+Credits: Hj Shaari
Ramai yang bertanya dan meminta zikir dan amalan Tok kenali. Sebenarnya zikir dan amalan Tok kenali tidak banyak.
Tok kenali hanya mengamal zikir nafas. Zikir yang tidak berhurf dan zikir tidak bersuara!. Zikir lafas dari kedua bibir mulut dengan memegang buah tasbih itu, adalah sekadar perhiasan dunia.
Sebenar-benar zikir itu, adalah “ingat” kepada Allah. Cara ingat (zikir) Tok kenali kepada Allah itu, adalah hanya dengan cara memandang nafas yang turun naik!. Tanpa sebut Hu atau Hak.
Amalan Tok kenali pula, hanyalah membaca surah Al-Ikhlas.
Tentang sembahyanng, Tok kenali sembahyang sebagaimana kita sembahyang, puasa Tok Kenali, sama sebagaimana puasa kita dan beribadah Tok kenali juga sama ebagaimana kita beribadah.
Lebih, tinggi, bisa dan agungnnya Tok kenali itu, adalah atas dasar ilmu makrifatnya bukan pada sembahyang, zikir atau puasanya!.
Makrifat Tok kenali itu atas ilmu rasa. Mari kita pelajari ilmu rasa, sebagaimana ynga Tok kenali “rasa”. Rasa itu terbahagi 7. Ayoh kita pelajari, bagi sesiapa yang berhajat kepada amalan……………..
Tahap Ilmu Rasa Makrifat Tok kenali
Semenjak balik dari Kota Surabaya pada tanggal 27hb Jan dan selepas ceramah dimasjid Besar Kota Kelang pada tanggal 28hb. jan. Saya benar-benar tidak berkesempatan untuk melihat blog dan tidak berkesempatan untuk mengarang, apa lagi untuk menjawab persoalan tuan-tuan.
Memandangkan rasa tanggung jawab kepada para pembaca blog yang menanti-nanti dan menunggu-nunggu buah tangan saya, selama satu buklan di Indonesia, di sini saya utarakan kepada tuan-tuan mengenai cara-cara mencapai tujuh tangga ilmu rasa!.
Ilmu rasa itu, ada tujuh tahap atau tujuh makam.1) Maqam taubat2) Maqam wara’3) Maqam zuhud4) Maqam fakir5) Maqam sabar6) Maqam tawakkal7) Maqam ridho
Ketujuh-tujuh tangga (maqam) itu, adalah melibatkan penyusian hati secara kesufian (pemurnian hati secara makrifat). Tujuh pemurnian hati diatas, adalah penyusian hati mengikut turutan tertib dari satu maqam kepada suatu maqam.
Setiap tangga penyucian hati itu, adalah bertujuan untuk sampai kepada tahap tercapainya “pembebasan hati dari segala ikatan dunia”. Bertujuan untuk mencipta kedudukkan atau suasana hati yang tidak lagi terpandang makhluk!.
Suasana hati orang-orang yang berada didalam ketujuh-tujuh maqam tersebut itu, adalah orang yang memandang bahawa setiap apa yang dicipta oleh Allah dan setiap apa yang belum tercipta itu, tidak lagi beharga dihatinya. Tidak beharga itu, seumpama tertanggalnya sehelai bulu romo dari tubuhnya!. Tamak kepada dunia atau tertilik hati kepada makhluk itu, merupakan mata pedang yang sedang membunuh kehidupan para sufi!.
Kehidupan seorang ahli makrifat atau seorang ahli sufi itu, adalah orang yang merdeka jiwanya dari tertilik makhluk!. Untuk menikmati ketujuh-tujuh tangga ilmu rasa itu, adalah mereka-mereka yang sanggup membelakangi selain Allah secara mutalak atau membelakagi dunia secata total. Rasa makrifat kepada Allah itu, “tidak boleh dimadu” dengan mahluk!. Rasa ingat kepada Allah itu, tidak boleh dimadu dengan ingat kepada makhluk!.
