Saturday, 5 January 2013

RAGAM ORANG TERTIPU ... i [ILMU TIDAK BERMANFAAT ADALAH BOOMERANG]

Jalan raya depan rumah sudah agak lengang pada pukul 9.39 malam minggu. It's a Saturday nite!
Sesekali kedengaran berdesing rempitan ekzos motosikal cub menyempret... huk aloh ... hua, hua, hua...

Okey... aku baru sahaja sudah mencuci pinggan mangkuk material melamine grade A, bercorak buah-buahan.
(motiff intro posting kali ni yang agak lemau?) Hmmm... warm-up jejari yang dah tak berapa biasa nak tekan key-board hujung-hujung minggu neyh... here we go now...


"اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً".

O Allah, I ask You for knowledge that is of benefit , a good provision , and deeds that will be accepted . 

(.. to be continued...sooner lah, ngantuk pulak)



Individu yang banyak merawi hadith, mengulas-tafsir, memperpanjangkan ilmu, peringatan, pesanan, posting, etc... sekiranya... yakin bahawa 'prestasi'nya itu akan menyelamatkan dia dari neraka.

Individu yang tidak bersandar kepada Allah, half-hearted dalam beribadah, memandang rendah hamba-hamba Allah SWT, berani bermaksiat, berasakan tiada orang lain yang menyamai level dia, bahkan tiada rasa segan melakukan dosa besar kerana yakin tidak akan dimintai bertanggung jawab.

Nahhh... kealpaan serta kelalaian... hanyutan ini brangkali bisa dicegah dengan menyadari (sedor lah tu) bahawa ilmu itulah yang boleh jadi modal (alasan) yang kukuh oleh Allah untuk mengenakan azab kepada individu tersebut. Ini kerana menepani characteristic ilmu yang tak bermanfaat pada hakikatnya adalah boomerang.


"Sesungguhnya orang yang pertama kali masuk neraka adalah para ulama yang tidak mengamalkan ilmunya. Mereka berkata, 'Ya Allah, Engkau akan menyiksa kami sebelum penyembah berhala?' Dikatakan kepada mereka, 'Tidak sama orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu.' " ~ Al-Hadith

Sedar. Kesadaran itu harus benar-benar terpatri dalam kalbu, sehingga tidak tertipu dan mengharapkan rahmat-Nya seraya merenungkan sabda Rasulullah SAW:


"Tak seorang pun di antara kalian diselamatkan oleh amal ibadahnya"

Kalau ibadah sahaja tidak boleh menyelamatkan seseorang... bagaimana dengan sekadar pengetahuan tentang ibadah?
.

No comments:

Post a Comment