Wednesday, 4 April 2012

Lihatlah KA Langit


Di kehidupan ini...

Setiap insan telah diletakkan di jalan-jalan yang berbeza.
Jalan yang berbeza haluannya
... Tapi jalan-jalan itu mempunyai tujuan yang sama
Iaitu kembali bertemu Allah SWT dalam redha-Nya

Jika Dia berada di jalan yang betul dengan pandu arah yang tepat,
Maka bersyukurlah dan bantulah mereka yang lain
... Mereka tidak minta untuk berada dalam kegelapan
Mungkin mereka jadi begitu kerana mereka tidak merasai pengalaman yang kamu rasai

Kerana itulah hidup ini perlu saling berpesan-pesan dengan kebenaran
& Berpesan-pesan dengan kesabaran



Lihatlah ke langit
Di situ pasti ada kedamaian
Walaupun seringkali ada hujan dan petir
Tapi di situ juga akan hadirnya pelangi
Awan yang mendung akan berarak untuk digantikan senyuman Sang Suria

Begitu jugalah kehidupan ini
Ada kecewa, ada suram, ada riang, ada ketawa, ada gembira


Kadangkala juga ... insan merasakan kehidupan ini seperti tiada apa-apa rasa
Terasa suatu saat dirinya kosong
Seperti ada sesuatu yang hilang

Tatkala itu
Lihatlah ke langit
Di situkan ada kedamaian
Kita bernaung di bawah langit Ilahy
Ke mana pun kita melangkah
Kita masih di bawah langit Ilahy

Untuk insan memikirkan dan menghayati keagungan-Nya

Dan tatkala diri ini jatuh
Pandanglah ke langit
Kita masih ada Tuhan
Iaini ALLAH untuk kita mohon pertolongan



Episode 2:

Suchinya lelangit di pagi ini setelah di bersihkan hujan semalam
Ya Rabbi, suluhlah gelap hitam hati ini 
Umpama langit suchi cerah bersama awan


.


No comments:

Post a Comment