Tidak mungkin tercapai hati seseorang untuk sampai kepada tahap penyucian hati dari ikatan atau belenggu dunia, selama dunia atau selama sifat makhluk ini masih terlekat dihatinya!. Untuk meyisihkan hati dari tertakluk kepada dunia itu, hendaklah melalui tujuh maqam rasa atau tujuh martabat rasa!. Selepas melalui tujuh maqam taubat itu, barulah datangnya ilmu “rasa”.
Beza rasa orang awam berbanding rasa orang makrifat itu, adalah...
Rasa makrifat orang awam itu, adalah diatas dasar “terlepas dari dosa-dosa”. Manakala rasa makrifat orang makrifatullah itu, adalah diatas dasar “tidak lalai dari mengigati Allah!”.
Untuk sampai atau untuk melalui ketujuh-tujuh anak tanggak atau tingkatan maqam rasa, hendaklah melalui tujuh peringkat.
1) Rasa Melalui Taubat.
Perkara taubat itu, bukan sahaja diajar oleh agama Al-Quraan, malahan diajar juga oleh agama-agama Injil, Taurat dan Zabur. Semua 4 kitab terdahulu memulakan ilmu dengan upacara taubat.
Taubat Orang Awam
Taubat bagi golongan orang-orang awam (golongan feqah) itu, adalah dengan melafaskan ucapan penyesalan. Sesal pelangaran atau ketidak patuhan kepada perintah Allah. Dengan menghentikan “seketika” perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Dengan berjanji untuk menghentikan seketika dan berjanji untuk tidak megulangi doda buat “seketika”. Bilamana gagal memenuhi sumpahnya, lalu mereka memuhun ampun pada Tuhan. Bertaubat orang awam sebanyak 67 kali satu hari, namun mengulangai berbuat dosa sebanyak 167 kali satu hari. Bertaubat lagi dan buat lagi, ini taubat golongan orang awam (orang yang berilmu syariat atau feqah).
Taubat Orang Makrifat.
Manakala taubat bagi golongan yang berilmu makrifat atau yang berilmu hakikat itu, adalah bertaubat mereka atas kelalaian terhadap Allah Taala. Dipandang berdosa besar kiranya mereka lupa, lalai atau alpa kepada Allah walaupun sesaat!.
Taubat orang makrifat itu, adalah bererti mengalamani “mati didalam hidup!”.
Dari Mana Asal Datangnya Dosa, Sehingga Memaksa Kita Bertaubat?
Dosa itu, bukan sesuatu perkara yang baru dan dosa itu, bukan pendatang yang terjadi kemudian!. Dosa atau pahala itu, sesungguhnya datang secara semulajadi bersama-sama dengan diri kita sedari azali!.
Segala perbuatan yang mendatangkan dosa atau pahala itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah. Untuk membuang atau untuk mendatangkan dosa itu, sesungguhnya adalah datannya dari Allah. Kita selaku makhluk yang dijadikan, tidak berdaya untuk mendatang atau membuangkan dosa!. Untuk itu, mari kita serahkan diri kepada Allah, semoga diri tidak lagi menanggung dosa!.
Bukan hanya pahala datangya dari Allah, sesungguhnya dosa dan taubat juga adalah datangnya daripada Allah!. Taubat, dosa atau pahala itu, sesungguhnya adalah datangnya dari anugerah atau datangnya dari kurnia Allah. Taubat itu, sesungguhnya anugerah Allah. Datangnya taubat itu, sesungguhnya adalah dari Allah kepada manusia, tidak dari manusia kepada Allah. Datangnya perasaan penyesalan atau tercetusnya perasaan menyesal itu, adalah dari Allah, bukan datangnya dari diir sendiri!.
