Allah. Manakala sifat bagi kita dan sifat bagi makhluk itu, adalah tidak ada.

Bilamana kita benar-benar faham konsep “wujud”, maka akan membawa fahama kepada kita bahawa, yang ada itu hanya Allah. Bilamana Allah sahaja yang ada, kita tidak lagi perlu sebut apa, tidak perlu lagi ingat apa-apa!. Kita tidak perlu lagi perbincangkan apa-apa. Tidak perlu lagi cari nas atau dalil. Dah memang Allah sahaja yang bersifat wujud, apa lagi yang hendak kita perkatakan?.

Jangan dimadukan Allah dengan sesuatu. Jangan diperbading, diganding, dipersekutu, dipersyarikatkan Allah dengan sesuatu!. Cukuplah Allah itu Allah!.

Jangan adakan lagi yang tersebut dengan perkataan yang bernama mahluk (bumi, langit, atas, bawah, kecil besar, binatang, manusia, bulan bintang, syurga neraka dan sebagainya). Jangan tertilik lagi kepada selain A;llah. Sebab yang selain Allah itu, adalah bersifat tidak ada.

Wujud ertinya ada, sifat ada itu, adalah hanya bagi Allah Taala. Sifat bagi kita itu, adalah berlawanan dengan sifat Allah. Bilamana Allah bersifat Ada , makhluk seumpama kita ini, adalah bersifat tidak ada. Bilamana tidak ada yang bersifat makhluk, bermakna kita pun tidak ada. Bilamana kitapun tidak ada, apa lagi yang hendak diperkatakan, melainkan Allah, Allah, Allah………………………………
Inilah yang dikatakan tanah jajahan Allah. Wilayah tanah jajahan Allah itu, adalah wilayah yang bersifat “ada” (wujud). Manakala tanah jajahan kita pula, adalah bersifat dengan sifat yang tidak ada!.

Bilamana kita bersifat dengan sifat tidak ada, maka benarlah yang melihat dikala kita memandang itu, adalah Allah. Yang dengar dikala kita mendengar itu, adalah Allah. Yang bernyawa dikala kita bernafas itu, adalah Allah. Yang berhayat disemasa kita hidup itu, adalah Allah. Pada peringkat permulaan, biarlah sifat kita itu, seolah-olah mati dan jika boleh kita jangan lagi memakai perkataan seolah-olah, mari kita lontar dan buang perkataan seolah-olah itu jauh-jauh, mari kita guna perkataan sebenar-benar. Sebenar-benar diri kita itu, tidak ada, yang ada itu, adalah hanya Allah.


Barulah benar sebagaiman yang diperkhabarkan dalam sifat 20. Bahawasanya sifat wujud itu, adalah sifat Allah, sifat bagi kita itu, adalah tidak ada!. Bilamana diri kita bersifat tidak ada, siapakah yang sebenar-benar ada?, cuba jawab……………………….

Inilah yang dikatakan sebenar-benar jajahan takluk Allah. Allah itu, memerintah di arash negera yang berkursi jajahan takluk sifat wujud (ada).

2) Wilayah yang bersifat “La tataharoku zaratun, Ila biiznih” (tidak bergerak sebesar zarah sekalipun, tanpa izin Allah).

Wilayah jajahan takluk Allah yang kedua itu, adalah berdasar atau berlandaskan landasan kalimah “tiada gerak biar sebesar zarah, jika tidak izin Allah”. Segala makhluk yang dibawah nauganNya, semuanya bergerak diatas landasan keizinannya. Baik kehidupan makhluk manusia, jin, syaitan, korin, malaikat atau makhluk dilangiit dan mahupun makhluk dibumi.

Segala gerak, afaal, perbuatan atau tingkah laku kita yang kita perbuat itu, segalanya adalah diatas sifat keizinan Allah yang telah siap tertulis di Luh Hulmahfuz sejak azali.

Jangan kita sabitkan apa-apa yang berlaku didunia ini, atas disebabkan selain Allah. Ada yang mendakwa bahawa mati kerana dilangar kereta, mati ditinpa kayu balak, mati kerana nyamuk denggi, mati kerana ditikam dan sebagainya. Sebenar-benar yang menyebabkan gerak mati itu, adalah kerana telah ditetapkan oleh gerak Allah sejak azali lagi.

Jika kita mengaji dengan lebih tinggi lagi atau jika kita mendalami lagi ilmu makrifat dengan lebih jauh atau dengan lebih dalam, sebenarnya kita ini sudah mati dan tidak akan mati buat kali kedua. Mati itu hanya sekali. Sebenarnya kita itu, sudah sedia mati. Matinya kita hanya sekali, iaitu mati didalam ketetapan dilauh hul mahfuz. Mati didunia ini, adalah mati lakonan mengikut skrip Allah, yang telah Allah buat dan telah Allah tetapkan sejak azali!.

