Monday, 14 January 2013

PERIKSA KETAQWAAN VIA ANGGOTA TUBUH & PERASAAN

Taqwa related to hati dan anggota badan. Starting with mengenali taqwa pada anggota tubuh badan .... iaitu dengan mengamati apakah perbuatan lahiriah sesuai dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah?


(di petik dari tulisan Al-Muhasibi)

Kalau perbuatan lahiriah sudah boleh dikategorikan telah memelihara batasan-batasan Allah SWT, maka bolehlah diteruskan dengan mengamati kalbu. 


Kalau sikap kalbu seseorang yang istiqamah dan seiring dengan tujuan aktiviti lahiriah, yang dilakukan, maka ia InsyaAllah adalah salah seorang kekasih Allah.

Sayangnya, sulit menemukan orang seperti itu di zaman ini.





Muhasabah atau hisab diri atau self-evaluation dengan mengamati setiap aktiviti anggota tubuh - adakah sudah sesuai dengan perintah atau larangan Rabb atau tidak?

Lidah, adakah ia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah SWT, seperti menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran? Kalau sudah yakin bahawa lidah hanya mengucapkan apa yang diperintahkan, amatilah adakah ia juga menjahui ucapan yang dilarang?


Jika ternyata lidah memang terpelihara dari ragam ucapan yang dilarang, lanjutkanlah dengan mengamati mata: Adakah mata hanya melihat hal-hal yang halal dan menjauhi hal-hal yang haram? 

Apabila mata memang beristiqamah dan hanya memandang apa yang dibolehkan, teruskanlah dengan mencermati telinga: Adakah telinga hanya mendengarkan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang?

Bila telinga sudah menjalankan tugasnya dengan baik, lanjutkanlah dengan mengamati tangan: Adakah tangan hanya menyentuh benda halal dan menjauhi benda haram?

Kalau tangan sudah seperti yang yang diharapkan, lanjutkanlah dengan memerhatikan kaki: Adakah kaki sudah menunaikan kewajiban dan menjauhi larangan?

Jika kaki sudah berfungsi sesduai dengan perintah Tuhan, lanjtkanlah dengan mengamati perut, kemaluan dan begitulah seterusnya. Apabila telah benar-benar yaqin bahawa seluruh anggota beristiqamah dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan, jangan terburu-buru terus puas-hati.

Amatilah tujuan dalam melaksanakan kesemua itu: Adakah semua aktiviti lahiriah itu hanya ditujukan untuk mengharapkan redha Allah SWT atau apa?


"اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْللِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي

O Allah, I seek Your forgiveness and Your protection in this world and the next. O Allah, I seek Your forgiveness and Your protection in my religion, in my worldly affairs, in my family and in my wealth. O Allah, conceal my secrets and preserve me from anguish . 

، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي".



O Allah , guard me from what is in front of me and behind me , from my left , and from my right , and from above me . I seek refuge in Your Greatness from being struck down from beneath me.



(to be continued later)
it's 8.14am in Sungai Penchala and the washing machine keep spinning.
I have to dry my clothes and all the washed bedlinen awaiting to be hang under bright sun in this fine January's morning.


[~ Sambungan titipan dari Al-Harits Al-Muhasibi lagi...]

Setelah mendapati semua aktiviti hanya ditujukan untuk mengharapkan redha Allah SWT, resapilah... : Adakah rasa takjub dalam diri hingga merasa lebih baik dari orang lain kerana telah berjaya mentaati Allah?


Kalau tidak menemukan rasa takjub dalam diri, perhatikan: Adakah rasa sombong kerena telah melakukan semua itu?

Kalau memang tidak ada - dan itu memang tidak boleh, amatilah: Adakah perasaan bahawa kemampuan melakukan ibadah ini adalah berkat besarnya hasrat dan tekad dalam diri, bukannya berkat bantuan [dan rahmat] Allah SWT?



Tak tahu mengapa saya nak guna the word - PI.CIK
Later I will insert the word PI.CIK in the next paragraph. To assist the readers understanding the meaning, here i attach the related words which synonym to PI.CIK.

Apabila memang tidak terpancar atau terdesis sedikit pun  perasaan picik  yang disebutkan di atas (takjub dalam diri, sombong,  perasaan bahawa kemampuan melakukan ibadah ini adalah berkat besarnya hasrat dan tekad dalam diri) sedikitpun.. sedarilah : Adakah rasa bangga dalam diri kerana berjaya menepis perasaan picik itu?

Kalau memang tidak ada (rasa bangga dalam diri kerana berjaya menepis perasaan picik itu), cermati: Adakah motivasi melakukan semua itu benar-benar hanya Allah SWT?

Jikalau semua peasaan menyimpang tersebut memang tidak ada dalam hati, perhatikan: Adakah perasaan picik lain, seperti iri, merasa hebat, dan bercita-cita mendapatkan kemuliaan di muka bumi?

Apabila setelah direnungkan, ternyata semua itu telah jauh dari diri, seseorang itu pasti sedar  bahwa dirinya JAUH DARI ALLAH BIARPUN MERASA DEKAT DENGAN-NYA. BERPALING DARI-NYA WALAUPUN BERASA MENGHADAP-NYA, dan BERSANDAR KEPADA MAKHLUQ MESKIPUN BERASA BERSANDAR KEPADA-NYA.
.

No comments:

Post a Comment