Jika boleh saya bertanya kepada tuan, siapakah yang menjadikan diri kita dan siapakah yang menjadikan perbuatan kita?. “Wallah hu Kholakokum, Wamatakmalun” (Aku jadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat). Sesungguhnya taubat itu, bukan datangnya dari diri kita, tetapi datangnya dari Allah. Taubat yang datangnya dari Allah itulah, yang dikatakam sebenar-benar taubat!.
Bilamana taubat itu datangnya dari diri kita, itulah makanya setiap 67 kali bertaubat yang masih melakukan dan mengulangi perkara yang sama itu adalah 167 kali. Iaitu banyak mengulangi dari yang bertaubat.
2) Maqam wara’.
Wara’ itu, adalah meninggalkan perkara yang syubhat. Iaitu meninggal atau menjauhi segala perkara yang belum jelas atau perkara yang belun nyata, samaada dalam hal yang haram atau yang halal.
Didalam Islam wara’ itu, adalah langkah kedua sesudah taubat!, menandakan bahawa Wara’ itu, adalah suatu perkara yang penting bagi menerbit pembenaan mental untuk membersih hati dari ikatan dunia.
Wara’ itu, ada dua tingkat;
1) Pertama: wara’ dari segi zahir.
Erti wara’ dari segi zahir itu, adalah tidak bergerak, kecuali bergeraknya kita itu, adalah hanya untuk beribadah kepada Allah dan hanya untuk taat kepada ketetapan Allah.
2) Kedua adalah wara’ batin atau warak hakiki.
Erti wara’ hakiki itu, adalah bilamana tidak masuk dalam hatinya kercuali Allah Taala.
Wara’ itu adalah meninggalkan perkara-perkara yang berbau syubhat (perkara yang belum jelas) kepada perkara yang sudah jelas, terang, nyata dan diyakini. Orang wara’ itu, adalah orang melakukan perbuatan ibadah dengan benar-benar mengenal Allah Taala. Bukannya ibadah yang sekadar memperlakunkan atau ibadah dibuat-buat sebagai memenuhi tuntutan budaya, tanpa mengenal siapa yang disembah!.
Wara’ itu, adalah orang mengerjakan sesuatu ibadah dengan jelas terlihat, terpandang dan tertilik Allah dalam setiap pekerjaan ibadah yang dilakukan. Tahu dari mana datanngnya ibadah dan tahu pula siapa yang mengerjakan ibadah!. Orang wara’ itu, adalah orang yang tahu bahawa datangnya ibadah itu, adalah dari Allah dan yang mengerjakan ibadah itu, adalahjuga bukan dirinya!.
Ibadah orang wara’ itu, bukan dari Allah kepada Allah atau dengan Allah. Perkataan dari Allah, kepada Allah dan dengan Allah, semua itu hanyalah perkataan istilah!. Istilah itu, adalah perkataan yang sekadar memberi makna, tidak memberi kenyataan. Untuk mengelak beribadah dengan hanya sekadar beristilah, kita hendaklah membuang perkataan istilah dari Allah, kepada Allah atau beserta dengan Allah.
Beribadahnya orang wara’ itu, adalah beribadah yang bukan datangnya dari perkataan dari Allah, kepada Allah atau beserta Allah, sudah tidak ada istilah perkataan dari, kepada atau besereta Allah, tetapi ibadah mereka-mereka yang benar-benar wara’ itu, adalah ibadah hanya Allah, Allah, Allah………………………………
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, cuba tuan-tuan dasarkan atau asaskan perbuatan ibadah tuan-tuan, apakah datangnya kerajinan ibadah kita itu, datangnya dari diri sendiri?. Apakah ada kuasa kita untuk mengerjakan ibadah, jika tidak sedia tertulis dan jika tidak sedia terecatat dari semulajadi di dalam kitab luh mahfuz?. Cuba jawab?…………………………….
Ibadah atau amal kita itu, bukan datangnya dari rajin atau usaha kita, tetapi datangnya dari Allah!. Wara’ itu, adalah perkara yang tidak masuk dalam hatinya kecuali Allah, Allah dan Allah……………………………………..