Sebenarnya kita ini sudahpun mati sejak dizaman luh mahfuz lagi. Mati bagi orang makrifat itu, bukan suatu perkara baru atau bukan satu pekerjaan baru. Sebenarnya orang makrifat itu, adalah orang yang sentiasa mati dan orang yang sudah sebenar-benar mati. Orang makrifat itu, adalah orang yang sudah siap mati sejak azali!. Tidak akan berlaku mati buat kali kedua!.
Segala gerak geri, tingkah laku dan perbuatan kita itu, sesungguhnya telah Allah program sedari dulu dizaman kitab Luh hul mahfuz!. Hidup kita ini, semata-mata hanyalah untuk melakonkan kembali skrip yang telah Allah tetapkan sejak azali.



Oleh itu, jangan kita dakwa atau jangan kita meyanggka yang amal ibadat, alim, rajin, taat dan patuh dalam beribadah itu, suatu perkara yang baru, suatu gerak yang baru kita cipta sendiri. Perkara gerak taat, gerak patuh, gerak alim dan gerak rajin beribadah itu, sebenarnya adalah gerak Allah!. Jadi sesudah membaca karangan saya ini, hendaklah kita sama-sama mengaku yang bahawasanya segala gerak ibadah yang kita kerjakan atau perbuatan amal yang kita lakukan itu, sebenarnya adalah pekerjaan dan kelakuan sifat Allah (bukan kehendak dari gerak diri)!.

Kita tidak berkehendak kepada berdiri, yang mendiri kaki kita itu, adalah diatas kehendak, keinginan. cita rasa dan kamahuan Allah!. Kita sebenarnya tidak berkehendak kepada makan, yang berkeingin yang berkehendak kepada merasa mahu makan atau mahu minum itu, adalah Allah. Yang berkehendak kepada membuatkan kita melihat, mendengar dan sebagainya itu, adalah atas kehendak gerak Allah!. 
Ingat itu!………………………………

Jangan pandai-pandai berlagak atau mengaku yang diri kita itu alim, lebai, taat, patuh atau rajin beribadah!. Jangan mengaku yang kita bergerak dengan daya usaha diri kita!. Segala-gala gerak itu, adalah dari Allah Taala. Inilah kaedah kita beriman kepada sifat afaal Allah.

…………………….amin drp hj shaari

Sunday, 30 December 2012

PESANAN SAYYIDINA 'UMAR AL-KHATTAB R.A.


1.
Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.





2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.


3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidak dapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.


4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.




5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari:


“Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”


.

TAAT ADALAH JALAN BERKAT, DIMULAI DENGAN 'MELAKUKAN'

Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahiim


Taat... adalah jalan berkat... yang dimulai dengan 'melakukan'... make a move, take action.
Satu-satunya cara mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah mentaati-Nya. 

Mentaati Allah bermakna melaksanakan yang wajib dan yang sunnah serta meninggalkan yang haram dan makhruh.

Rules nya ialah - prioritize the category. Mendahulukan yang wajib atas yang sunnah. Weightage concept ~ Lebih menjauhi yang haram dari yang makruh.

Berbeza dengan apa yang ada berlaku di kalangan ummat sekarang yang bersangka-sangka mereka dekat dengan Allah SWT,  padahal sebenarnya mereka jauh. Meninggalkan perkara wajib untuk melaksanakan amalan sunnah, dan melakukan perkara haram kerena ingin menjauhi perkara makruh.


Tak kurang pula ada yang beribadah dengan hati yang menyimpan riya', hasad, sombong dan ujub:

"Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya" [Surah al-Kahf [18]:104]

Betapa banyak orang memandang sesuatu yang tak boleh dipandang, membicarakan sesuatu yang tak layak dibicarakan, dan meremahkan sesuatu yang tak patut diremehkan?

Taqwa itu ada 2 jenis.
Pertama, berkenaan dengan sikap hati, yang terdiri dari dua macam:

1]. Wajib, seperti iman dan ikhlas dalam melakukan
2]. Haram, seperti riya' dan pengagungan berhala


Kedua, berkenaan dengan perbuatan anggota badan, seperti pandangan mata, sentuhan tangan, gerakan kaki dan ucapan lidah

.

Wednesday, 26 December 2012

LARUT DALAM ATMOSTPHERE YG SANGAT PEKAT ? . . . . . [SURAH AN-NUUR AYAT 40]


"Seseorang yang berada dalam kegelapan lautan yang luas 
dan dalam diliputi gelombang,
di atasnya ada gelombang,
di atasnya lagi ada awan-awan yang lebat,
kegelapan yang pekat dan berlapis-lapis"
[Surah An-Nuur : Ayat 40]




Di kala ombak memecah di bawah permukaan air, kelihatannya perenang me'megun'kan diri seketika di tengah-tengah deburan ombak yang membadai.



