Saturday, 5 January 2013

RAGAM ORANG TERTIPU ... iii [PAKAIAN ILUSI - UJILAH DENGAN HASRAT]


Salam waktu Dhuha to all of you,

By the white forenoon and the brooding night your Rabb has neither forsaken you, 
nor does He hate you
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu. 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.



"يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ
 وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ".

O Ever Living One, O Eternal One, by Your mercy I call on You to set right all my affairs. Do not place me in charge of my soul even for the blinking of an eye (i.e. a moment).




Apakah individu yang mengetahui pasti memiliki?
...sehinggakan mengganggap dirinya berharap padahal tertipu? 
Takut padahal berani
Bertawakkal pada Allah padahal bertawakkal pada ilmu? 
Mendekati Allah padahal mejauhi Allah? 
Cinta padahal tidak? 
Rajin padahal malas? 
Dan banyak lagi anggapan-anggapan lain yang diilhamkan oleh syaitan.


Below, method of self-cheking, instropeksi diri saya dapati dari Al-Harits Al-Muhasibi. (saya sengaja mention dengan sejelas-jelasnya nama besar Al-Harits Al-Muhasibi, tokoh besar dalam arena penyucian jiwa, supaya orang tak salah sangka dan terhindar apa yang digelar 'seperti ketam mengajar anaknya berjalan'.)



Untuk menyingkap kekeliruan diri, boleh digunakan sifat-sifat yang telah 
diyakini' telah di-install ke dalam diri sebagai asas test-run. Kalau benar telah yakin diri ada sifat 'takut' maka ujilah dengan berbuat maksiat. 




Nahhh... jika mahu juga memperturutkan hasrat itu, nampak sangat ia berani kepada Allah. And then, chermatilah apakah ia terlena dalam buaian maksiat atau segera bertaubat? Kalaulah tidak segera bertaubat, bermakna ia tidak takut, ini kerana tingkatan pertama takut ialah takut terhadap dosa. Jadi, bagaimana mungkin ia takut kalau perkara yang paling basic tidak ditakuti?



Berperilaku zuhud saat miskin? Ketika jalan rezeki terbentang luas, maka ia sibuk mengumpulkan harta. Dengan demikian jelaslah bahawa kezuhudan hanyalah bersifat sementara. Mengaku cinta Allah SWt, tapi tidak berhati jinak, tidak berhati lembut, liat beribadah, tidak menjauhi murka-Nya, serta tidak menikmati keindahan dzikir serta munajat.



.
Dikatakan baru bertawakkal kepada jalan, bukan kepada Tuhan Sang Pemberi Jalan. Ketika memiliki jalan rezeki, yakni ketika memiliki modal, sumber, pekerjaan, bisness, anak, family, kawan-kawan yang memenuhi kekehendak (macam yang kita wish lah), jiwa okay, rasa tenteram. Tetapi, ketika semua jalan itu hilang, jiwa mendadak resah, gelisah, sehingga ia benar-benar sedar bahawa tawakkalnya salah.



Bagi individu yang mengaku bahawa ucapan dan perbuatannya ikhlas.
Bagaimana?
Sayangnya, setelah ada kesempatan bersikap riya', selalulah sesiapa sahaja tidak boleh menguasai diri untuk mengikhlaskan perbuatan dan perkataannya. Ia menjadi ujub dan riya' dalam kebaikan.



[partially posted ... 
owh, got to go now... 
biiznillah, I will resume later when I return home].
.
Mukmin yang sejati pastinya bersikap ikhlas dalam bertauhid, bertawakal serta mencintai Tuhan dari karena merenung keindahan dan kesempurnaan-Nya atau mencermati nikmat dan kurniaan-Nya ... kerana jiwa pasti suka pada fizikal yang berbuat baik.


Motivasi cinta ada dua:1). Keagungan dan kesempurnaan2). Nikmat dan kurniaan

Individu yang mencintai-Nya kerana keagungan dan kesempurnaan-Nya lebih baik berbanding dengan individu yang mencintai-Nya kerana kurniaan dan nikmat-Nya. Ini kerana cinta yang pertama terkait dengan Allah SWt semata-mata ... dengan Dzat dan Sifat-Nya, sedangkan cinta yang kedua terkait dengan makhluq-Nya.
Memerhatikan nikmat dan kurniaan bererti tidak meletakkan fokus kepada Rabb. Mencintai kerana keagungan dan kesempurnaan-Nya bererti memusatkan perhatian epada-Nya.... Sedangkan bercinta kerana nikmat dan kurniaan-Nya bererti membelah perhatian kepada Allah serta nikmat dan kurniaan-Nya.

Jiwa berharap kala memerhatikan luasnya rahmat, takut saat mengingati pedihnya azab, serta pasrah ketika menyedari kemandirian-Nya dalam memberikan manfaat dan juga bahaya. Setelah mengetahui ini dengan baik, ia menyakini dirinya benar-benar baik? 

Apabila seseorang berlagak dengan memiliki semua sifat-sifat terpuji ini d hadapan orang lain, ia mengakui, dengan perbuatan, sesuatu yang tidak dimilikinya. Kalau ia menyebut dirinya memiliki sifat-sifat itu  ia mengakui, dengan perbuatan, sesuatu yang tidak dimilikinya. 

Maka.... Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang berpura-pura dengan sesuatu yang tidak dimiliki laksana orang yang mengenakan pakaian ilusi" [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
.
.

No comments:

Post a Comment