3) Maqam Zuhud
Zuhud itu ertinya, tidak tamak, tidak mengutamakan atau tidak berkeinginan kepada kepada balasan, upah, imbuhan atau ganjaran!.
Dalam maqam zuhud, kita dikehendaki menjauhi dari perkara-perkara syubhat (perkara-perkara yang mendatangkan was-was). Manakala didalam perkara zhud pula, kita diasas atau didasarkan kepada tidak tamak kepada dunia, tidak harap kepada balasan, ganjaran atau inbuhan dari pekerjaan amal ibadah yang kita kerjakan!.
Zuhud itu, selalunya kita sasarkan kepada menjauhi atau tidak berkeinginan kepada perkara-perkara dunia sahaja tetapi menurut sudut pandang ilmu makrifat. Zuhud itu, adalah termasuk kepada perkara-perkara akhirat seperti balasan syurga atau takutkan neraka!.
Zuhud itu, selalunya kita hanya disogok atau diperdengarkan kepada perkara-perkara dunia sahaja. Seumpama menghindari diri dari berkeinginan kepada perkara-perkara keduniaan. Ada yang sampai tidak mahu pakai kereta, ada yang sampai tidak mahu beli sofa (sanggup duduk atas lantai) dan ada yang sanggup berhenti dari bekerja dengan kerajaan, katanya wang gaji dari kerajaan itu, datangnya dari hasil perkara shubhat. Ada yang menjauhi diri atau mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat!.
Ada yang mendakwa bahawa hanya dengan cara menjauhi diri dari dunia dan dari masyarakat sahaja yang membolehkan kita berzuhud!. Dengan menolak terus keduniaan. Ada yang sanggup tidak beli talivisian dan membiarkan anak isteri tidak tengok TV. Ada yang sanggup me;lihat rumahnya tidak ada sofa, semata-mata untuk berzuhud.
Zuhud itu, bukan dengan menolak pakai baju ala Melayu dengan memakai baju ala-ala Afghanistan!. Zuhud itu, bukan berdiri didepan orang ramai dengan mengeluarkan kayu sugi!. Uhud itu, bukan dengan memakai jubbah atau sarban. Buykan dengan cara menarik diri untuk tekun beribadah atau menghindarkan diri dari berkeinginan menikmati kelazatan hidup didunia!.
Zuhud Menurut Sudut Pandang Ilmu Makrifat
Zuhud menurut sudut pandang ilmu makrifat itu, bukan sahaja perkara-perkara sebagaimana yang tersebut diatas. Zuhud menurut pandanngan ilmu makrifat itu, adalah “kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput atau dari apa yang terlepas dari kita” dan “ Kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepada kita”.
Firman: 57 : 23
Orang zuhud itu, tidak bergembira dengan adanya dunia dan tidak berduka cita dengan adanya akhirat. Pengertian atau tafsiran zuhud itu, tidak sahaja berkisar kepada menghindari kelazatan atau kenikmatan hidup didunia sahaja. Kebanyakkan ulamak hanya selalu mengetegahkan cerita-cerita zuhud yang berat sebelah dan hanya condong kepada tafsiran feqah. Dengan menceritakan seumpama contoh cerita Abu Sulaiman Al- Darani, katanya sufi itu;
“sufi itu, suatu ilmu yang sehingga tidak boleh untuk mengenakan (untuk membeli) kain suf dengan wang ditangan 3 dirham untuk membeli barang yang beharga 5 darham”.
Cerita-cerita seumpama ini, hanya mengisahkan perkara untuk meniunggalkan dunia. Sedangkan siapakah yang menceritakan dengan cerita-cerita tentang untuk tidak melupa dan melalikan Allah?. Siapa yang memandang zuhud dari sudut Allah?, siapakah yang memperjuangkan Allah, melainkan rata-rata yang kita temuai, hanya memperjuangkan zuhud dunia dengan langsung tidak meyentuh zuhud Allah.