The static waves across the screen

Define this notion
Back and forth in between
Like my emotion

Tamsilan Ilahi yang amat mempesonakan...
Ditafsirkan oleh Imam Al-Ghazali dalam Misykat al-Anwar:



... lautan yang luas dan dalam ... adalah hijab yang berupa keterlenaan pada dunia material dengan segala dosa yang membinasakan, serta peristiwa-peristiwa buruk dan kegelisahan-kegelisan yang menyesatkan.



... kata gelombang yang pertama adalah isyarat dari keterpesonaan oleh gelombang pelbagai syahwat hawa nafsu yang membangkitkan sifat-sifat kebinatangan, mendorong penyibukan diri dengan kesenangan-kesenangan inderawi, serta pemenuhan angan-angan murahan .... sehingga ...
"mereka makan dan bersenang-senang seperti layaknya binatang-binatang ternakan, maka nerakalah tempat kediaman mereka kelak" [ Surah Muhammad ; 12]

... ungkapan gelombang yang kedua menunjukkan ketidak-mampuan menepis rintangan dengan sifat-sifat kebuasan dan kebinatangan yang membangkitkan kemarahan, permusuhan, kebencian, kedengkian, keangkuhan, menunjuk-nunjuk dan bangga diri serta menimbun-nimbunkan harta kekayaan secara extreme.


...  awan-awan sebagai indicator dari pelacuran diri kepada kepercayaan-kepercayaan yang buruk, persangkaan-persangkaan yang menipu, dan khayalan-khayalan yang rosak, ... sehingga aura iman tertutup oleh debu kufur, seberti awan yang menghalangi pancaran sang mentari...

.

Tuesday, 25 December 2012

Artikel Pilihan : Kepada Para Pengusung Dakwah (5.MENJAGA AL-ULFAH (KASIH SAYANG) DENGAN SESAMA MUSLIM)


Series:
1. <BERTAQWA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA>
2. <MENINGKATKAN TAWATTUR @ KEMAMPUAN PERIBADI>
3. <SEORANG DA'IE PANTANG PESSIMIST @ PUTUS ASA>
4. <PARA DA'IE JANGAN ISTI'JAL @ TERGESA-GESA>
5. <MENJAGA AL-ULFAH @ KASIH SAYANG SESAMA MUSLIM>



Syaikh Dr. Musnid Al Qatthani 
Wasiat bagi para da’i atau orang-orang yang berjalan di atas dakwah. 


5.    MENJAGA AL-ULFAH (KASIH SAYANG) DENGAN SESAMA MUSLIM
Saling menyayangi dan menjaga ukhuwah antara da’i dan tidak berpecah-pecah, karena ukhuwah merupakan hal yang sangat mahal harganya sebagai pemberian dari Allah Shubhaanahu Wa Taala , walaupun kita menginginkan persatuan atau ukhuwah namun jika Allah Subhaanahu Wa Taala tidak menghendakinya maka kita tidak akan memperolehnya sebagaimana dalam firman-Nya :

“dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.(Qs.Al-An-Fal : 63)


Allah Subhaanahu Wa Taala berfirman : 

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (QS. Al Imran : 103).


Hendaknya seorang da’i saling mencintai dan menghindari perpecahan. Kalaupun ada perselisihan, hal ini wajar sebagaimana seorang suami-istri yang kadang berselisih namun tetap saling mencintai. Allah Shubhaanahu Wa Taala sangat mencela orang-orang yang selalu ingin berpecah sebagaimana dalam firmanNya :


Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikit pun tanggung jawabmu terhadap mereka.  Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. (QS.Al An‘naam : 159)

Maka marilah kita saling menjaga ulfah atau kasih sayang dan saling menasehati antar sesama da’i agar tetap bisa istiqamah di atas jalan yang lurus yaitu istiqamah dalam mendakwahkan agama Allah, Wallahu A’lam (Transkrip  Daurah  6  Agustus  2007 di Masjid Darul Hikmah  Kantor  DPP WI), 
.

Artikel Pilihan : Kepada Para Pengusung Dakwah (4. PARA DA’I JANGAN ISTI’JAL ( TERGESA-GESA )


Series:
1. <BERTAQWA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA>
2. <MENINGKATKAN TAWATTUR @ KEMAMPUAN PERIBADI>
3. <SEORANG DA'IE PANTANG PESSIMIST @ PUTUS ASA>
4. <PARA DA'IE JANGAN ISTI'JAL @ TERGESA-GESA>
5. <MENJAGA AL-ULFAH @ KASIH SAYANG SESAMA MUSLIM>



Syaikh Dr. Musnid Al Qatthani 
Wasiat bagi para da’i atau orang-orang yang berjalan di atas dakwah. 


