Showing posts with label T.A.W.B.A.H.. Show all posts
Showing posts with label T.A.W.B.A.H.. Show all posts

Wednesday, 18 April 2012

Sucikanlah & Terimalah Aku...



Hari ini...
Aku merenung dan memikir - mengapa hati aku menjadi keras? 
Mungkinkah ini fitnah, cubaan (..atau bala') ... 

Agar aku tetap teguh berada di jalan ini. Menjunjung Ad-Deen di atas pundak-ku.


Dan menggenggam dunia di tangan sambil menggoyangkan tangan, dan untuk mengambil dunia... supaya apa yang keluar dari goyangan itu - aku ambil dan persembahkan kembali kepada ALLAH untuk menyukakan-NYA. ... meskipun aku berada dalam salah dan silap, kerana aku memang berkeadaan kotor.

Mudah-mudahan Dia menyucikan diriku dan barang yang aku bawa itu. Sehingga diterima di dunia dan di akhirat sebagai hamba-NYA.

.

Monday, 16 April 2012

Sampai Masa Kan Gugur Jua...






Yang singkat itu 'waktu'
Yang menipu itu 'dunia'
Yang besar itu 'hawa nafsu'
Yang berat itu 'amanah'
Yang sulit itu 'ikhlas'
Yang mudah itu 'berbuat dosa'
Yang susah itu 'sabar'
Yang sering lupa itu 'bersyukur'
Yang membakar amal itu 'mengumpat'
Yang mendorong ke neraka itu 'lidah'
Yang berharga itu 'iman'
Yang mententeramkan hati itu 'teman sejati'
Yang ditunggu Allah SWT itu "TAUBAT"

Maka : Hijrah-lah Hingga Diri-ku Tiba Ke Sana...!


.


Sunday, 1 April 2012

Bertaubat Di Florence

Bab 9: Travelog HAJI
Mengubah Sempadan Iman
Muhd Kamil Ibrahim

Ibadat haji benar-benar mengundang manusia supaya melihat kisah lampau, berfikir sambil berpeluang merenung arah perjalanan baki kehidupan. Terutamanya dalam konteks hubungan manusia dengan Penciptanya.

Mengapa tertulis kata-kata di atas?

Saya menjadikan diri saya sendiri sebagai contoh. Umur sudah melebihi 42 tahun. Seorang yang jahil. Ilmu agama ternyata sedikit. Tentu sekali banyak dosa-dosa yang dilakukan. Dosa besar, dosa kecil, doa yang dibuat secara terang-terangan dan dosa yang dibuat secara sembunyi-sembunyi. Kesemuanya ada. Banyak buku ibadah haji yang sudah dibaca menyarankan supaya setiap bakal haji membersihkan diri sebelum menjadi tetamunya. Maksudnya, kita hendaklah bertaubat dengan bersungguh-sungguh.

Hampir semua rencana atau ceramah yang membincangkan perkara taubat mengatakan, orang-orang yang benar-benar mahu bertaubat perlu meminta ampun dengan sepenuh hati, berasa berdosa, berniat tidak mengulangi dan sekiranya boleh, menangis serta meratapi dirinya. Ratapan ini pula seharusnya dari bisikan dan suara jiwa dalamannya. Dikatakan, dosa seorang hamba kepada Allah terampun apabila syarat-syarat taubat dipatuhi. Ia dinamakan taubat nasuha.

Antara kami, tiada yang pernah bertaubat mencukupi syarat. Kita biasa menyebut, "Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku" selepas solat fardhu sebagai rutin doa. Ia kata-kata di bibir yang tidak turun ke hati. Lalu, kerana ibadat haji, terasa ia kewajipan besar untuk bertaubat dan pergi dalam keredhaan-Nya.

Maka solat sunat Taubat menjadi kemestian. Kami berdo'a menggunakan Doa Taubat Besar yang disusun oleh Ja'afar Sabran melalui buku Risalah Do'a. Terdapat perubahan pada sebutan dan kata-kata sesuai dengan gaya dan intonasi sendiri. Bahasa pengantar semasa berdo'a adalah bahasa Melayu supaya dapat merasai dan menghayatinya sehingga ke hujung hati (Hakikat sebenar, saya tidak tahu berbahasa Arab).


Keinginan bertaubat dan mahu diampunkan terlalu kuat. Ketika menyebut 'dosa-dosaku', hati dan minda membayangi segala dosa-dosa signifikan yang dilakukan. Lalu do'a yang dibaca adalah sepenuh perasaan dengan nada yang sebak, di hujung malam sehingga berkerut-kerut muka. Namun, ia bukan tangisan yang. Setitis air mata pun tidak keluar. Ia tidak dapat dipaksa-paksa.


Jelas, ia bukan permainan. Malah dari perspektif yang berbeza, terasa keikhlasan do'a itu masih belum mencukupi. Ia seolah-olah tidak bermula dari hati sanubari dan pastinya tidak sampai ke atas. Terbayang ia tidak dilayan oleh-Nya atas sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan. Itulah perasaan hati yang bercelaru mengharap simpati daripada Allah.


Hari pertama, hari kedua, minggu pertama, minggu ketiga dan bulan pertama, setiap hari berdo'a. Berdo'a dan berdo'a dengan harapan Allah memberi petunjuk dan isyarat terutamanya dalam konteks mahu menitiskan air mata. Ternyata hampa dan jauh di sudut hati, perasaan kerisauan mula muncul, "Ya Allah, mengapalah taubatku tidak diterima?"


Mungkin ada orang menyatakan, "Kita berdo'a, terima ataupun tidak, terpulang kepada Allah. Mustahil kita mengetahuinya."