Sedangkan menurut sudut pandang atau menurut tafsiran ilmu makrifat, zuhud itu, adalah menghendaki supaya kita menghindari sesuatu selain Allah.
Barang siapa yang ingin tahu lebih lanjut dan lebih mendalam, mari ikut saya kita sama-sama mengharungi, menyeberangi dan menghayati ilmu makrifat Tok kenali. Maksud, erti dan makna sebenar-benar zuhud itu, adalah bilamana sampai kepada tahap “tidak ada lagi yang hendak dizuhud”. Jika masih ada perkara-perkara yang hendak dizuhudkan, tandanya masih ada dunia, bilamana masih ada dunia, ertinya jauh dari Allah, bilamana jauh dari Allah bermakna belum berzuhud.
Jika masih duduk dalam keadaan berzuhud (membuang dunia), bererti dunia masih ada terlekat pada tubuh akalnya!. Selagi berpaut hati pada keberadaan dunia, selagi itu belum berzuhud. Zuhud itu, setelah tidak lagi berpaut hati pada dunia. Inilah yang dikatakan zuhud, mengikut fahamanan ilmu makrifat.
Zuhut itu, hanya bagi mereka-mereka yang belum nyata Allah. Dunia dan diri bagi orang makrifat itu, sudah lama terkubur dan terkaram dalam wajah Allah, yang tidak ada apa lagi hendak dizuhudkan!. Setelah Allah nyata dalam hatinya, sudah tidak ada lagi yang hendak dizuhudkan.
Saya ulangi sekali lagi bahawa, zuhud bagi orang feqah itu, adalah bererti mengasingkan diri dari kehidupan dunia untuk bertekun kepada ibadah dan menjalankan latihan rohani, seumpama menjalankan ibadah puasa, menjaga makan minum, berzikir dan sebagainya, demi memerangi keinginan hawa nafsu.
Adapun zuhud orang makrifat itu, adalah bererti tidak lagi ingat selain Allah.
4) Maqam Faqir
Mengikut tafsiran ilmu feqah, fakir itu adalah miskin. Meskin seumpama tidak punya wang, rumah, tanah tidak punya makanan untuk dimakan dan sebagainya.
Manakala fakir menurut suluhan ilmu makrifat itu, adalah mengosongkan seluruh fikiran dan harapan dari kehidupan masa kini dan kehidupan yang akan datang dan tidak menghendaki serta tidak berkeinginan apapun kecuali Allah!. Fakir yang lenyap sifat kesedaran keberadaan diri sendiri selain Allah.
Fakir menurut suluhan makrifat itu, bukan merujuk kepada fakir miskin yang tidak punya harta atau wang ringgit. Fakir itu, boleh terjadi kepada seorang jutawan, seorang Raja atau seorang yang memiliki bank sendiri. Fakir itu, bukan ukurannya pada wang ringgit!. Fakir yang sebenar-benar fakir itu, adalah orang yang bilamana hatinya tidak kepada yang lain selain Allah. Fakir itu, adalah orang yang tidak membutuh, berkeinginan atau tidak berkehendak kepada sesuatu apapun selain Allah!.
Untuk memahami sifat fakir, mari kita imbas kembali sifat wara’. Wara’ itu, adalah tidak masuk kedalam ingatan hatinya kecuali Allah. Manakala zuhud itu, adalah meninggalkan sifat keakuan, meninggalkan sifat makhluk dan sifat dunia kepada segala-galanya terlihat, ternampak dan tertilik Allah.
Adapun sifat fakir itu, bukanya fakir dari segi kekurangan wang ringgit!. Yang dimaksudkan fakir dari sudut suluhan ilmu makrifat itu, adalah fakir dari terlihta adanya sifat keberadaan diri atau masih ada sifat keakuan!. Tidak punya apa-apa termasuk tidak berkeinginan dan tidak berkehendak selain Allah!.