4.     PARA DA’I  JANGAN ISTI’JAL ( TERGESA-GESA )
Salah satu bagian dari dakwah manhaj salafus shaleh adalah tidak tergesa-gesa dalam berdakwah. Dalam berdakwah tidak bisa serta merta ingin memperoleh hasil dan segera memetik buah dari dakwahnya karena ini adalah penyakit dalam dakwah. 




Mengapa dakwah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam  di Makkah tidak ditempuh dua tahun atau lima tahun saja? Beliau berdakwah di Makkah selama 13 tahun, dan hanya mendapatkan pengikut 45 orang sahabat saja, namun beliau tetap bersabar dan terus mendidik dan mentarbiyah sahabatnya, walaupun dalam kondisi tertindas dan terasing ditengah-tengah masyarakat Makkah saat itu. Setelah 13 tahun kemudian, beliaupun berhijrah ke Madinah. Berapa tahun setelah hijrah baru terjadi Fathul-Makkah? Peristiwa ini nanti terjadi pada tahun 8 H. Mengapa tidak dilaksanakan pada tahun 5 H atau jauh sebelumnya? dan tidak ada pembukaan daerah kekuasaan kaum muslimin secara luas kecuali setelah beliau wafat. Hal  ini menunjukkan bahwasanya dakwah dan perjuangan Islam ini dilakukan tidak dengan tergesa-gesa. Ini adalah buah kesabaran Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam dalam mentarbiyah para sahabat yang jumlahnya kurang lebih hanya empat puluh lima orang yang kemudian melahirkan orang-orang yang membuka lahan-lahan dakwah yang lebih luas bahkan sampai sepertiga belahan dunia, sungguh sangat menakjubkan!.

Oleh karena itu sebagai seorang da’i, hendaknya tidak tergesa-gesa dalam berdakwah karena sesungguhnya ia adalah dari syaitan. Sebagian da’i yang tidak sabar untuk segera melihat hasil dari perjuanganaya, ingin cepat mendapatkan pengikut yang banyak padahal Nabi dan Rasul dahulu yang berdakwah sekian tahun hanya memiliki beberapa pengikut bahkan ada yang tidak memiliki pengikut seorangpun sebagaimana yang digambarkan dalam hadist Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bahwa pada hari kiamat nanti ada seorang rasul yang datang dengan satu pengikut bahkan ada yang tanpa pengikut, apakah mereka dikatakan gagal berdakwah? Mereka adalah manusia pilihan yang diutus oleh Allah Subhaanahu Wa Ta'ala dengan membawa risalah yang bertujuan memperbaiki manusia. 

Karena tujuan kita adalah memperbaiki manusia maka hendaknya kita bersabar jangan tergesa-gesa, tergesa-gesa merupakan penyakit yang dapat merusak bangunan dakwah, olehnya itu harus senantiasa bersabar. Demikianlah manhaj Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam.
Sewaktu pasukan Tar-tar masuk ke Iraq dalam waktu 40 hari mereka telah membunuh satu juta umat muslim Iraq, mereka menghancurkan perpustakaan-perpustakan dan buku-buku para ulama dibuang ke sungai Eufrat dan sungai Dajla hingga airnya menjadi hitam dan biru karena tinta dari kitab-kitab tersebut, kondisi yang mereka alami lebih dahsyat dari kondisi kita sekarang.

Tahun 313 H orang-orang syiah rafidhah membunuh 30 ribu hajajj (jamaah haji) di depan Kabbah, lalu mereka mengambil hajar aswad, sehingga kabbah kehilangan hajar aswad selama 22 tahun. Sebab orang syiah lebih menyukai tawaf di Karbala daripada di Kabbah.
Dalam masa empat kurun waktu, orang-orang syiah Rafidhah berkuasa hampir di seluruh jazirah Arab. Sehingga pada saat itu setiap tanggal 10 Muharram di seluruh jazirah Arab melakukan hari Karbala secara besar-besaran kecuali di Iran masih menjadi negara yang memegang sunnah. Demikianlah  Allah Shubhaanahu Wa Taala memberikan cobaan kepada umat ini, jangan merasa bersedih dengan kondisi sekarang dan isti’jal karena umat terdahulu juga mengalami hal yang demikian. Lihatlah para pemerintah menguasai para ulama, seperti imam Ahmad, dipenjara selama dua tahun empat bulan dan disiksa namun tetap bersabar. Demikian pula dengan imam Malik, imam Syafi’i mereka juga mengalami tantangan seperti itu. Syaikul Islam Ibnu Taimiyah dipenjara selama 26 tahun hingga akhirnya meninggal dalam penjara tetapi tidak sampai mengkafirkan penguasa yang memenjarakannya.

