Sunday, 6 January 2013

RAGAM ORANG TERTIPU ... iv [ANTARA UCAPAN , PERBUATAN & MEMPERTURUTKAN HAWA NAFSU]


Salam to All,

Praise for the singing, praise for the morning
Praise for the springing fresh from the word
Sweet the rain's new fall, sunlit from heaven
Praise with elation, praise every morning
God's recreation of the new day


Sungai Penchala waktu pagi memang hening. Pagi Ahad, dengan jarak gubuk burukku yang hanya 150 meter dari Masjid Kuning Tengku Abdul Aziz, Sungai Penchala ... sayup-sayup terdengar kuliyyah Subuh dari khatib.


Tak kurang juga godaan pagi dari tapak letak kereta Masjid di mana Pasar Pagi Ahad Sungai Penchala dengan menu nasi dagang atau nasi kerabu bunga telang Terengganu bersama solok lada dan daging salai. MaashaAllah... menggoda selera!

اللّهُـمَّ عافِـني في بَدَنـي ، اللّهُـمَّ عافِـني في سَمْـعي ، اللّهُـمَّ عافِـني في بَصَـري ، لا إلهَ إلاّ أَنْـتَ

O Allah, make me healthy in my body. O Allah, preserve for me my hearing. O Allah, preserve for me my sight. There is none worthy of worship but You 

اللّهُـمَّ إِنّـي أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكُـفر ، وَالفَـقْر ، وَأَعـوذُبِكَ مِنْ عَذابِ القَـبْر ، لا إلهَ إلاّ أَنْـتَ . 

O Allah , I seek refuge in You from disbelief and poverty and I seek refuge in You from the punishment of the grave . 
There is none worthy of worship but You.

JENG, JENG, JENG...
SAMBUNG JAP LAGI.
SEDANG MAHU SIDAI PAKAIAN.
SALAM.
11.00.AM

Betapa orang yang terpedaya kerana banyaknya mengetahui kata-kata hikmah, nasihat dan pelbagai pesanan orang-orang soleh... akan tetapi tidak mengerti maksudnya dan tidak bisa membezakan antara yang baik dan yang buruk. Sering juga ia berbicara pada public, orang ramai dan ada juga dikatakan di hadapan teman-teman nya. Bahagia dengan cara itu, bahagia dengan keadaan itu sehinggakan ia jadi tidak serius dalam beribadah. Terleka berkata-kata, terleka melontar bicara. Giat berbahas dan berdiskusi.



Mengesan kealpaan diri sendiri dengan membandingkan ucapan kita dengan perbuatan kita. Adakah seiring?

Jika seseorang individu itu berasa zuhud padahal materialistik ...
berasa taqwa (padahal durhaka)
berasa ikhlas (padahal riya')
berasa terpelihara dari dosa (padahal gemar bermaksiat)
berasa bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah (padahal malas)
berasa sentiasa berusaha mendekati Allah (padahal menentang-Nya)
... maka ia benar-benar tertipu



Ada juga individu di kalangan kita yang gemar berargument (bertingkah, berbahas) dan 'mampu' menunjukkan kesesatan para pelaku bid'ah dan lain-lain. Ia berasakan tiada seorang pun mengenal Tuhan macam dia kenal...sedalam dirinya kenal Tuhan... juga dia menganggap amal-ibadah tidak akan diterima (ditolak) tanpa pemahaman yang sebenar-benarnya .

Sedangkan ia mula sedar  tak sedar dah berani bermaksiat kerana dia dah merasa selamat dari murka Tuhan berlandaskan apa yang dia faham, berlandaskan apa yang dia kenal melalui pembukaan ilmu dan pengetahuan buat dia. Sedar tak sedar ia mula berhenti mengerjakan solat dan mula memperturutkan syahwat, bahkan sedar tak sedar ia juga telah meremehkan orang lain dan menganggap orang lain bodoh kerana tak sampai-sampai kepada level dia mengenal dan faham.

.

No comments:

Post a Comment