5) Maqam Sabar
Dalam mentafsir bab sabar, tidak ramai ulamak yang boleh mentafsirkannya dan tidak banyak kitab yang mengkhbarakannya!. Cuba tuan-tuan belek dan semak kitab-kitab dipasaran, payah ditemuai kitab yang menterjemah atau mentafsir makna atau erti sabar!.
Banyak yang kita dapati, hanyalah saranan menyuruh kita bersabar. Sabar menurut tafsiran feqah;
“Tahan menderita yang tidak disenangi dengan rela dan kemahuan jati dan menyetrah diri kepada Allah”
Selama ini, kita hanya tahu mengucap perkataan sabar kepda sahabat-sahabat yang ditimpa musyibah. Setelah terkena pada batang hidung sendiri, ternyata perkataan sabar yang selalu kita ucapkan kepada orang lain itu, bilamana terkena pada sdiri sendiri, tidak dapat kita rialisasikan atau tidak dapat kita terjemahkan!.
Cuba tuan-tuan tafsirkan apakah itu erti sabar dan saya minta tuan-tuan cari tafsiran sabar?. Sudah saya cari, ternyata gagal mendapatnya!.
Saya temui makna, erti atau tafsiran sabar itu dari kalimah Tok Kenali!. Sabar itu, adalah bagi orang yang berserah diri kepada Allah. Setelah kita berserah diri kepada Allah itu, erti sabar dalam erti kata sebanr-benar sabar.
Sabar itu, setelah kita serahkan bencana atau kecelakaan itu, datang dari Allah, serahkan kemiskinan, kepapaan, kerugian, kemusnahan dan segala penderitaan yang kita tanggug itu, adalah sebenar-benar bukannya datang dari sebab orang atau bukan datang dari makhluk. Makhluk tidak boleh memberi bekas atau tidak boleh memberi kesan sedikitpun atas kita, melainkan Allah. Setelah kita sedar segala apa yang terjadi, apa juga yang mendatang dan yang menimpa kita itu, adalah datangnya dari Allah!.
Bilamana datangnya dari Allah, semestinya terbaik untuk kita!. Setelah segalanya datang dari Allah, apakah patut kita mengeluh?. Aapakah patut kita merungut atau rasa tidak puas hati?. Perkara yang datang dari Allah itu, adalah perkara yang terbaik untuk kita. Maka kita terimalah seadanya. Itulah erti sabar!.
Sabar bukan kerana sanggup menagan lapar. Sabar bukan kerana sanggup mengerjakan ibadah. Sabar bukan kerana sanggup menggung penderitaan hidup!. Tahan lapar, sanggup mengerjakan ibadah dan tahan dari menanggug derita itu, bukan atas daya yang datangnya dari diri kita, kita tidak boleh menangung sabar, sekiranya tidak diberi daya oleh Allah.
Kita tidak boleh bersabar atau tidak boleh menahan dari derita jika tidak datangnya kesabaran itu dari Allah. Kita tidak mampu untuk menganggung sabar, jika tidak dari kuasa Alah!. Sabar itu bukan milik kita, tetapi milik Allah. Untuk menjadikan sabar itu milik Allah, hendaklah kita berserah diri kepada Allah. Setelah berserah diri kepada Allah, barulah dikatakan sebanr-benar sabar. Sesungguynya sabar itu milik Allah. Kita tidak akan bersabar kiranya tidak diberi kekuatan sabar dari Allah. Sebenar-benar sabar itu milik siapa?. Cuba jawab……………………
Sabar itu, adalah bagi mereka yang berserah diri kepada Allah. Serahkan miskin kepada Allah, serahkan sakit kepada Allah, serahkan amal ibadah kepada Allah dan serahkan hidup dan mati kepada Allah barulah dikatakan sabar.