Artikel Pilihan : Kepada Para Pengusung Dakwah (3. SEORANG DA’I PANTANG PESIMIS / PUTUS ASA)


Series:
1. <BERTAQWA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA>
2. <MENINGKATKAN TAWATTUR @ KEMAMPUAN PERIBADI>
3. <SEORANG DA'IE PANTANG PESSIMIST @ PUTUS ASA>
4. <PARA DA'IE JANGAN ISTI'JAL @ TERGESA-GESA>
5. <MENJAGA AL-ULFAH @ KASIH SAYANG SESAMA MUSLIM>



Syaikh Dr. Musnid Al Qatthani 
Wasiat bagi para da’i atau orang-orang yang berjalan di atas dakwah. 


3.    SEORANG DA’I PANTANG PESIMIS / PUTUS ASA
Seorang muslim yang istiqomah dengan agamanya akan terasing ditengah-tengah manusia bahkan terasing di tengah-tengah kaum muslimin itu sendiri, hal ini menjadi tatangan yang berat baginya. Namun keterasingan jangan sampai membuat kita putus asa, karena sikap putus asa pantang bagi seorang muslim terlebih lagi seorang da’i. Ketahuilah keterasingan itu bukan hanya di Indonesia saja, tetapi juga ditemukan di belahan dunia yang lain, bahkan sampai di Mekah, Madinah pun orang yang istiqomah terasing, hanya saja tingkatannya berbeda. Jadi jangan pernah menyangka bahwa jalan perjuangan Islam ini mulus. Hidup ditengah-tengah masyarakat dianggap aneh dan  dikucilkan merupakan sunnatullah bagi orang yang istiqomah karena keterasingan itu selamanya pasti akan selalu ada. Keadaan ini juga dialami oleh Rasulullah dan para sahabatnya ketika Islam mulai didakwahkan. 

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda : 
“Islam ini datang dalam keadaan ghorib (asing) dan akan kembali menjadi asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing, yang memperbaiki manusia dalam keadaan rusak”.(al Hadits).

Tantangan keterasingan yang ada di Indonesia belum seberapa jika dibanding dengan situasi yang ada di wilayah Arab. Misalnya di Al Jazair, Mesir, Suriah. Disana mesjid-mesjid tidak dibiarkan bebas digunakan orang untuk melakukan kegiatan-kegiatan dakwah. Bahkan dibeberapa daerah Arab tidak diperbolehkan wanita-wanitanya mengenakan jilbab di kampus-kampus. Maka sudah sepantasnya bagi seorang muslim berputus asa dengan tantangan yang dihadapinya. 

Artikel Pilihan : Kepada Para Pengusung Dakwah (2. MENINGKATKAN TATAWWUR (KEMAMPUAN PRIBADI)


Series:
1. <BERTAQWA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA>
2. <MENINGKATKAN TAWATTUR @ KEMAMPUAN PERIBADI>
3. <SEORANG DA'IE PANTANG PESSIMIST @ PUTUS ASA>
4. <PARA DA'IE JANGAN ISTI'JAL @ TERGESA-GESA>
5. <MENJAGA AL-ULFAH @ KASIH SAYANG SESAMA MUSLIM>



Syaikh Dr. Musnid Al Qatthani 
Wasiat bagi para da’i atau orang-orang yang berjalan di atas dakwah. 


2.    MENINGKATKAN TATAWWUR (KEMAMPUAN PRIBADI)
Seorang da’i jangan pernah merasa cukup dengan tsaqafah ( ilmu ) yang dia miliki. Dia harus terus menuntut ilmu dengan bertanya, membaca, mengikuti pelatihan-pelatihan, kajian-kajian atau yang lainnya. Sambil berdakwah atau mengajar juga tetap belajar. Imam Nawawi adalah seorang ulama besar, namun beliau tetap belajar ditengah-tengah kesibukannya mengajar dan berdakwah. Karena ilmu itu tidak bertepi, sangat luas dan tiada batas. Dia bagaikan lautan yang luas tanpa tepi. Oleh karena itu menuntut ilmu itu sampai mati, jangan merasa cukup dengan ilmu yang dimiliki.



Ulama mengatakan bahwa Ilmu itu tiga jengkal. Barangsiapa yang masuk pada jengkal pertama maka dia akan sombong atau takabur. Misalnya satu buku dibaca sudah mau jadi Mufti (Pemberi Fatwa). Dan siapa yang masuk pada jengkal ke dua maka dia menjadi tawadhu’ ( rendah hati ), dia merasa bodoh. Dan barang siapa yang masuk pada jengkal ketiga maka dia akan semakin merasa tidak memiliki ilmu apa-apa

Para Malaikat, Nabi dan Ulama adalah orang-orang yang tawadhu’ dengan ilmunya. Mereka sadar bahwa ilmu yang dimilikinya adalah pemberian Allah  padanya. Hendaklah seorang da’i tawadhu’ dengan ilmunya dan terus berusaha untuk meningkatkan kualitas SDM atau kapasitas ilmiahnya.

