Friday, 9 March 2012

Bukankah Kami Telah Melapangkan Dadamu?




Bukankah Kami Telah Melapangkan Dadamu?
Surah 94: Alam Nasyrah
094:001 Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

094:002 Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

094:003 Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

094:004 Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

094:005 Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

094:006 (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

094:007 Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

094:008 Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

.

No comments:

Post a Comment