Seumpama kita berhadapan dengan binatang buas yang hendak menerkam kita atau sewaktu kita berhadapan orang yang hendak membunuh kita. Bagaimana hendak bersabar, sedangkan nyawa sudah dihujung pedang atau sudah dihujung mulut harimau?. Orang yang berserah diri itu, adalah orang yang beranggapan bahawa yang mendatangkan harimau dihadapan kita itu, adalah diatas dasar gerak ketetapan dari Allah.
Allah sebenarnya yang telah menghantar harimau atau mengirim musuh di hadapan kita. Tidak akan daang musuh dan tidak akan sampai harimau dihadapan kita, kiranya tidak dihantar atau tidak dikirim oleh Allah. Kiranya itu kiriman Allah, sepatutnya kita bergembira dan bersuka hati, kerana mendapat kiriman Allah!, bukanya membuat kita takut!. Sepatutnya kita menjadi lebih gembira, bukannya takut!.
Disitu akan membuat kita bersabar. Kerana apa kita bersabar, kerana kita sudah tahu yang mendatang itu, adalah datangnya dari kiriman Allah!. Setelah datangnya segala sesuatu itu dari Allah, maka serahlah segala termasuk diri kepada Allah. Serah harimau kepada Allah, sudah serah pedang atau musuh kepada Allah dan serah ternmasuk diri kita kepada Allah!, itulah sabar.
Orang yang bersabar itu, adalah orang yang telah beranggapan bahawa yang melangar kereta kita, orang yang maki hamun kita, orang khianati keluarga kita atau orang taka bayar hutang kita itu, bukan datangnya dari kehendak orang, tetapi adalah datangnya dari kehendak Allah. Allah yang menetapkan hari itu kita berlangar, maka berlangarlah kita tanpa boleh dielak. Orang tak bayar hutang itu, telah tidak dibayar oleh Allah sedari azali, bukan kerana orang yang tidak mahu bayar, tetapi telah ditetapkan oleh Allah. Itu, barulah datangnya sabar.
Pendapat ini adalah pendapat yang berbahasa dengan bahasa makrifat. Mungkin tidak akan dapat diterima oleh orang yang berpelajaran bahasa feqah!. Bahasa percakapan saya ini, adalah basa karam, bahasa fana dan bahasa makrifat. Seumpama bahasa ayam tidak difahami oleh itik. Manakla kedua-dua bahasa itu benar bagi mereka yang faham.
Orang sabar itu, adalah orang yang tidak ada perasan marah, putus asa, kecewa, merungut atau orang yang tidak menuduh yang orang lain. Orang lain sebanarnya tidak langar kereta kita, yang langgar kereta kita itu, adalah ketetapan Allah. Bukan orang yang tidak mahu bayar hutang kita, yang tidak mahu bayar hutang kita itu, adalah ketetapan Allah sedari azali dan sebagainya. Kiranya kita faham konsep ketetapan Allah didalam kitab luh hulmahfuz sedari azali, maka akan datanglah perkara sabar. Itulah maksud, erti dan makna sabar!………………
Dalam kitab feqah, telah membahagikan sabar dalam 3 jenis.1) Sabar dalam menahan diri dari membuat segala rupa pekerjaan jahat atau menahan diri dari menuruti hawa nafsu.2) Sabar dalam diri dari menanggung kesusahan, kepedihan atau kesengsaraan dalam menjalankan kewajipan agama.3) Sabar dalam menahan diri untuk terus beristikomah secara berpanjangan dalam sesuatu perkara dengan tidak menoleh kebelakang.Tafsiran feqah itu, adalah tafsiran dari segi istilah atau tafsiran dari segi fahaman ilmu. Tetapi tidak memberi erti dari segi pegangan atau kehidupan seharian yang sebenar (rialiti kehidupan).
Sabar yang sebenar-benar sabar itu, adalah setelah menyerahkan segalanya kepada Allah.
6) Tawakkal
.
Assalamu'alaikum...izin copas...semoga barokah dunia akhirat....Aamiin.
ReplyDelete