Terkhusus dalam mempelajari bahasa Arab hendaknya seorang da’i memperhatikan hal ini dan mengkhususkan untuk mempelajarinya. Jangan pernah merasa lemah untuk memperlajarinya karena bahasa Arab adalah mifhtahul ‘ilmi (kunci ilmu-ilmu syar`i) yang memudahkan seorang da’i untuk mememahami lebih dalam ilmu-ilmu syar’i terutama kandungan Al-Qur’an. Tidak ada halangan untuk tidak mempelajari bahasa Arab, karena sekarang sudah banyak sarana untuk belajar bahasa Arab. Sudah banyak sekolah atau pesantren yang telah mengajarkan dan menerapkan bahasa Arab. belajar bahasa Arab bisa ditempuh melalui kaset-kaset, situs internet atau dengan buku-buku bahasa Arab atau yang lainnya. Yang terpenting saat ini adalah bagaimana memotivasi diri untuk bisa belajar bahasa Arab.

Seorang Orientalis dari Britton (Inggris) bertemu dengan Raja Faisal, kemudian berkata :” Wahai raja Faisal, saya telah membaca Al Qur’an. Ternyata isinya biasa-biasa saja, tidak ada yang istimewa di dalamnya, dan tidak ada kandungan sastranya”. 
Lalu Raja Faisal bertanya : “ Yang kamu baca Al-Quran terjemahan atau aslinya? 
Dia menjawab : “Terjemahannya”. 
Raja Faisal berkata : “ Oh jelas, jika engkau membaca Al-Quran terjemahan engkau tidak akan merasakan keistimewaannya. Tapi jika engkau membaca Al-Quran aslinya engkau akan mendapatkan banyak keistimewaan, apakah dia mengenai sastranya, tata bahasanya atau nahwunya dan keindahannya yang lain”

Keistimewaan Al-Qur’an sungguh sangat luar biasa. Bahkan sampai sekarang ulama masih terus menggali nilai-nilai dari Al-Qur’an. Misalnya : 

Firman Allah Shubhaanahu Wa Taala dalam surat Al-Maidah ayat 69 Dan di surat Al Baqarah Ayat 62, Firman Allah Shubhaanahu Wa Taala dalam surat Al Baqarah ayat 62 : 


kata "Wasshobiuna" pada surat al-Baqarah dan kata "Wasshobiina" di surat al-Maidah yang dinasab dengan "inna", perbedaannya penyebutan ini masih diteliti oleh ulama. Menunjukkan keluarbiasaan al-Quran. Oleh karena itu, Ia disebut mukjizat abadi, yang terus menantang orang-orang Arab yang fasih dalam bahasa Arab. 

Contoh lain dalam surat Al-Fatihah ayat 6:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus”,

Dalam ayat ini kenapa tidak dikatakan   Çá   (ke) sebelum kata  "Shirata" namun didahului dengan kata "ihdina"  ini memberi makna bahwa kita bukan sekedar memohon kepada Allah  untuk menunjuki jalan, akan tetapi juga memohon agar Allah Shubhaanahu Wa Taala senantiasa menetapkan kita di atas kebenaran dalam menempuh jalan tersebut. Karena bisa saja seseorang ditunjuki jalan lurus, namun dia tidak diberi hidayah untuk berjalan di atas kebenaran yang telah di ketahuinya, dan bisa saja ia menempuh jalan yang lurus tersebut namun caranya tidak sesuai dengan sunnah atau syari’at. Demikianlah keistimewaan bahasa Arab. Nikmatnya membaca Al-Quran tidak terasa jika tidak mengerti bahasa Arab. Begitupula dengan hadits-hadits Rasulullah, syair-syair Arab serta karya para ulama, kita dapat merasakan indahnya setelah mengerti bahasa Arab. 



Artikel Pilihan : Kepada Para Pengusung Dakwah (1. BERTAQWA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA)

Series:


Kepada Para Pengusung Dakwah!


Syaikh Dr. Musnid Al Qatthani 
Wasiat bagi para da’i atau orang-orang yang berjalan di atas dakwah. 

1.  BERTAQWA KEPADA ALLAH Shubhaanahu Wa Taala
Seorang da’i harus memulai dari dirinya sendiri, yaitu mendakwahi dirinya sendiri sebelum mendakwahi orang lain. Sebab bagaimana dia akan mendakwahkan agama kepada orang lain sementara dia lalai pada dirinya. 

Allah Shubhaanahu Wa Taala berfirman : 
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir?” (QS.Al Baqarah :44)

Sasaran dakwah seorang dai yang pertama terhadap dirinya, hendaklah dia berazam :“saya ingin menyelematkan diri saya dahulu”.  