Walaubagaimanapun hati tidak fikir begitu. Saya percaya, janji Allah adalah benar. Dia berjanji sebagaimana hadith, Anas bin Malik r.a. melaporkan Rasulullah SAW pernah berkata:


"Allah berkata: 'Wahai Anak Adam, sesungguhnya selagi kamu berdo'a kepada-Ku dan mengharap kepada-Ku, Aku mengampuni dosamu dan kesalahanmu dan aku tidak peduli dengannya.

Wahai Anak Adam, sekiranya dosa-dosamu sampai ke langit, kemudian kamu meminta ampun kepada-Ku pasti Aku mengampuni dan tidak peduli dengannya.

Wahai Anak Adam, apabila kamu menjumpai-Ku (meninggal dunia) dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatu apapun, pasti Aku akan menjumpaimu dengan setompok ampunan yang serupa dengannya."


Hakikatnya, setiap orang yang berdo'a dengan penuh keikhlasan terasa apabila do'anya didengari atau dimakbulkan. Namun ia tidak dapat digambarkan.

Mei 2006. Saya masih berada di Florence, Itali bersama Roza kerana membentangkan kertas kerja. Seminggu di sana. Segala kegiatan di Malaysia masih diteruskan terutamanya rutin qiyamullail dengan bersolat sunat Tahajjud, Hajat dan Taubat. Malam terakhir di Itali.Kelihatan Roza benar-benar dalam keletihan. Bisikan hati kuat tidak mahu mengganggu dia. Bangun perlahan-lahan, mengambil wudhuk dan bersolat sunat. Dengan hanya menggunakan lampu tandas, itupun dengan menutup pintunya. Selepas solat, buku do'a dibaca menggunakan cahaya lampu kecil melalui celahan pintu tandas itu. Kaki timpuh di muka pintu. Ia lansung tidak kondusif. Tidak selesa.

Bibir menyebut;


" Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu Ya Allah.

Ya Allah, aku bertaubat kepada-Mu daripada segala dosa yang aku lakukan"



Air mata bercucuran tanpa dipaksa. Siapapun benar-benar tidak menduga dengan apa yang Allah anugerahkan. Minda terbayang dan yakin Allah mendengar permintaan hamba-Nya dan memberi isyarat dalam keadaan yang tidakl dijangkakan. Bukankah Allah Maha Berkuasa dan Dia berhak menentukan apa yang ingin Dia anugerahkan?  Astaghfirullah.

Itulah perasaan yang menusuk qalbu. Entah. Benar ataupun tidak, seluruh tubuh merasai kenikmatan bertaubat terutamanya apabila air mata menitis membasahi pipi. Seolah-olah wujud vacuum antara hati dan persekitaran. Ia perasaan yang luar biasa. Sekiranya benar taubat itu diterima, bukankah ada logiknya saya ibarat bayi yang suci? Astaghfirullah. Selama 42 tahun hidup di muka bumi ini, tidak pernah mampu bertaubat seindah ini. Ia hanya berlaku ketika ingin menunaikan fardhu haji.


.






If I am not forgiven, what can I do, what will be my fate?



The poet Abu Nuwas wrote:

When I look at my sins I find them plenty
But when I recount Allah's favor upon me I find it infinite
I have no hope in my good deeds
I only hope in Allah's mercy
Allah is my Guardian, Allah is my Creator
And I entrusted myself unto Allah as I am one who is weak and frail
If I am not forgiven, what can I do, what will be my fate?


.

Thursday, 29 March 2012

ALLAH Tidak Pernah Jemu MengAmpuni



Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Iblis berkata kepada Tuhannya:
'Demi keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu,
aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam
selama ruh masih berada dalam jasad mereka.'


Allah s.w.t. menjawab:
'Demi keperkasaan-Ku,
Aku akan selalu mengampuni mereka
selagi mana mereka meminta keampunan daripada-Ku'

(Riwayat Ahmad)

.   .   .   .   .   .   .   .  .   .   .   .  .   .   .   .  .   .   .   .  


Senang Nak Berkira..Buat Salah pun Mintak Ampun darinya..
GERENTI ALLAH AMPUNKAN..
ALLAH telah berjanji jika sebanyak mana pun dosa anak Adam dah buat selagi tidak bersyirik padanya..
maka 
Segala dosa itu nescaya ALLAH AMPUNKAN…
Subhanallah..Baik Sungguh Tuhanku ALLAH…


Pada suatu petang yang mendung,berlaku situasi persoalan anak murid kepada gurunya.


Anak Murid:Guruku,saya ingin bertanya soalan.Adakah Allah akan menerima taubat 
kita jika kita melakukan dosa?.
Selepas kita bertaubat,
kita kembali berbuat dosa dan kita bertaubat kembali 
hingga seterusnya berulang begitu??



Guru: Ya,teruskan bertaubat hattapun 1000 kali kita berbuat dosa 
kerna kita akanberhenti berbuat dosa 
apabila taubat kita betul-betul diterima.

Begitulah indahnya hidup apabila berguru,
kerna mereka tidak jemu untuk menasihati anak muridnya 
untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benar bertakwa.
Rasulullah adalah penghubung kita kepada Allah 
dan guru pula adalah penghubung kita kepada Rasulullah.


.AMPUNKAN HAMBAMU ALLAH JIKA CATATAN INI SALAH…


Tuesday, 14 February 2012

T.A.U.B.A.H.

Dan, (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji 
atau menganiaya diri sendiri*
mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka 
dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?
Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Ali-'Imran : 135)
* Yang dimaksudkan perbuatan keji (faahisyah) ialah dosa besar yang mana mudharatnya tidak hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain., seperti zina dan riba. Menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa yang mana mudharatnya hanya menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil.


Laa Ilaha Illa Anta, Subhanaka Inni Kunctu Minadzolimeen.