Salam to All of You.
The day has come for me to write again, further about Ayat & Amalan.
Juga seperti biasa, saya TIDAK BERMINAT hendak memaparkan faedah, kebaikan, kelebihan, fadhilat khasiat dan kaifiat mengenai AYAT 7 (TUJUH) yang akan saya perpanjangkan postingnya selanjutnya.
Secara fitrahnya manusia mahu bahagia. Idamkan pelbagai manfaat untuk kebaikan diri. Mau mengesampingkan unsur-unsur negatif yang tak disenangi seperti fitnah & perbuatan khianat. Kebanyakan manusia mahukan yang positive-positive sahaja mari kepada nya. Mahukan kan wangi-wangi aja meliputinya. Kepingin akan yang indah nian sahaja menjadi miliknya. Damba kan yang muluk-muluk, elok bagus bahagianya dari segenap perkara menjadi hak dia.
Kalo ada yang tertekan dengan pergolakan duniawi, nescaya ada yang mahu segera lolos dan merdeka dari belenggu tekanan yang menghimpit... kan?
Tidak keterlaluan dikatakan manusia itu mahukan Allah agar memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan, fitnah dan dikasihi hamba-hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
Ringkasnya, oleh kerana saya TIDAK BERMINAT nak ulas berkenaan khasiat, berkenaan kelebihan ayat... maka senang bicara saya simpulkan bahawa ianya adalah satu amalan hati untuk menetapkan pergantungan kita kepada Allah setiap masa. Baca dan fahami maksudnya. Bukan pergantungan kita kepada ayat dan amalan. Ini adalah semata-mata untuk melembutkan hati yang keras dan degil supaya tetap hanya pada Allah. Semua adalah untuk kita hayati dan kerana Allah s.w.t.
Fadhilat : Tiada apa-apa pun boleh memudaratkan selain dari Allah. Di amalkan setiap Solat Subuh & Solat Maghrib. Amalan ini juga di kenali dengan Ayat Tujuh (Ayat 7)
Pati atau essence nya ialah: Berserahlah secara total. Penyerahan mutlak, pasrah, redha (tanpa memberontak, merengus, mengeluh, mengomel, mempertikaikan, mempersoalkan ... kenapalah , kenapa ni, pasal apa jadi macam ni ... ) hanyalah Dia tempat kita bergantung dan hanya kepada Dialah tempat kita berlindung, hanyalah Dia tempat mengadu serta meminta… bukan kepada makhluk kerana makhluk tiada kuasa apa-apapun. Allahlah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Allah is The Only DOMINATOR, DETERMINATOR. Tak usah menyangkal lagi.
“Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”. Kalau kita hayati sepenuhnya, hati kita akan jadi lebih teguh, jiwa kita lebih tenang dan kita tidak akan takut dan gusar menghadapi apapun karenah duniawi ini…
Ayat Tujuh juga dipanggil ‘AYAT MUNJIYAT’ @ AYAT PENYELAMAT adalah terdiri daripada gabungan rangkaian 7 ayat yang diambil dari 6 surah dalam Al Quranul Karim. Ayat ini telah diamalkan oleh para alim ulama’ sejak dahulu lagi yang mana ianya turut terkumpul dalam kitab ‘Majmu’ syarif’.
.
Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat yang dikenali sebagai ‘Ayat-Ayat Pelindung & Penyelamat’ ini juga baik sekali dibaca dan diamalkan. Ia telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin r.a. sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan dan kesulitan.
.
So now? Ternyata posting saya kali ini jelas tidak kedapatan frasa-frasa "BARANGSIAPA MENGAMALKAN...." ataupun "BARANGSIAPA MEMBACA .... " :P
Lazimkanlah dzikrullah sebagai ubat dan penawar segalanya. Salah satu daripada dzikrullah adalah membaca al-Quran. Dampingi dan hayati kalam kalam Allah yang Maha Agung pasti akan temui jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang kita hadapi.
Di bawah ini ada beberapa ayat yang dipetik daripada Al-Quran yang digelarkan oleh para ulama' dahulu sebagai Ayat Tujuh. Mudah-mudahan dengan berpasakkan keyakinan terhadap Allah kita akan tabah menghadapi setiap ketentuanNya. Bersamalah kita mengamalkannya
1.Surah At Taubah - Ayat 51
2.Surah Yunus - Ayat 107
3.Surah Hud - Ayat 6
4.Surah Hud - Ayat 56
5.Surah Al Ankabut - Ayat 60
6.Surah Fathir - Ayat 2
7.Surah Az Zumar - Ayat 38
SURAH AT-TAUBAH AYAT 51
قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُون |
RUMI : QUL-LAY-YUSIIBAN-AAA ~ ILLA MAA KATABA-ALLAH-U LANA ... HUWA MAWLAA-NA ... WA'LAA-ALLAH-I FAL-YA-TAWAKKAL-I-L-MU'MINUUN-A.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”
SURAH YUNUS AYAT 107
وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ ۚ يُصِيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۚ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ |
RUMI : WA-INYYAM-SAS-KA-ALLAH-U BI-DHURRINMFALAA KAASYIFA LAHUUU ILLAA HUWAA ... YA-INYYURID-KA BI-KHAIRINMFALAA RHODDD-A LI-FHOD-LIH-II ... YUSII-BU BIH-II MAIY-YASYAAA' -U MIN 'I-BAADIH-II .. WA HUWA-AL GHAFUUR-UR-RAHEEM-A
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia melimpahkan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
.
SURAH HUD AYAT 6
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ |
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah jualah yang memberi rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luuh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُم ۚ مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ |
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah jualah yang memberi rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luuh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
SURAH AL-ANKABUT AYAT 60
وَكَأَيِّن مِّن دَابَّةٍ لَّا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ |
“Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendir, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
SURAH AL-FATHIR AYAT 2
مَّا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ |
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.”
SURAH AZ-ZUMAR AYAT 38
“Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah bertawakkalnya orang-orang yang mahu berserah diri.”
.
Assalaa mu'alaikum...saudari yang empunya blog. Perhatikan dua ayat dari Surah Hud mempunyai terjemahaan dalam bahasa melayu yang sama. Harap diperbetulkan.
ReplyDeleteAlif Lam Mim Raa..
ReplyDeleteMaha Bijaksana Allah menyimpan "Surat" Rahsia moga Jodoh ini berpanjangan selama2nya..Segala cara dah ditunjukkannya..KeAngkuhan Ya Rabb Amat Jelas..diberinya "Kunci Pembedaharaan" pada si Ummi..hmmm tafsir translation jelah
Alif Lam Mim Raa..
ReplyDeleteMaha Bijaksana Allah menyimpan "Surat" Rahsia moga Jodoh ini berpanjangan selama2nya..Segala cara dah ditunjukkannya..KeAngkuhan Ya Rabb Amat Jelas..diberinya "Kunci Pembedaharaan" pada si Ummi..hmmm tafsir translation jelah
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSedikit coretan.
Yang pasti dengan memahami maksud ayat.
Kita kebal dari segala ujian. Mahu pun dari musibah atas perbuatan manusia mahu kesilapan kita sendiri.
Sabar, Redha, Syukur atas apa jua yang menimpa
Tidak mudah nak marah, mengeluh mahu rasa bangga diri atas pencapaian kita dan apa juga.
Tiada Asbab melainkan dia.
Surah Hud ayat 56 terjemahan maknanya salah. ( mungkin sebab cut & paste). Untuk kebaikan semua harap penulis blog dapat Betulkan ye.
ReplyDelete