Allah Shubhaanahu Wa Taala telah memerintahkan kepada para RasulNya dan orang-orang beriman untuk senantiasa memulai dakwahnya dari diri dan keluarganya.

Allah berfirman : 
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS.At Tahrim: 6)

Prioritas pertama bagi seorang da’i adalah dia berusaha menyelamatkan dirinya, penghuni rumahnya, keluarganya dari ancaman Allah . Seorang da’i tidak melupakan amalan-amalan pribadi misalnya sholat berjamaah, membaca Al Qur’an, sedekah. Sibuk berdakwah namun melupakan dirinya, keluarganya maka itu bukan dakwah tetapi syahwat atau hawa nafsu. Inilah perbedaan antara dakwah dengan hawa nafsu. 

Nabi dan Rasul adalah para da’i yang diutus oleh Allah Shubhaanahu Wa Taala untuk menyampaikan risalah agama ini. Mereka sibuk berdakwah, sibuk membina umat namun tidak melupakan diri untuk berlomba-lomba berbuat kebaikan. Mereka bangun malam untuk sholat malam, berdoa kepada Allah  dengan (rohbah wa raghbah) harap dan cemas.

Maka begitulah seharusnya seorang da’i, sibuk mengurus umat namun tidak lupa mengurus diri sendiri. Jangan sampai karena sibuk mengurus dakwah, tapi lupa mentarbiyah diri. Sebagaimana para Nabi yang telah Allah Shubhaanahu Wa Taala utus. Mereka berdo’a kepada Allah Shubhaanahu Wa Taala pada malam hari lalu mereka sibuk mengurus umat pada siang hari.

Begitupula para imam-imam kita. Misalnya Imam Ahmad, beliau sanggup shalat (nafilah) satu hari satu malam 300 rakaat. Imam Syafi’I, beliau sanggup menghatamkan Al Qur’an sekali dalam tiga hari dan dalam bulan Ramadhan 2 kali sehari atau 60 kali dalam satu bulan, beliau bersungguh-sungguh untuk dirinya. Imam Malik, Imam Abu Hanifah mereka tekun beribadah kepada Allah  disamping beliau sibuk mengajar, dan berdakwah namun tidak lupa pada dirinya. 

Ketahuilah pintu-pintu kebaikan banyak sekali, tergantung dari pintu mana kita mau memasukinya. Ada pintu sedekah, jika ada rezki maka kita bisa masuk dari pintu  sedekah. Ada pintu sholat masuklah darinya dengan memperbanyak sholat nafilah. Ada pintu puasa dan masih banyak pintu-pintu kebaikan yang lain. Yang terpenting adalah bagaimana (meriadhoh) melatih diri dengan ibadah-ibadah untuk mendidik (mentarbiyah) diri masing-masing.




Allah Shubhaanahu Wa Taala memasukkan hamba-hambaNya kedalam Surga melalui pintu-pintu yang sesuai dengan amalan-amalan yang telah mereka kerjakan. Bagi hamba yang rajin sedekah dipanggil dari pintu sedakah. Ahli shoum ( puasa) akan dipanggil dari Arraya (pintu) ahli puasa. Ahli Jihad dipanggil dari pintu jihad. 

Para sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam diberikan oleh Allah Shubhaanahu Wa Taala tingkatan-tingkatan dalam beramal. Mereka ada yang rajin berpuasa, ada yang rajin berjihad, mereka sibuk berdakwah. Dalam kesibukan tersebut mereka tidak lupa mentarbiyah dirinya. 

Maka jangan sampai ada (khalal) celah pada diri, yang bisa dimanfaatkan syetan untuk mengoda kita sebagai da’i supaya lupa memperbaiki diri. Oleh karena itu seyogyanya sebagai seorang da’i mentarbiyah dirinya dengan amalan atau ibadan-ibadah yang pintunya banyak sekali untuk menguatkan imannya.

Friday, 5 October 2012

Keyaqeenan & Keras Hati = Tawakkal


Dalam bab Karektor dan Keistimewaan Aisyah, Sulaiman An-Nadawi dalam karyanya bertajuk Aisyah: Keanggunan Sebenar menceritakan salah satu perwatakan Aisyah yang menarik perhatianku, ‘Maruah serta Keras Hati’. Begini penulis menceritakan sebagai membuktikan sikap ini terbentuk dalam diri wanita unggul itu:

Walaupun Aisyah adalah wanita yang rendah hati, namun dalam hal tertentu beliau agak keras hati. Beliau tidak suka hidup di bawah telunjuk orang lain. Kadang-kadang sifat keras hatinya ditunjukkan dengan sikap merajuk kepada suaminya.

Seperti dalam peristiwa fitnah haditsul ifki, Aisyah berkeras enggan pergi kepada suaminya walaupun wahyu berkenaan kesucian dirinya sudah diturunkan. Ucapan pertama yang keluar daripada pesuruh Allah adalah,“Bergembiralah, wahai Aisyah! Allah sudah membebaskanmu daripada segala tuduhan”.

