Saturday, 28 April 2012

Hati Di Tumit

* luka kaki pada keesokan harinya semasa di office 
ekoran tekanan gravity kasut baji hitam 4 inci , 
huhuhu sampai ke hari ini luka masih ternganga, 
aku takut kena jahit kalo ke klinik*

dalam beringat
aku terpijak duri

lupa kaki cuma
tulang dan daging disalut kulit
lupa kaki rupanya
tidak berkasut
lupa hati kadang
ada ditumit

.

Tuesday, 24 April 2012

Muka Tak Tahu Malu Aku



dia
tuhan yang aku sembah
tika ibadah
adalah tuhan yang aku sanggah
tika maksiat


abdullah jones menulis redd rohim membaca

.

Monday, 23 April 2012

Merah




Antara yang berjaya melempang aku hanya dengan kata-katanya
Rasa seperti ditempeleng sehingga mulut berdarah... aduh!

Carilah dia untuk bersama menghidupkan sang waktu
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganku, bukan mengisi kekosonganku


Redd Rohim
Sungai Penchala
10.29 malam


Ada Apa Dengan Meja Jepun Ku?





Keletuk lututku diketuk
Kepet kakinya terkelepet
Komputer riba mengelongsor


Kelempap segempa alam
Tetikus kekunci ecer-eceran
Aduh...

Tinjunya jatuh ke atas lantai
Geram gemas
Berdentang kole terhempas
Tanganku menggeletar
Air mataku berceceran
Dalam sentak-hentak gravitasi, yang tak sederhana


Redd Rohim
Sungai Penchala
9.31 malam

Sunday, 22 April 2012

Pintu



Kadangkala dibuka kepadamu pintu taat, tetapi tidak dibuka pintu makbul
Kadangkala kamu terjerumus ke dalam dosa,
tetapi dosa itulah menjadi sebab menyampaikan kamu kepada ALLAH.


Part 2:
Al Hujurat
 49-14:  Al-A’rab (orang Arab dusun) itu berkata: "Kami telah beriman.” Katakanlah: "Kamu belum beriman, tetapi katakan sahaja, ‘Kami telah aslim (menyerah diri),’ kerana iman itu belum masuk ke dalam hati kamu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya, Dia Allah) tidak akan mengurangi daripada amalan kamu sedikit pun. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).” 

.