Ayat 11 surah an-Nuur yang menegaskan kesuciannya adalah seperti berikut, “Sesungguhnya orang yang membawa berita yang dusta itu adalah segolongan daripada kalangan kamu; Janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan mendapat hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)”.

Selepas ayat itu diwahyukan, ibu Aisyah menyuruhnya pergi kepada Nabi Muhammad.

Aisyah enggan lalu menjawab, “Demi Allah, saya tidak akan mendatangi beliau. Hanya Allah yang saya puji kerana Dialah yang menurunkan wahyu dan membebaskan diriku daripada segala tuduhan”.

Bukhari, Muslim, Nasa’i dan Ibnu Hibban mengisahkan, “Aisyah akan bersumpah dengan ‘Demi Tuhan Muhammad’, tetapi lain halnya semasa merajuk. Semasa merajuk, beliau biasanya bersumpah dengan kata, ‘Demi Tuhan Ibrahim’ ”.

Walau bagaimanapun, sikap keras hati dan ucapannya semasa merajuk itu adalah dalam konteks hidup berumah tangga.

Anak saudaranya, Abdullah bin Zubair adalah orang yang dikasihinya. Abdullahlah orang yang memenuhi segala keperluan Aisyah. Aisyah memang pemurah, suka bersedekah sehingga habis apa sahaja yang dimilikinya. Oleh itu, Abdullah pernah berkata, “Sepatutnya tangan-tangan Aisyah itu diikat”.

Aisyah terdengar kata-kata Zubair itu lalu berkata, “Apa? Tangan saya perlu diikat? Saya bernazar tidak akan bercakap dengan Abdullah bin Zubair lagi”. Nazar ialah janji menunaikan sesuatu apabila hasrat tercapai.

Bukhari mencatatkan, “Nazar Aisyah itu merisaukan Abdullah bin Zubair. Abdullah pun meminta pertolongan daripada beberapa orang suku Quraisy. Beberapa org bapa saudara Nabi Muhammad pun turut diajak. Aisyah akhirnya mengalah lalu membatalkan nazarnya. Sebagai tebusan kepada nazarnya, beliau memerdekakan 40 orang budak suruhan”.

Secara umumnya, orang yang keras hatinya sukar berlaku adil. Sifat keras hati serta mampu berlaku adil adalah dua perkara yang berlawanan. Hanya mereka yang sudah mencapai akhlak yang sempurna sahaja mampu menyatupadukan dua sifat yang bertentangan ini. Tetapi, Aisyah sudah diasuh oleh pendidik terunggul iaitu Nabi Muhammad. Tidak hairanlah sekiranya beliau mampu menyatupadukan dua sifat yang bertentangan ini. Walaupun keras hatinya, namun beliau sentiasa dapat berlaku adil.

Abdurrahman bin Syamasah pernah datang berjumpa Aisyah bagi bertanya berkenaan satu masalah. Aisyah bertanya, “Kamu dari mana?”
“Saya dari Mesir”, jawab Abdurrahman.
“Bagaimana sikap pemerintah kamu dalam perang yang baru sahaja terjadi ini?” tanya Aisyah.
“Kami menyukainya. Jika unta salah seorang daripada kami mati, beliau menggantikannya dengan unta lain. Jika budak suruhan kami meninggal dunia, beliau juga akan menggantikannya dengan budak lain. Jika kami memerlukan nafkah, beliau akan memberikan kami nafkah”.
“Walaupun pemerintah kamu itu tidak adil ke atas saudara saya, Muhammad bin Abu Bakar, namun saya tetap mahu menyampaikan kata-kata Nabi Muhammad. Kata-kata ini dinyatakannya di dalam rumah ini juga, ‘Ya Allah, sesiapa yang berkuasa atas umatku ini lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia. Dan sesiapa yang berkuasa atas umatku lalu ia menyayangi mereka, maka sayangilah ia’ ”. Hadis ini direkodkan oleh Muslim.

Seusai membaca bab ini, aku cuba merenung dalam diri. Keras hati… Sungguh kuakui sikap itu telah sebati dalam diri. Terkadang aku sendiri berasa cuak, kenapa mesti terlalu keras. Dan memang ada ketikanya aku tidak mampu bersikap adil lantaran belitan sikap keras hatiku. Paling teruk sekali apabila aku tidak mampu bersikap adil kepada diriku sendiri. Itu telah cukup membuktikan betapa akhlakku belum cukup sempurna, sesempurna akhlak wanita unggul yang cuba kucontohi itu. Aisyah…, seindah namamu begitu jua akhlakmu… Moga aku mampu mencontohimu sebagai seorang hamba yang tercipta selaku wanita.